Sunday, February 28, 2016

Mengingat Usia 16 bulan Pernikahan

Eh, dah 16 bulan rupanya jadi suami isteri. Lovey dovey? Still on going of course! Tapi idok ler se-miang masa baru 16 hari menikah dulu. Hikhokhikhok :P 16 hari baru nikah dulu, sedar dari tidur je tangan meraba cari en.Ubi kt sebelah. Risau dik non bila tak rasa hangatnya ketiak suami titew. Awww..! Ni dah 16 bulan menikah, sedar dari tidur je tangan meraba cari mano eh selimut den - dengan prasangka bahawa en.Ubi telah meng-conquer selimut den seorang diri. Prasangka awal pagi buta tu biasanya tepat. Hahah. Time nak tidur kemain lg beliau buka kipas laju mcm nak tercabut dr siling. Dah subuh-subuh cerdik pulak tarik selimut kita.

So.
Bahagia sgt ke kehidupan lps menikah?

Bg saya, kehidupan rmhtangga akan bahagia kalau kita nak bahagia dan kita tak henti usaha utk temukan bahagia tu.

Pernah je sekali dua saya merajuk dgn en.Ubi smpi termenangis. Walhal en.Ubi taktahu hujung pangkal apa salah beliau pd saya. Haha. Selalunya bila pitching en.Ubi bercakap dgn saya tertinggi sikiiiit. Sensitip mak nak! Bila diingat2, dulu2 dgn ayah saya pun saya mmg sensitif camtu. Sbb ayah susah nk marah saya. So bila setahun sekali dia tinggi suara sikit, saya rasa mcm sedih nau blh rasa nk pack baju lari rmh terus! Lg satu, saya ni ada bad attitude yg suka memendam menjeruk rasa or more like keep it to myself - like kalau org marah ke salah fhm ke, saya malas nk explain pnjg2 hanya demi nk membuktikan yg saya x bersalah dlm hal tu. Saya rasa baik saya diam je bawa diri jauh2. Geydit??

Tu kerenah saya. Kerenah en.Ubi pulak, I am (very) sure juga pernah je en.Ubi merajuk dgn saya cumanya beliau tak termenangis. Lelaki, peopleee~ Saya sure en.Ubi pernah merajuk sbb saya ni mmg kuat membebel. Ore klate oyak, bobey. Lagi2 kalau dlm kereta, meter mulut saya ni automatik je jd 2kali pecut dr halaju keto. Dop tahu laaa bakpo >_<

Tp sbb en.Ubi nak kami bahagia, makanya beliau hadam sabar jelah dgn bebelan saya. Dan beliau cuba set in his genious mind that kejadian membebel dlm kete ni mmg karakter saya. Karakter seseorang blh diubah dibentuk x anak-anak? Jwpnnya, boleh. So selain sabar, beliau selalu bagitahu saya, my good characters yg buat beliau sayang saya. Dihujung2 tu nnt baru beliau selitkan apa karakter saya yg beliau kurang berkenan. Being a normal wife, of course kita nak jd yg terbaik utk suami, kan? So apa yg suami nasihat tu, saya tak pernah ambil sambil lewa. Sbb saya pun nak kami bahagia! :)

Slowly, saya dah kurang membebel. Dah pandai ajar diri supaya tenang2, lebih bersabar, tak cepat stress.. To a point, dah malas dah nak membebel. So saya senyap je terus. Hahah. Haaa masa ni pandai puleks en.Ubi gelabah sbb saya senyap pulak nau :p

As for now, ini jelah yg saya blh record kan utk my own reference in future. What is it feels like bila usia pernikahan dah menginjak setahun lebih. It feels like imperfect but we do strive to be closer to perfect. No marriage is perfect sbb you are married to a human being, like hellooooo~~~

Sunday, February 21, 2016

Babah vs Ibu : Baby boy ke baby girl?

Ok kita buka satu lg topik. Babah vs Ibu. Topik ni mainly ttg character en.Ubi vs character saya towards honeybun. Saja je suka-suka buka topik ni :)

From the very begining, saya perasan yg en.Ubi mcm berharap expect that I'm carrying a baby girl. He said simply sbb ada satu hari tu saya mimpi bersalinkn baby girl and we named her, M. Bila saya sebut nama tu pd en.Ubi, he fell in love like mmg berkenan nau nau dan mmg tak pilih nama lain dah. The name quite long (nama dlm mimpi tu was Mx xx xx binti en.Ubi. Panjang, kan?). So.. yeah, since then mmg en.Ubi keep on imagine baby dlm perut ni ialah bby girl.

Inside, saya ter-stress SIKIT sbb risau our baby bkn baby girl. Rasa mcm nk fulfill impian en.Ubi tu tp kalau bkn baby girl, mana nk terlawan ketentuan Allah, kan? Jujurnya, naluri saya rasa our baby is a boy. Bkn saya berharapkan baby boy tp mommy's instinct you see~ Tiap2 hari saya layankan je imagination en.Ubi bersembang ttg his daughter. To a point, saya rasa bersalah pd en.Ubi sbb mcm build the hope together. Jd saya start pujuk en.Ubi, saying what if our baby is a boy - will he be frustrated? - something like that.

Alhamdulillah beliau ok walaupun lps2 tu ada je masa2 saya notice yg beliau masih dgn imagination of having a daughter. In days he is ok, saya akan buka topik pilih nama baby boy. Surprisingly, en.Ubi came up with a name yg terus buat saya jatuh cinta :) We stick up dgn nama tu, inshaaAllah.. tp dgn syarat we are having baby boy la hehe. Otherwise, it's gonna be Mx xx xx binti en.Ubi :)


P/s : Honeybun, babah isnt around. Wanna tell ibu if you are a girl or boy? ^_^


Saturday, February 20, 2016

Pengalaman Mengandung : 16minggu - 18minggu

Berkorban, apa saja.. harta ataupun nyawa.. itulah, kasih mesra.. sejati dan mulia.. hm hmm hm hmm hm

Cik Gayah tgh nengok muzika extravaganza kt tv2. Sedap betul suara Hafiz Shuib ni. Sedang-sedang elok je lenggok suaranya. Tp tetap mendayu buat jiwa keibuan Cik Gayah ni bagai diulit2.

5hari ni rasa mcm extra bahagia :) En.Ubi manjakan gitu gini, dpt solat tanpa rushing, dapat breakfast dgn en.Ubi, dapat pakai tudung style baru, byklah rasanya mendapat 5hari ni. Terima kasih Allah utk 5hari ni. Tenang je rasa hati walaupun ada je moment2 yg we I suppose to feel serabut. But again, thank you Allah for the peaceful You've granted.

En.Ubi keje mlm harini. Bila tinggal kt rmh sorang2, tu yg terbawa-bawa melayan perasaan rindu kt suami sendiri #mustbethepregnancyhormone #ibukeanakygrindubabah

*****

Mengandung minggu ke 16-18 ragamnya mcm bukit! Awal minggu ke-16 tu saya cergas secergas-cergasnya. Asal celik mata je terus fikir nk merengek kt en.Ubi nk ajak pi jalan mana. Walaupun blm ada idea nk pi mana, tgn dh ligat dok iron baju tudung. En.Ubi geleng kepala sbb bila beliau celik mato yo, mesti den tongah tobongkok2 iron tudung. Lalu beliau panic sambil bertanyo, "Nak poie mano pulak gosok tudung bagai ni bebeh oi??" Of course den terpisat2 nk menjawab sbb den pun xtahu nk poie jalan mano. Yg den tahu, den nk poie jalan-jalan yo. Kekekekek.

Masuk minggu ke-17, bumi terbalik. Satu badan lemah lesu longlai lemau. Lps subuh, nk makan kuih sebiji pun amik masa setengah jam! Punyalah hilang selera sampaikn nk mengunyah pun slow motion je beb. Sebiji kuih tu cukup buat perut sebu, so, sorry to other foodies, mmg you guys are not attracted at all masa tu. Worst more, lps perut rasa penuh, mata ni akan rasa berat yg amat. Yg mmg tak boleh nk ditahan-tahan langsung. Tak sempat landing kt tilam, udah merekok mcm udang kna masak - terlelap kt sofa. Lps 2jam tidur, terjaga. Lapar. Mkn sikit. Lps tu super mengantuk balik. Tidur balik. And it goes round by round sampai naik stress dgn diri sendiri :(

Minggu ke-18 bumi condong. Hahah. Dah ok balik alhamdulillah. Tidaklah secergas minggu ke-16 tp tidaklah selembik minggu ke-17. Minggu ke-18 saya dapat rentak baru. (Thousand thanks to en.Ubi for his support. I beg to Allah to grant you His jannah). Saya bgn awal dan mandi sblm subuh. Saya tak skip breakfast. Saya solat zohor asar awal waktu. Saya having dinner before pukul 7. Saya mengaji antara maghrib ke isyak. Saya tidur sblm pukul 12. Puas hati dapat buat semua ni like a routine. Badan rasa ringan, hati pun tenang je..

*****

So yeah, basically that's how I've gone through my 16-18 weeks of pregnancy. Kalau nk go into details, boobs and tummy are getting wayyy plumpier like a pumpkin in halloween month! (Oh well, I'm 4m+ pregnant peeps. People will understand this ritee?). While other parts of my body still maintain and looks skinny as always. Perubahan pd muka pulak, en.Ubi ckp mcm makin berseri. Taktahula kalau tu just his saying, kan. Saya myself kalau tgk muka sendiri, yg saya notice, batang hidung mcm makin mancung pulak :p Shishi agak kerap jg but still considerable. Hahah. Berry mcm payah sikit. Kdg2 3-4hari sekali baru ada rasa nk berry walaupun saya byk gilos mkn buah. Risau jg kan? (Next check up kt KK akan tnya doktor on this)

Honeybun? Honeybun is super busy ukur-ing size of my tummy from the inside :) :) :) Saya TERperasan honeybun's movement masa check up kt KK sblm ni. Itupun sbb TERnampak kt screen kemain menggeletis dia kuek kuek. Tp masa tu saya blm dapat rasa pergerakan dia.

Did I share with you guys, honeybun was in kedudukan songsang masa saya scan kt Klinik Sofea sblm ni? 

Minggu ke-16 saya dpt start rasa. Minggu ke-17 makin kerap rasa dia bergerak dan en.Ubi pun dh sempat nak letak his hand on my belly utk merasa pergerakan anak :) Minggu ke-18 Ya rabbi, punyalah aktif si kenit ni ngukur perut den. Sometimes I records honeybun's movement yg dh mmg clearly buat perut saya berombak. And of course, I'm super excited utk tunjuk and watching it with en.Ubi :)


Friday, February 12, 2016

Review Movie : Ola Bola



Ever since Ola Bola keluar cinema, en.Ubi giat memandrem saya ajak pi tgk cite tu pdhal kalau mana2 match football hujung mata pun beliau tak endah. Kebetulan haritu ada rezeki duit dan masa, kami pun pi lah tgk. Yg benornya saya menjak ada anak dlm perut ni x gemor sgt masuk cinema. #pregnancyissuemaybe



Dah tetiap hari merengek nk tgk Ola Bola, sampai masa konon bg den buek pilihan nk tgk movie apo. Igt den xtahu tektik ekau jang? -_-"

Masuk cinema cerita dah start beberapa minit. Scene kat fun fair, dkt game sepak bola - kalau bola masuk lubang kat dinding, dpt la redeem hadiah. Tp semua yg cuba, mesti tersasar. Pastu dorg ckp tauke game tu tipu. Tetiba ada sorg ni dtg dia ckp 'mana ada tipu', pastu dia sepak bola dan goal! Ha ni lah salah seorang watak utama cerita Ola Bola ni x igt nama apa. Hero no.1 (Tauke/Cheong Kok Keong) tiap2 hari akan dtg fun fair ni sbb girlfriend dia kje kt sini. Nnt bila fun fair dh tutup, dia hntr gf dia blk rmh naik motor. Cekeding je bdn hero. Hero no.2,3,4,5 & yg lain2 pun mmg semua bdn cekeding2 - mcm zaman mak pak kita dulu.

Lps dh hntr gf blk rmh, dia blk rmh sndiri pastu kna bebel dgn adik perempuan dia. Dah besar dah adik dia ni - dh hbs spm la kiranya and now adik dia tu kje kt kilang mnjahit. Masa adik dia mbebel tu pun dia tgh mnjahit guna mesin jahit lama hat kna hayun guna kaki tu. Adik dia mbebel sbb dia blk lewat setiap hari. Pagi kje ofis, pastu gi training main bola smpai mlm. Bkn mendatangkan pekdah pun main bola utk negara.. ghentikan jelah! Ha camtulah kalau dimudahlan skrip nya :p Cam pelikkan zaman kita skrg football player siap jd playboy pnyalah hevvat tp knp yg adik Tauke suh dia quit pulak. Sbbnya - zmn tu Msia asyik kalah match pra-Olimpik - dan masa ni SuperMokh (Mokhtar Dahari) dh pindah main dgn negara luar - so team football Msia dipandang rendah la.

* Tauke - Captain

Now scene memperkenalkan watak Muthu pulak. Sama juga cam Tauke, awal2 scene Muthu ni kna marah dgn bapaknya - sbb dia sampai lambat kt tmpt pengumpulan kelapa. Muthu ni anak sulung dr 4 beradik (kot). Yg lain semua kecik2 lg umur 8-10tahun. Bapaknya si Muthu ni ada kebun kelapa so mengharapkan Muthu utk tlg dia cari rezeki - hantar kelapa2 yg dah bertimbun dipetik kpd customer. Nk hntr tu kna naik lori so takkan nk suruh adik2 dia yg kecik tu kan. Berbuih la bapak Muthu ni membebel kut bahasa Tamil smpai cam nk nangis2 dah bapak dia punya la frust dgn Muthu yg tak nampak kesungguhan nk bantu cari rezeki. Tp Muthu ni baik, dia tak melawan malah dia bg pulak duit poket kt adik dia suh pass kt bapak nnt.

* Muthu - Goal Keeper

*****

Cop.
Sebenarnya saya dh lupa urutan jln cerita sbb mcm dh lama je tgk Ola Bola ni masa awal2 dia keluar kt cinema. So ni saya cerita based on apa yg saya igt jelah ye. Maaf....

*****

Rahman. Rahman ni keje kat bidang penyiaran sukan. Dia berangan nk jd pengulas sukan bola sepak secara live tp blm dipercayai oleh mentor2 dia. So dia tiap2 hari praktis la mengulas utk buktikan kat mentor2 dia. Rahman ni ada anak kembar 2org perempuan so selalu jg dia praktis buat ulasan dgn anak2 dia. Comel je. Hehe. Rahman agak rapat dgn Tauke. Kira kalau Tauke ada problem, dia akan dtg rmh Rahman borak2. O pastu Rahman ni kalau mengulas, dia ada trademark suka jerit Goaaaaalll! Goal! Goal! Goal! Goal! kemain berulang dia sebut Goal! tu :)

Watak lain, Ali, Eric, Ah Chai, Abu dgn coach baru team Msia. Dorg ni semua penggerak cerita tp xde pngenalan detail ttg khidupan masing2. Ali dgn Eric tak sebulu sbb Ali assume si Eric ni mai join team tu sbb nk rampas jersey 10, jersey SuperMokh. Eric ni dr Sabah pastu mcm anak org senang. Bengangla Eric kna tuduh camtu kan walhal dia niat nk sama2 harumkan nama negara. Ah Chai pulak pemain simpanan yg lgsg tak pernah dpt peluang utk main kt mana2 match. Bapak dia ada hadiahkan sepasang kasut bola tp dia dh jnji hanya akan pakai lasut tu bila dia dpt main dlm any match. Tu yg Abu duk usik dia je.

Yg coach tu dia baik and saya personally salute lakonan dia. Tauke tak gemar sgt kat coach baru ni so bila coach tu susun strategi sekian-sekian, atas padang, si Tauke ni buat degil main ikut strategi sendiri. Resultnya, suku pertama cerita tunjuk dorg lawan asyik kalah je. Ada satu game tu siap kalah 10-0 x igt dh lawan mana. Mmg moral down all the player sabit dgn fmly members sekali down.

There was one scene adik perempuan Tauke brainwash dia like tolonglah fikir ttg masa depan keluarga. Adik dia tu sendiri berkorban demi keluarga, sanggup tolak tawaran bljr kt luar negara sbb nk cari kerja kt sini yg blh bg mkn kt fmly. Scene ni mmg bg impact sbb lakonan adik Tauke tu berkesan. Tauke pun lps adik dia dh luah perasaan gitu dia pun jd memikir ssgt. Last2 dia decide nk tarik diri dr team bola sepak Msia.

Getting worst pd team Msia sbb Muthu pun nk tarik diri. Kisahnya ada satu hari tu dia xdapat/lambat tlg bapak dia pi hantar kelapa, so adik2 dia pulak yg take over - drive lori konon nk pi ngantor kelapa last2 accident. Hahah. Lawak gakla masa ni. Mujur xde pape serious. Tp ingat2 nya tu mcm dia luah perasaan je kat Tauke (ttg nk tarik diri) but the fact dia still play for the team.

Dan kalau x silap, insiden Muthu tu la yg trigger Tauke utk masuk blk team. Dia gi jumpa coach and admit salah dia ego nau sblm ni. Dia jnji dgn coach utk dgr ckp coach tu demi sama2 majukan semula team bola sepak negara.

Now start la turning point pd team negara. Coach tu hantar player utk di train ala tentera. Masa ni start la player rasa betul2 bersemangat and reunite between each other. Ali dgn Eric pun dah start berbaik. Penghujung sesi training selama beberapa hari tu, coach tu serahkan jersey 10 kat Tauke. Happy la semua sbb mmg depa rasa Tauke layak dpt sambung lagenda SuperMokh. Ali pun ok, Eric pun ok. Takde irihati pun.

Lps drpd tu, semua match pun team kita menang. Part ni yg saya rasa mcm.. erm.. caner ye nk komen. Mcm mudah nau jln cerita nya. Awal2 kalah, gi training ala tentera, pastu menang-menang-menang :/

Dah asyik menang so team kita pun sampai la kt final match utk pra-Olimpik. Dh semangat gila2 ni satgi coach dgn Tauke dpt tahu yg Msia band Olimpik. Kira kalau menang pun, dorg xkn mara ke Olimpik sbb time tu Msia dh boikot Olimpik (due to serangan ke atas Palestine - sori kalau fakta ni salah. Cik Gayah igt2 lupa).

Yg lain2 tu hnya dpt tahu ttg berita ni masa rehat lps separuh masa pertama. Ha time ni tragis la sikit. Cuma yg kureng sikit bg pndapat peribadi saya, skrip x begitu strong time ni. Pdhal ni scene klimaks patutnya skrip kna power, kna mnusuk kalbu. Tp mcm en.Ubi komen, mgkin jg sbb dorg semua pelakon baru so penyampaian skrip kurang terkesan kat hati penonton kami. Ce kalau pelakonnya Sofi Jikan ke, Khir Rahman ke, confirm scene dorg luah2 perasaan masa kt bilik rehat tu terkesan sgt2! Sofi Jikan ngan Khir Rahman pun bdn cekeding2 apa :p

Cut komen that part.
Sambung jln cerita.

So lps masing2 dh luahkn perasaan, in short, depa nak buat yg terbaik juga demi pasukan negara. Lantak pi lah dpt mara masuk Olimpik ka dak jnji depa perform yg terbaik utk negara.

Scene akhir kat padang, best. Ah Chai in the end dapat gak turun padang and yes, he wears that special shoes yg ayah dia hadiahkan. Oh lupa, Rahman pun diberi peluang utk jd pengulas for that match :) Lg yg buat scene akhir kat padang ni best ialah sbb ada shot the matrix sikit masa Ali ke Tauke ntah buat tendangan. Masa Muthu selamatkan sepakan penalti pun shot cantik.

As expected, Msia menang. Tp mmg tak move ke Olimpik.

Btw, ada scene2 selingan yg saya tak share earlier. Scene tu ttg si pencerita berbual bercerita dgn seorang wartawan perempuan. Si pencerita tu rupanya ialah Tauke dlm dunia sebenar dan wartawan perempuan tu pulak ialah anak didik Rahman.

Habis dah cerita...



*****


Satu yg saya perasan, kalau movie tu Astro Shaw yg keluarkan, mesti promonya tak lain tak bukan - kutipan dh juta2 dlm masa sehari dua tayangan. A good promo strategy indeed tp agak terkilan bila kita pi tengok, takdela gempak nau nau nau tahap keluar tgk movie tu terus tak keruan pi beli lg satu tiket cerita yg sama sbb nk repeat tgk :p Overall, saya bg 6/10. That 6 points goes to scene adik Tauke brainwash Tauke, lakonan coach, matrix shots masa final match, dan konsep asal cerita :)


Thursday, February 11, 2016

Rezeki Anak

In total dh 8tahun juga saya jd career woman (nampak x yg Cik Gayah dh dimamah usia?). 8 tahun ni idok ler termasuk kerja-kerja ringan yg pernah saya kerjakan dulu mcm kerja jual air kt kantin sekolah agama dan kerja tlg makcik kantin kt sekolah menengah time rehat. Zaman tu bkn kna interview dgn makcik kantin pun. Atas dasar mata duitan nk cari duit, Cik Gayah terus je masuk kaunter kantin pastu tolong bungkuskn order murid2. Eceh murid2.. walhal time tu awok pun murid sekolah tu jugak :p

Masa kt UiTM Sri Iskandar saya tak kerja tp saya berniaga. Jual selfmade hotdog bun dgn sandwiches bapak sedap dr bilik ke bilik. Fuhh.. mmg pengalaman yg sgt berharga. Dah berangan nk cerita ttg hal ni kt cicit Cik Gayah nnt! =D

Masa kt UiTM Shah Alam pulak saya part time kt Secret Receipe Seksyen 9, dekat2 Plaza Masalam. Tu pekerjaan pertama saya yg ada potongan EPF. Tp kerja tak lama pun sbb pekerja abadi kt situ asyik la kerek dgn den - kau budak Uni apehal sibuk nk kerja sini?? Camtu la lbh kurang. Drama sgt dorg buat titew time tu. Pdhal titew ikhlas nk cari rezeki taknak susahkn mak ayah kt kampung duit nk siapkn assignment tak cukup :( Mmg pengalaman perit la dgn pekerja abadi kt situ :(

Sehari start cuti sem, dh ligat fikir caner nk kumpul duit utk next sem nya. Tak sanggup dah nk part time lps pngalaman sblmnya. Rezeki Allah - dpt temporary job kat satu Legal Company - pun dkt Seksyen 9. Tak berkembang langsung komuniti den masa tu. Kekekek. Dgn xdak pengalaman lgsg, bos company tu still sudi bg kepercayaan kt saya utk bantu lawyer2 dia sediakn legal2 document. Saya akn kenang jasa bos tu smpai bila2 :') Saya happy kerja kt situ. Satunya sbb saya mmg dr kecik suka membayangkn diri saya bekerja dlm suasana pejabat. Keduanya sbb bos saya tu rules the company in islamic way. Gaji? Gaji kecik masa tu tp saya rasa banyak! Bos bg gaji minggu2, setiap hari jumaat sblm balik kerja. Hehe. Cash RM 200 kerja isnin-jumaat. Tp kt sini x potong EPF - mungkin sbb temporary worker je kot. Bila sem dibuka, saya pun stop la berkhidmat.

Dalam resume, saya letak this job as my first working experienced. Nama and contact number ladyboss ni pun sampai skrg saya jadikan reference. Walhal ntah-ntah bos dah tukar nombor phone lain. Tp sbb tmpt kerja ni bg kenangan manis kat saya. Sbb tu saya appreciate dan sgt ingat pengalaman keje kt situ.

Zaman jd budak architecture, merasa la intern kat architecture firm. Firm cina, kecik je pun. Jd draughtmen masa tu. Dorg byr RM300 je sebulan tp workload sama hebat mcm pekerja lain kt situ. Dgn kna ot nya. Mmg kaw-kaw boss dgn bini boss firm tu 'gunakan' bdk intern. 4bln tempoh intern mmg memenatkan travel dr Shah Alam - Damansara Heights naik public transport tp masa tu darah muda beb, apa adehall. Lulz~

Tanpa konvo, again, saya tak duduk diam terus buka surat khabar cari kerja! Hoyess Cik Gayah cari kojo masa tu guna surat khabar je hokeyyy. Penghujung 2008 camtu. Kt ruangan iklan kerja tu kan, ha sebiji demi sebiji huruf saya baca. Rezeki Allah, dpt kerja kat catering company. Position ala2 sales personnel. Gaji mati RM2000. Kiranya kalau close deal byk mana pun dlm bulan tu, gaji tetap RM2000. Komisen ilek. Benefits lain medical ke, ot ke, pun tarak. Bos masa tu perempuan, kutturunan mamak. How was she? Saya bertahan 3bln je camtu. So again. How was she? :p

Dlm sebulan jg saya menganggur lpstu. Sgt panas montot. Kais balik semula surat khabar dkt rak tv. Selak balik semula bhgian iklan. Rezeki Allah lg. Dpt interview kat bangsar, jawatan Executive Customer Service Representative. Ni first pengalaman interview siap kna buat typing test. Few days lps tu dpt call dr that company suruh second stage interview kat Menara Celcom pd tarikh sekian2. Menara Celcom? Knp tmpt interview lain2? Masa ni rasa mcm kna scam pun ada. Tp pd tarikh yg disuruh, saya gi juga interview kt Menara Celcom. First day stepped in kat Menara Celcom, hati berbunga2 kembang setaman! Perasaan 'nak' kerja kat that building membuak2 apetah lg bila tgk the staff yg sama2 naik lif gojes2, semark2 abe weh!

Interview tu pun berjaya diharungi and few days lps tu dpt call dr company bangsar td, bgtahu saya boleh start kerja kat Menara Celcom pd sekian-sekian haribulan. Happy bukan kepalang. Yg kelakarnya, masa first day at work baru saya tahu yg company bangsar tu is actually a third party yg supply manpower kpd client2 dorg. Btw company bangsar saya ni namanya Millenium Consultant.

Setahun saya duk under Millenium Consultant tapi berkhidmat kpd Celcom. Dlm tempoh setahun ni, term saya ialah Leasing Employee - kira mcm staff yg dipinjamkan. ID saya pun waktu tu temp_ias = temporary_huruf-pertama-nama-penuh. Dlm tempoh setahun ni, saya pulun buat OT. Sehari 3jam OT. Kdg2 sabtu ahad pun mai dtg buat OT. Ada masa mmg force OT, ada masa mmg sengaja buat OT sbb nk seronok tgk payslip hujung bulan. Dan kebanyakkan bulan, OT shj RM800+. Saya mampu sewa satu rumah 3bilik masa tu tanpa sentuh duit gaji basic. Kenangan betul semua tu. Tp yg tak bestnya masa dlm tempoh leasing ni, bila staff Celcom dpt bonus, awok melopong ler. Dh la bonus Celcom zaman tu meletop ya amat! Rezeki saya, lps setahun tu Head of Department buat proposal ke HR utk absorb kan saya sbg staff Celcom. So berterusan lah khidmat saya kat situ lg 2tahun tp kali ni sbg permanent staff - ID pun dh upgrade takde tempias tempias lg dah :p Masa tahun ketiga saya kat Celcom, saya frust menonggeng putuih cinta yeop oii terus rasa mcm nk tinggalkan KL, tinggalkan semua kenangan. Hahah poyo sungguh! Tp mmg masa ni start la eyeing on new job sbb saya tahu, deep down in me, I can do more, I can earn more!

Dlm pd tu, ehhh kena ngorat puleks dgn jumpa en.Ubi kat UTM. Ha kalau korang nk tahu, saya apply part time study sbb rasa nak challenge diri sendiri. 3tahun buat benda yg sama, keje keje keje, mula lah rasa mcm bosan. Tu yg mai moto 'I can do more, I can earn more'. Skali kau hah earn suami terus. Kekekkkekek.

Masa tgh cintan-cintun dgn en.Ubi, dapat pulak offer interview kat Shell. Mula2 gi interview mmg tak confident langsung akan dapat. Siap sesat jalan lg nk ke building Shell kat Cyberjaya nun. Tp tu la, berkat setiap hari bersungguh berdoa minta Allah luaskan pintu rezeki, dapat jg keje kat Shell tu. Excited bgtahu en.Ubi and he was excited too. Sampai la kami bercakap tentang saya akan move to Putrajaya sbb nk ulang-alik KL-Cyber akan consume byk duit, masa, tenaga.. masa ni, like berbelah hati juga nak proceed pindah ke idok. Tp saya ni spesis keras hati. Walaupun by the day saya nak dekat2 pindah ke Putrajaya, there was one moment en.Ubi nangis (aww thank you for loving me that way)(oh and sorry that I share it here :p), saya buat keras je juga. Masa ni saya yakin, kalau mmg jodoh dgn en.Ubi, kot kot mana pun, we will still love and jujur to each other. Moreover, it's oil and gas company! Takkan nak lepaskan! :p

Jodoh kerja di Shell 2tahun je. Bermula dgn tragedi sakit, lps tu nikah, pindah balik KL, kerja kat small company, VERY small salary, and now, here I am. New chapter to start soon. Of all above, semua yg saya pernah ada dan akan tempuh, semuanya dgn ehsan rezeki Allah. New chapter yg akan saya hadapi bersama honeybun dalam perut ni pun, adalah rezeki Allah. Cuma kali ni I have to look it from another angle - rezeki anak :)






Thursday, February 4, 2016

Pengalaman Mengandung : 2D scan di Klinik Sofea Puchong

Getting into 16weeks haritu, saya mcm kerap pulak rasa tak selesa kat bawah perut - kat bahagian ari-ari. Macam senak, macam sengkak, ntah, saya pun tak tahu what is the right word utk describe rasa tak selesa tu. Kdg2 jd mcm kerap nk shishi. Lps shishi jd mengah. Kdg2 rasa mcm perut mengeras. Mmg agak merisaukan. Nk tidur berbaring pun rasa serba tak kena, last2 tidur duduk terlentok mengadap sofa sambil minta en.Ubi urut usap-usap belakang badan. Baby I manja betul dgn babahnya. Dapat rasa tangan babah usap-usap mcm tu baru dia syok tidur agaknya, ibu pun baru selesa nk lelap mata :p

Few days ago, nampak kat FB 3D 4D Scan Malaysia dorg ada buat promo utk bulan Febuari 2016 - Scan 3D hanya RM70 je. Murah tak terhingga! Mestilah excited nk tengok mana rupa honeybun titew :) Tapi bila di-study2 balik, 3d scan ni sesuai utk pregnancy 24week - 32weeks. Reason why, dlm tempoh ni tumbesaran baby paling perfect utk kita tgk dia secara 3d. Dgn debabnya, dgn lasaknya dia nk bergerak ha masa tu lah :) Kalau blm smpi tempoh tu, kang buat scan 3d risau pulak tgk anak halus kurus je mcm x cukup zat. Plus, pembentukan raut muka anak pun tak nampak jelas lg so hmm no point juga if nak book 3d scan.

(saya try cari semula iklan promo kt FB dorg tapi tak jumpa pulak dah)

Ni promo January 2016


Study lg.
Oh ada 2d detail scan pulak. Kalau kt pregnancy web biasa nya dorg guna term NT scan (Nuchal Translucency). NT scan sesuai dibuat sekitar 20weeks - 24weeks. NT scan ni sbnrnya penting utk memeriksa kalau2 anak kita ada masalah pd struktur jantung, leher, mata, mulut (sumbing), tali pusat, kedudukan uri dan baby, atau ketidaksempurnaan lain dr segi anggota tubuh badan dia. Jantina pun boleh check time ni. Satu je yg tak boleh - keadaan kromosom - antara masalah kromosom ialah syndrom down. (ni melalui pembacaan saya la).

But since saya baru je nak entering 16weeks masa tu, 3D scan tak sesuai buat, NT scan pun tak sesuai buat. Hmm.. Tapi, both of us sangat rindu nak tengok nak jumpa our honeybun :) En.Ubi la yg sgt excited and sgt demanding nak jumpa our baby :) So godek lg cari kat mana yg ok nk scan biasa. Jumpa la this review tentang Klinik Sofea Puchong. En.Ubi call, alhamdulillah the nurse yg jawab call elok je berbudi pekerti - trust me, saya pernah experience nurse yg jwb call punyalah kerek baq hang. Tak perlu set any appointment, blh terus walk in to Klinik Sofea ni. Lunch break pun xdak nurse tu kata :p

Gigih Cik Gayah dgn En.Ubi meredah tol dan jam sampai ke Puchong demi nk lepas rindu kat anak :) Tak susah nak cari klinik ni. By time kami smpai, dalam pukul 1.15pm. Prosedur mcm biasa, bg IC sbb first time datang. The clinic quite small, nothing fancy, tp patient mmg quite ramai (sblm saya ada lg 7 patients). Times fly, almost 2hours pun blm dpt turn jumpa doktor. Alhamdulillah saya still cool, kejap2 ngadap hp, kejap2 dgr En.Ubi ckp tentang ntahpape, kejap2 kunyah kismis.. But then  kami notice yg this clinic is actually attach business dgn klinik sebelah. Tapi.. klinik sebelah tu ialah klinik kencing manis. Ngeee. Mula2 mcm pelik sbb tgk nurse kat Klinik Sofea tu keluar masuk bawa jarum, insulin, segala. Tp lps dah tahu ttg attach business tu, rasa mcm erm.. kureng best pulak :/ Patient satu angka depan saya dah buat muka masa tanya kat nurse, "lama lg ke turn saya?"

Tunggu lg dalam satu jam alhamdulillah now it's my turn. Masuk jumpa doktor, doktor perempuan. Baik, lembut je bercakap. Tp zass dia suruh baring, zass dia sapu gel, zass dia scan perut den, zass zass zass padaiyappa dia explain gitu gini ttg our baby. Sempat la juga saya menyelit tanya apa yg saya nak tahu cumanya ke-rush-an tu mmg obvious sgt. En.Ubi sempat selit tanya satu dua soalan termasuklah 'doktor, isteri saya boleh makan durian tak?' (walhal beliau yg ngidam nak makan durian. like I didnt know it -_-). Doktor jawab dgn lemah lembut dan sopan tapi bab nampak-rush-mcm-nak-suruh-kami cepat-cepat-keluar-sbb-patient-ramai-lg-kt-luar-tu memang obvious bebenau. Kiranya kami dlm consultation room tu takdan setengah jam pun :/ But two good thing, doktornya lembut berbudi bahasa dan dia akan catat hasil pemeriksaan dia dalam buku pink!

Keluar dr consultation room, tak sampai 5minit dh dipanggil utk buat bayaran. Total bayaran ialah RM50 sahaja :) To be more positive on this session, sila la anggap doktor td just bg consultation free. Yg RM50 just charge utk scan honeybun.

Berbaloi tak drive all the way ke Klinik Sofea Puchong? Ok ok la :)