Thursday, November 13, 2014
Memoncong lagi
Sedapnya kalau dapat pavlova!
Abaikan tekak Cik Gayah yg masih gigih meroyan. Alkisah semalam en.Ubi around kul10 malam camtu ajak gi cari supper sbb dia teringin nk minum yg sejuk2. Pucuk dicita ulam mendatang. Cik Gayah apa lg, melompat la! Kalau dapat ABC sedap nih! Bersiap lebih kurang then vroom vroom en.Ubi bawa pi jenjalan naik motor. Sonoknya embun malam. I'm a happy wife! Tp dek kerana dok risau batuk & selsema en.Ubi mcm tak berapa nk berkurang, kami gi klinik dulu. Nk ambil ubat & nk dapatkan approval doctor utk fly out weekend ni. Doktor ckp nothing serious, cuma batuk & selsema. Lung en.Ubi in a good shape. Alhamdulillah.
Settle hal kt klinik, gi singgah tempat lain sat. Ada hal. Dlm setengah jam kat situ, dan dan masa nak balik, hujan selebat-lebatnya! Basah lah kami suami isteri mandi hujan ataih motor. En.Ubi kesian kt saya, yela, kena hujan kang tak pasai2 demam melepek. He knew me best. Dia tahu saya mesti mood swing at that point of time. So tanpa diminta, dia memujuk. Dalam hujan, atas motor. Sila ingat scene ini. Dia baca zikir-zikir kuat2 - setakat yg dia tahu saya boleh dengar. And to tell you peeps, it works! Saya tak mood swing pun. Instead, walaupun dibasahi air hujan, tapi saya ada perasaan yg sgt2 bersyukur. Bersyukur sebab buat masa ni, itu kenderaan yg suami saya mampu sediakan - sebuah motorsikal. Motorsikal yg beliau dah habis bayar dgn hasil titik peluh sendiri. I have nothing to complain. Apelah sgt hujan lebat tu jika nk dibandingkan dgn anugerah tuhan yg paling indah yg saya boleh peluk, boleh colet pipi, boleh sondol2 depan saya saat tu.
Oh bahagia pulak rasanya meredah hujan dgn suami!
Dalam sendirian Cik Gayah mengelamun atas motor tu, terdengar en.Ubi tanya, "Nak singgah kedai tepi2 (kedai runcit) beli air ke kopok?"
Tadi kata nk gi warung ke kedai makaaaaaaaaaannn!! Kita nak ABC!!! (ni scene jerit2 dlm hati jelah).
Kebahagiaan guwe cair umpama cairnya semangkuk ABC. Terus guwe protes dgn moncong sampai masuk rumah. Sekian.
No comments:
Post a Comment