Showing posts with label Life Update. Show all posts
Showing posts with label Life Update. Show all posts

Friday, July 21, 2023

Kuarters Kerajaan - Part 1 (Permohonan dan Tawaran)

Ok jom nak cerita pasal my experience mohon kuarters kerajaan. I joined service on Feb 2018 and sebulan lebih lepas lapordiri, terus submit permohonan kt portal SPBPH. First attempt, turn menunggu ialah 2500+ taktahu nak nangis ke nak gelak 😂 Dengar pulak cerita senior-senior ada yg dh berpuluh tahun queue sampai ke sudah tak sampai-sampai turnnya. 

Note : I lapordiri kt Putrajaya, tp terus minta tukar ke KL. So the 'forever-in-queue' utk dapat turn kuarters tu ialah kuarters di KL ya.

Dari 2018 sampai hujung 2020 memang langsung tak follow up tentang kuarters. Sebab takde keperluan mendesak. In between 2018-2020 tu kiranya ada la 4-5 kali I check angka giliran memohon tp bila tgk nombor masih 2500+ gerak tak sampai 100 angka turun, I was like ah biar jelah.. So maksudnya takde follow up call BPH ke, buat surat/email rayuan ke, nothing. Konsep berserah je haha. Ada masa hilang jugak konsep berserah tu sbb nyampah dgn kejiranan kt rumah sewa now tapi takleh nak buat apa la kan. Kisah pulak org SPBPH tu dgn masalah kejiranan kau tu kan kekkkeke. 

Hinggalah kami diuji dgn masalah severe eczema Nouf. 

(Nouf lahir July 2019. Umur dia 6-7bulan, dia kena warded lama jg kt HKL and mind you masa tu dlm zaman first strike of covid. After discharge from hospital, we bear tolls of expenses susu and ubat Nouf yg mahal gila! Mmg we were under HKL for meds tp bila ubat dh habis and appt date lambat lg, we got to buy with our own pocket money. Somemore, if you familiar with eczema condition, you know eczema ni takde satu ubat yg sesuai/serasi utk semua penghidap eczema. Ubat dia lain-lain ye. Ikut keserasian tuan badan. So kena try and error)

Bila start new commitments (susu dan meds Nouf), bamm gelabah nk buat rayuan kuarters haha. I cerita segala masalah, cabaran, merayu tapi BPH takdapat tunaikan. 


Sedihla jugak tapi idakla sedih beria. After this respond, I pun xde buat appealing lagi sekali. So nampakla kt situ yg I tak beria mengharapkan kuarters ni. I pun jalani lah kehidupan seperti biasa.

Gitu gini, dlm bulan Oct 2022 I dpt offer balik ke Putrajaya. Sebulan lepastu, I make sure my HRMIS are updated (new work location is now Putrajaya). Once HRMIS I dikemaskini je, I apply kuarters kat Putrajaya pulak and bamm terus my queue utk kuarters jadi turn ke-10! Tanjat beruk I.

Selang sebulan kendian wallaweyyy my turn jadik no.1!!! Gelabah tak? Gelabah tak? Ofcourse la wehh. 

Tapi tu la, guruh di langit air tempayan jgn dicurah org tetua kata. Bayangkan, dari Januari 2023 sampai la Jun 2023, queue I kt no.1 tu tak gerak-gerak langsung 😅 Macam pelik gila kan? Nak terpaling juara, dah juara dah (no.1) tapi masih xde khabar berita ttg kemasukan kuarters. Takkan nak expect nombor tu jadik nombor 0 pulekss.

So i called SPBPH. Tanya punya tanya rupanya prosedur depa camni :

(1) penjawat awam mohon kuarters melalui portal > queue

(2) ada unit kuarters kosong (contoh ada kekosongan 30 unit) > SBPPH call queue list no.1-30

(3) first call untuk tanya samada 1-30 ni masih berminat tak nak duduk kuarters? (sbb kdg 1-30 ni dah 5-10 tahun menunggu. Ada yg dah mampu beli rumah dah pun. So they might refuse the offer)

(4) katakan dari 1-30 tu, hanya 23 yg accept offer (masih nak duduk kuarters), so SBPPH call another queue list 31-37.

(5) Refer back to (3), kena tunggu pulak JKR siap baik pulih all 30 units > SPBPH received kunci from JKR which means unit tu sedia diduduki > call again utk submit documents


By then, fahamlah I why it took almost half a year utk they made an offer to me. I sampai at this stage memang tak pushy langsung ya. Semoga Allah kurniakan pahala berganda-ganda atas kesabaran I tak nyusahkan org SPBPH. Amiiin 😇

In June, tgh bawa Affan assessment, I dpt call from SPBPH. Lepas kenalkan diri pegawai tu akan tanya, "Puan masih berminat lagi utk duduk kuarters?" Skrip standard rasa, haha. If you say yes, they will proceed to ask now stay kat mana, kerja kat mana, ada brp org fmly members. Just to reassure what we key in in the portal kot. At the end of the conversation, pegawai maklumkan yg we will receive email tawaran kuarters dan kita perlu respond "terima tawaran" dalam tempoh 7hari bekerja. Kiranya they masih bagi peluang utk kita fikir nak ke taknak duk kuarters.

Note : Make sure korang rajin check email address yg korang guna/isi kt portal SPBPH ok. I almost missed out the email sbb I lupa I pakai email mana kt portal depa.

Settled that part, pegawai akan hantar another email, requesting few documents utk kita sediakan.


In my case, I hanya perlu sediakan docs 1-6. Yg 6 tu kena get in touch dgn PSM masing2 k. I get so lucky sbb mmg close juga dgn org PSM so within a day or two mcmtu my doc no.6 siap. Once dah ready all docs, I email back the pegawai utk set appt.

Appt terus pagi esoknya haha. Cepat betholl. If u memang kerja di Putrajaya, senang je nak cari lokasi SPBPH sekarang. Landmark would be Alamanda. Naik grab better. Senang pun senang nak pick up/drop. Tak busy pun traffic kt kawasan tu. Kalau abe grab xtau mana SPBPH, sampai je kt Kompleks F ikut ping location waze tu, terus suruh abe grab slow2 drive sampai u nampak papantanda F6.

Ambil visitor's access card, naik lift to level 4, belok kanan. Touch access card, masuk pejabat Bhg Pengurusan Hartanah, ambil nombor. Kaunter laju je juga sbb tak ramai pun yg berurusan dlm satu2 masa (from my experience la).

Pegawai kaunter akan check sesiap docs kita dan serah pd pegawai in charge. Next, pegawai in charge akan bagi a set of documents pulak utk kita isi/lengkapkan.

Ingat tau.. ALL THE ABOVE are phase 'tawaran kuarters' which means u baru ditawarkan. Once u dah completekan the new sets of documents, barulah masuk ke fasa 'kemasukan kuarters'.


Next post I will share fasa kemasukan kuarters (dapat kunci) pulak kayss!














Monday, September 30, 2019

Daftar Kelahiran Bayi di JPN

Assalamualaikum.

Masa daftar nama Affan kat JPN dulu, A yg uruskan a to z. So saya taktahu procedure. Yg saya tahu, kena daftar within 2weeks dari tarikh kelahiran baby. Kalau hari ke-15 & ke atas baru daftar nama kat JPN, then kena denda. Per day ye denda dia.

But this time around, masa nk discharge dari hospital lps bersalinkan second baby, nurse maklumkan yg pendaftaran nama anak can be made up to 60days dari tarikh kelahiran. Hari ke 61 baru berdenda. To which I find it very la bagus. Sbb kdg bapak baby rushing nk uruskan bining baru bersalin, baby baru lahir, keje & byk perkara lain. 14hari tu tak sempat si bapak nk berlari ke JPN utk daftar. Tak boleh nk nafikan situasi cmni. Mmg boleh wakilkan family member (yg disyarat-bolehkan oleh JPN). Tp, kadang family member "yg boleh daftarkan" tu pun ada hal masing2.

So yeah, 60 days is good & flexible enough. Mak hok bersalin tu pun dlm tempoh 60hari tu udah habih pantang. Dah boleh lebih byk bgerak so if bapak baby xnyempat ke JPN, dah less reason utk xsempat daftarkan nama baby sbb mak baby pun dah blh ke JPN & uruskan hal pendaftaran.

For our second baby, kalini saya yg uruskan. A bg green light saya gi sorg. Not that dia x sempat nak daftarkan, tp dia bagi saya me time heheheh. 😇

Dah lama tak drive sendiri. Sejak kandungan dh masuk 3rd trimester haritu mmg lgsg xde rasa & xde keperluan utk drive sndiri. So bila dpt pegang stereng masa nk gi JPN tu, Cik Gayah punya heksaited dik nonnn... makan jem pun masa tu rasa manisssss je rasa. Sikit Cik Gayah tak stress ngadap jem otw tu. Siap lentok2 layan sinar.fm bila keluar lagu jiwang2 😆

Btw, saya daftar kat JPN cawangan Melawati. Gi hari Jumaat. Tutup utk rehat pukul 12.15pm dan buka semula pukul 2.45pm. Standard waktu urusan kerajaan.

Mula2 mestilah ambil nombor giliran. Utk daftar kelahiran, dia ada kod giliran tersendiri so urusan mcm lbh cepat.


Eh tapi depends la.. kot hari yg korang gi nk daftar nama baby tu kebetulan ada 68 org lain nk mendaftar nama anak jugak, sabau yolah nunggu nombor giliran yo?

Saya haritu tak ramai (yg daftar kelahiran). Alhamdulillah.


Dokumen yg perlu disediakan :

1. Kad pengenalan ibu bapa bayi (yg asal & 1 salinan) - kalau suami yg gi daftarkan, kena bawa IC isteri sekali. Mcm saya, saya bawa sekali IC A. Saya ada tanya kat pegawai kaunter tu, ni kira salah ke di sisi undang2 bila saya pegang/bawa IC suami (sedangkan diantakde bersama saya waktu tu)? Pegawai tu kata, utk urusan pendaftaran kelahiran, mmg dibolehkan bawa/pegang IC suami/isteri (yg x hadir ke JPN).

2. Sijil nikah (yg asal & 1 salinan)

3. Buku pink mengandung (yg asal & 1 salinan muka surat-muka surat yg nurse hospital dah 'tandakan' - masa saya discharge lps bersalin, nurse mmg dah tanda X kt page mana yg kena buat photocopy. Dan, dkt JPN Melawati ni pegawai tu siap tambah lg page yg perlu diphotocopy. In total ada 10 muka surat (5 A4 la kiranya).

4. Borang Daftar Kelahiran JPN - hospital akan siap2 bg ni masa kita keluar hospital. Ada bhgian yg hospital dah isi, ada bhgian yg kita kena isi sendiri. Guna pen hitam dakwat biasa ye.


Lepas dah serahkan semua dokumen, tggu sat, nnt pegawai panggil semula nombor kita. Pastu kita akan diberi Sijil Kelahiran Contoh yg ada details baby kita utk kita check semua betoi ke dak. Kot la nk letak nama baby. RATU, tapi pegawai terrrtaip RATA. Kalau ada typo, kena bgtahu masa tu supaya dorg blh terus betulkan. If all details betul, kita kena sign Sijil Kelahiran Contoh tu. Then only dorg print Sijil Kelahiran yg sebenar, yg ada stiker ori JPN.


Taraaaaa!!

Adik Affan dah ada sijil lahir.. Ada org panggil sijil beranak...

Muhammad Nouf nama dia 😊
Bila nak cerita pasal Nouf? Jgn tanyaaaaa.. 😪

Ok settle dah & boleh balik.

Bayaran?
Percuma.
Tapi kalau nak beli cover transparency sijil lahir tu, harganya RM3 ada dijual dikaunter tu jugak. Cik Gayah beli hohoh.

Berapa lama siap?
Sekejapan.
Maybe 20minit kot.. tu pun sbb kena gi kedai fotostat utk fotostat helaian tambahan buku pink. If tak, 10minit je kot siap.

Overall, bestla JPN Melawati ni. Pegawai2 ok, perkhidmatan ok. Kedai fotostat pun ada betul2 sebelah JPN ni so sgtla senang kalau terrrlupa & perlu buat pape salinan dokumen. Cuma.. saya dgr (dari kaunter sebelah menyebelah), kalau nk buat MyKad baru, amik masa 5hari. Kalau kt UTC siap 24jam atau lbh cepat.

Till then peepsy!

Wednesday, May 2, 2018

Pesta Buku Antarabangsa KL 2018

Wow Cik Gayah pergi Pesta Buku Antarabangsa uolls. Menjak keje kajaan ni, nilai2 positiviti semakin meningkat nampaknya. Saya bersyukur and happy sgt dgn kerja saya skrg. Alhamdulillah thank you Allah. Kalau korang perasan, saya ni mcm tak boleh move on pulak dgn happiness dpt keje kajaan. Yes, memang saya admit saya still tak boleh move on. Susah saya nak explain how happy I am sbb rasa diri ni mcm really functionate semula after a while yg sakit dulu tu. Lepas cuti sakit lama dulu tu, memang saya ada kerja di a few companies termasuklah one of it a big name - JobStreet Malaysia. But to be honest, masa tu kerja mcm tak kerja. I mean, saya still tak fully functionate, tak boleh fully deliver my best at work. Selain tahap kudrat tubuh badan yg still lemah2 juga time tu, salah satu sebab saya tak dapat deliver my best ialah kerana saya morning sikcness - mengandung.

Bila join in kajaan ni, tahap kudrat saya dah makin better, Affan pun dah getting into his 2nd year of life - masih menyusu, tapi tidak bergantung 100% dah pd susu badan. Jd saya dah kurang penat kt situ (untuk kumpul stok susu). Tidur malam pun dah kurang terganggu - Affan bangun menyusu tidak sekerap masa dia masih below 1yo dulu. Ini yg saya rasakan diri saya betul2 functionate balik. Walaupun tidaklah 100% setangkas dan selincah sebelum sakit dulu saya bekerja skrg ni, but saya tahu saya boleh deliver at least 88% to my job now.

Panjang pulak intro padahal nak cerita pasal Pesta Buku kt PWTC. Berbulan tak update blog so dia mcm lepas gian menaip hewhewhew.

Ok cerita Pesta Buku. Harini firstday masuk office lepas cuti agak panjang dari Jumaat sampai Selasa (Labor Day). Masuk2 ofis terus menggeletis follow rombongan ke Pesta Buku kat PWTC. Naik bas office, bestnya! 😝 Masa pergi takde aim nak beli pape. Just standby duit sikit kot ada buku-buku untuk Affan yg memurah. Last beli buku Affan, maybe a year ago. Kt popular. Tetiba rasa diri ni terlalu kejam and not a good mom sbb tak belikan bahan bacaan utk anak 😩


Dalam bas, kakak-kakak ofis sibuk membincangkan apa yg nak dibeli. And dorg suggest saya utk gi ke booth Ana Muslim. So moh ler kita ikut arahan sbbnya masa yg diperuntukkan hanyalah 2 jam (termasuk nak huha-huha berjimba sat kt Sunway Putra Mall seberang PWTC ni je ha eheheheh). Kalau nak terkial-kial keluar masuk satu persatu booth mmg confirm tak sempat.

Saya lone ranger terjah booth Ana Muslim. Kakak-kakak lain biarkan deme sbb deme ada yg aim nk beli novel la, nk beli exercise book utk anak yg dah bersekolah la.. Aim kita berbeza, so pepandai lah bawa haluan.



Booth Ana Muslim kat tingkat 2. Boleh tahan juga pilihan buku2 kt sini. But section utk yg baya2 Affan limited la sikit. Saya grab 2 buah story books kat sini. RM3/book. Murah! 😄





Comel je kena beratur belakang budak2 sekolah ni 😄


Lps settle kat Ana Muslim, saya merayap kat booth tepi2 tu. Then nampak section flash cards kat booth Pelangi! The moment nampak section ni, terus saya mcm ckp kt diri sendiri, "Ok, this is a must buy item!". Byk kali dah baca benefits dan efficiencies penggunaan flash card utk anak seawal usia 3 bulan. Tp setiap kali pun tak terbeli. Ni dah depan mata, harus beli.




Eh cara nak beli tu mcm kan banyak je bawa duit kenn... Hehe. Dalam hati dh berkira2 jugak berapa puluh ringgit la agaknya set flash card ni. Mau lps diskaun pun dekat rm70-80..

Sales assistant kt situ duk explain2 the goodness of flash card tu. Bila tanya harga, dia jawab, "Satu lapan belas". RM118. Hm, dah agak dah.. mahal.. Tapi rupanya, 1 set flash card, harganya RM18!! Mughoh dah ni weeehhhh! 😄 Kt luar harga dia RM21+.

Udah tahu murah mulalah tergedik nak beli flash card ABC ke, numbers ke, animals ke, eh mcm2 la tajuk keluar. Kita tarik nafas sikit... kena buat pilihan bijak... Dalam pada bertafakur tu, terjeling pulak kat section kiri booth Pelangi ni. Ada pulak 3D flash card. Hat ni mahu harga confirm ratus. Gedik2 pulak gi menempel kat sales assistant situ. Bagus2 SA kat booth Pelangi ni. Chinese, tp rajin melayan pengunjung2 tanya itu ini.

To my surprise, yg 3D flash card ni pun RM18/sekotak. Beli 2 kotak, harga jatuh RM16 sekotak! Berpinar mata tak tahu nk beli yg 3D ke yg biasa je. Sekali fikir, mestila rasa mcm lg best berbaloi beli yg 3D. Tapi... saya taknak nnt Affan attach to handphone je pulak - kena guna apps kt handphone utk tgk flash card tu jd 3D. Nak beli flash card yg biasa, mcm kurang menarik SIKIT hohoho.

Fikir punya fikir, proceed beli yg 3D. About Affan-attach-to-handphone, it is up to us the parent. Kalau tak didedahkan dgn the apps, boleh je gunapakai flash card tu as a normal flash card. Kan? So be smart ibu Affan! Heheh 😄




Comel gilos flash card ni 😍 Harap2 Affan suka 😍

Sebelum balik, nampak box ni. Box tin, The Good Dinosaur. Affan tgh SUKAAAAAAA sgt dgn cerita ni. Hampir2 nak belikan. RM44.00, after 50% off jadi RM22.00. Dalam bekas tin ni ada coloring buku, alat tulis, sticker, dgn poster. Hmm, mcm Affan takkan guna sgt je buat masa ni. Melainkan tin tu je yg dia suka nnt. So, nope thank you for now 😊




Untuk yg belum pergi, pesta buku ni berlangsung hingga 6 Mei 2018 Ahad. Pergi k!



Monday, January 16, 2017

Affan and his milestone


TINN! TINN! PERHATIAN!
ENTRY NI agak BANYAK GAMBAR TAU :)







Jarang update milestone Affan kat sini. Sebelum terlambat, marilah kita melihat-lihat apa gambar yg ada dlm handphone tuh.

Affan bulan 12/2016 haritu dia genap 6 bulan. His progress I would say a BIT slow if were to compare dgn buku dan geng2 babies Affan kat his nursery. Dua tu jelah comparison saya pun. Lol. Tp saya tak risau sgt sbb there were once, my pumping buddy kat office pernah bgtahu yg baby boy memang malas sikit hahah so progression pun mmg akan slower compare to baby girls. Sooo happen to be, cousins Affan yg baya dia semuanya girls, dan geng dia kat nursery pun semuanya girls. Terus tenang hati Cik Gayah lallallallalala~

Selain dari tu, faktor lambat sikit sebab Affan ni prem-baby. Dia lahir sebulan awal dari EDD. Paed HKL pernah pesan kat saya, kalau nk ukur progress Affan, kena based on umur sebenar dia (ikut EDD), bukan ikut umur dia lahir. Affan 5m+ baru boleh meniarap while his cousin and girlfriends kat nursery umur 4m+ dah boleh meniarap dgn jayanya. Tapi kalau calculate mcm yg paed advise (kira dari tarikh yg sepatutnya saya dijangka bersalin/EDD=genap 40minggu), umur Affan (Dec 2016), baru 4m+. Maksudnya kat sini, Affan on a same track la. Alhamdulillah Alhamdulillah :)

*En.Ubi tak suka saya compare-compare kan anak beliau dgn babies lain.


Ok, picturesss time.

Affan was a small baby. Weighting 2.4kg masa lahir. Had jaundice lama juga (sebulan lebih) and warded a night kt HKL. Masa lahir kulit putih merah! Lepas duk bwh lampu tu terus warna kulit bertukar jd warna cekelat cam babah ekekkekkek. Mula2 saya ingatkan mmg skin color dia ikut en.Ubi. Tp bila sembang2 dgn mak sedara, anak dia pun (my cousie la) same case. Masa lahir putih melepak (lahir kat New Castle uolls), lepas duk bwh lampu for couple weeks, terus kulit cam negro. Like seriously, seriously peeps. No jokes.

Jaundiced baby memang tend to tiduuuuuur je. Nak kejut minum susu memang payah! Sua kan lah nipple lagu mana pun kat mulut depa, depa buat donoooo jek. Dah la mulut tu kecik gilos payah ibu nak tonyoh tauuu. Masa discharge of jaundice tu, berat Affan 2.235kg.


Affan 5 hari. First day kat rumah

Affan 10 hari. Bermalam kat hospital due to jaundice

Sedih sangat sangat sangat tengok keadaan anak macam ni kan..? :'(



Affan lahir 21/6. First day gi nursery 28/7. Ngam ngam umur dia satu bulan 7hari. Saya belum habis pantang 44hari pun lagi. Poor my little baby.. Ibu minta ampun nak, terpaksa hantar Affan while ibu & babah work. Ibu promise ibu akan jaga Affan by myself inshaaAllah.

Nursery time is ok for us in the beginning yela sbb dia kecik nau lagi. Asalkan ada org bg susu, tukarkan pampers, tidurkan, agah2 sikit, dia ok la. But slowly bila dia dah start to recognise faces, dah start evolve emotions, ha masa ni terasa a bit challenging. Hati keibuan saya ni sgtla meroyan nak jaga Affan sendiri. But, can we survive with only babah goes to work? Hmmm...


Ada kala ceria pop star tidur bersama rakan di sekolah :D

Ada kala sedih sesaja. Tu mata tu baru lepas menangis. Ibu pun nangis tengok.. :'(

Tu dua2 gambar masa Affan dh start bambam :) Tak jumpa pulak gambar masa first day gi school.

Raya Haji 2016 kami beraya kat Muar. Masa ni umur Affan 2m+. That was his first long journey :) Ayah saya (wanyah Affan) cukur habis rambut cucu sulung dia. Yg sunnah nabi tu pulak awal2 mama saya dah buatkan. Just potong sikit (3 helai) rambut Affan masa umur dia 7hari.

Mmmotakcim
Mmmotakcim mmaca mmuku



Affan had his very first fever when he was just turned into 4months old. Sehari selepas dia kena injection immunisation. Majority said, babies' temperature may get high and low lepas kena suntikan imunisasi ni as a reaction that their body is cooperating and adjusting to the vaccine. Tapi alhamdulillah, selain dari temperature yg tinggi sikit dr kebiasaan, dia aktif je dan consume susu mcm biasa :)



Roll over moments! Masa ni 5m+. Alhamdulillah both of us manage to be the first person who witness the first attempt & success-fullness of the roll over ahahahh!

Berdebar-debar ibu tunggu saat ni tau hahhahah

And after since, position tidor mesti camnih. Syiok lettew...




And, presently! Exploring-taste-bud-timeeeeee! Weeeeee!!

Favorite menu for now ialah beras perang kosong tanpa sayur ke buah ke ikan bilis ke chicken ke. Senang keje ibu :P


We were late 3-4days of following the rule of 6-months-to-start-solid. Lambat beberapa hari sbb satunya ibu iz totaly nervous I tell ya. Taktahu la apa yg saya nervous kan. Maybe saya takut nak berhadapan any unpredictable reaction from Affan kot.., like allergies ke. Cuak haihhh.. And secondly, lambat beberapa hari bg solid food kat Affan sbb kat rumah takdak machine utk prepare makanan Affan. Hahah, boleyy gitew alasan ibu.. >_<





I think that's it for now. Nanti ibu track from 6m to 12m pulak ok! ;) Doakan Affan membesar dgn rahmat Allah ye semua. Terima kasih :) :) :)

Wednesday, August 10, 2016

Pengalaman bersalin

Ni kalau ditunda lagi cerita beranakkan Affan, mau sampai esok dia nk menikah pun tak habis-habis ceritanya. (Hamboi hover maknye)

*****

Sampai je kt depan bilik bedah, saya panic tetiba like seriously panic sampai nk jerit nk cakap "Doktor, saya taknak bersalin lagi!" Just imagine if I do really shout it out. Mesti doktor tu balas "Hah?? Habis tu you nak bersalin bila???" Hahhah. Saya rasa masa ni saya panic sbb dimomokkan dgn cerita mengerikan tentang bersalin secara bedah.

Bilik bedah sejuk melampau-lampau
Lps bedah sakit tak boleh menyusukan anak
Jahitan bedah bernanah
Tumpah darah
Berpantang bersalin bedah lebih susah dari bersalin normal

......And the list goes on

The truth is, Allah juga sebaik-baik perancang dan semolek-molek tempat bergantung harap. I would say that I am HAPPY being caesarean. Alhamdulillah. Mesti Allah lebih tahu yg saya takkan tertanggung sakit bersalin normal.


Ok sambung cerita on the way masuk bilik bedah tadi.

Dlm pd panic-panic tu, pakar bius perkenalkan diri dia dan brief kat saya yg dia akan bius saya separuh badan, apa risiko yg mungkin jadi, apa kesan yg mungkin ada. Tiba2 saya jadi bersemangat nk dibedah sbb raut wajah Dr.Zetty tu menenangkan dan suara dia pun sedap nau Cik Gayah dengar. Dr.Zetty bgtahu dia akan cucuk sekali (1 kali) provided saya bg kerjasama waktu dia cucuk tu. There are cases yg dia terpaksa cucuk lebih dari sekali. Ce teka saya kena henjet bisu tu berapa kali?

3 kali! Hahahhah. Bukan sebab den tak bg kejasamo.. Tp sebab masa mencucuk tu lah Dr.Zetty found out yg tulang belakang saya bengkok. Dan itu alasannya knp saya pendek tak tinggi2 lg dah sejak darjah 6. Lallallalallala~ Kali pertama cucuk, bius tak kena pd tempatnya so automatically ubat bius tu takkan jalan. Kali kedua pun sama. Kali ketiga baru kena.

p/s : (pejam mata, bayangkan) position patient masa nk kena cucuk bius tu - patient duduk berlunjur, peluk bantal dekat perut, tunduk, doktor inject kat tulang belakang

Habis briefing, kena sign a form tanda telah maklum dgn hal-hal bisus nih. Masuk bilik bedah, rasa teruja tiba-tiba sbb selalu tengok bilik bedah dlm tv je kan. Mudah teruja betul Cik Gayah nih. Heheheh. Lampu-lampu kat siling tu hah sebijiklah mcm dlm movie ke drama ke. Lepastu doktor and nurses ramai-ramai dalam tu busy-busy. Hah pastu segala jenis gunting, pisau, kidney bowl, u name it. Ada berderet kat sebelah katil bedah tu. Part paling teruja bila tengok nurse pakaikan baju bedah kat doktor sambil tangan doktor yg dah bersarung tangan tu duk tadah ke langit mcm nk baca doa. Sebijik mcm dalam movie wehhh! Teruja! Hahahhahah.

Imagine this. Saya baring telentang dgn tangan didepakan. Tgn kanan berselirat wayar. Wayar nk track heartbeat je pun :P Kepala dipakaikan shower cap. Dekat dada digantung bidai taknak bg nampak proses membedah sat lagi.

Then nurse cakap nak sapu apentah iodin ke apa kat perut - saya akan rasa sejuk kat bhg perut. So I was thinking, kalau masih rasa, means bius td belum ada kesan la? Gelabah pulak haih. Tp rupa-rupanya kesan bius td tu dh jalan dah pun. Tak terasa pun bila nurse duk menyapu menonyoh kt perut. Tau-tau je ada rasa sejuk.

Lepas-lepas tu pun mmg tak rasa apa and tak tahu apobondo eh yg dorg duk buat kat bawah tu. Yg saya tahu tiba-tiba je rasa badan mcm bergoncang-goncang. I know why is that! Saya pernah baca, kalau bersalin normal, kan si ibu akan pusshhhhh supaya baby keluar kan? Tp kalau bersalin bedah, lepas bhgian bwh perut tu dipotong, doktor akan push baby ke bhgian bwh perut ibu (tolak-tolak dr luar). Ha, tu yg badan si ibu akan bergegar-gegar gedong gedong gedong. Nak lebih faham, cuba korang youtube.

Tak berapa saat lepastu dengarlah suara Affan menangis. Halussssssss je suaranya. Halus tapi nyaring :) Ibu takkan lupa sampai bila-bila moment tu :) Saya senyum lebar bila dengar suara Affan. Saya ketawa actually! Sebab tak sangka that that exact moment, saya dah jadi ibu! :) Happy nya saya sampai badan menggigil out of control kejap. Saya ketawa but at the same time air mata menitis. Bahagia sgt perasaan waktu tu tak tahu nak diungkap. Walhal belum tgk pun lg Affan. 3-4 minit lepastu saya rasa mual, rasa nak muntah. Saya bgtahu Dr.Zetty dan dia cepat-cepat ambilkan plastik (she's stay in the room utk monitor kalau ada apa-apa yg x ok dgn bius saya).

Saya wekwek sikit. Sambil tu cepat-cepat Dr.Zetty tanya if I want to see my baby. (Saya rasa Dr.Zetty try to distract saya dari terus ada rasa nak muntah tu. Good one, Doc!). Of course I want to see my baby! Then nurse tunjukla Affan kat saya :) Nurse tunjuk muka Affan kat saya, lepastu nurse rapatkan pipi Affan ke muka saya so that I can kiss him, lepastu nurse tunjuk bubu Affan kat saya dan tanya, baby boyke baby girl ni? :)

After all of that moment, saya rasa lega dan nak tutup mata berehat. Saya tahu doktor tengah jahit-jahit, gam-gam perut saya masa tu tapi since xrasa sakit langsung kan, so den pejam mata ajet-ajet nak tidur kepenatan. Hahah. Settle, saya disorong keluar tp tak dihantar terus ke ward. Sbb they have to monitor blood pressure & heart beat saya dlm stgh jam camtu. Konsepnya, td bhgian ward hantar saya ke sini sihat wal'afiat, so bila bhgian OT nak pulangkan saya ke ward, harus dlm keadaan stabil juga.

Affan ada kat mana masa ni pun saya taktahu. Sedar-sedar je nurse kejut cakap nak sorong saya ke ward dah. Sompek den tidur rupanya. Lotih nau beranak ngalahkan org meneran bersalin normal. Kekekekek.

Sampai kat ward, I saw en.Ubi tersenyum lega menyambut saya kat katil. Eceh. Ye ye je beliau lega nengok den. Takpelah, ini cerita den. Ikut den la nak mendramatik kek mano pun. Lalalalalla~

"Anak mana?" My first question sbb tgk kat katil xde baby. Selalu dalam drama, kat sebelah katil ada baby dah kan. Pengaruh drama sgt Cik Gayah :p En.Ubi cakap Affan ada kat bilik baby kat depan and he already sees our baby. Masa en.Ubi cakap yg beliau dah tengok our baby, I can see his eyes shine so bright that I can feel betapa beliau happy dan bersyukur everything went well for our baby and me.





*****

Gitulah moment-moment Cik Gayah memberanakkan Affan :)

Semua yg berlaku, BANYAK sgt hikmahnya.
Affan lahir awal sebulan dari tarikh yg dijangka. Preparation utk sambut kelahiran dia mmg tak complete pun lagi by that time. Tp dlm pd tak cukup itu ini (towel baby pun xbeli lg time tu hokeh), ada hikmah besar disebalik tu. Biarlah hikmah tu saya jadikan rahsia dan kenangan antara kami suami isteri.

Kepada yg menunggu untuk melahirkan, jgn biar kerisauan melimitkan segala kemungkinan. Yg penting, kena baaaaaaaaaanyak berdoa dari skrg minta Allah sediakan jalan yg paling baik di mataNya. To share with you all, masa mengandung, saya selalu minta Allah izinkan saya nikmati setiap saat melahirkan Affan dengan senyuman. Kalaupun sakit separuh nyawa saya minta Allah buatkan saya menahan sakit dalam senyuman. Apapun jadi, saya nak lalui dgn senyum senyum senyum. Then, Allah makbulkan :) Saya dibedah. Saya dapat menikmati proses doktor mengeluarkan Affan dari perut saya dengan senyuman :) Ce kalau saya bersalin normal. Nan hado la kan nk senyum masa tgh meneran tu!

p/s: bersalin normal atau bedah, dua-dua adalah dgn izin Allah. Bersyukurlah.





I love you everyday baby

Tuesday, July 12, 2016

Saya dah terbersalin!

I'm a MOM!!!!!!

Ya Allah Ya Rabbi Ya Hayyul Ya Qayyum!

Taktahu nk cerita mula dr mana. Ok, klise sgt statement tu. Ngehngeh.. Hm.. rasanya baik kenalkan honeybun dulu :)

Taraaa!!




Memperkenalkan, Affan :)
Nama penuh Affan akan di update once babahnya dh pi JPN mendaftar. Saya serah bulat2 hal nama anak kt en.Ubi as tanda hormat, kasih dan cinta saya pd beliau sbg ketua keluarga. Saya tlg tmbah2 bg cadangan dan info2 bermanfaat ttg menamakan anak. The final full name, will always and still be his call.

Tarikh/Masa lahir : 21 June 2016 (Selasa) / 5.55pm
Kekdah lahir : Pembedahan (emergency caesar)
Tempat lahir : Hospital Kuala Lumpur
Berat waktu lahir : 2.4kg
Usia waktu lahir : 35minggu 6hari

Gitu.. terperinci Cik Gayah ngaborkan ttg anak sulungnya. Excited lettew.. Mujur tak letak nama pakar bius sekali. Lulzzz~

Ok. Krono.


*****

Selasa gi HKL utk antenatal check up. Sahur tu dari buka mata nk bgn masak, tgh masak, tgh menghidang, sampai dh azan subuh, perut mengeras. Sakit, tp sakit yg boleh ditanggung. Lps subuh terus siap2 nk hantar en.Ubi gi office then saya gi HKL. Almaklumler, kete ada seketul tu je :) Tggu turn jumpa doktor mcm biasa la kan, agak berejam. So saya nyorok2 makan biskut hahah. Byk hari juga sakip puasa sbb baby jd pasif nau bila saya x consume makanan.

Masuk bilik jumpa doktor, cerita gitu gini, doktor pun suh la baring ataih katil nk check perut. Sekali hah kau, time check tu perut mengeras! Terus doktor announce "You ni tgh contraction ni. I tahan you ward ah.." Hoh!?? Ini ke contraction??? Ingatnyo contraction tu sakit menggila sampai jerit2 pegang lengan suami pun lengan suami boleh lebam. Ni perut mengeras gini je pun dikira contraction ke?? Sumpah tak reti nak memahamkan mcmana rasa contraction yg sebenarnya. Then doktor tu nak menyeluk pulak.. hah seluklah doktor uii. Mujur doktor perempuan, sbb tu I iz ok je. Hehe.

"You sudah dilate 1cm"

Whatttttttttttt..!??? 

Sumpah lg sekali tak faham sungguh konsep nk terberanak ni -_-"

Saya tak rasa sakit yg melampau dan tak rasa sakit kt bahagian tubuh yg lain like pinggang ke kaki, except perut mengeras. (mungkin sbb baru 1cm je bukaan tu).
Saya juga tak turun tanda. Air ketuban leaking ke, blood show ke, tarrakk.
And now you are telling me that my vagina is ready (at the very first stage) to push out the baby?? Hashtag sumpahtakfaham.

Sblm kena warded, gi scan honeybun dulu dan kena inject utk kuatkan/matangkan paru2 honeybun. Scan result was very good. Alhamdulilllah. Yg injection tu, kena kat punggung kanan. Sakitnya ya rabbi, sampai saya merengek tahan sakit. Biasanya Cik Gayah kental je bab-bab kena inject ni. But this time around, sakit! sbb cecair ubat tu pekat. So bila ubat tu sedang mengalir dlm salur darah kita, kita akan rasa ubat tu berjalan and again, yes, sakit! Tp idok ler lama sakitnya. Dlm 5minit camtu.

Next, saya dibawa naik ke wad. Masa ni almost lunch time. Of course saya dah tak senang duduk sbb lapar. Mai pulak nurses nk buat CTG ke ECG utk check heartbeat honeybun. Result was tak cantik. Nmpk the graf very pasif. Saya tahu sebabnya - sbb saya tak makan lagi. So I ask the nurse if I can go buy some food kat cafe. Sadly the answer is, org yg dah warded tak blh keluar dari pintu wad. I iz crying milo-ice-sama-egg-sandwich, inside T_T

Lpstu dtg bergilir-gilir O&G dan neuro specialist melawat Cik Gayah utk memahamkan sejarah sakit Cik Gayah. Cerita gitu-gini gedebuk-gedebak last2, dipendekkan cerita, dorg suggest emergency caesar to lower the risk.

Masa ni rasa mcm di awang-awangan. Bkn di awangan sbb perasan cantik ke hapa, tp di awangan sbb tak blh berfikir waras jap rasanya. Satu, sbb mcm tak percaya yg jap lg nk bersalin dh. Dua, sbb en.Ubi is not around. He even didnt know that saya akan dibedah and that he'll be babah like in few hours later!

Nk dijadikan tragisnya lg kisah bersalin den ni ha, handphone den dh xdo bateri time cemas tu ha. Charger confirmla x bawa sbb pagi td kn mai nk check up biasa jeee. Mnta tlg doktor n nurse call kn en.Ubi. Masuk voicemail pulekssss... Tak blh jd ni. Mohle kita solat zohor dulu minta dipermudahkan segalanya.

Masa berjalan. Doktor O&G dtg dgn consent form utk pembedahan. Saya mnta hold the form smpi en.Ubi smpi. Doktor fhm dan pi buat kerja dia yg lain, tp lps tu dia dtg blk suh saya sign jg. Hahah. Reason why, kot2 kang cpt nau saya bertambah dilate to 2,3,4cm dan kena rush ke bilik pembedahan, at least the form dh ber-sign. Hm, redha jelah.

Lps sign, cpt2 try call en.Ubi lg sekali. Dapat! Alhamdulillah.

Sementara menunggu en.Ubi smpi, saya baring kt katil. Hati tak henti berzikir. Dah x igt dah apo yg den fikir time tu ha. Sodar-sodar yo dah masuk azan asar. So bangkitla perlahan-lahan nk gi mandi pastu solat asar siap2. Takdan nak sabun bdn dlm bilik mandi, tetiba ada suara memanggil nama penuh Cik Gayah. Nervous terus!

"Puan, bilik Ot dah ready. Puan mandi cot sikit ye. Nanti keluar kita terus tolak gi bilik OT"

Apakahhhhhhhhhhhhhh!??

Ya Allah tak tahunya nk fikir apa time ni. Nk kena bedah dah, honeybun nk keluar dah, en.Ubi is not around. Hiba...... :'( But all I told to myself masa tu was, jgn nangis, jgn sedih. Just enjoy every seconds and every moments. Who knows if this will be the last time saya rasai detik bersama honeybun..?

Keluar dr bilik mndi, katil nk disorong ke bilik pembedahan dh tersedia. Nurse terus tukarkn baju saya ke baju bedah yg seksi tak hengat tu. *depan tutup belakang togel -_-"* Dan sementara nurse sohseh-sohseh hal dokumen segala bagai, kuasa Allah, en.Ubi pun sampai.

Melihat beliau saat ni, rasa nk luluh jantung. Perasaan melihat beliau masa ni lebih sayu lebih mendalam dari saat melihat beliau berjabat tgn dgn jurunikah masa kami nikah dulu. Masing2 pun mcm kelu lidah nk ckp apa yg betul2 penting pun tak terkeluar rasanya. Mmg betul2 pandang sesama sendiri sambil pegang tgn erat2. Huh. Drama sebabak sungguh time ni! Jauh di sudut hati saya, kiranya terjadi apa-apa pd saya nnt, puas dah diri ni menatap suami sambil perut masih terkandung anak kami. Jika ini lah moment terakhir saya, saya redha. Saya puas. Saya bersyukur.


.
.
.
.
.


Sambung nnt. Ni pun berkurun nk menyiapkan satu entry tauuuu. Maklum ler, titew adew anak kecik :P


#namapakarbiusialahdoktorzetty











Friday, June 17, 2016

Persediaan Bersalin : Di minggu ke 35

Anak babah ibu.. Ibu dah start naik shaikh excited nau nau shopping barang anak ibu ni tau! :) Walaupun ibu tak reti sgt sebenarnya nak kena beli apa (balik-balik rambang mata nak beli baju dgn swaddle. Pusing2 tu je. Ibu iz lulzz), ibu redah je juga buka blog sana sini, ig situ sinun. Obviously, ibu la yg lebih menunjukkan kredibiliti dan ke-bertanggungjawab-an dalam urusan membeli-belah ni nak oii. Babah duk dendiam sana please. Babah just pass kat ibu TAC number bila ibu need it okeh? Takpe, ibu suka redho dgn tanggungjawab yg ibu galas ni. Kekekkek.


*****

Berejam hokeh nak menyiapkan entry ni. In fact, it's actually taking me days! Sebabnya.. saya mmg still buntu apa yg betul-betul penting nak disediakan. Ada je juga saya refer check list org lain, tp tak tahu kenapa, saya still juga blur :/ Ni FTM syndrome ke? Gedik haihh mung ni Cik Gayah~

*FTM : first time mom

List bawah ni, utk FTM lain usoh le dijadikan panduan. Kang kome sesat barat pulak kang. Naya ke baby kome je. Ni saya saja tepek utk reference saya sendiri. Biar jelas di mata ku ini apa yg dah ada, apa yg belum ada.

Saya bahagi-bahagi ikut imaginasi sendiri (lulzz).

ANAK / IBU
1 - Keperluan di hospital
2 - Keperluan di rumah


*****

Ada apa dalam beg hospital anak?

The beg
Kakak en.Ubi ada bagi. Tp gatai nak beli ikut citarasa sendiri. Haritu singgah Mitsui Outlet yg menghala ke KLIA tu pastu masuk kedai BVO - beli beg anak yg Simple Dimple. Rm69.90. Size biasa. 

(Imaginasi)
Mula-mula lepas je anak ibu keluar dari perut ibu, mestilah nurse bersih-bersihkan, mandikan, kan?


Grooming
1. Towel
Yilek. Belum beli.

2. Toiletries
Berkenan tgk packaging JoielleBaby sbb packaging dia comel. Haha. Tp baca-baca, product ni ada paraben. Tp seller ada explain yg paraben dlm product JoielleBaby tu adalah paraben yg dibenarkan or something like that. 
Sebagai precaution, kita cari la product lain yg 100% organic sbb babah nya honeybun mmg ada eczema. (Ibu doa anak ibu tak inherits eczema babah ye manja ibu).

Now mcm berkenan dgn MiniMe product. Nak try beli travel set je dulu.
Tp kesimpulannya, belum ada, belum beli.


(Imaginasi)
Lepas anak ibu dah mandi, mesti nurse nk pakaikan baju, kan?



Pakaian
1. Romper - short sleeve (2 pasang)
Dah beli 5 pasang. 3 pasang premie size (53cm), 2 pasang newborn size.

Knp beli yg premie size? Standby. Just in case.

2. Baju lubang2 & baju butang depan - short sleeve
Beli baju lubang2 siap 1set dgn seluar, baju butang depan pun siap 1set. Cuma seluar masing2 seluar pendek. So nk kena cari seluar panjang.

Beli brand Fiffy. Material kain dia mcm lbh best dr brand lain, tu yg berkenan tu.

3. Legging with socks (2 pasang)
Utk pakai dgn romper kot-kot anak sejuk. 
Baru sat browse kat ig tp that ig seller belum reply pulak.

4. Swaddle/bedung (2 helai)
Dah!

5. Mitten, booties, hat (2 set serba berdiri. Muahhahhah. Ok, tak lawak)
Dah Baru beli sepasang.

6. Diaper/lampin - pakai buang (1pek)
Request sample from Drypers, Huggies, Mamy Poko through online. Katanya dlm 2-6minggu sample2 tu akan sampai.
Utk taknak nampak kedekut sgt standby, this weekend akan turun padang ke Giant, Aeon Big, Jusco & Parkson dan survey nak beli yg mana - at least 1 pek newborn size.



Ada apa dalam beg hospital ibu?

The beg 
Dah beli tp belum ambil kat receptionist office. Heee~


(Imaginasi)
Sebelum ibu ajaajafighting!, ibu kena minum makan minum yg memberi tenaga.

Energy supply 
- Kurma
- Milo?
- Biskut tiger


(Imaginasi)
Lepas anak ibu dah siap pakai baju, nurse pass kat ibu utk susu kan, kan?

Breastfeeding items
1. Nursing pillow
Yilek. Belum beli.  


(Imaginasi)
Kalau anak ibu dah poopoo and shishi, kita boleh balik dah, kan?
 
Grooming
1. Toiletteries
2. Towel

Pakaian
1. Maternity pad
Dah beli.

2. Nursing bra
Yilek. Belum beli.

3. Breastmilk shield
Yilek. Belum beli.

4. Kain batik

5. Stokin

6. Tudung sarung

7. Long sleeve

8. Sweater



*****

Beg hospital ni je pun dah banyak yg merah. Apetah lagi barang-barang bila dah keluar hospital.. Gegegegge. I iz panic....! Tak sanggup nak list down barang rumah lps bersalin. Esok-esok lah Cik Gayah update ye? Izinkan Cik Gayah meluruskan pinggang dahulu. Kaki kiri dah tembun (bengkak) T_T

Tata.




Saturday, May 21, 2016

Pengalaman Mengandung : 31minggu



Mujur ada kenduri adik saudara. Barulah ada gambar top to toe utk dibuat kenangan tengah mengandungkan honeybun. Start sakit dulu mmg dah tak menggedik sgt nk ambil2 gambar ni. Lgpun dah tua.. ye dak.. takde sapa nk nengok awok menggedik bergambar dah.

Baju sedondon ikut tema tak sempat siap sbb ada kematian dlm keluarga sehari sblm majlis ni. Takpe, takde masalah baju tak ikut tema. Kita pakai tudung matchy color sahaja pun, pengantin tetap boleh naik pelamin. Muahahahh.

Org agak kerap tegur that muka saya glowy2 berseri2 skrg ni. Saya yakin seyakin-yakinnya ni semua faktor ibu mengandung. If were to compare dgn pregnancy sblm ni, ya hampon, kalau hantu Kak Limah tgk muka saya time tu, dia surrender terus jadi hantu gamaknya. This pregnancy however, saya suka dan rajin la juga nak mencantikkan diri. At least setakat nak berbedak berlipstik tu, saya rajin nak tepek. Cuci muka pun saya rajin juga pregnant kali ni. Kadang-kadang duduk sorg2, raba2 pipi, dahi, hidung, boleh pulak puji muka sendiri licin halusss je. Hahah. Kalau pregnancy yg dulu, lantak mung sana hidung pipi berkerak. Nama nak cuci muka aduuuuuhai.. malas sungguh!

Tapi.
Dalam semua kemeriahan yg pregnancy hormone bagi pada saya tu, saya start dapat perubahan yg tak best. Dah nak masuk 32weeks ni, saya notice there are parts of my body yg bertukar color jd tone gelap. Gelap mcm berdaki sebulan tak kena sental. Pastu kalau badan saya start bahang sikit, saya mcm boleh hidu sendiri bau peluh saya. Snfff snfff snffff euwwwwwwwwww! Nangis wehh!!! Tak suka! Tak suka! Sebab tu saya sanggup mandi sehari 10kali asalkan saya tak berpeluh :( Apa lagi. O ha, badan saya tetiba banyak naik tahi lalat kecik-kecik. Adik saya yg start tegur. Pastu baru en.Ubi pun perasan dan tegur sbb skrg ni fokus beliau hanya tertumpu kek porut den yg bosar ni sajo. Bahagian-bahagian lain tak pulak beliau rajin nak belek dah -_-"

And the worst ever changes happen to me ialah saya starts ada vaginal-discharge. Uwaaaaaaaaaa!!! Tu bukan discharge turun tanda nak bersalin ye puan-puan. Tp discharge yg tak menyelesakan tu. Nangis 37jam please. Uwaaaaaaaaaaaaaa!!!!! Walaupun discharge tu warna putih, tp itu tak bermakna dia suci ye puan-puan. Doktor cakap benda ni common jd pd ibu mengandung dan kebiasaannya akan hilang lepas bersalin. As long as the dischage tak mengeluarkan bau dan bukan dlm kuantiti yg banyak, kita boleh treat dia dgn antibiotik. So sementara dia ada sekarang ni, kena extra jaga private part tu. Nak pakai intimate wash sebarangan, saya tak berani langsung. So bergantung kat antibiotik yg doktor bg jelah sbb tak mau melarat jd infection ke apa pulak dah satu hal :( :( :(

Lain-lain perkara yg jadi masa tengah menagndung 31minggu ni ialah, ke-sensitiviti-an saya kembali mcm early trimester pulak. Saya cepat detect bau-bauan, saya kembang tekak tengok ayam goreng ada minyak2 bawah kulit (totally euwww), saya cepat letih badan.


Adakah ini normal puan-puan?

Tu je kot nak update.
Letih menaip *roll eyes*





Monday, April 25, 2016

Pengalaman Mengandung : Time Slip Check Up

28 minggu! Lots of thing happened dalam nak menyampaikan ke 28 minggu ni. Sakit on off, tp ibu rela demi anak babah ibu manja2 ni. 


*****

Flash back check up 27 minggu. Utk kali pertamanya saya lewat dtg appointment AnC. Biasanya pukul 7.30am dah tercongok tunggu pintu KKIA dibuka. Tp kali ni pukul 10.30am baru terhegeh2 nak letak buku pink kat raga kaunter sbb paginya ada emergency. Syukur the nurses kt KKIA saya ni mmg cool2 semuanya. Nk tunggu turn nombor dipanggil pun takdela sampai stgh jam. En.Ubi siap ckp better dtg time2 mcmni instead of appointment at 8am. Reason why, by this hour, patient dah berkurang dan tak too crowded.

Prosedur biasa, lps dpt nombor, gi shishi dlm botol. Urine was ok. Timbang berat, naik 2.5kg! Saya suka! Saya suka! :) :) :) Tp, nurse tak suka. Hahah. Nurse ajar lg sekali mcm mana nk control pengambilan karbo. Sbb they know better of course. Best range naik berat bdn dlm tempoh sebulan ialah 0.5kg - 1kg. Nurse mmg rajin ingatkan saya ttg ni. But why saya menggeletis happy bila berat terlajak naik? Simply sbb saya mmg aim nk tambah berat badan up to 45kg.

Walaupun skrg dh masuk third trimester dan nehi mungkin hey hasrat nk jejak berat 45kg tu tercapai, tp saya still happy seeing the number increase mcm skrg ni.

Hb naik, alhamdulillah walaupun masih just at good-hb-range-border-line.

Kali ni saya dpt nurse yg dh agak berumur tp saaangatla teliti dlm membuat kerja2 nursingnya. Mmg super teliti hokeh. Rezeki betul saya dapat nurse ni kali ni sbb sekecil2 benda yg saya xtahu, saya blh tanya and minta nurse ni terangkan. As simple as apa mkna LK/LR kt dlm buku pink tu? Rupanya LK tu Lawatan Klinik dan LR tu Lawatan Rumah. Now you know!

Dulu saya igt nurse ni cengeh. Rupanya bila dh had her service, I know that I have to pinch myself sbb cepat nau judge people's character.

Disebabkan ketelitian nurse tu lah baru la saya tahu yg saya kna buat blood test utk TFT atas permintaan doktor yg mula2 check saya masa buka buku pink dulu. (Saya ada tiroid sikit masa doktor check sblm ni). If not, forever saya xtahu dan saya berani jamin nurse lain pun unaware ttg TFT test saya tu.

*****

Ok enough on AnC result.
Ni saya nk share kot2 ada yg blur2 mcm saya tentang - kalau kita gi KKIA utk check up, kita nk bg apa dekat HR office kita? MC?

To be honest, all this while bila saya ada check up, saya akan tunjuk buku pink kt manager saya (yg alhamdulillah sgt baik hati) as a proof yg mmg saya ada appointment pd tarikh sekian2. Hbs check up biasanya saya lalalala gi lunch dgn en.Ubi ke, gi window shopping dgn en.Ubi ke, bantai tidur petang dgn en.Ubi ke, pendek kata bila saya ada check up, mmg saya cutikan diri 1 hari tu terus. The next day after appointment date, saya dtg koje mcm biasa dan manager pun idok ler minta apa2 dokumen utk di submit ke HR. Mmg bahagia hidup smpi la HR implement sistem baru. So my manager dpt la notification reminder utk approve kn non-attendance saya yg sblm2 ni.

Ah sudahhhh.. Menggelabah la saya call KKIA tanya acaner nk dibuek ni. Rupanya bila kita g check up, KKIA akan bg time slip (biasanya halfday mcm 8am - 12pm / 2pm - 5pm). Nurse kt KKIA saya kn baik2 hati semuanya. So utk back dated check up pun dorg sudi tlg keluarkan time slip tarikh lepas2. Yg penting, bawa buku pink so dorg blh keluarkan time slip ikut date check up kita.

Part saya bantai pi cuti 1hari terus tu, ha yg tu kena pndai2 kawtim ngan manager. Iskkk~


Friday, April 15, 2016

Jualan Amal Bak Tailor

Tiba2 ternampak Bak Tailor update status kt FB dorg yg dorg ada buat jualan amal dekat tak dekat dgn area rumah kami. Apa lg, serbuuuuu!! Mmg spontan je heret ajak en.Ubi pergi tgk jualan amal ni. Mujur beliau nak layankan, kalau idok, kempunan la titew (segala-mala yg den teringin dlm masa 9bulan ni den kira tapau masuk kategori ngidam. Teringin cuci mato, teringin gi sano gi sini, hah tu bg den ngidam la tu. Kuasa ibu mengandung!)

Kt FB Bak Tailor tu ckp, baju melayu lelaki RM40-RM60 je! Mau tak berdebar kencang jantung Cik Gayah menengoknya?? Biarlah over pun. Dulu masa nk menikah teringin nau nk tempah baju nikah en.Ubi kt Bak. Tp belum rezeki masa tu. Keluar masuk 2-3 cawangan Bak pun tak dpt tunaikan impian tu. Sbb preparation nikah dibuat seminggu je so mmg tak sempatla baju nk siap tempah. Huhu. Then masa our very first raya sbg suami isteri. Menggunung pulak harapan nk grab promo baju melayu Bak RM99/set. But again, belum rezeki masa tu. Bila walk in outlet Bak, baru tahu yg that promo available utk online purchase je. Minggu depannya dh nak raya. Mmg kirim salam la abe posmeng nok tolong hanto baju ke rumoh boh.

Tp sabar itu indah. Eceh. Eh but true wor. Kalau kita sabar, inshaaAllah kita dpt jg akhirnya. But more to that, I would assume this is rezeki yg our baby hadiahkan for his/her babah :)

Dh setahun lebih teringin, baru tiba izin dari Allah utk merasa juga beli baju melayu Bak. Beli time harga kaw kaw murah pulak tu. Rezeki, rezeki..

Dorg buat jualan amal ni kt dewan org ramai. Tak besar mana pun dewan tu. Mungkin sebesar bilik darjah sekolah rendah. Stok baju mmg dorg longgok2 jelah. Ada yg atas rak, ada yg kt lantai, ada yg tergantung kt display rack, ada yg masih elok berlipat dlm plastik, ada yg org dh keluarkan dr plastik pastu x masukkan balik. Ha pandai2 customer la nk belek satu per satu cari saiz ke cari color ke cari mana bajunya mana seluarnya. Kt situ ada assistant 2-3org tp bkn local people. Biasa kalau kt jusco ke kt mana2 shopping mall, assistant tu akan lipat2 susun2 balik baju yg customer punggah, kan? Ha yg ni, assistant tu yg sound customer, "Kalau dh buka, lipat balik. Jgn tinggalkan je ye!" Haha setepek customer kena sound. Saya ngan en.Ubi ok je sbb ktorg ni dlm kategori customer yg makan saman. Takde pun rasa assistant tu kerek ke apa. What to expect, kita kat jualan amal longgok2 kot ;)

Mula2 en.Ubi berkenan this baju melayu yg ada pattern2 kt kainnya. Cantik mmg cantik. Sekali gi fitting kuuuu semangat kenapa udah rupa Hulk nk gi beraya yang oii?? Tersembul2 lemak creamy en.Ubi. Dia tersembul tang perut, tang lengan, tang sana, tang sini. Berubah airmuka en.Ubi. Hahahahhahhah. Sbb beliau budget badan beliau tough tp rupanya it's too tough to explain. Kekekekekek. Check punya check, baju tu jenis yg fit. Ala2 baju melayu zizan kt jakel tu. Jenis yg pesak bercantum ke caner gaya ntah. Big NO la this type of fashion for en.Ubi. Pilih yg lain pulak. Yg bercorak jg. Pun, udah rupa Hulk nak minta duit raya. Conclusion yg kami dpt, mana2 jenis kain bercorak, mmg fashion nya jenis yg fit.

Maka moh la kita beralih cari yg kain plain je. Yg berpesak biasa. Ada yg berkenan :) Dah try fitting dan mmg terletak elok dgn en.Ubi. Excited! Excited! Tp sblm bayar, sempat la saya bersila kt lantai belek2 warna yg lain pulak. Mana la tahu... kan.. ada yg lain pulak yg ter-ber-kenan. En.Ubi dh gelisah nk bayar je. He is so that type bila gi shopping. Asal dah jumpa yg ok je terus nk bayar bungkus balik. Yg kita ni nak la scan hat lain sekali dua tiga empat sepuluh imbas kot kot ada yg lbh worthy ke kennn :P

Saya lega sgt dah dapat baju raya utk en.Ubi. Lega sbb blind date saya dgn anak is somewhere dalam bulan raya. Saya confirm bulan puasa tu saya dah tak gigih nak menawaf mana-mana mall nak mencari baju raya en.Ubi. Mmg la beliau boleh je gi beli sendiri sbb beliau asal-ada je konsepnya. Jgn nanti disebabkan konsep asal-ada tu je, kang pagi2 raya org lain salam raya ngan suami nangis2 minta ampun. Yg Cik Gayah ni nangis2 salam raya dgn suami sbb tak puas hati nengok baju raya beliau.

p/s : Baju raya tahun ni kena special sbb baju tu akan jadi baju first yg our baby tengok babahnya pakai nanti. Like baby will shout, Hensemnya babah! :) :) :)




So. Inilah the baju peeps!

Harga jualan amal jadi RM40 sahaja. Rejeki.


En.Ubi dgn his baju raya aka baju sambut anak. Hehe


Persoalannya sekarang.... baju raya Cik Gayah nya mana???

Friday, April 8, 2016

Beli apa dekat TCE Baby Expo 2016 MidValley

Dalam banyak2 kejadian blh pulak terlupa nak share cerita pi TCE Baby Expo hat kat MidValley nun. Plan nk ke expo ni kejap on kejap off. Saya yg awal2 dulu bgtahu kt en.Ubi tentang expo ni. En.Ubi on je nak pergi. Dah dkt2 tarikh nya, saya pulak yg rasa mcm hmm, perlu ke nak pergi? Sbb duk fikir, kalau nk beli pun, apa je yg nk dibeli awal sgt? Pampers? Wet tissue? Baju? Baby's bath set? Tak mcm awal nau ke nk beli? Saya baru masuk 24weeks rasanya masa tu. Ada 3-4bulan lg nk tunggu anak lahir. Nanti silap2 baju2 anak jd yellowish sbb lama tersimpan tak dipakai. Pampers, wet tissue kang expired pulak. Barang expo ni bkn blh caya sgt.

*First time mom syndrome*

Stroller, baby cot, semua yg besar2 tu lg la bg pndpt saya blm sampai masanya utk beli.

Tapi in the end kami gi jg TCE Baby Expo ni. Best? Satu je yg best. Saya dpt tgk depan mata dan pegang breastpump idaman saya! Hahah.
Spectra S1 idaman den!! Omey angat kan! Hewhew :)

Spectra S1 saya tu x byk seller kt Malaysia. Tu yg excited nau nau bila jumpa that breastpump face to face kt expo. Sonok tgk adik sales assistant tu tunjuk demo caner nk guna the breastpump. Siap ada breast mainan seketul. Nyottnyottnyottt nmpk meyakinkan betul breastpump tu berfungsi. Kekekkeke. En.Ubi kaku terus. Mungkin tak percaya yg beliau harus tebalkan muka mengadap demo sedemikian :P

Walaupun yg diidam-idamkan dah depan mata, tp saya tak terus beli sbb saya survey2 sblm dtg expo, blh dpt lg murah dari IG seller.

Ok now meh saya cerita apa yg saya observed masa hari akhir expo. It was sunday. Expo starts at 10am tp kami smpai around 9.15am dan mmg dh almost 30-40 parents melahu tunggu roller shutter dibuka. Ada yg bawa anak dlm perut, ada yg bawa anak dlm stroller, ada yg mcm dtg berlenggang sbb anaknya maid yg kendong. Walaupun agak dh ramai, we were cool sbb keadaan masih nmpk terkawal. Kami masuk queue properly. Tp bila lg 20minit nk pukul 10am, tetiba org mcm menggila serbu ke depan. Kalau td kitorg beratur kata lah nombor 12, ni tetiba dh jd no 38. Yg potong queue tu satu hal. Yg selamba badak buka palang getah pun ada hokeh. Apokono la buek perangai camtu. Masing2 dah nak pangkat mak bapak weh. Hormat la sikit petugas2 expo tu yg dtg awal pagi pasang dan susun palang tu semua. Bila petugas halau dari laluan yg memang tak dibenarkan masuk td, baru masing2 mencecet2 menyelit ke queue kami.

Bengkak je hati den ni ha. Tak pasal2 line queue yg gigih den pelihara td dh takde rupa line!

Saya fokus borak2 dgn en.Ubi sbb takmo terikut2 kebengangan mental dgn perangai manusia2 kt depan tu ha. By time roller shutter dibuka, hah mmg depa yg di depan tu tak cukup tanah masuk. Rupanya majority yg berperangai camtu are those yg dh dtg smlm ke kelmarin ke. Harini depa dtg just utk borong. Like they already know nak tuju ke booth mana, ambil barang, bayar, balik.

Berbeza dgn kami (dan mereka yg santun dlm queue td), majority harini la is our first day. So we queue to the registration counter. Tinggalkan email address, contact number, & dapat goodie bag. Then proceed ke hall 1. The flow isnt one way. So mmg kelam kabut dan berasak dlm tu. Aksi2 tersondol stroller dr depan tu mmg kena hadap jelah. Tu blm kira stuck kat tgh2 laluan sbb stroller bertembung tak muat nak lalu -_-"

Saya prefer expo dkt pwtc sbb depa arrange semua one way. Tak kisahlah expo apapun kt pwtc tu, setakat yg saya pernah pergi, mesti one way. Lg kelebihan one way system ni, kita takkan terlepas booth. Cuma yg letihnya kita kena memusing jauh. No short cut short cut.

Back to expo stuff. En.Ubi singgah kat booth prudential. Nawaitu beliau bagus nk dgr explanation ttg insuran utk our baby. Tp sbb lama nor org insuran tu gebang, my blood go upstairs la bhai. Ini mulut sudah ada itu yitik punya muncung. Saya rela tak duduk tepi en.Ubi mendengar sekali sbb saya mmg nk hint kt en.Ubi sila angkat montot tu cepat yang oiiii. Pusing-pusing, en.Ubi singgah kt booth free health screening pulak. Masa ni takde muncung itik sbb saya dpt duduk selesa dgn kipas ngadap straight ke muka saya. Haha.

Pusing-pusing lg, jumpa booth yg jual pregnancy-sleeping-pillow. Yg C-shape tu. RM170 hrga expo. Kalau beli kt IG dia or kt kedai dia di luar, hrga RM189 xsilap. Kekabu. Hampir sgt2 nk beli dah. En.Ubi la beria nak belikan. Katanya kesian tgk saya dah tak boleh baring terlentang. Baring kena menyendeng 30°-45°. Sikit lg nak sampai cashier, saya nekad ckp dgn en.Ubi, we dont need that special pillow. Like really. I can still bear tidur serong sendal belakang badan dgn bantal2 yg ada kt rumah tu. Mujur en.Ubi beralah. Kalau tak, ada dah seketul bantal C besar gajah kt rmh ni. Mmg bersyukur Allah berikan suami yg ambil berat dan prihatin, tp saya jg bersyukur sbb tak usaha mengadakan/mendapatkan sesuatu yg bukan keperluan-kemestian-kewajipan pun. Tengok kucing mengandung anak kembar 4-5 pun rilek je baring atas simen. Hahah. No la, I mean, seriously. There are thousand of ibu mengandung kt luar sana yg tidur berbantalkan lengan je. I dont need to pamper myself too much. Ada tilam ada bantal biasa kt rumah tu pun dah besar rahmat dah bg saya. Tak dilupakan ketiak en.Ubi :P

Next.
Lalu kt booth bio-oil. Teringat mama pesan suh start sapu anti-stretch mark oil kt perut. Saya x pernah survey this type of oil. Bila nmpk bio-oil, baca2 sikit function nya pastu tak fikir panjang terus beli botol paling kecik. RM27.xx botol hat 60ml. Kt luar bdk booth tu kata RM32.xx taksilap. Dlm setahun, kalau beli minimum 3botol, blh redeem 1 botol bio-oil free. Best jg rupanya bio-oil ni.

Tak menyesal beli. Nanti bila teringat, saya buat short review k*



Lagi beli apa ek. O ha.. saya beli maternity pad. Kononnya brand ni brand baru dr singapore. Pad ni pun saya main beli je. Bkn sbb the brand, bkn sbb dia dr singapore. Tp sbb saya tak pernah survey dan tak terfikir pun pasal maternity pad! Pendek kata takdak ilmu pasal ni. Plus, rasa mcm murah dah ni kot. Heeee. RM5/pack. Expiry 2017 nnt. Sempatlah saya bersalin dulu kan.. :P Dah balik rumah baru perasan ada dpt free pad dari that brand juga. Ok la tu. Kalau syok dan selesa makai nya, mujur benar la tu utk buat tambah2 stok :)

saya beli yg 240mm 1pek, 360mm 1pek



Kitorang ada juga tengok2 baju, stroller, cot, pampers, botol susu. Tp lalu gitu2 jelah. Sbb mmg takdak intention nk beli skrg. Baju, for me still pricey dan agak kurang pilihan utk newborn size.

Masa belek2 botol comotomo, perasaannya sama teruja mcm tgk breastpump idaman td. Kalau ada rezeki dan ada keperluan, nk juga beli comotomo tu kendian2 nnt. So yeah now comotomo dh masuk dlm list idaman. Heeee.


body botol ni mmg blh dipenyek2 kan rupanya. kagum kejap


2 jam lebih memusing dari hall 1 sampai hall 3, itu jelah yg saya bawa balik. Goodie bag, maternity pad, dgn bio-oil. Heeee. Cukup lah tu buat masa ni. For parents yg mmg dah tahu nak beli apa kt this kind of expo, good that they come. Mcm pampers ke susu ke, mungkin memang boleh dapat good offer kat sini. Saya tak ushar betul2 that section. Tp kalau barangan lain, saya rasa kat IG / kt vendor boutique luar ada je yg lebih murah harganya. Terpulang pd kehendak dan keperluan masing2.

Next TCE Baby Expo kat SACC Shah Alam. Pergi? Wallahu'alam :)



Ibu bukan tak excited nak menyambut anak ibu.. 
Ibu malah berdebar-debar. 
Babah apetah lg. 
InshaaAllah nnt tiba masanya babah & ibu sediakan yg terbaik utk anak syurga babah ibu ni,
ye sayangibu :)









*gambar semua ehsan google*

Tuesday, April 5, 2016

Pengalaman Mengandung : 25minggu, Injection ATT kali kedua

Result check up AnC (antenatal care) kt KK masa honeybun 25weeks byk yg buat saya feeling down. Berat saya cuma naik 0.5kg. Walaupun nurse ckp itu yg se-idealnya utk ibu mengandung (+0.5kg/sebulan), tp saya tetap sedih. Sbb saya aim nk dptkn berat 45kg masa dah 9bulan mengandungkan honeybun.

Korang mesti wonder berapa berat saya skrg kan? Jgn terkejut tau kalau baca ni. Berat saya skrg 33kg. Ye, itu berat saya plus berat honeybun at 25weeks. Nanti bila2 tergerak hati, saya tepek gmbr pregnant saya kt sini k.

Tu hal berat. Hal hemoglobin count lain pulak. Awal2 buka buku pink, hb saya 11.4. Just nice termasuk dlm kategori average (average hb 11.0-13.0). Second AnC hb count drop to 11.1. Tp still within average scale. Ni third check up drop pulak sampai 10.0. Adoilaaa.. Saya dh pndai sikit baca result lab test so sblm pass result ke nurse, saya dh feeling down. Bila dgr nurse tegur ttg hb count lagi la down. Bila dgr kna dtg KK 2 kali sebulan utk monitor hb laaaaaagi la down! :(

Blood pressure saya jgn tnya la. Mmg forever low je bp saya ni.

Result MGTT ok alhamdulillah.
Tinggi janin ok alhamdulillah.
Heartbeat anak ok alhamdulillah.

Ingatkan dh settle. Rupanya kena henjett ATT kali kedua! Baru saya tahu yg ibu mengandung anak pertama kena 2kali inject ATT ni. Mengandung anak kedua ketiga dan seterusnya nnt baru lah sekali inject je. Mcm kes saya, consider this as my second pregnancy tp first child. Inject ATT ni yg lemaunya sbb kesan dia buat lengan kita kebas lenguh pendek kata tak syiok la. Hehe.

Nk ditambahkan cerita, a night before, en.Ubi & I gi la mkn kt satu kedai tepi jln ni. We call it kedai makcik botox sbb makcik tu mmg obviously buat muka buat pipi hidung bibir segala. Kitorg sblm ni selalu je juga mkn kt kedai ni sbb sup tulang dia sedap. Tp that night we ordered satay dgn laicikang. Satay dlm 5cucuk camtu. The taste dari satay ke kuah kacang ke laicikang mmg out I must say. Tp hbs kn juga. Balik tu, saya vomit keluar habis satay dgn laicikang tu. Then saya start pening2. Mkn panadol, ok kejap. Dpt la tidur nyenyak.

The next day lps check up kt KK saya vomit lagi. Uncontrolled. Mmg mcm ada flush button kt bahu ni. Tekan je flush button, splassshhhhh saya vomit setengah gayung. 3-4kali splashh lps tu saya rasa lega dpt keluarkn semua tu. But then badan mmg terkulai la. Smpai ke mlm terbaring. Bdn mcm bisa2 sendi. Mujur perut x memulas. Kalau memulas, confirm food poisoning. Yg kes saya ni mungkin kedai mkcik botox tu guna air tak cukup masak or tak bersih :(

Hari seterusnya masih kelemauan tp dah xde vomit2.

Kadang2 bila duk review pengalaman sendiri time mengandung, rasa mcm comel jek Cik Gayah ni. Asal kandungan nk beralih minggu je, Cik Gayah mesti meragam. Udah ghope baby nk beralih bulan pulok ye :P