Monday, February 18, 2019

Petua mudah hilangkan sakit kepala

Haritu sakit kepala berdenyut-denyut. Kena sakit kepada tu start otw balik keje. Sampai rumah, terus tidur. Lepas sejam, bangun, tapi masih tak hilang sakit kepala. Biasanya memang telan panadol jelah. Tp teringat pernah nampak 1 video kt "5 minutes craft" rasanya.. tentang home remedy utk hilangkan sakit kepala. Terus minta A tolong prep kan the bahan2.

Simple sesangat pun bahan2 nya.

1. Air suam (tp jgn suam sgt. Biar ada rasa panas2 sikit. Baru best).
2. Ice pack / ice brick / air batu balutkan dgn kain

Caranya :

1. Sediakan air panas/suam dalam besen / baldi dan rendam kaki. Nak selesa, duduk atas sofa sambil rendam kaki tu.
2. Dalam keadaan duduk membongkok (mcm solat duduk time rukuk), tekapkan ice pack/ ice brick kt tengkuk.

Seriously weyh.. treatment ni serasi dgn saya. Dalam 10 - 30 minit slowly rasa sakit kepala tu hilang. Kalau saya telan panadol, mmg dlm 5 minit camtu dah start lega. Tapi, sampai bila kan nk bergantung pd ubat je kan?

Nah, dah jumpa link video tu. Tengok minutes 4:33 - 4:59. Boleh follow sebiji-biji mcm dlm video kalau nak. Selamat mencuba bila perlu!

Tuesday, February 12, 2019

Review KILANG KITCHEN

Assalamualaikum.

Padahal ada org request further entry pasal new joiner kerja kerajaan, tapi mood tgh takde ke arah nk bercerita tentang tu. Kalau kat email pulak, masih berderet org email tanya tips tanya pendapat tanya hal2 yg berkaitan dgn interview kerja kerajaan.  Sama kategori, takde mood nak menulis tentang tu. Maafin ya.

Mood yg ada skrg ni is nk bercerita pasal tempat makan - Kilang Kitchen.

Ada haritu teringin nak makan ABC yg sesedap. Google, then entah mcm mana terbaca pasal Kilang Kitchen kat area Danau Kota, Setapak. Siapa tahu kedai bundle Baden Baden, ha bekalang Baden Baden tu je sbnrnya. Kt situ takde ABC tp ada bingsu. Tukar plan nk mkn bingsu sbb Affan actually tgh flu, so kalau ABC kan dia mcm very icey. Kalau bingsu tu dia tak as icey as ABC getus hatiku LOL. Then ada terbaca gak kt situ takoyaki sedap. Ha, sedang molek lah tu.. lawan makan bingsu ngan takoyaki sbb rasa nk mkn light2 je pun malam tu.

Lps solat maghrib terus gerak. Kami sampai around 8pm. Parking space very easy and convenient. Keluar je kereta dh blh dengar suara buskers menyanyi. Sampai kt dalam Kilang Kitchen tu, first impression was.. "O, kecik je tempat ni.." And yes, dalam tu cramp/crowded - as apa yg org selalu bg review tentang tempat ni.


Yg paling hujung tu is booth Kilang Kitchen. Booth paling besar (panjang). Kt booth tu la jual bingsu dan dessert ala2 menu kt Dip 'n' Dip. Air minuman pun kt booth tu sahaja. Tempat ni actually berkonsepkan foodcourt. Keliling tempat ni ada byk booth/stall (10-15 stalls tak silap), tetengah tu meja kerusi. Korang boleh order dr mana2 booth yg korang nak. Masa order, kena bgtahu nombor meja. Ada booth yg kena bayar sesiap nnt org dia hantar makanan ke meja, ada booth yg makanan dah sampai kt meja, baru bayar, ada pulak booth yg lps order, dpt nombor giliran. Nnt kt booth dorg ada display nombor giliran siapa yg menunya dah siap, sila lah datang collect.


The buskers. Boleh tahan.. bukan kategori buskers yg menjerit2/membingitkan. Kalau nampak ada bangunan putih hujung sana tu, ha tu kedai RM2. Parents yg nk mkn kt sini dan ada toddler, bolehlah umpan anak2 mencukai kt kedai RM2 tu. Dapat seketul mainan RM2, inshaaAllah aman sikit dunia korang nak mencekik.


Hasil cukaian. Tractor RM2. Balik-balik beli tractor, balik-balik beli tractor. Boringgggg~

Kerusi meja very limited. Atau sbb tempat ni tgh viral, jd yg dtg mmg ramai gilos membuatkan kerusi meja tak cukup. Masa kami dtg malam tu, adela dlm 15 minit tggu turn meja kerusi. Itupun sbb ada a couple yg cuit saya suh cecepat amik tempat dorg lps dorg selesai makan. Diorg kesian agaknya tgk saya tercangak2 cari meja kosong sambil dukung Affan 11kg 😁


Mango bingsu dari booth Kilang Kitchen. RM12. Utk harga ni, ok ok la rasa dia. Nk sama rasa mcm bingsu kt restoran2 korea (Sopong ke cthnya..) yg harga semangkuk RM20+ tu, memang jauh panggang dr api la. Tp utk harga RM12 takat nak lepas kepingin merasa mana rupa bingsu tu, boooolehla... A beratur order dalam 15 minit. Tggu bingsu dihantar ke meja, 15 minit jg lebih kurang.


Meatball dari booth nama apa tak sure. Tp satu booth ni je yg jual meatballs ni. Harga pun saya tak tahu. Kena check balik dgn A sbb ni dia yg order and makan. Dia tak bagi saya rasa secoet pun sbb dia kata tak sedap 😅😅 A mmg jenis kenal tekak saya. Kalau benda tu tak sedap, tayahla jemput saya merasa. Nnt turn off terus deria rasa saya hahah. Sebenarnya A teringin nak makan char kuew tiao kt situ tp brother booth char kuew tiao tu kata, order ditutup sementara, nanti pukul 10pm baru dia open order balik. Masa tu pukul 8.45pm lbh kurang.. tp order yg brother tu dh accept terlalu byk and dia takut tak terbuat. Malam tu dia la tukang masak, dialah tukang cuci pinggan kt booth dia. Korang rasa??? Rasa tapayah la order hahah.. Anggap je takde rezeki nk makan char kuew tiao malam tu.

Mana gambar takoyaki?
Tak ada.
Tak amik gambar.

Sebab, takoyaki lambaaaaaaaat sangat siap. Saya dan Affan menuju ke kereta lps habiskan bingsu sbb nk bg chance kt org lain pulak duduk makan. A sorg tggu takoyaki siap (tapau je sudahnya). Takoyaki ayam 6 biji RM6. Beli kat booth Tako Maharaja gitu kot namanya. Rasa blh tahan sedap. Kategori tako malaysia sbb guna isi ayam, bkn guna chicken slice/chicken ham. Fish flakes dia tabur banyak and sos tako pun blh tahan sedap.

Overall, kalau nk dtg lepak2, rasanya tak berapa sesuai kt sini. Kt sini style eat and go. Satunya sbb rasa serba salah nk bertenggek lama dan makan slow2 sedangkan kt kiri kanan meja kita tu, org gigih menunggu dan berzikir bila kau nk habis, bila kau nk habis.. Melainkan korg gigih bawa kerusi dan meja lipat sendiri, ha yg tu nk bertapa 6jam pun ok. Keduanya, this place aint for family with baby/toodler. Budak2 mmg tak bebas nk ke mana2 sbb table2-to-table mmg berhimpit plus takde baby chair pun.

Tentang the foods, my comments are as per yg saya share kt atas tu.