Saturday, November 28, 2015

Dari KL ke Bromo : Tarikh lahir salah masa booking tiket AirAsia!

Kemain panjang tajuk. Dah, straight to the issue.

*****

Isu : Saya beli flight tiket AA. Detail Guest 2 (detail en.Ubi - tahun kelahiran salah letak - cth: saya letak 2015, yg betulnya 2014)

Penyelesaian :

1. Isi e-form Air Asia


*Pastikan dah scan passport Guest yg nak diperbetulkan maklumatnya. Nanti perlu attach scan passport dalam e-form
*Booking number, flight number, flight date and time tu sila isi juga ya. Kalau tak e-form ni tak boleh di 'send'

2. Tunggu lebih kurang sejam, baru follow up dgn AA - melalui Live Chat facility


*Is your feeback related to apa? Click je kat Booking
*Katakan bila korang klik link Live Chat ni tapi dia tak keluar camni, sebaliknya dia tulis dorg tgh menghadapi high volume of customer kan.. caranya, korang tutup page tu dan klik link semula. Try dalam 3-4 kali. Biasanya saya buat camtu baru dapat ke this page.

3. Mari bersembang!




4. Selepas bersembang tu, sekejapan je dapat la email dari dorg. Dan silalah check juga kat Manage My Booking kat website AA and see if memang the changes has been reflected.




*****

I was so happy that this thing settled sebab cuak gak kang en.Ubi ta kboleh fly, fly la Iolls sengsorang ke Bromo tu. Harap this entry membantu pd sesiapa yg had an issue like me ;)

Friday, November 27, 2015

Dari KL ke Bromo : Baju Sejuk Bundle Ampang Waterfont

Kewujudan tentang kedai bundle ni saya dapat tahu dari group FB Backpacker Malaysia. Seronok join group tu sebab ransangan utk berjalan ke negara orang akan membuak-buak bila tengok org lain berkongsi tips dan pengalaman.

Saya pergi kedai bundle ni 2 kali. First time, pergi malam, pukul 12 lebih. Budget kalau kedai-kedai mcm ni dia buka sampai pukul 1 atau 2. Apa kau fikirin pekerja kedai bundle takdak life??? Pulang dengan hampa sbb kedai tutup dah rupanya. Tapi hampa tak lama sbb esok hari nya entah kenapa en.Ubi cinta mati kat Cik Gayah tetiba jek bawa gi kedai tu lagi. Kali ni kita pergi pagi dekat-dekat pukul 10.30-11.00 camtu. Haaaaaaaaaaaaa, puas hati tengok kedai buka! Kedainya mmg dipenuhi dgn pakaian bundle la of course. Tak banyak buang masa terus saya tuju ke bahagian baju-baju sejuk, baju tebal-tebal. Dalam 3minit selak-selak pufff terjumpa yg berkenan. Hohemjii excited nya!!

Mula-mula budget harga dalam RM10 je hahah gila cheapskate kan? :P Sekali tengok pricetag, RM18. Ommo acaner ni acaner? Terkebil-kebil tengok en.Ubi, rasa serba salah pulak tadi terus buat aksi excited berlebih. Kesian pulak kat suami kena belanja isteri tercinta ni sampai RM18 (trust me, I am a cheapskate lady). Tp en.Ubi cool je and he said "Cantik, ambil jelah" (saya rasa org lain pun rasa RM18 tu dah gila murah juga. Pffthh). Hormon excited merembes kembali. Hahah.

Now that dah dapat saya punya baju sejuk, kita fokus kat baju sejuk en.Ubi pulak. Actually, en.Ubi dah ada satu baju sejuk beli kat carbootsale sblm ni. RM10 je. Murahkan? Tp yg tu ketebalannya so so je. Saya baca pengalaman other people yg dah pernah sampai Bromo, rata-rata cakap kat sana mmg sejuk yg tahap mencengkam tulang. Makanya, harus mencarikan beliau satu lagi baju sejuk yg tebal. Cari punya cari, ada 2 yg en.Ubi berkenan - satu warna putih, satu lg warna light brown. Dua-dua gebus je Cik Gayah tengok en.Ubi pakai. Udah rupe kucing parsy pulak. Hewhew. Tengok harga yg putih oh murah nyo RM11 jek. Belek punya belek, nampak yellowish stains all over the lengan. Sebab tu la murah. Tengok yg light brown tu pulak, cantik juga, tapi ada koyak secoet. Suruh en.Ubi try, tapi payah pulak nk buka zip nya. Bawa ke kaunter, minta cashier buka kan the zip. Dia berjaya buka kan zip tu tapi tak boleh nak tutup balik. Gahahhahahh. Zip tu rosak dah. Bila tanya en.Ubi, beliau mmg berkenan nau the baju. Harga? Ha mahal weyh. RM28. Sebab baju ni mmg tebal. Gebus suami I pakai baju ni. Bila en.Ubi insist nak juga the baju, haruslah Cik Gayah buka silat tawar-menawar. Saya minta baju en.Ubi tu RM20. Cashier tu cakap RM25. Saya minta RM22. Cashier terus gi kat supervisor dia minta persetujuan. Last-last supervisor dia bg RM20 utk baju en.Ubi dan RM15 utk baju saya!

Kesimpulannya, if korang mai kedai ni, sila lah tawar-menawar ye. Check and belek betul-betul pakain yg korang nak beli tu dan try to bargain sebijaknya. Bayangkan kalau tak teliti check the baju-baju, pastu main bayar je ikut harga tag, total would be RM46. Sedangkan lepas bargain td, saya dapat harga RM35 je ;)

Tu je for this entry. Tata!

Thursday, November 26, 2015

Dari KL ke Bromo : Memburu Tiket Murah

Ini kali pertama saya beli flight tiket asing-asing. I was planned to go to Mount Bromo, so for the flight, yg mudahnya beli return flight tickets KUL – SUB – KUL (Kuala Lumpur – Surabaya – Kuala Lumpur) la kan. AirAsia buat promo KUL – SUB starts from RM41.00 and Alhamdulillah rezeki saya, I got that promo fare.

Few may know me, I’m a cheapskate person! :p Makanya, sebelum kecepuss membeli tiket, harus check dulu kot-kot ada cara lebih jimat. I tried Skyscanner and Kayak tapi both webs show harga lebih mahal sedikit dari website AirAsia sendiri. Moreover, saya lebih selesa dan yakin utk beli tiket dari page AirAsia itu sendiri.

So now memang akan beli through AirAsia website lah kan. Tapi masih juga den nak torai kot-kot ado caro nok boie dapek hargo muroh laie. Jadinyo, den pun buek la gini :

Kekdah 1 - Try check harga tiket KUL-SUB-KUL
Kekdah 2 - Try check harga tiket KUL-SUB  (+)  check harga tiket SUB-KUL

Compare kan. Mana lagi murah. Muahaha.

**detail tiket-tiket utk kekdah 1 atau 2 kena sama.
- tarikh, masa
- include tax ke tak
- pilih seat ke tak
- pre order meal ke tak
- ada checked in baggage ke tak
- bayar guna apa
                   

So, 

Kekdah 1 
KUL - SUB - KUL : RM 287.84



Kekdah 2
KUL - SUB : RM 115.84 (+) SUB - KUL : RM 159.25
Total : RM275.09 (Penjimatan RM 12.75)





HAPPY.........!!! 
*gelek-gelek montot sekali!*


Mungkin ada yg berminat nak tahu tang mana yg membezakan harga tu. Mari den explain.

1. Kekdah 1 dan kekdah 2, harga KUL-SUB adalah sama

Kekdah 1
Kekdah 2


2. Kekdah 1 dan kekdah 2, harga SUB-KUL adalah berbeza

Kekdah 1

Kekdah 2

3. Kekdah 1 dan kekdah 2, harga insurans (AirAsia Travel Protection) adalah berbeza

Kekdah 1 : 
AirAsia Travel Protection
KUL-SUB-KUL
RM30/seorang

Kekdah 2 : 
AirAsia Travel Protection
KUL-SUB
RM28/2orang (RM14/seorang)

Kekdah 2 : 
AirAsia Travel Protection
SUB-KUL
RM24/2orang (RM12/seorang)
4. Kekdah 1 dan kekdah 2, charge processing fee (bayar guna online banking)adalah berbeza.

Kekdah 1 : RM4 (satu transaction shj. KUL-SUB-KUL)
Kekdah 2 : RM4 + RM3 (sebab dua kali transaction. KUL-SUB, SUB-KUL)
Boleh refer gambar mula-mula.

Walaupun duit processing fee kekdah 1 lebih jimat, tapi part insurance and harga tiket tu jadi lebuh murah if kita beli tiket tu asing-asing (kekdah 2).



*****

Hm. Panjang betui den membebel. Harapnya info ni sedikit sebanyak berguna especially pd korang-korang yg baru nak try-try beli flight ticket. Saya pun dah tetua ni la baru merasa naik kapal terbang. Dulu masa kecik-kecik ingatkan kalau dapat naik kapal terbang tu dah habis kaya la. Rupanya orang marhaen mcm saya ni pun skrg ni dah mampu nak merasa naik kapal terbang. Tp tula, naik hat tambang murah je. Oh, nanti saya share pengalaman saya naik MAS! Thank you for now ;)












Wednesday, November 25, 2015

Dari KL ke Bromo : Kenapa Bromo?


My praises to Allah. What else can I say. Dari plan nak ke Ho Chi Minh, akhirnya tiket ke Surabaya juga yg dibeli. Dari sekadar menyimpan angan-angan menunggang kuda di kaki Gunung Bromo, akhirnya tiket ke Surabaya juga yg dibeli. Dari beralah hati mahu ke Cameron Highland sahaja, akhirnya tiket ke Surabaya juga yg dibeli. Such a dramatic plan, really.

Awal bulan 9, dah mula memasang angan-angan utk berjalan November nanti. Biar lah Oktober tu dah mengukur Kedah dan Perak sekalipun. November bulan cinta saya dan en.Ubi. Jadi ke-harus-an berbulan madu tu meluap-luap susah nak habaq :) (sila geli)

Jangkauan terluas di mana nak berbulan madu masih dalam boundary Asia. Belum mampu nak ke negara bersalji. Nak-nak pulak currency yang kuuuuu semangat hujung-hujung 2015. Kaki ni dah pernah menjejak tanah Indonesia, tanah Thailand, tanah Singapura. Walaupun hakikatnya kawasan dalam 3 negara tu jejaknya sepelaung dua je, tapi eh eksen nya kemain lagi Cik Gayah nggak mahu ngulangin di negara-negara tu lagi. Makanya tanah Vietnam jadi buruan – Ho Chi Minh!

Itinerary sepanjang plan utk berada 4h 3m di Ho Chi Minh dah cantik-cantik saya susun. Hanya menunggu sale kawkaw tiket KUL-SGN-KUL. Dalam tempoh menunggu ni, yg paling murah saya pernah jumpa, berharga RM290/per pax/return – via Vietnam Airlines. Was so excited to buy tickets! Tapi bila diusulkan pd en.Ubi, he said, “Sabar dulu, tunggu dulu..” Walaupun en.Ubi excites utk try naik Vietnam Airlines, but his rasional-mind said nanti.. Sudahnya of course saya pun kena rasional kan diri sendiri - Nanti.


Days change. Sun rises. Sun sets.


Harga tiket dah mula naik, naik, dan naik. Dari rasional skala 1, saya up rasional ke skala 5 dgn sendirinya. Tak perlu lagi en.Ubi suruh sabar atau cakap nanti dulu. Saya sendiri yg memilih utk call off the plan. I guess memang bukan rezeki tahun ni utk menjejakkan kaki di bumi Allah yg lain. Diam-diam pujuk diri sendiri.

Pujuk mcmmana? Cari option lain. Haha. Then it came the idea of touring bumi Cameron Highland. Cameron Highland pun best apa! Boleh petik-petik strawberry, boleh ambil gambar cantik-cantik dekat ladang teh boh dan ladang lavender, takpayah pakai passport, takpayah beli tiket flight mahal-mahal, boleh drive kereta sendiri, senang cari makanan halal, takde language barrier. Huh positifnya rasa! After a month or so, it seems like Cameron Highland it is.

Sampai la satu malam ni, TERRRRbuka website AirAsia dan TERRRRperasan yg AA ada buat promo to certain Indonesian states. Medan, Jakarta, Surabaya, Banda Acheh and Padang, one way ticket starts from RM41.00! Cek pulak date yg saya nak, ehhhhhhh kena pulak dgn harga promo tu! Cepat-cepat google tourist attractions kat Medan, Jakarta dan Surabaya. And so happen to be, Mount Bromo explodes before my eyes! Haha. Over tak perumpamaan? :p


Terusssss menggelupurss okay. Hilang dah segala ego kemain tadi taknak repeat countries yg den dah ponah poie. Skala rasional pun dan dan turun jadi -18. Kekekekekekek..

Tapi tapi tapi, tak terus beli weyh. Harus minta izin kat en.Ubi dulu. Jenuh juga la kuis-kuis jari telunjuk kat bahu beliau dgn harapan kali ni beliau izinkan. Dan akhirnya..



Jadi, kenapa Bromo? Sebab tiket tengah murah dan .. (nanti cerita apa yang best kat Bromo dalam entri lain)






Tuesday, November 24, 2015

Sunday, October 25, 2015

Ke Kedah Ke Kita? : Nasi Lemak Royale

Entry ni cerita tentang Nasi Lemak Royale Hijau Kuning kat Alor Star. 
Kalau nak cari tentang Laksa Ikan Sekoq, baca entry sebelum ni.

*****
Masa nak cari kedai ni memang sesat barat juga la. Hampir-hampir putus asa.. Tp berkat kesungguhan penggemar nasi kandaq (en.Ubi & his adik), sampai juga kami ke sini. Kedai ni nama je nasi lemak, tapi saya rasa setitik santan pun takde dalam resepi depa. Haha. Ni bukan komplen okeh, tapi ni memang cerita benar. Kitorang pun dok meneka pasaipa depa bagi nama nasi lemak instead of nasi kandaq sebab dari segi rupa paras dan rasa, memang mcm nasi kandar sesangat.

Nasi kandar lemak royale ni pun win jugak! The ayam memang sedap. Air pun sedap-sedap belaka kena nau dgn tekak saya. Harga sepinggan standard RM5, ada nasi, kuah campur-campur, ayam goreng seketul.


Nasi lemak ke nasi kandar? Korang rasa?

Kami order 2 pinggan je utk 4 org makan sbb konsepnya nak merasa, bukan nak bagi kenyang perut. This is JJCM yow :P Overall, saya bg 3.5 over 5 bintang utk Nasi Lemak Royale ni (just because saya bukan fanatik nasi kandar. hehe). Oh oh, if you guys wonder, mana lagi best, nasi ni atau nasi kandar beratur/line clear.. of course la nasi kandar beratur/line clear yg menang.. Uniknya tempat nu bg saya is that, the local people kurang tahu kedai ni, tetapi, kedai ni sangatla well known by the outsiders. Mungkin local people kat area2 situ kurang gemor makan nasi kandar kot.. KOT..

Lepastu, adik ipar ajak pergi mana entah tak ingat, but somewhere dekat perlis rasanya - cari makanan cucuk-cucuk ala-ala yong tau foo tapi lg best la kot. But end up, we didn't go sbb masing-masing lemau badan and takut lepas mentekedarah satgi, tak sorang pun rajin nak drive balik Alor Star ni. So cepat-cepat tukar plan kita round-round area Menara Alor Star jelah. At first, saya ingat nak belanja semua naik menara tu tapi sebab by time kami tiba, tinggal lagi sejam je nak tutup, so tak jadi. Mujur ada mini uptown kat bawa menara, best juga lah cuci mata. Dan, shopping! Saya grab oblong shawl keknis at RM15 dan brooch sebiji RM2. Dapat shopping ni je pun dah rasa heaven nau :P

Harga tiket naik Menara Alor Star : Dewasa with MyKad RM9, Kanak2 RM5
Iolls dapat shopping benda2 murah gini pun dah senyum lebaq. Tq suami!

Duduk-duduk ambil angin kejap je kat area menara tu, then balik ke hotel masing-masing. Sebelum naik bilik, sempat juga la sapedek lagi dekat foodcourt belakang hotel The Leverage. Order yong tau foo dgn otak-otak. Rasa.. hm.. kureng :/

The next day, Padang Besar!!!


Friday, October 23, 2015

Break


Kemain lebar tersengih masa break training semalam


Cerita Kedah belum habis. Mood ke laut cina selatan nak update blog...




Thursday, October 15, 2015

Ke Kedah Ke Kita? : Rumah Kelahiran Tun Mahathir dan Laksa Ikan Sekoq

Trip Ke Kedah Ke Kita? ni actually saya byk lepas tangan sbb saya cuma buat basic itinerary. Lps tu adik ipar berbijak-bijak ubah itinerary bg trip ni fun to the fullest. Fun to the fullest I mean by makan makan makan makan! Yezza we ate like having a cow's tummy :P

my travel buddies

Lps makan nasi minyak dkt Royal Ledah Golf Club, kami visit Rumah Kelahiran Tun Mahathir. All the way mmg kami bergantung pd waze dan google map. So much thanks to the technology. Hihi. Masuk Rumah Kelahiran Tun M, percuma. Ada 3 buah rumah yg blh pengunjung masuk. 2 buah rumah dikhaskan sbg information centre dan satu lg tu mmg rumah mak ayah Tun M. Kiranya mmg itulah rumah di mna Tun M dibesarkan. Guard yg bertugas kt dlm rumah tu bgtahu pd saya, dulu blh je nk ambil gmbr dlm rmh tu. Tp lps ada kes kecurian brg2 dlm rmh tu, terus larangan ambil gmbr dikuat kuasakan. Abg guard tu baik berbudi pekerti sesangat smpi cheq pun terkeluaq loghat utagha. En.Ubi geleng kepala tengok isteri x kuat iman suka nau tukar-tukar loghat. Kekekekek.

Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohammad

Rumah-rumah warna coklat ialah rumah tambahan dijadikan ruang informasi

Cuaca mmg panas dan bahang. So next mission, cari port minum petang. Kami ada 2 options tempat makan - Nasi Lemak Royale dan Laksa Ikan Sekoq. Ohsom punya ohsom, Laksa Ikan Sekoq menang!

How it taste?
YEWW WINNNN!!!!!

This is laksa kedah yow. Perfecto!
Ini je signboard kedai yg sempat di snap

Kami order laksa ikan sekoq dan cendol biasa. Dua-dua marvelous tahap mengidam-nak-lagi mengikut kata lidah saya. Laksa Kedah for sure a bit different from Laksa Penang. Saya belum pernah try pure Laksa Penang, makanya for now, Laksa Kedah Ikan Sekoq ni memang win-se-win-win-nya. Ulang lagi, win!!!

Yg bestnya lagi dekat kedai ni, kalau nak tambah laksa (kiranya second round order), FREE! Tapi sbb kami ada mission nak makan nasi lemak royale pulak malam kang, kita bawak-bawak tahan nafsu order laksa lagi ye nak..



Ikut plan asal, singgah Masjid Zahir ni, solat jamak maghrib dan isya', then terus hunting nasi lemak royale. Tapi takde rezeki. Allah tak jemput kami ke masjid ni. Lalu je.. Sayu pulak bila tengok gambar ni balik. Ye la, dah depan mata sgt dah, kenapa la tak singgah, kan? Ni la namanya bukan rezeki. Masjid ni cantik. Saya dari KL lagi dah niat sgt2 nak singgah solat kat masjid ni. Tapi.. hm.. itulah..

*For additional info, menara jam Alor Star pun dekat-dekat masjid ni je.

Tukar plan, balik hotel masing-masing, mandi, bersihkan diri, solat jamak di hotel, then keluar ke Nasi Lemak Royale.


Berlemak ke tak Nasi Lemak Royale ni? Tunggu next entry na! Cik Gayah nak tidoq dulu. Esok keja~









Tuesday, October 13, 2015

Ke Kedah Ke Kita? : Review Hotel


Rezeki berjalan ke utara ni atas sponsor adik ipar. Tq adik ipar, lain kali jgn segan-segan menyeponsor I lagi :P Kami tinggal jejak di Alor Star, Padang Besar, Sungai Petani, Ipoh, dan Kampar. Asal usul misi adik ipar ajak ke utara ni sbb dia nak attend kenduri officemate dia, tapi misi yg para penumpang ni (me & en.Ubi) pulak ialah memburu makanan best. Selesai misi food hunting ni, perut en.Ubi berlipat tiga. Tp den mcm biaso menten yo. Gahahhah.

*****

Review hotel
 
1. AST Hotel - The Good Things
Location wise, super close to exit Plaza Toll Alor Star Selatan. Keluar je toll terus dah boleh nampak signboard berapa km lg menghala ke AST Hotel ni. Oh hotel ni juga super dekat dgn Alor Star mall. Tapi kami tak singgah any mall pun sepanjang trip Ke Kedah Ke Kita ni. Fyi, en.Ubi yg bg nama trip ni. Gayah sangat suami Iolls ni~

Harga Standard Double Bed, book through Booking.com ialah RM76. Kalau direct walk in, harga yg saya tengok at the counter was RM90. Kami tiba di Alor Star around 10.30am dan dapat early check in without any additional charges! Tapi... Bilik yg saya book tu sebenarnya still occupied by time kami sampai. So, the receptionist bg suggestion utk kami upgrade bilik kpd Superior Double Room (upgrade size katil actually - queen to king - yg beza harganya cuma RM5!) dan boleh terus masuk bilik. Terus saya dan adik ipar (tokey keluar duit) setuju sbb beza harga RM5 je kan. Ce kalau RM50 beza, gigih juga kot kami tunggu sampai check in time pukul 2ptg tu. Kekekkekek.

Saiz bilik, ok-ok. Takde la spacious sampai boleh bersumo kat lantai, tapi cukup selesa utk kami 4org baring (katil king size kan..), tukar baju, solat, kunyah2 sementara tunggu nak serang makan nasi minyak. Kami letih dgn perjalanan 5jam Selangor-Alor Star tapi masing-masing tak boleh tidur bila dah masuk bilik. Sebab semua menggelupor dalam bilik tu wifi laju kauuu! Makanya en.Ubi dikerah utk mencari sesuap makanan kat tepi-tepi hotel tu. En.Ubi beli 2 bungkus nasi lemak ayam yg harganya cuma RM1 tapi sedap baq hang! Kami, berempat. Nasi lemak, 2 bungkus je. Memang betul-betul sesuap makanan en.Ubi bagi -_-"

AST Hotel - The Not So Good Thing

Toilet bersih, tapi smelly. Adik-adik ipar believe bau tu datang dari saluran WC. Tapi saya pulak rasa bau tu sbb en.Ubi berry :P


2. The Leverage Business Hotel Bandar Baru Mergong - The Good Things

Hotel ni more-a-less 15minutes dari AST Hotel. Adik-adik ipar tidur berdua kat sana. Kami suami isteri tidur berdua kat Leverage ni ha. Tapi sbb hotel kami tak boleh early check in, sbb tu dari pagi menumpang kat hotel adik-adik ipar. Hehe.


Toilet takdak bau! :)

Yg best juga sbb luar hotel ni cantik cun je malam-malam depa buat lampu bilik warna-warni. Plus point juga pd hotel ni sbb kanannya ada beberapa indi-cafe, kirinya ada 7E dan Maybank, belakangnya pulak ada foodcourt. Seberang kiri jalan besar hotel ni pulak ada Tesco. Hampir-hampir saya nak heret en.Ubi masuk Nagoya kat Tesco tu :P

Harga Standard Queen Room RM88, book through Agoda.com. Masa check in, bayar cash sekali dgn deposit cuma RM100. Kiranya refundable deposit cuma RM12. *refundable deposit kat AST Hotel was RM50

Wifi was awesome malam tu. Seronok, seronok :)

Ada cermin besar dan free maggie cup - 2 cups lagi tau.

The Leverage Business Hotel Bandar Baru Mergong - The Not So Good Thing

Bilik agak sempit kalau nak dibandingkan dgn AST Hotel tadi. Ruang nak solat dalam bilik takde langsung.

 *****

Hari kedua kami gerak dari Kedah masuk ke Perak pulak. 
Kami overnight satu malam kat Ipoh sbb nak food hunting 
dan bergambar kat Kellie's Castle.


3. De Parkview Hotel - The Good Thing

Hanya beberapa minit dari exit Plaza Toll Simpang Pulai. Waze atau Googe Maps je, inshaaAllah memang senang je jumpanya.

Hotel ni agak baru jadi memang the experience we had best nau nau! Bilik cun dan boleh dikatakan everything were new. Kali ni saya book Family Suite (2 Queen Beds, 2 TVs, 1 shower and toilet) through Booking.com pd harga RM168. Refundable deposit dorang minta RM50 tapi sbb masa tu cash in hand cuma ada RM20, maka kami terus terang je and they accept the RM20 :)

Both the aunty and uncle yg jaga reception sangat la baik dan ramahnya. Bila saya tanya recommended places utk makan, uncle tu dgn penuh semangat bagitahu kat mana nak makan. Siap bagi namecard restoran-restoran tu lagi.

Hotel ni pun dekat je dgn dataran ipoh yg banyak street stall tu.


3. De Parkview Hotel - The Not So Good Thing

Takde maggie cup, cuma ada kopi ipoh :P  Oh, dan takde hair dryer.

*****


Ok, habis bab hotel. Next entry bab food hunting pulak. Till then!






 

Sunday, October 4, 2015

Review jujur Polis Evo

Amaran : Entry mengandungi spoiler berjela tentang cerita Polis Evo.

It's been a while since our last date for a movie. I cant even remember the last movie we watched together. Selalu yg ajak tgk movie ni mmg en.Ubi la. So this time around he was inviting for Police Evo. Layankan.

Ticket a bit pricey for me. RM19/person. En.Ubi cakap sbb cerita baru. Ye meyh? Saya rasa kalau cerita omputih yg baru keluar pun takdela sampai RM19 seorang.. Kuat2 pun RM16. Wallahu'alam. Dah lama juga tak jejak kaki ke cinema, remember?

Cerita dimulakan dgn aksi comel bila Nora Danish kena skodeng dan dia dok mengomel dalam loghat Terengganu. Comel angat :p

Jalan cerita memang straight forward (cerita tentang polis nak tumpaskan sindiket dadah) and predictable. Aksi lawan-lawan, letup-letup, kejar-mengejar samada dgn kereta atau berlari hebat! Cumanya bg pendapat jujur saya, belum boleh mengalahkan aksi dalam KL Gangster.

Zizan acts really well! Part kelakar tu memang yelah kan dah mmg makanan dia, tapi part risau, cemas, ha yg tu double thumbs up bg ke mung Zizang. Kalah lakonan dia dalam KL Gangster.

Sayangnya, agak turn me down (boring) bila part kesinambungan asyik tunjuk stadium dgn Allah pelihara Terengganu (dari aerial view). For me, Terengganu banyak gilos kot aerial angle yg cun-cun. Dah bakpe balik-balik tunjuk scene hok sama? Eh tetiba feeling comel mcm Nora Danish cakap Gganu :p

There were this one point yg saya rasa mcm lorrr.. Baik takpayah ada scene ni - menunggu si Maya sedar dari koma. Ingatkan bila Maya tu dah sedar, bolehla bg huge impact pd the cerita. Rupanya takdela membantu mana. Penat je tertanya-tanya apa jd kat si Maya tu. Haha.

Watak ketua orang jahat lupa apa nama entah, bessssttttt sgt! Kira mmg jahat bebenau la dia tu. Dgn selekehnya, dgn kulit muka leher lengan melekit-lekitnya, rambut mcm dawai koinkot nya.. Masa nengok cerita tu saya mcm nk soh dia gi mandi jek. Hahah. Sesuai nau la jd watak ketua org jahat. Pelakon yg pegang watak pembantu org jahat (Jimbo & abgnya - lupa nama) boleh gilap lg tahap kejahatan.

Part paling audience gelak ialah masa scene Mat Yam!!!

Lastly, saya blur apa kaitan tajuk cerita Polis Evo dgn the story. Apa yg Evo nya? (still dont get it >_<")

Overall, saya bagi 3bintang (out of 5) pada Polis Evo! Tahniah Zizang, Seng, dan Nora!




Inspektor Ubi -_-"

Wednesday, September 16, 2015

Takoyaki tersedap setakat ini

Jom main teka-teka lagi. Ni kat mana?



Hint sikit. Kat situ ada seating bentuk Y, and in three candy-colors. Oren, merah, kuning. Memang tema tempat ni ber-color oren, merah dgn kuning.

Model sedang duduk di atas seating Y oren

Dapat teka dah tak? Model memang tu jelah yg saya mampu hire. Nama glamer model ni, model temenung. Asal amik gambo je, pose sume nak termenung apekehey ntah. Kalau soh pose sikit, paling hebak beliau pegang dada. Bajet sado lettew.


Hah dapat tak teka?

Ok la. Ok la.

Ni dekat Sunway Putra Mall y'alls!

Building ni setentang PWTC. Sunway Putra Mall sbnrnya dah lama ada, cuma dorg baru renovate its interior and exterior. Mmg totally berwajah baru. Best! Best sebab dalam ni ada Daiso, Kaison, dgn DIY sekaligus. Puas hati den nak shopping! Saya ni org marhaen.. Takat beli tipuware atau kotak corak-corak harga RM5 tu pun dah masuk kategori heavenly-shopping. Huhu.

Dah 2kali en.Ubi bawa jalan-jalan sini. Sekali tu pergi hari bekerja, and the other day pergi on hari cuti. Hari kerja mmg agak kurang org tapi over the weekend pun ok lg, blm tahap penuh rakyat mcm KLCC nun.

Yg best lg kat Sunway Putra Mall ni is interior dia la. Dia besar, tapi tak memenatkan kita berjalan mcm IOI Mall Putrajaya, or OU, or Midvalley. Kedai-kedai pun dah banyak buka. Name it high brand outlet like Braun Buffel, Dressing Paula, Fareeda (kedai Fareeda pun ada kat dalam ni hokeh) atau yg average one mcm Kitschen, Padini, Uniqlo, pendek kata bestla cuci mata kat sini. Takdela org-org mcm saya ni yg tak banyak pitih ternganga bila masuk mall ni.

Lagi yg saya suka, style foodcourt dia. Rasa mcm ada seribu jenis tempat makan dalam tu. Heaven weyh! Ni saya tgh tggu Boat Noodle buka kat situ. (mmg coming soon akan dibuka kat situ)

Sebelum kita merasa Boat Noodle, saya nak gebang tentang this one Japanese restaurant called


T E P P A N K Y U K O

Restoran Jepun ni CONFIRM halal sebab tuan tanah nya orang Islam kita. The cook org Islam, the cashier org Islam, cuma ada sorang dua serving-helper yg bukan local people. The cook and the cashier (kitorang suspek cashier ni owner kedai sbb dia banyak explain pasal the kedai and the menu) baik-baik and buat kita selesa nak makan kat situ.

Menjak en.Ubi pandai makan takoyaki, semedang jelah beliau nak rasa takoyaki. Pantang nampak. So we ordered 1 set chicken & cheese takoyaki dgn 1set beef teppanyaki.


Teppanyaki kat sini sama je rasanya mcm kat Mr Teppanyaki tapi tapi tapi, perisa kat sini tak keterluan. Ngamngamsoi je. Kalau kat Mr Teppanyaki tu sokmo mujiburr yg masak set teppanyaki tu akan tabur seasoning setengah botol. Naik bergulung lidah kalau makan teppanyaki set kat Mr Teppanyaki sbb perisanya byk sgt. Tp yg kat Teppankyuko ni, again, ngamngamsoi. Dan yg paling penting, the cook, org Islam.

Jom kita beralih pulak pada menu seterusnya. Takoyaki!!!


Dia punya takoyaki ya Rabbi.. sedap tu dah tentu satu hal. Gemok-gemok pulak tu! Bukan takat takoball tu yg gemok, dgn fishflakes dia pun gedabak-gedabak tak lokek punya dia tabur. Puas hati ngunyah fishflakes dia. Teehee. Oh and the sauce. Mmmmmmmmm. Sauce tu ada kelainan sikit. Kelainan yg yummy. The cashier (yg kami suspek dia ni owner) bgtahu, sauce tu depa buat and modify sendiri. Sedap. Syabas encik cashier! Bila saya puji takoyaki tu sedap, dia cakap Alhamdulillah.. Huu, saya pulak yg sejuk hati mendengonya :)

Mula-mula belek menu, saya nak rasa California Roll dia (RM6.90/satu), tapi xde pulak. So tukar order takoyaki. Takoyaki tu RM5.90/3biji. Mahal 30sen dr takoyaki jusco tapi seriously, their takoyaki ni gemok gedempol. Beef teppanyaki td RM14.90/set.

Masa kami makan kat sini, sup yg comes together dgn set teppanyaki tu boleh refill. Almost 2 mangkuk jugala saya hirup. Sedap dihirup panas-panas. Kat Mr Teppanyaki tak sure boleh refill ke tak ek the sup?

Restaurant ni takdela besar sgt. Maybe boleh cater maximum 20-25 customer dalam satu-satu masa. Tp mcm saya ckp td, Sunway Putra Mall blm padat sgt pengunjungnya, so dari segi keselesaan, mmg selesa sesangat la masa kami makan tu. Lgpun layout restaurant ni agak terbuka, tak mcm Mr Teppanyaki - konsep kedai mesti nk terkepung ke dalam. Cik Gayah tak kenan sgt layout terkepung-kepung gitu.

Overall, saya bg 4.5 bintang (dari 5 bintang) utk Teppankyuko! Kalau ada yg tertanya knp bertepek-tepek saya kondem Mr Teppanyaki? Jawabnya, bukan sbb saya anti norr dgn Mr Teppanyaki, tapi sbb saya dah jumpa yg berganda lg best dgn konsep dan menu yg almost the same. Makanya. Review ikhlas dari anak tekak saya :)








Motif update blog pasal ni? 
Moga en.Ubi ada yg sudi bawa jalan-jalan makan kat sini lagi esok nanti.

Friday, August 28, 2015

En.Ubi dan sayapnya



Ce teka kat mana ni.

Hint. Yong Tau Foo kat foodcourt dia sedap.


Hint akhir. Tempat ni tak pernah takde sale. Manjang sale.

Tahu dah?

It's Sogo y'all. Tak igt dah bila tp ada haritu en.Ubi heret gi Sogo sementara tggu ada hal kat Pertama Kompleks sebelah nya tu. Berkurun tak masuk Sogo ni. Mungkin sbb jauh kot. Alangkan KLCC yg sekilas dari rumah ni pun dah bertahun tak pergi, takat lalu-lalang depan KLCC je. Inikan pulak Sogo yg ke tengah alam tu.

Masuk Sogo makan yong tau foo best kat foodcourt dia. Alhamdulillah dapat merasa. Macam biasa, Sogo ni akan open sale berkoyan-koyan kt courtyard tu. Konon nk jeling-jeling je, sekali ter-me-maksa en.Ubi try this one pants brand Charges kot tak silap. Eh cantik pulak beliau menyarungnya. Eh ada pulak saiz muat2 dgn beliau. Eh murah nau nau pulak harga lepas sale 70%. Ambiklah yang. Titew belanja *blow nails*


Sebelum naik foodcourt td masuk Braun Buffel. Singgah sebab nak cuci wallet en.Ubi. Wallet tu was one of hantaran saya pd en.Ubi. Kami pilih sama2 dulu :)

***

Pertama Kompleks. The last time saya pergi Pertama masa tu 2008 ke 2009 ntah. After 6years and revisit Pertama, sekilas pandang mcm xde apa pun yg berubah. Hahah. Sama jek. Masih lg boleh bikin org sesat turun naik tangga dari satu penjuru ke satu penjuru dalam Pertama tu. Kalau campak saya sorang2 dalam Pertama tu, confirm saya nangis hentak-hentak kaki. Gerun okeh. Bg saya, Pertama tu sama gerun dgn Low Yat.


Pergi Pertama Kompleks demi me-nyeport en.Ubi and his business. En.Ubi buka kedai jahit plak dah.. Tp dia pakai nama Jimmy konon komersial la sikit. Takkan nak letak Ubi Fashion tak glamour lgsg. Ekekekek.

Idok, idok. Jimmy Fashion tu mmg kedai dalam Pertama nun. Kami visit sbb nak beli baju jek. Kalau korang tgk dalam gambar ni yg mana skin color lebih kurang warna kulit en.Ubi hah tu semua kroni2 beliau.

Things I noticed about en.Ubi is that beliau happy bila saya dapat mingle dgn kawan2 beliau. Mcm ni saya join kan, ha balik tu meleret je beliau senyum. Cuba kalau saya lepaskan beliau gi sorang2 keluar dgn kawan2, balik tu muka biasa2 je happynya. Eh ke.. beliau pura2 je depan den konon xdela happy nau lepak bujang ngan rakan-rakan? Hmm.. nanti Cik Gayah selidik..


Ni dalam bulan raya kot. Ke dalam bulan puasa. Tak ingat dah. Kemain lg happy en.Ubi bila kawan-kawan dtg rumah pastu saya entertain depa sediakan makan minum. Saya rasa beliau fe-feeling "Tengok ni rakan-rakan. Aku nakhoda dan itulah isteri aku yg senantiasa menurut perintahku. HA HA HA" sambil Cik Gayah membawa jug air dari dapur ke ruang makan. Bajet tak takut bining la tu..


Yg ni pun meneman beliau utk perihal business beliau. Dari dulu lg saya mmg suka lelaki yg sentiasa berusaha memperbaiki financial keluarga demi masa depan bersama. Biar dari awalnya tak kaya, tak mewah. Asalkan tahu berusaha dan menampakkan hasil. Saya rasa lelaki yg jenis mcmni mmg family-man :) En.Ubi cakap dia ada dgr taklimat perniagaan, "lelaki yg dah berkahwin bila tak dapat sokongan isteri ibarat burung yg kehilangan sebelah sayapnya".

Makanya. Makanya bertenggeklah saya kt building ni sesama ngadap pegawai SME yg attend en.Ubi haritu dgn harapan masa depan nnt kot-kot dapat title datin *tetiba bajet isteri business man paling berjaya*

Dah. Stop. Lg panjang tulis lg mengarut kang. Bai.



Saya berdoa suami saya berjaya dunia akhirat dan semoga Allah memudahkan urusan suami saya selagi tidak membelakangkan agama. Amin.




Tuesday, August 25, 2015

Almost September

Sekejapan je dh nak masuk bln september. Lps tu bln oktober dh. Oktober is our anniversary month but I have reminded myself utk igt tarikh nikah based on hijriah calendar - 2 Muharram. Rasanya saya pernah blogged on this. So basically kalau ikut georgian calendar, our nikah date last year 26/10 tp tahun ni anniversary jatuh on 15/10. Lalalala. Im expecting en.Ubi not rememberring the date satunya pasai tarikh georgian berubah-ubah, keduanya simply pasai he is a man. Selalunya bab excited terlebih nk celebrate2 ni kita org pompuan kan Yah? Bunga? No no no. Bg2 bunga ni is too miehhh for him walaupun zaman hingusan 5-6tahun dulu sblm kami kenai, beliau pernah je bg bunga kt so call his gf waktu tu (ish sakit pulak hati kita membayangkannya).

I dont really have plan to busy with for our anniversary. Tapi.. kalau utk bln november ye saya semangat nk plan itu ini :) Both our birthdate kn sebelah-sebelah in november tu (17, 18). Hence.

Last year nikah bln 10, tp bln 11 bru gi honeymoon - pun atas reason yg sama :) Rindu nk jejalan jauh sikit berdua. Ada la survey sikit2 nk ke mana tp survey gitu2 je. Xde perancangan firm and detail lg. Kalau dpt ziarah negara org kali ni, saya berangan nk pergi kt tempat yg ada unsur sejarah. Nk gi negara 4musim rasa mcm buang duit sgt pulak. Yg penting, no laut-laut or main air this time. Officemate ajak gi Mabul Island. Hm xpelah dik, korang gi lah. Akak dh umur2 gini tempat2 sejarah la jd bahan tarikan akak :p

Saya personally dh pernah jejak Singapore, Bali, Thailand. Ntah di mana Allah bg rezeki peluang berjalan lg. Vietnam? Cambodia? Sri Lanka? Ke.. Sabah? Ke.. repeat Singapore?


Saturday, August 22, 2015

AiHappiness. Kayuh pelan-pelan.

How do you like this new haihayahai look? Ni gara2 en.Ubi dah ketiduran sbb esok (sabtu) beliau kerja dan saya takde kawan nk berbual. Makanya.

Maghrib td sementara tunggu en.Ubi balik kerja, sempatla kemas hall rumah sikit. Kemas asal nampak tak bersepah. Pastu membawa sampai ke tgh malam, hati membuak-buak nak hias rumah gitu-gini. Walaupun ni rmh sewa je but I do fall in love dgn rmh ni. En.Ubi berlebih lg rasanya sbb beliau mmg jiwa raga dah meresap sayangkan this area. I used to menyewa dkt2 area sini zaman bujang dulu. And since then mmg jatuh cinta dgn sekeliling kwsn ni.

Dlm diam-diam sbnrnya saya aim nak beli one of the house dkt apartment yg saya duduk zaman bujang dulu tu. Saya suka layout dlm rmh tu - simple. Nk beli landed house dpn2 ni rasanya di luar kemampuan. Yg apartment tu pun by time saya nk beli esok2 gamaknya harga dah setengah juta. Mana la nk cekau duit. Sbb tak tercekau la dok berangan je dulu. Berangan takyah keluar duit! :)

For now, saya suka yellow+grey+white theme. Tones ni saya suka ever since masa rancang2 nk kahwin dulu. Tengokla baju nikah kami tu :) :) :) Oh btw, gambar header mmg sengaja crop to the lower sbb nk tengok baju nikah sokmo. Muka sendiri ngan muka en.Ubi boring boleh tgk kt cermin hari2. Teehee.

Back to the theme color. Hm, mmg dlm setahun dua ni berangan sambil telan air liur jelah. Nk make it real, harus buat tabungan khas. InshaaAllah start bulan ni paksa ajak en.Ubi buat tabung AiHappiness mcm dlm cerita UP tu.

Dh 10bln nikah baru nk buat tabung rumah? Feel free to blame us. Biarlah org nk kata apa. Kewangan fmly kami, kami berdua yg lbh tahu apa yg perlu didahulukan. Dan bg saya, biar lambat asalkan ruang kesedaran tu ada dan terus bertindak. Rezeki Allah, aturan Allah. Saya yakin semua tu.







Gojesss sgt kan??? Bila la nk dpt cenggini. Perut lapar pulak tgk living hall idaman. Nasi dinner td ada lg sikit dlm rice cooker. Nak buat telur dadar sat.

Telur dadar pun warna kuning! #tetiba #kayuhpelanpelan