Well, i've been thinking what it's like to be a wife to someone? Dlm bayangan sy, sy akan jd seorang isteri yg caring tp menyinga sikit. Haha. Ofcoursela i will pamper my husband like a prince but at the same time, sy akan lentur (amboih kau siap melentur suami bagai gayah?) suami sy supaya follow rule in the house, in being a family, being a dad :) Rule, sama2 akan olah. Contoh simple la, biarla sepuluh kali sehari pun i have to remind him about put socks or shoe in place lepas balik kerja, or to remind him to off the lights after using the washroom, i'll be sabar to do it. Nada tu mmg menyinga sikit, tp tetap sabar utk keep repeating it.
And i will understand his craziness about games. Perhaps i've been dreaming to spare a room for his super high-tech device pc what-so-not. Even better to have him terperuk kt rumah main game dr dia keluar melepak kt mamak. Agree? Depends la, ada org setuju, ada org tidak.
Tu imaginasi sy la..
Talking about being a wife, let me share with you. Yes, wherever i go, whenever i meet people, soalan yg paling kerap sy dgr skrg ialah bila majlis? bila nk kahwin? bila nk makan nasi minyak? Bab tnya bila nk makan nasi minyak tu mmg rasa nk terus orderkan nasi minyak kt JM Beriani House. Deyy, pegi beli sendiri kt kedai sudah....
Emosi kan? Ye mmg emosi. Sy faham knp org btanya. Tp sy jg bharap org faham, knp belum kunjung tiba jemputan dr sy. Takde jawapan lain yg lebih jujur yg boleh sy katakan. Kerana Allah belum mengizinkan. Manakah dtg setiap kejadian tanpa izin Allah? Usaha, sy dh usaha. Sedia, sy dh sedia. Tp yg belum hadirnya cuma izin Allah. And in this matter, hanya Allah yg tahu apa yg PALING terbaik utk sy dan jodoh.
Setiap org ujiannya berbeza. Sy percaya tu. Ada org pernah nasihatkan sy, kalau sebelum kahwin kita rasa penuh dgn dugaan, mungkin hikmahnya lepas kahwin - kita tidak lg diduga sehebat sebelum kahwin. Siapa tahukan?
Makin sy muhasabah diri, makin sy tenang. Kalau tak sebelum ni mmg rasa SANGAT bkecamuk. Malah sy malas dalam segala hal. Yes i mean it. S-E-G-A-L-A H-A-L. Tp tu lah Allah pesan, kalau kita berniat utk ke arah kebaikan, yg kita akan temukan juga adalah kebaikan. Sy ganti puasa hari ni setelah bbrapa kali niat puasa tp langgar jg di tengahari. Peningla, sesak nafasla - mmg sy tahu tu akibat sy xsahur. Tp the main reason ialah sbb nawaitu sy x utuh, x ikhlas pdNya. And today, alhamdulillah segala pujian bg Allah, sy berjaya jg puasa wpun tpaksa bjalan kaki ke bus stop tengahari nk pi keje.
Nk tahu apa 'hadiah' Allah to me for my puasa today? DiturunkanNya rezeki yg sy xsangka. Sy dpt juadah bbuka free! Dhla juadah tu kegemaran sy! I had nasi impit with kuah kacang and daging masak hitam. Kuih-muih jgn cerita la.. And the best part was, semua tu rasanya to the top bebeh! Mmg sgt2 kena dgn selera sy :))
Kemudian sy dpt pertimbangan utk jadual masa bulan puasa (jadual kerja sebelum ni buat sy susah hati). Kemudian lg, dlm cab balik dr kerja, sy dpt driver yg pasang tazkirah and zikir dlm cab dia. You guys know what? Sy dh lama dh halakn telinga sy pd zikir-zikir. Sayu je hati dlm cab td bila dgr pujian2 untuk Nya... :'(
So dr sepanjang-panjang yg sy cerita kt atas nun, sy cuma nk sampaikan:
1) sedarlah betapa hebatnya Kun Fa Ya Kun tu. Takkan terjadi sesuatu tanpa izinNya
2) kadang-kadang kita akan terkeluar dr landasan sbb kita bukan ahli tahfiz, malah bukan org yg akan hadir di setiap jemaah solah pun, jd tergelincir dr jalan Allah itu pasti akan terjadi. Jadi muhasabah lah wpun sedetik. Muhasabah sedetik itu lebih hebat kesannya dr ibadah seribu tahun tanpa tahu pengisiannya.
Salam Ramadhan untuk semua.
Doakan sy dpt bertemu Ramadhan.
Doakan sy bersedia rohani dan jasmani untuk bertemu Ramadhan.
Doakan sy jauh dr kejahilan dan dekat dengan kebenaran.