Aircond dah siap pasang kt bilik tidur. Alhamdulillah merasa gak dlm bilik tidur sendiri ada aircond. Tu la korang kalau rasa susah, igt, org lain ada yg lg susah. Cik Gayah kekecik dulu family org susah. Derjah 6 Cik Gayah dah keje kantin time rehat. Bkn sbb nk duit tp sbb nnt makcik kantin bg lebihan lauk utk bawa balik. Kalau ada lauk ayam ha seronok sgt. Dari kecik mmg x merasa bilik ada aircond. Bila gi rmh sedara yg ada aircond rasa mcm wahhhh bapak kaya org tu. Dah umur 32tahun ni baru ada aircond dlm bilik sendiri. Cuba korg bayangkan tahap ke-terharu-an Cik Gayah..
Aircond bkn keperluan, tapi kehendak. Saya hendak mempunyai sebuah aircond sbb saya dh stress dgn keadaan hall rmh yg x pernah nk betul3 kemas. Puncanya sbb kami tidur berbentang tilam kt hall rmh. Igt x Malaysia sejak 2 thn lps ada bulan2 yg bahang sgt3? Rmh sewa kitorg ni 2 tingkat. Kat hall pun bahang, apetah lg bilik tidur kt atas. Udara panas kan ringan, so dia byk berada di kwsn yg lebih tggi. That explains knp bahagian atas rmh kitorg bahang dia mcm sauna. Pakai kipas pun sama je bahangnya. A yg sejenis xde hal tidur dlm keadaan berpeluh pun tak sanggup nk tidur atas. Apetah lg saya yg pernah ada sejarah sakit kt bahagian otak. Lg la x blh panas2 ni. Kang jd sakit kepala lain mcm.
Lama dh plan nk beli aircond tp sblm ni belum mampu nk beli. Range harga aircond 1HP (horse power)+ inverter biasanya RM1200 ke atas. Mampu survey jela. Tu pun A sesegan nak tanya byk2 kt sales person pasal aircond sbb dia tahu end up dia takkan beli masa tu jugak lulz. Sampailah baru2 ni, Allah kabulkan keinginan nk memiliki sebuah aircond. Dulu pernah survey kt Sen Heng and mmg jodoh beli kt Sen Heng jg akhirnya. Kau tgk ayat Cik Gayah syahdu tak syahdu cerita pasal beli aircond. Kau jgn memain Halimah.. Cik Gayah sensitip cerita pasal aircond ni tau..
Ngam2 je parking depan Sen Heng, Affan nk menyusu pulak so saya suruh A masuk dulu usha2 supaya nnt xde lama nau kt dlm tu nk buat pilihan. By time saya masuk kedai, A dh shortlisted 2 brand : Panasonic dan Sharp (sbb 2 brand & model ni jek yg ada feature air purifier kt Sen Heng tu. Hok lain takdok). Good job A, senang keje Cik Gayah tayah juling2 mata nk buat pilihan.
|
Brand SHARP |
|
SHARP : installation fee RM84 |
|
Brand PANASONIC |
|
PANASONIC : installation RM164 |
We end up bought Sharp sbb 1) design dia curvy sikit. Yg Panasonic tu bg saya too rigid. 2) With member price, total harga Sharp lg rendah (walaupun dah add up delivery + installation fee + extra warranty). Saya add RM152 utk warranty berapa tahun ntah x igt pulak tp yg pastinya mmg lama la hahhaha.
Kalau beli online tak jumpa pulak option utk extend warranty period.
Just in case ada yg perlukan panduan sblm membeli aircond, maybe boleh baca info ni. Saya pun langsung tak expert ye tuan puan, sekadar berkongsi apa yg saya faham je hihi.
HORSE POWER
Nak pilik berapa horse power? 1HP ke, 1.5 HP ke, 2HP ke..
Rule of thumb dia, lg besar ruang, lg byk bilangan HP kena ada utk memastikan ruang tu dapat udara sejuk yg ideal.
INVERTER
Nak beli yg ada
inverter ke non-inverter?.
First, kena faham/tahu apa fungsi inverter.
Inverter ni function dia utk jimatkan penggunaan electrik.
Yeee ke?
Iye.
Macam mana inverter boleh jimatkan penggunaan elektrik?
Macam ni..
Inverter boleh mengawal kelajuan kompresor aircond. Kebiasaannya, masa kita baru switch on aircond, kelajuan kompresor adalah laju (utk keluarkan suhu sejuk secara cepat). So masa ni, penggunaan elektrik tinggi. Tapi lepas lebih kurang 5 minit, suhu dlm ruang bilik dah mencapai tahap yg ideal, so masa ni kelajuan motor kompressor dah boleh dikurangkan (penggunaan elektrik berkurang).
So?
So.. kalau aircond takde inverter technology tu, kelajuan kompresor akan di tahap laju setiap masa sampaila kita switch off. Bila laju sokmo, penggunaan elektrik pun banyak sokmo sampaila kita tutup aircond. Pendek kata, tanpa inverter, bila dah tutup aircond baru xde penggunaan elektrik. Selagi aircond digunakan, selagi tu penggunaan elektrik sentiasa banyak/tinggi.
AIR PURIFIER
Perlu atau tak?
Ni feature tambahan. Kalau kt rumah korg dah memang ada air purifier atau diffuser, tayah amik aircond yg ada feature ni pun takpe. Fungsi air purifier basicnya utk membersihkan udara (dari bakteria) dan menghilangkan bau-bau yg tak enak.
Beli hari Sabtu, minta hantar hari Khamis. All were good Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
Uncle yg pasangkn aircond tu baik. Ni no dia kalau korg nk guna service dia.
UNCLE VINCENT +60 19-331 1867
So now dah ada aircond, xde alasan dah xnk tidur kt bilik atas. Hall pun dah boleh kemas sekemas-kemasnya. InnnnnshaaAllah. 😊😊😊