Monday, June 25, 2018

Nasi Beriani Asif M-Suites Jalan Ampang

Assalamualaikum semua! Lemau ke tu minggu pertama naik keje lepas bercuti lama? Mihmihmih. Saya minggu lepas dah memang start keje dari hari isnin. Tp tak stress langsung keje minggu lepas sbb bos semua takde. Keje pulak saya dah settlekan before raya, cuma ada satu task je pending. Kiranya dtg ofis lalalala jela. Sunyi je ofis. Syiokkk nya!!! Kan best kalau hidup memang sentiasa begitu hahahhahah.

Haritu en.Ubi teringin nak makan nasi beriani. Terus teringat kak Su - blogger Choyaya recently ada post cerita dia buka puasa menu nasi beriani dekat2 area ampang. Kak Su mcm biasa, kalau dia up cerita pasal makanan memang akan disudahi dgn ayat - terpaling sedap! Contoh eh, kalau dia post pasal tomyam so dia akan letak toyam terpaling sedap dalam donia! Kalau dia post pasal cupcake so dia akan letak cupcake terpaling sedap dalam donia! Kalau agak-agak dia tak boleh brain sgt tahap kesedapan menu tu dia akan buat ayat cenggini pulak - letak spenda ke apa? πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†Sakit perut gelak baca blog dia kalau keluar ayat camni tau! Exaggerate tau Kak Su ni hahhahahhah. Tapi Cik Gayah suka dia punya exaggerate tu. Buat kita tertelan-telan airliur nak merasa gak menu dia tu πŸ˜ƒ

Pernah je saya try tempat makan and menu yg kak Su post tapi tak kena selera sendiri. But sokayyy. Lidah, tekak, and citarasa manusia kan pelbagai. Tu dia dah tolong share tempat makan and menu best pun dah huntong sgt dah. Kalau tak, bebalik nak makan nasi beriani ke nasi arab ke, saya tuju ke Saba' Jelatek or ke kedai MakTam. Tapi suasana kedai MakTam sekarang ni mcm dah kureng sikit. Plus, sepanjang 3 tahun kitorang tahu kewujudan kedai Maktam ni, 3 kali dia dah berpindah lokasi. Dah kenapa MakTam? Nak tanya, mcm CikGayah nau pulak saya ni hahhahah.

Dah, dah. Mananye nasi beriani nya?



Beriani Asif restaurant yg menyediakan menu pakistan. Yg kat Jalan Ampang ni ialah cawangan kedua. First restaurant dorg kt Bangsar kot. Berpusing 2 kali gak mencari restaurant ni sbb kalau ikut waze, tetiba je kt tengah2 jalan sebelum traffic light, waze cakap "You have arrived. Your destination is on your left" Dah kelibut en.Ubi drive sbb tang mana Asif nya tak nampak pun. Rupanya.. restoran ni dia kt ground floor bangunan M Suite - Serviced Residence. 



sumber : google


Ini rupa signage building M Suite tu. Kalau drive malam, first time kat area sini, memang besar harapan tak jumpa jalan masuk sbb kebetulan kt depan bangunan ni penuh dgn blocks putih oren org tengah buat road construction. Apa pun, landmark building ni ialah ia terletak betul2 sebelah bangunan perkeso.


terpaksa letak confetti kat atas tu sbb lighting dlm gambar nampak terang bebenau


Masa sampai depan restoran ni, 2 kali saya tanya en.Ubi, ok ke nk makan kt sini? - sebab takde customer and kedai nampak sendu hahahahhhah. Maybe sbb decoration kedai ni so so plus lighting dia mcm serba tak happening bg pendapat saya. En.Ubi masa ni mcm dah seminggu tak makan, so takde dah nak cari2 kedai lain. Mari kita serbu. Parking disediakan free utk customer Asif. Ada beberapa lot parking kat basement bangunan ni.


En.Ubi order plain beriani rice (rm5/sepinggan) dengan chicken masala (rm10/semangkuk). Saya dapat rasa sesuap je nasi beriani tu so tak igt sgt how it taste. Tp lebih kepada sedapla. The chicken masala.. walaahh. Sedap! Tp utk org yg sensitive garam, mungkin akan kata salty masala ni. Tp it was almost perfectly flavored to my taste.



Saya order Cheese Nan je sebab sblm gerak gi sini dah makan nasi goreng kampung. Sedapnyaaaa cheese nan dia! Saya mcm lebih prefer cheese nan kat sini berbanding yg kat RSMY. Nan kat sini tak dry / crispy mcm kt RSMY. Yg kt RSMY tu pun bukanla crispy mcm crust pizza cuma nan diorg biasanya a bit dry. Yg kt Asif ni roti nan dia memang fluffy mcm pipinya Affan! πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ 3 keping gone cicah dgn chicken masala en.Ubi. En.Ubi sempat kidnap sekeping my cheese nan.













En.Ubi kata ni makan kat sini sempena birthday Affan ke? Sbb 21 Jun 2018 haritu birthday anak ibu yg ke-2. Ahahhahah comel jek umur baru 1 angka. Banyak ibu doa utk Affan. Biarlah jadi rahsia antara ibu and Allah πŸ’š  By thahh wayyy, sempena apa dah kalau ibu babahnya yg terlebih mentekedarah . Kekekkekekk.

Affan recently berselera makan flavored rice. Suka ibu tengok πŸ˜ƒ Badan pun dah makin debab, bila dukung tu memang berzikir la dalam hati "ilovemyson-ilovemyson-ilovemyson-bilanaksampainihaaa.." πŸ˜…


Dah kata babah makan kat sini sempena kan.. so moh le kita buat cukup syarat bergambo 3 beranak.

Perut kenyang.
Hati bahagia.
Alhamdulillah.




Credit to Kak Su for sharing this place!
https://surayasulatin.blogspot.my πŸ’š


Wednesday, June 20, 2018

Selamat Hari Raya 2018


Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidilfitri uolls! Wah bagi ucapan macamkan ada beribu nor pembaca blog. Takpe, ikhlas bagi ucapan tu yg penting. 

Entry raya dimulakan dengan gambar kembang semangkuk senyuman Cik Gayah di pagi raya bersama anakanda Affan yg sedang dalam perjalanan menuju ke Kampung Bharu - rumahnya nyai en.Ubi. Kalau ikut cerita pra-sejarah en.Ubi, susur galur keturunan beliau semua ada kat Kampung Bharu tu. So kalau korang yg tok nenek opah uwan ada menetap kt Kampung Bharu juga, baik korang check, ada tak kenal Nyai en.Ubi ni. Entah-entah bau-bau bacang ngan suami Cik Gayah. Nama Nyai, saya taktahu lalalalala~ Tapi rumah Nyai betul2 depan sekolah agama kat dalam kwsn Kampung Bharu tu.




Tema raya yg tak dirancang - varies tone of BLUE! Sampai-sampai je rumah Nyai, tengok depa semua mem-biru hari tu. Tapi, paling cantik saya rasa tone navy blue. Nampak classy sgt sepupu en.Ubi pakai warna tu. Tambah pulak yg memakainya anak-anak dara kan.. so macam2lah fesyen baju depa. Ada yg kembang tang sana, ada yg kuncup tang sini. Cantik! Terimbau zaman kegemilangan Cik Gayah dulu - zaman suka melawa. Sekarang.. hmmphh, asal namanya pakai baju, udaaaahhhhh 😫 Warna baju melayu en.Ubi pun cantik juga! Hahah ni bukan bias tau tp memang di mata saya, warna biru tu mesra je. Banyak liku-liku yg Cik Gayah kami lalui demi nak mendapatkan warna sedondon suami isteri sekaligus merangkap warna tema kami tiga beranak. Ha tengok ayat pun mencungap nak memahamkan, kan? Macamtu lah mencungapnya saya menyettlekan perihal baju raya tahun ni. Mujur raya pertama dah berlalu. Aman sikit jiwa Cik Gayah.



Hari raya kedua, kat Shah Alam. Konon-konon tema hijau lumut. Padahal kebetulan je jumpa warna matching-matching. Yg sedondon pun hanya si ibu dan si babah. Si anak pakai je baju baru yg belum pernah dipakai. Tak larat ibu nak menggagau usahakan juga cari warna lumut ni utk Affan. Mmg pengajaran betul buat Cik Gayah supaya jgn last minute preparation baju raya next time πŸ˜‚



Percaya tak, ini je gambar yg ada saya, en.Ubi, & Affan. Gambar raya formal 3 beranak memang takde. Sebab baju raya hari pertama saya TAK CANTIKKKKK 😒😒😒 Kain ngan tudung je cantik, baju TAK CANTIK acaner?? First time tempah kat nyonya indon dan guwe dikecewa-in 😭😭😭Terus terhapus sifat gedik utk bergambar. So itulah punca kenapa kami takde gambar raya 3 beranak walaupun baju melayu en.Ubi ngan Affan cantik siap bersampin bersongkok dua beranak tu. Maafin ibu ya, Affan, babah 😑

Hari raya ketiga (Ahad), kitorang dah settle down kat rumah sendiri sebab Isnin saya dah start kerja. Memang sengaja tak amik cuti sebab taknak beraya jauh-jauh hahahhah. Nanti lah tunggu Affan besar sikit, masa dia dah faham tonasi tempikan atau jegilan mata ibu ni, barulah kita beraya sakan. Time-time skrg ni, kalau dia tetiba nak minta menyusu dekat ruangtamu rumah org dan kita cakap, tunggu nanti dan sampai rumah baru menyusu - pun, bukan dia faham. Tak dapat, dia ngamuk. Bagi botol, dia campak. Silap haribulan campakan dia tu betul2 kena kat tulang pipi ibu ni. Ha masa tu memang my blood go upstairs la. Tapi ofcourse tak boleh nak menyinga kt rumah orang kan.. End up saya stress sbb exhausted mental and rohani. Then, raya pun rasa tak chill. Demi mengelakkan rasa camtu, baik kita amik precaution utk tidak beraya sakan sementara anak masih kecil. Hahahaha!

Akhir kata, Selamat Hari Raya sekali lagi buat pembaca blog haihayahai πŸ’›









Friday, June 8, 2018

Random thought

Kenapa lama takde update? Malas. Jujur sangat ni, memang malas berkodi-kodi nak menulis walaupun kdg2, tgh basuh pinggan ke, tgh gosok gigi ke, tgh tukar pampers Affan ke, ada je terfikir cerita apa nak share dlm blog. Baca blog orang seronok, blog sendiri krik krik. Ni pun mcm main taip je, takde nafsu nak tulis bersungguh-sungguh. Why oh why.....

Actually nk share pasal deko-deko rumah yg lama tertunggak sbb mmg takde buat apa pun kt rumah tu. Plan nak pasang vinyl dulu tu pun terbantut sbb tengok2, lantai simen rumah tu tak rata. Kalau nk pasang vinyl juga, kena buat levelling dulu. Kos tambahan tetiba. Haih. So kita pakai jelah tikar getah foam yg bercorak vinyl. Jaaadilah. Pejam mata jelah buat-buat hepi walaupun dalam jiwa hentak-hentak kaki nak kan vinyl.

Recently rumah tu ada a few progress on deko-deko. Alhamdulillah rezeki Allah. Takdela tetiba dekorasi rumah kebabom cantik persis istana, tp syukur syukur syukur. Ada je Allah bantu luaskan rezeki utk menyelesakan kami 3 beranak dalam rumah tu. Semalam, solat tengah malam, en.Ubi ngan Affan tidur. Syahdu je rasa. Nangis2 masa doa. Sebab timbul rasa insaf, hati dan mulut ni selalu nak mengomen je itu tak kena ini tak kena. Walhal, banyak je Allah kurniakan rezeki.

Sambil2 zikir lps habis solat tu, tgk lantai, cantik ha en.Ubi dah pasangkan tikar getah penuh tutup lantai dari hall ke ruang makan. Sebelum ni bersimen, karpet secoet je kt bhgian hall.
Alhamdulillah.

Then tengok pulak dalam plastik pergi Kenanga Wholesale kelmarin, ada wallpaper. Sekarang ni dinding plain putih je tu pun cat murah mcm cat kapur tu. InshaaAllah weekend ni en.Ubi dapat pasangkan wallpaper tu.
Alhamdulillah.

Terpandang kt sinki dapur, nampak rak pinggan baru beli kat Ikea jenis besi tahan karat tu. Sebelum ni pakai rak plastik je, mudah berlumut.
Alhamdulillah.

Toleh tingkap ruang tamu, railing dengan langsir jenis pakai eyelet dah tergantung cantik. Sebelum ni togel je tingkap sbb beli kain langsir tp forever tak bertempah.
Alhamdulillah.

Lastly, dengar dua beranak tu berdengkur. Nyenyak la tu dua2 tidur. Yg ni yg paling saya syahdu. Saya tahu mereka berdua hanya pinjaman Allah utk saya. Diorang milik mutlak Allah. Allah sahaja tempat pengharapan saya untuk lindungi diorang berdua. Tak sanggup nak bayangkan hidup tanpa diorang berdua. Affan kerap juga kena bebel dgn saya skrg ni, siap kena denda diri ngadap dinding sbb sikit-sikit campak barang. Hai lah anak... Kenapa mengapa suka nau campak barang skrg ni? Bila ibu denda suh diri ngadap dinding, elok pulak tu menurut perintah. Nangis tetap nangis, tp elok je berdiri ngadap dinding. Hahahhhah. Good boy.

Ngan en.Ubi pun saya mudah sentap recently. Nk kata ngandung, tak. Nk kata pms, tak jugak. Mungkin fasa 4 tahun perkahwinan mmg gini. Hahahahhah. Kadang2 saya tgk, en.Ubi hilang sabar gak dgn saya. Kalau beliau hilang sabar, mmg beliau bolayan kan saya. Hah masa tu la biasanya saya akan menyesali kesentapan diri sendiri. Kekekkeke.

Point is, I have to remind myself utk selalu tgk pd rezeki yg Allah kurniakan. Jgn asyik tgk pd yg kurang/belum ada. This may sounds very simple and light. But to think of it, mudah sgt saya terleka with all kurniaan and rezeki yg Allah dah limpahkan.

Semoga hari-hari akhir Ramadhan ni saya lalui dgn penuh hikmah. Aminn...