Showing posts with label Budget. Show all posts
Showing posts with label Budget. Show all posts

Wednesday, October 3, 2018

Kos Beli dan Pasang Aircond

Aircond dah siap pasang kt bilik tidur. Alhamdulillah merasa gak dlm bilik tidur sendiri ada aircond. Tu la korang kalau rasa susah, igt, org lain ada yg lg susah. Cik Gayah kekecik dulu family org susah. Derjah 6 Cik Gayah dah keje kantin time rehat. Bkn sbb nk duit tp sbb nnt makcik kantin bg lebihan lauk utk bawa balik. Kalau ada lauk ayam ha seronok sgt. Dari kecik mmg x merasa bilik ada aircond. Bila gi rmh sedara yg ada aircond rasa mcm wahhhh bapak kaya org tu. Dah umur 32tahun ni baru ada aircond dlm bilik sendiri. Cuba korg bayangkan tahap ke-terharu-an Cik Gayah..

Aircond bkn keperluan, tapi kehendak. Saya hendak mempunyai sebuah aircond sbb saya dh stress dgn keadaan hall rmh yg x pernah nk betul3 kemas. Puncanya sbb kami tidur berbentang tilam kt hall rmh. Igt x Malaysia sejak 2 thn lps ada bulan2 yg bahang sgt3? Rmh sewa kitorg ni 2 tingkat. Kat hall pun bahang, apetah lg bilik tidur kt atas. Udara panas kan ringan, so dia byk berada di kwsn yg lebih tggi. That explains knp bahagian atas rmh kitorg bahang dia mcm sauna. Pakai kipas pun sama je bahangnya. A yg sejenis xde hal tidur dlm keadaan berpeluh pun tak sanggup nk tidur atas. Apetah lg saya yg pernah ada sejarah sakit kt bahagian otak. Lg la x blh panas2 ni. Kang jd sakit kepala lain mcm.

Lama dh plan nk beli aircond tp sblm ni belum mampu nk beli. Range harga aircond 1HP (horse power)+ inverter biasanya RM1200 ke atas. Mampu survey jela. Tu pun A sesegan nak tanya byk2 kt sales person pasal aircond sbb dia tahu end up dia takkan beli masa tu jugak lulz. Sampailah baru2 ni, Allah kabulkan keinginan nk memiliki sebuah aircond. Dulu pernah survey kt Sen Heng and mmg jodoh beli kt Sen Heng jg akhirnya. Kau tgk ayat Cik Gayah syahdu tak syahdu cerita pasal beli aircond. Kau jgn memain Halimah.. Cik Gayah sensitip cerita pasal aircond ni tau..

Ngam2 je parking depan Sen Heng, Affan nk menyusu pulak so saya suruh A masuk dulu usha2 supaya nnt xde lama nau kt dlm tu nk buat pilihan. By time saya masuk kedai, A dh shortlisted 2 brand : Panasonic dan Sharp (sbb 2 brand & model ni jek yg ada feature air purifier kt Sen Heng tu. Hok lain takdok). Good job A, senang keje Cik Gayah tayah juling2 mata nk buat pilihan.
Brand SHARP

SHARP : installation fee RM84



Brand PANASONIC

PANASONIC : installation RM164



We end up bought Sharp sbb 1) design dia curvy sikit. Yg Panasonic tu bg saya too rigid. 2) With member price, total harga Sharp lg rendah (walaupun dah add up delivery + installation fee + extra warranty). Saya add RM152 utk warranty berapa tahun ntah x igt pulak tp yg pastinya mmg lama la hahhaha.

Kalau beli online tak jumpa pulak option utk extend warranty period.  

Just in case ada yg perlukan panduan sblm membeli aircond, maybe boleh baca info ni. Saya pun langsung tak expert ye tuan puan, sekadar berkongsi apa yg saya faham je hihi.

HORSE POWER
Nak pilik berapa horse power? 1HP ke, 1.5 HP ke, 2HP ke..
Rule of thumb dia, lg besar ruang, lg byk bilangan HP kena ada utk memastikan ruang tu dapat udara sejuk yg ideal.

INVERTER
Nak beli yg ada inverter ke non-inverter?.
First, kena faham/tahu apa fungsi inverter.

Inverter ni function dia utk jimatkan penggunaan electrik.
Yeee ke?
Iye.

Macam mana inverter boleh jimatkan penggunaan elektrik?
Macam ni..
Inverter boleh mengawal kelajuan kompresor aircond. Kebiasaannya, masa kita baru switch on aircond, kelajuan kompresor adalah laju (utk keluarkan suhu sejuk secara cepat). So masa ni, penggunaan elektrik tinggi. Tapi lepas lebih kurang 5 minit, suhu dlm ruang bilik dah mencapai tahap yg ideal, so masa ni kelajuan motor kompressor dah boleh dikurangkan (penggunaan elektrik berkurang).

So?
So.. kalau aircond takde inverter technology tu, kelajuan kompresor akan di tahap laju setiap masa sampaila kita switch off. Bila laju sokmo, penggunaan elektrik pun banyak sokmo sampaila kita tutup aircond. Pendek kata, tanpa inverter, bila dah tutup aircond baru xde penggunaan elektrik. Selagi aircond digunakan, selagi tu penggunaan elektrik sentiasa banyak/tinggi.

AIR PURIFIER
Perlu atau tak?
Ni feature tambahan. Kalau kt rumah korg dah memang ada air purifier atau diffuser, tayah amik aircond yg ada feature ni pun takpe. Fungsi air purifier basicnya utk membersihkan udara (dari bakteria) dan menghilangkan bau-bau yg tak enak.


Beli hari Sabtu, minta hantar hari Khamis. All were good Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.



Uncle yg pasangkn aircond tu baik. Ni no dia kalau korg nk guna service dia. 
UNCLE VINCENT +60 19-331 1867

So now dah ada aircond, xde alasan dah xnk tidur kt bilik atas. Hall pun dah boleh kemas sekemas-kemasnya. InnnnnshaaAllah. 😊😊😊


Monday, November 13, 2017

Playtime - Kidzoona

En.Ubi and I have an aim to let Affan to enjoy playground (be it indoor and outdoor) EVERY WEEKEND. Weekend is very crucial for me sebab that is the only days yg saya rasa saya betul2 together dapat main-main, exercise, gelak-gelak, relax-relax dgn Affan, dan dalam masa yg sama ajar Affan on sooooo many things! Colors, shapes, interaction, depth, macam-macam lagilah!

Just recently cuaca mcm tak berapa sesuai utk outdoor activity so kita keluarlah duit sikit belanja anak masuk Kidzoona. Kidzoona ni ada kat semua Aeon Jusco rasanya. Fee masuk pun taklah semahal Kidzania atau playarea shopping complex lain. Fee utk weekdays ialah RM10 all day long. Stokin budak rm3, stokin ongtua rm4. So kalau nak jimat, bawa stokin siap2.

Suppose activity mcm ni kami buat over the weekend. Tp disebabkan last week busy pindah, so babah belanja Affan on weekday lps pindah rumah tu. Best rupanya pergi on weekdays sebab takramai org hahahah. Takdela risau sgt ada budak-budak yg tgh galak berlari berkejaran terlanggar Affan ke apa.





I was so happy to see Affan dah berani meredah lautan bola-bola ni. Sebelum2 ni, Affan memang takut nak cecah kaki kat these balls. Tak tahulah kenapa tapi maybe dia rasa tak selamat.. maybe dia rasa dia akan tenggelam dalam balls tu kot 😕

I read somewhere, bila anak-anak is afraid on something that he/she suppose not to be afraid of, JANGAN PAKSA or lepaskan dorg konon mcm nk ajar dorg utk overcome perasaan takut tu. Perasan tak, bila dorg takut, dorg akan berpaut or lari and peluk or menyorok belakang kita his/her parent? Its a good sign that anak kita rasa lebih selamat dan lebih yakin dengan kita. Having that in mind, kita kena bagi masa pd anak kita utk overcome their feelings. Bukannya paksa anak-anak utk tak takut which in result, anak-anak boleh jd kurang kepercayaan kpd kita their parents (kita bukan lg penyelamat/pelindung dorg).

Contohnya sebelum ni Affan takut bola-bola ni, at first attempt, second attempts, third attempts, fourth attempts dia taknak, saya ikutkan aje. Saya dukung peluk dia but at the same time tunjuk kat dia yg the balls are not giving any harm, the balls are fun instead! Tp dia still takut, so it's okay. Next trip (percubaan kali kelima) saya cuba lagi and this time around saya yg masuk dulu dalam the balls island and slowly ajak Affan join in. Alhamdulillah dia start to berani.

Sama kes kalau anak taknak dengan orang. Kita as a parent pleaselah JANGAN terus lepas tinggalkan anak tu kat org lain. Be it atoknye ke, pak menakannye ke, best friend korang ke, big please, just don't. Jangan kerana anak tu kecik lagi takpandai tak kuat kudrat utk me-reject, maka kita memaksa anak silently. Kejam namanya tu. Berbijaklah utk interact dgn psychology anak slowly. Tanamkan dalam diri dorg it is ok and safe to be with that new person, while you (ibu/mama/mak/mommy/ummi) akan still ada kat sini. Memang akan ambil masa but slowly, anak akan built that kepercayaan yg kita tanamkan tu. Plus point, anak akan rasa "eh betul lah ibu kata.. tak bahaya pun benda ni.. tak scary pun org ni.."

Oh panjang pulak mengomel. Sambung tengok gambar Affan having fun kat Kidzoona jom.








Kebetulan teringat my friend yg supervised Kidzoona ni (different outlet) pernah tunjuk staff2 dia duk mengelap SETIAP biji bola ni as a standard procedure to keep mainan ni semua hygienic. So apa kata kita tanya dia sekali lagi utk kepastian.




Gotten the answer, so lepas ni bolehlah plan bawa anak on Monday itself sebab haritu mainan masih lagi super bersih. Heheheh.






Friday, June 17, 2016

Persediaan Bersalin : Di minggu ke 35

Anak babah ibu.. Ibu dah start naik shaikh excited nau nau shopping barang anak ibu ni tau! :) Walaupun ibu tak reti sgt sebenarnya nak kena beli apa (balik-balik rambang mata nak beli baju dgn swaddle. Pusing2 tu je. Ibu iz lulzz), ibu redah je juga buka blog sana sini, ig situ sinun. Obviously, ibu la yg lebih menunjukkan kredibiliti dan ke-bertanggungjawab-an dalam urusan membeli-belah ni nak oii. Babah duk dendiam sana please. Babah just pass kat ibu TAC number bila ibu need it okeh? Takpe, ibu suka redho dgn tanggungjawab yg ibu galas ni. Kekekkek.


*****

Berejam hokeh nak menyiapkan entry ni. In fact, it's actually taking me days! Sebabnya.. saya mmg still buntu apa yg betul-betul penting nak disediakan. Ada je juga saya refer check list org lain, tp tak tahu kenapa, saya still juga blur :/ Ni FTM syndrome ke? Gedik haihh mung ni Cik Gayah~

*FTM : first time mom

List bawah ni, utk FTM lain usoh le dijadikan panduan. Kang kome sesat barat pulak kang. Naya ke baby kome je. Ni saya saja tepek utk reference saya sendiri. Biar jelas di mata ku ini apa yg dah ada, apa yg belum ada.

Saya bahagi-bahagi ikut imaginasi sendiri (lulzz).

ANAK / IBU
1 - Keperluan di hospital
2 - Keperluan di rumah


*****

Ada apa dalam beg hospital anak?

The beg
Kakak en.Ubi ada bagi. Tp gatai nak beli ikut citarasa sendiri. Haritu singgah Mitsui Outlet yg menghala ke KLIA tu pastu masuk kedai BVO - beli beg anak yg Simple Dimple. Rm69.90. Size biasa. 

(Imaginasi)
Mula-mula lepas je anak ibu keluar dari perut ibu, mestilah nurse bersih-bersihkan, mandikan, kan?


Grooming
1. Towel
Yilek. Belum beli.

2. Toiletries
Berkenan tgk packaging JoielleBaby sbb packaging dia comel. Haha. Tp baca-baca, product ni ada paraben. Tp seller ada explain yg paraben dlm product JoielleBaby tu adalah paraben yg dibenarkan or something like that. 
Sebagai precaution, kita cari la product lain yg 100% organic sbb babah nya honeybun mmg ada eczema. (Ibu doa anak ibu tak inherits eczema babah ye manja ibu).

Now mcm berkenan dgn MiniMe product. Nak try beli travel set je dulu.
Tp kesimpulannya, belum ada, belum beli.


(Imaginasi)
Lepas anak ibu dah mandi, mesti nurse nk pakaikan baju, kan?



Pakaian
1. Romper - short sleeve (2 pasang)
Dah beli 5 pasang. 3 pasang premie size (53cm), 2 pasang newborn size.

Knp beli yg premie size? Standby. Just in case.

2. Baju lubang2 & baju butang depan - short sleeve
Beli baju lubang2 siap 1set dgn seluar, baju butang depan pun siap 1set. Cuma seluar masing2 seluar pendek. So nk kena cari seluar panjang.

Beli brand Fiffy. Material kain dia mcm lbh best dr brand lain, tu yg berkenan tu.

3. Legging with socks (2 pasang)
Utk pakai dgn romper kot-kot anak sejuk. 
Baru sat browse kat ig tp that ig seller belum reply pulak.

4. Swaddle/bedung (2 helai)
Dah!

5. Mitten, booties, hat (2 set serba berdiri. Muahhahhah. Ok, tak lawak)
Dah Baru beli sepasang.

6. Diaper/lampin - pakai buang (1pek)
Request sample from Drypers, Huggies, Mamy Poko through online. Katanya dlm 2-6minggu sample2 tu akan sampai.
Utk taknak nampak kedekut sgt standby, this weekend akan turun padang ke Giant, Aeon Big, Jusco & Parkson dan survey nak beli yg mana - at least 1 pek newborn size.



Ada apa dalam beg hospital ibu?

The beg 
Dah beli tp belum ambil kat receptionist office. Heee~


(Imaginasi)
Sebelum ibu ajaajafighting!, ibu kena minum makan minum yg memberi tenaga.

Energy supply 
- Kurma
- Milo?
- Biskut tiger


(Imaginasi)
Lepas anak ibu dah siap pakai baju, nurse pass kat ibu utk susu kan, kan?

Breastfeeding items
1. Nursing pillow
Yilek. Belum beli.  


(Imaginasi)
Kalau anak ibu dah poopoo and shishi, kita boleh balik dah, kan?
 
Grooming
1. Toiletteries
2. Towel

Pakaian
1. Maternity pad
Dah beli.

2. Nursing bra
Yilek. Belum beli.

3. Breastmilk shield
Yilek. Belum beli.

4. Kain batik

5. Stokin

6. Tudung sarung

7. Long sleeve

8. Sweater



*****

Beg hospital ni je pun dah banyak yg merah. Apetah lagi barang-barang bila dah keluar hospital.. Gegegegge. I iz panic....! Tak sanggup nak list down barang rumah lps bersalin. Esok-esok lah Cik Gayah update ye? Izinkan Cik Gayah meluruskan pinggang dahulu. Kaki kiri dah tembun (bengkak) T_T

Tata.




Friday, April 15, 2016

Jualan Amal Bak Tailor

Tiba2 ternampak Bak Tailor update status kt FB dorg yg dorg ada buat jualan amal dekat tak dekat dgn area rumah kami. Apa lg, serbuuuuu!! Mmg spontan je heret ajak en.Ubi pergi tgk jualan amal ni. Mujur beliau nak layankan, kalau idok, kempunan la titew (segala-mala yg den teringin dlm masa 9bulan ni den kira tapau masuk kategori ngidam. Teringin cuci mato, teringin gi sano gi sini, hah tu bg den ngidam la tu. Kuasa ibu mengandung!)

Kt FB Bak Tailor tu ckp, baju melayu lelaki RM40-RM60 je! Mau tak berdebar kencang jantung Cik Gayah menengoknya?? Biarlah over pun. Dulu masa nk menikah teringin nau nk tempah baju nikah en.Ubi kt Bak. Tp belum rezeki masa tu. Keluar masuk 2-3 cawangan Bak pun tak dpt tunaikan impian tu. Sbb preparation nikah dibuat seminggu je so mmg tak sempatla baju nk siap tempah. Huhu. Then masa our very first raya sbg suami isteri. Menggunung pulak harapan nk grab promo baju melayu Bak RM99/set. But again, belum rezeki masa tu. Bila walk in outlet Bak, baru tahu yg that promo available utk online purchase je. Minggu depannya dh nak raya. Mmg kirim salam la abe posmeng nok tolong hanto baju ke rumoh boh.

Tp sabar itu indah. Eceh. Eh but true wor. Kalau kita sabar, inshaaAllah kita dpt jg akhirnya. But more to that, I would assume this is rezeki yg our baby hadiahkan for his/her babah :)

Dh setahun lebih teringin, baru tiba izin dari Allah utk merasa juga beli baju melayu Bak. Beli time harga kaw kaw murah pulak tu. Rezeki, rezeki..

Dorg buat jualan amal ni kt dewan org ramai. Tak besar mana pun dewan tu. Mungkin sebesar bilik darjah sekolah rendah. Stok baju mmg dorg longgok2 jelah. Ada yg atas rak, ada yg kt lantai, ada yg tergantung kt display rack, ada yg masih elok berlipat dlm plastik, ada yg org dh keluarkan dr plastik pastu x masukkan balik. Ha pandai2 customer la nk belek satu per satu cari saiz ke cari color ke cari mana bajunya mana seluarnya. Kt situ ada assistant 2-3org tp bkn local people. Biasa kalau kt jusco ke kt mana2 shopping mall, assistant tu akan lipat2 susun2 balik baju yg customer punggah, kan? Ha yg ni, assistant tu yg sound customer, "Kalau dh buka, lipat balik. Jgn tinggalkan je ye!" Haha setepek customer kena sound. Saya ngan en.Ubi ok je sbb ktorg ni dlm kategori customer yg makan saman. Takde pun rasa assistant tu kerek ke apa. What to expect, kita kat jualan amal longgok2 kot ;)

Mula2 en.Ubi berkenan this baju melayu yg ada pattern2 kt kainnya. Cantik mmg cantik. Sekali gi fitting kuuuu semangat kenapa udah rupa Hulk nk gi beraya yang oii?? Tersembul2 lemak creamy en.Ubi. Dia tersembul tang perut, tang lengan, tang sana, tang sini. Berubah airmuka en.Ubi. Hahahahhahhah. Sbb beliau budget badan beliau tough tp rupanya it's too tough to explain. Kekekekekek. Check punya check, baju tu jenis yg fit. Ala2 baju melayu zizan kt jakel tu. Jenis yg pesak bercantum ke caner gaya ntah. Big NO la this type of fashion for en.Ubi. Pilih yg lain pulak. Yg bercorak jg. Pun, udah rupa Hulk nak minta duit raya. Conclusion yg kami dpt, mana2 jenis kain bercorak, mmg fashion nya jenis yg fit.

Maka moh la kita beralih cari yg kain plain je. Yg berpesak biasa. Ada yg berkenan :) Dah try fitting dan mmg terletak elok dgn en.Ubi. Excited! Excited! Tp sblm bayar, sempat la saya bersila kt lantai belek2 warna yg lain pulak. Mana la tahu... kan.. ada yg lain pulak yg ter-ber-kenan. En.Ubi dh gelisah nk bayar je. He is so that type bila gi shopping. Asal dah jumpa yg ok je terus nk bayar bungkus balik. Yg kita ni nak la scan hat lain sekali dua tiga empat sepuluh imbas kot kot ada yg lbh worthy ke kennn :P

Saya lega sgt dah dapat baju raya utk en.Ubi. Lega sbb blind date saya dgn anak is somewhere dalam bulan raya. Saya confirm bulan puasa tu saya dah tak gigih nak menawaf mana-mana mall nak mencari baju raya en.Ubi. Mmg la beliau boleh je gi beli sendiri sbb beliau asal-ada je konsepnya. Jgn nanti disebabkan konsep asal-ada tu je, kang pagi2 raya org lain salam raya ngan suami nangis2 minta ampun. Yg Cik Gayah ni nangis2 salam raya dgn suami sbb tak puas hati nengok baju raya beliau.

p/s : Baju raya tahun ni kena special sbb baju tu akan jadi baju first yg our baby tengok babahnya pakai nanti. Like baby will shout, Hensemnya babah! :) :) :)




So. Inilah the baju peeps!

Harga jualan amal jadi RM40 sahaja. Rejeki.


En.Ubi dgn his baju raya aka baju sambut anak. Hehe


Persoalannya sekarang.... baju raya Cik Gayah nya mana???

Friday, April 8, 2016

Beli apa dekat TCE Baby Expo 2016 MidValley

Dalam banyak2 kejadian blh pulak terlupa nak share cerita pi TCE Baby Expo hat kat MidValley nun. Plan nk ke expo ni kejap on kejap off. Saya yg awal2 dulu bgtahu kt en.Ubi tentang expo ni. En.Ubi on je nak pergi. Dah dkt2 tarikh nya, saya pulak yg rasa mcm hmm, perlu ke nak pergi? Sbb duk fikir, kalau nk beli pun, apa je yg nk dibeli awal sgt? Pampers? Wet tissue? Baju? Baby's bath set? Tak mcm awal nau ke nk beli? Saya baru masuk 24weeks rasanya masa tu. Ada 3-4bulan lg nk tunggu anak lahir. Nanti silap2 baju2 anak jd yellowish sbb lama tersimpan tak dipakai. Pampers, wet tissue kang expired pulak. Barang expo ni bkn blh caya sgt.

*First time mom syndrome*

Stroller, baby cot, semua yg besar2 tu lg la bg pndpt saya blm sampai masanya utk beli.

Tapi in the end kami gi jg TCE Baby Expo ni. Best? Satu je yg best. Saya dpt tgk depan mata dan pegang breastpump idaman saya! Hahah.
Spectra S1 idaman den!! Omey angat kan! Hewhew :)

Spectra S1 saya tu x byk seller kt Malaysia. Tu yg excited nau nau bila jumpa that breastpump face to face kt expo. Sonok tgk adik sales assistant tu tunjuk demo caner nk guna the breastpump. Siap ada breast mainan seketul. Nyottnyottnyottt nmpk meyakinkan betul breastpump tu berfungsi. Kekekkeke. En.Ubi kaku terus. Mungkin tak percaya yg beliau harus tebalkan muka mengadap demo sedemikian :P

Walaupun yg diidam-idamkan dah depan mata, tp saya tak terus beli sbb saya survey2 sblm dtg expo, blh dpt lg murah dari IG seller.

Ok now meh saya cerita apa yg saya observed masa hari akhir expo. It was sunday. Expo starts at 10am tp kami smpai around 9.15am dan mmg dh almost 30-40 parents melahu tunggu roller shutter dibuka. Ada yg bawa anak dlm perut, ada yg bawa anak dlm stroller, ada yg mcm dtg berlenggang sbb anaknya maid yg kendong. Walaupun agak dh ramai, we were cool sbb keadaan masih nmpk terkawal. Kami masuk queue properly. Tp bila lg 20minit nk pukul 10am, tetiba org mcm menggila serbu ke depan. Kalau td kitorg beratur kata lah nombor 12, ni tetiba dh jd no 38. Yg potong queue tu satu hal. Yg selamba badak buka palang getah pun ada hokeh. Apokono la buek perangai camtu. Masing2 dah nak pangkat mak bapak weh. Hormat la sikit petugas2 expo tu yg dtg awal pagi pasang dan susun palang tu semua. Bila petugas halau dari laluan yg memang tak dibenarkan masuk td, baru masing2 mencecet2 menyelit ke queue kami.

Bengkak je hati den ni ha. Tak pasal2 line queue yg gigih den pelihara td dh takde rupa line!

Saya fokus borak2 dgn en.Ubi sbb takmo terikut2 kebengangan mental dgn perangai manusia2 kt depan tu ha. By time roller shutter dibuka, hah mmg depa yg di depan tu tak cukup tanah masuk. Rupanya majority yg berperangai camtu are those yg dh dtg smlm ke kelmarin ke. Harini depa dtg just utk borong. Like they already know nak tuju ke booth mana, ambil barang, bayar, balik.

Berbeza dgn kami (dan mereka yg santun dlm queue td), majority harini la is our first day. So we queue to the registration counter. Tinggalkan email address, contact number, & dapat goodie bag. Then proceed ke hall 1. The flow isnt one way. So mmg kelam kabut dan berasak dlm tu. Aksi2 tersondol stroller dr depan tu mmg kena hadap jelah. Tu blm kira stuck kat tgh2 laluan sbb stroller bertembung tak muat nak lalu -_-"

Saya prefer expo dkt pwtc sbb depa arrange semua one way. Tak kisahlah expo apapun kt pwtc tu, setakat yg saya pernah pergi, mesti one way. Lg kelebihan one way system ni, kita takkan terlepas booth. Cuma yg letihnya kita kena memusing jauh. No short cut short cut.

Back to expo stuff. En.Ubi singgah kat booth prudential. Nawaitu beliau bagus nk dgr explanation ttg insuran utk our baby. Tp sbb lama nor org insuran tu gebang, my blood go upstairs la bhai. Ini mulut sudah ada itu yitik punya muncung. Saya rela tak duduk tepi en.Ubi mendengar sekali sbb saya mmg nk hint kt en.Ubi sila angkat montot tu cepat yang oiiii. Pusing-pusing, en.Ubi singgah kt booth free health screening pulak. Masa ni takde muncung itik sbb saya dpt duduk selesa dgn kipas ngadap straight ke muka saya. Haha.

Pusing-pusing lg, jumpa booth yg jual pregnancy-sleeping-pillow. Yg C-shape tu. RM170 hrga expo. Kalau beli kt IG dia or kt kedai dia di luar, hrga RM189 xsilap. Kekabu. Hampir sgt2 nk beli dah. En.Ubi la beria nak belikan. Katanya kesian tgk saya dah tak boleh baring terlentang. Baring kena menyendeng 30°-45°. Sikit lg nak sampai cashier, saya nekad ckp dgn en.Ubi, we dont need that special pillow. Like really. I can still bear tidur serong sendal belakang badan dgn bantal2 yg ada kt rumah tu. Mujur en.Ubi beralah. Kalau tak, ada dah seketul bantal C besar gajah kt rmh ni. Mmg bersyukur Allah berikan suami yg ambil berat dan prihatin, tp saya jg bersyukur sbb tak usaha mengadakan/mendapatkan sesuatu yg bukan keperluan-kemestian-kewajipan pun. Tengok kucing mengandung anak kembar 4-5 pun rilek je baring atas simen. Hahah. No la, I mean, seriously. There are thousand of ibu mengandung kt luar sana yg tidur berbantalkan lengan je. I dont need to pamper myself too much. Ada tilam ada bantal biasa kt rumah tu pun dah besar rahmat dah bg saya. Tak dilupakan ketiak en.Ubi :P

Next.
Lalu kt booth bio-oil. Teringat mama pesan suh start sapu anti-stretch mark oil kt perut. Saya x pernah survey this type of oil. Bila nmpk bio-oil, baca2 sikit function nya pastu tak fikir panjang terus beli botol paling kecik. RM27.xx botol hat 60ml. Kt luar bdk booth tu kata RM32.xx taksilap. Dlm setahun, kalau beli minimum 3botol, blh redeem 1 botol bio-oil free. Best jg rupanya bio-oil ni.

Tak menyesal beli. Nanti bila teringat, saya buat short review k*



Lagi beli apa ek. O ha.. saya beli maternity pad. Kononnya brand ni brand baru dr singapore. Pad ni pun saya main beli je. Bkn sbb the brand, bkn sbb dia dr singapore. Tp sbb saya tak pernah survey dan tak terfikir pun pasal maternity pad! Pendek kata takdak ilmu pasal ni. Plus, rasa mcm murah dah ni kot. Heeee. RM5/pack. Expiry 2017 nnt. Sempatlah saya bersalin dulu kan.. :P Dah balik rumah baru perasan ada dpt free pad dari that brand juga. Ok la tu. Kalau syok dan selesa makai nya, mujur benar la tu utk buat tambah2 stok :)

saya beli yg 240mm 1pek, 360mm 1pek



Kitorang ada juga tengok2 baju, stroller, cot, pampers, botol susu. Tp lalu gitu2 jelah. Sbb mmg takdak intention nk beli skrg. Baju, for me still pricey dan agak kurang pilihan utk newborn size.

Masa belek2 botol comotomo, perasaannya sama teruja mcm tgk breastpump idaman td. Kalau ada rezeki dan ada keperluan, nk juga beli comotomo tu kendian2 nnt. So yeah now comotomo dh masuk dlm list idaman. Heeee.


body botol ni mmg blh dipenyek2 kan rupanya. kagum kejap


2 jam lebih memusing dari hall 1 sampai hall 3, itu jelah yg saya bawa balik. Goodie bag, maternity pad, dgn bio-oil. Heeee. Cukup lah tu buat masa ni. For parents yg mmg dah tahu nak beli apa kt this kind of expo, good that they come. Mcm pampers ke susu ke, mungkin memang boleh dapat good offer kat sini. Saya tak ushar betul2 that section. Tp kalau barangan lain, saya rasa kat IG / kt vendor boutique luar ada je yg lebih murah harganya. Terpulang pd kehendak dan keperluan masing2.

Next TCE Baby Expo kat SACC Shah Alam. Pergi? Wallahu'alam :)



Ibu bukan tak excited nak menyambut anak ibu.. 
Ibu malah berdebar-debar. 
Babah apetah lg. 
InshaaAllah nnt tiba masanya babah & ibu sediakan yg terbaik utk anak syurga babah ibu ni,
ye sayangibu :)









*gambar semua ehsan google*

Monday, April 4, 2016

Beli Langsir Murah di Sarah Huges Globe, KL

Lama duk tenung xtahu nk tulis apa. Mmg intention nk update ttg honeybun yg dah masuk minggu ke-24 tp xdak idea nk susun ayat.

*Ohemjii anak babah ibu dah masuk 6bulan dah! Nervous nya ibu nk jd ibu!!*

Kita cerita pasal beli langsir la k? Topik makcik-makcik sgt :p Ni mmg super first time Cik Gayah beli langsir. Dari beli kain sampai ke hal menempah, mmg noob sgt. So walaupun dipandang rendah lg enteng oleh en.Ubi, Cik Gayah tetap berasa yakin diri yg langsir pilihan Cik Gayah ni nnt bakalan cun hendaknya.

*****

Ni few weeks back punya cerita. Baru rajin nak share. Hee. 

Alkisah bermula dari zaman masuk rumah ni, tingkap kitorg mmg togel. Pulak tu kejadian miscarriage, mmg saya bolayan la hal2 mencantikkan rumah. Makmen ada bg langsir tp sbb anaknya sendiri (read en.Ubi) tak tunjuk bayang nk manjat tingkap sangkutkan langsir tu, makanya langsir tu elok je terlipat dlm longgokan pakaian lain. Ni kalau en.Ubi baca ni confirm beliau back up diri - ckp - "You yg tak pernah minta tlg I pasangkan langsir tu. Cuba kalau you minta tolong, mesti dah lama tingkap rumah kita berlangsir"

Gitew skrip drama 'Pasangkan lah Langsir Itu'.

Sekali-sekala ada jg saya survey ready-made curtain. Tp pengakhirannya mmg xkan beli. Mungkin sbb dah terbiasa sinar matahari masuk memanchor penuh dlm rumah. Sampai lah ada satu harini saya tetiba gelabah tgk due date nk terberanak mcm tinggal few months away. Dlm fikiran saya, nnt mesti rmh ni akan kerap ada tetamu dtg nk tgk baby. Segan pulak tetamu dtg tgk tingkap togel. But more to that, ke-excited-an nak menyambut anak buat kami berdua rasa nak cepat2 cantikkan rumah :) Mujur bukan kojo cop duit. Kalau kojo cop duit, rasanya dah panggil Rizalman Ibrahim utk deko rumah ni. Ngehngehngeh.

Bermula dari semangat nak menyambut anak, sesi men-survey langsir pun bermula. Mula2 ingat nak beli ready-made kat lazada. Tp delivery might delay katanya. Takpe, kita sabar. Bukan sabar tunggu tapi sabar survey yg lain. Hahah. Pucuk dicita ulam mendatang. Kak Moon, blogger at miera301.blogspot.com up kan post tentang vvip sale kat Sarah Huges Globe. Dah beberapa kali juga kak Moon up kan vvip sale ni. Tp setiap kali ada sale, selalunya saya yg tak berkesempatan nak pergi. Kadang tak kena masa lah, kadang tak kena budget lah. Tapi selalunya tak kena budget lah. Lullzz.

So. Vvip sale kali ni mcm sedang elok je - kena dgn masa saya dan en.Ubi, kena juga dgn budget kami. First time nak cari kat mana SGH ni, senang sgt2 rupanya. Silalah jadikan Sogo sbg landmark ye (cara nak gi SGH dari Sogo (ni kalau facing org busking dpn Sogo tu) - sila ke kanan bangunan Sogo, lintas jalan, nampak Gulatis, toleh kiri. Taraa.. SGH setentang Gulatis tu. Lintas). Sampai SGH, naik lif ke tingkat 7. Terus nampak kak Moon kat area kaunter. Sempat bersapa dgn kak Moon kejap. Walaupun itu la first time saya jumpa kak Moon, tp kak Moon ramah :) Bloggers power!! Hahah.

Saya dgn en.Ubi aim nak cari langsir yg boleh create mood english theme. Mula2 buat dua kali tawaf kat level 7. Tawaf pertama utk tgk harga vvip. Memang murah. Ada yg serendah RM5/meter dan pattern serta material not bad utk yg paling murah tu. Tawaf kedua utk decide nak pattern yg mana.

Cik Gayah semput menawaf so duduk sat jd pemerhati


Ada satu pattern ni ala2 english theme yg kami berdua sama2 berkenan, semeter RM15. Tanah dia warna putih-putih susu pastu ada petals2 with pastel colors. Tp sayang oh sayang sgt2, langsir tu tinggal tak sampai 2 meter! Stok pun xdak dah masa tu. Mood swing kejap bila yg dihajati tak dapat.


Selections of Engliah Theme for us

Tak cukup meter. Terus abg SA sorok that pattern.


Menawaf balik nk cari pattern lain. Ada satu ni saya berkenan tp mmg totally bkn english theme. En.Ubi ckp pattern tu ala2 theme Royal India.


Ce teka yg mana yg so call Royal India tu

This section RM5 je semeter. Actually kami dtg sini mmg dgn zero knowledge pasal beli langsir dan tempah langsir. To make it worst, sblm dtg, saya dh pesan kt en.Ubi, tolong ukurkan size tingkap rumah (tingkap kt hall je pun). So bila time kt SGH, dh decide nk kain pattern mana, abg sales assistant tu pun tanya la, nk berapa meter? Saya mmg toleh tgk muka en.Ubi la kan. Tahu apa en.Ubi jwb? Dia jwb, "Satu depa tangan saya, lebih sikit"

Danggggggg!
Raso2 suami den ni konfiden bonau bilo dio depa tangan, keluar hightech screen kek bawah kotiak nyo. Yg blh tunjuk ukuran tingkap rumah den tu ha. Adoooooiiilaaaa. Ya Rabbi Ya rasul. Saya dh la minta nyawa sbb mengah menawaf td. Ni kena minta nyawa nk melayankan ke-konfiden-an suami sendiri pulak. Abg SA tu garu kepala nk ngukor ketiak en.Ubi. Haii laaa suami oiiiiii....

Penyudahnya saya berbijak2 la sendiri nk beli brp meter. Mujur ada ilmu architecture sikit. Duk la calculate, standard height wall rumah kt Malaysia brp meter, bukaan tingkap brp meter. Gedebak-gedebuk, beli 6 meter (lebar). That kain langsir tu sendiri mmg labuhnya xx meter. Total, RM5 x 6 meter = RM30.

Nak balik, baru teringat plan nak terus tempah kat sini. Menunggu pulak turn utk discuss & submit design kat bahagian tempahan SGH tu. Dlm hati standby berdebar nk explain caner la ukuran tingkap rumah den tu ha. Kang satu kojo abg baju merah ni pulak take turn ngukor ketiak en.Ubi -_-"



                                                                                                                                                      
 
Saya discusss dgn dia ni. Apentah nama lupa dah.


Mujur dia ni expert tentang standard size tingkap utk rumah kat Malaysia. Saya dgn tgn parkinson nya usaha juga lukis tingkap rumah nk bg dia dpt basic idea how our window is. (Tgn kanan setakat ni boleh menulis je, kalau nak melukis kena berharap kt tgn kiri juga). Masa ni en.Ubi dah lari ntah ke mana takut lettew saya menyinga suruh kuak kan ketiak beliau depan baiya ni. Grrrrrrr..

Kira punya kira, dia cakap kena tambah lg 10 meter kain utk dapatkan design yg saya nk tempah tu. Tailoring fee pulak RM180. Fee ni based on kiraan kaki/feet. Dan dah termasuk rings utk eyelet langsir tu. Tak belek pulak resit yg dia bg tu so maaf k tak dapat share sekaki berapa ringgit dia charge.

En.Ubi agree with the price, so kami tambah la lagi 10 meter kain langsir (RM5 x 10 meter = RM50). At the same time, baiya ni buka kan resit tempahan tailoring for us tp dia suruh kami double confirm on the window measurement first. Kalau dh confirm, baru dia start hantar langsir kami ke tailor/factory untuk jahit langsir kami.



kemain mancung hidung mu baiya


Dah settle, nak gerak balik ternampak pattern2 ni. Ehh mcm berkenan pulak. Mujur en.Ubi cakap pattern ni cantik tapi mcm too common. So, terubat lah juling biji mata Cik Gayah. Hahah. Kalau tak mesti dah terbit rasa kekesalan di hati bakpo takdi tok kelih pattern hok nim. Bijak tak bijak nya en.Ubi phsyco Cik Gayah -_-"

Pattern ni RM10 semeter

Happen to be masa kami nak turun lif, terserempak dgn abg SA yg tolong potong kan kain langsir kami td. Bila kami bgtahu yg kami tempah terus jahit langsir kat sini, abg SA tu pulak tanya, kenapa tak tempah je kat luar sbb kat sini tailoring fee nya mahal.

Hmmmmmmmmmm....
Down la juga mendengar nya kan.. Tp pujuk hati sendiri sbb mmg saya zero knowledge tentang beli dan tempah jahit langsir. Dlm kereta, en.Ubi setepek je cakap kat saya, "Ha'a bebeh, kenapa tak nak tempah kat luar?" Amboihhh td masa teman nunggu turn nk duduk ngan baiya tu idok pulak mike nanye kat teman soalan ni yeee. Udoh abg SA tu cakap gitu dan dan mike nk beramah mesra nanya kat teman gini. Grrrrrrrrrrrrrrrr.

Cik Gayah waras betul masa tu. Walaupun ngomel dlmm hati, tp yg keluar kat mulut manis lembut je jawab kat en.Ubi, ha'a tu mmg salah sndiri sbb xde knowledge. Maybe masa ni saka meroyan Cik Gayah tgh keletihan, tu yg jawab pun elok lemah gemalai je siap admit salah sendiri. Kekekkekkekkek.

All the way back home, saya google kot-kot ada area KL yg boleh tempah langsir at lower price. Nampak tak betapa mithali nya Cik Gayah terhadap en.Ubi? Walhal hati sendiri tak tenang dgr abg SA td ckp that tailoring fee yg baiya tu quote, mahal. Buka IG, jumpa this instagrammer yg terima tempahan jahit langsir dan yg lebih best, rumah dia dekat je dgn area rumah saya! Utk design yg saya nak tempah, dia quote RM80 je! Esok nya juga dia blh dtg utk ambil ukuran tingkap. Tapi... kain langsir kami kan duk tinggal kat SGH! Bincang2 dgn that instagrammer, dia ok je tunggu sampai kami dah ambil langsir kami balik. Esoknya saya call SGH dan bgtahu tak jadi tempah with them and they were ok - maksudnya saya blh dtg ambil kain langsir saya bila2 masa. Fyi - SGH tutup pukul 9.30pm.

Lps seminggu baru sempat gi ambil semula kain.
Dan baru lah saya contact semula that instagrammer. Minta dia tlg dtg rumah ambil ukuran tingkap.

Siapa instagrammer tu?
Dia cover area mana?
Mcm mana hasil kerja dia?
All these saya share once dah betul2 settle dgn dia k.
Hopefully all will be ok and smooth so that I can share good things with you guys dan semoga pintu rezeki dia pun Allah perluaskan lagi.
Aminn :)





Tuesday, March 15, 2016

Pengalaman Mengandung : Detail Scan oleh Ms Celynn di Klinik Fauziah Ampang

Teruja betul nk di scan oleh Ms Jezzlyn. Di kalangan mommy to be rasanya majority pernah come cross nama Ms Jezzlyn ni especially yg looking forward to do 3d/4d scan.


**Eh ni nak cerita ttg Ms Jezzlyn ke Ms Celynn?? Sabaq... baca bagi perabih please..**



So do I. Tp saya wasnt looking for 3d/4d scan. Pd pndapat saya, that can be wait. Lg pulak, 3d/4d scan tu sekadar nk menambah ke-excited-an para parents nak nengok mana ghupe anak dlm perut tu, ye dak? Asyikla nendang je keje deme, meh mommy ngan daddy nak skodeng gagah nau ke tgn ngan kaki baby? Ada ketul2 ke lengan baby? :p

Both en.Ubi & I lebih fokus untuk buat detail scan (atau nama lainnya Anatomy Scan). Saya pernah mentioned dlm previous post ttg NT Scan but we passed the weeks yg sesuai utk buat NT Scan (11-13w). Hence, the Anatomy Scan (Detail Scan).

Main reason kami nak buat detail scan sebab saya ada history pendarahan saraf otak. In my own case, based on MRI, mmg pakar ckp it was a spontaneous case which means bkn sbb genetic problem atau other injury caused like accident ke terjatuh ke terhantuk ke. So once saya ni dh ada sejarah, walaupun spontaneous, takut pulak jd genetik problem kan. Tak sanggup saya membiarkan anak saya inherits something yg not good from me :(

Nauzubillahiminzalik. Allah jua sebaik-baik pelindung.

For parent yg tak buat detail scan ni, saya sikit pun tak judge them as tak sayang anak ke tak bertanggungjawab ke. Saya percaya, kita as parents sentiasa nak yg terbaik utk anak kita, kan? Dan naluri kita tahu apa yg terbaik utk anak kita, kan? Saya anggap dapat buat detail scan ni sbg rezeki anak saya. Rezeki utk kami tahu awal if there's anything not really ok. Itupun dgn izin Allah.

Ok enough of explaining why. I myself getting bored explaining long :p


*****

Detail Scan ni dlm bentuk 2d. Harganya RM150 kat klinik yg kami saya mmg aim nak pergi - just because I know Ms Jezzlyn will be on duty on that particular date day time. Saya booked slot 2-3minggu awal dan yg bestnya xde advance payment / deposit yg perlu dibayar masa booking tu. Dh settle scan baru kita buat bayaran. Good for parent yg tunggu gaji! :D

Session yg saya booked tu pukul 2.40pm. Tp lps zohor kami dah parked kete depan klinik. Straight away saya call klinik and tanya what is the best time utk saya dtg (sbb malas nak tggu turn lama2 dlm klinik). Yg jawab the call sounds like a chinese lady. Dia cakap skrg tak ramai queue utk scan. Datang la now. Apa lg, moh babah moh kita masuk klinik! Masuk2 je klinik, humanghai ramai nya patient?? Rasa tertipu jg la masa tu. Hmmm..

Gi kt kaunter, ckp ada buat booking utk scan. Patutnya ikut procedure, kena tunjuk booking slot email (dr hp/printed paper). Tp hp battery flat. Mujur receptionist tu accept kami. Kalau ikut yg saya baca dlm website 3d-4d-Scan Malaysia, reason why kena tunjuk proof dh buat booking adalah supaya tak dikenakan harga yg mungkin berbeza dr apa yg kita tgk kt website (booked dgn walk in harganya berbeza sikit la kot). Oh fyi, saya did mentioned saya book Ms Jezzlyn to the receptionist. Pastu receptionist tu ckp Ms Jezzlyn xde, dia cuti bersalin. Lollllllllllzzz~

Yg ganti duty, ialah Ms Celynn.

At first, frust juga sikit sbb mmg berhajat benau kononnya nk di scan oleh Ms Jezzlyn. Tp cecepat positifkan diri - reminds myself bukan rezeki kami, bukan rezeki kami.

Dgn perasaan tertipu (sbb tgk ramai je patient tgh queue), we took a sit. Tp ehh tak sampai 15minit ada this chinese lady called few names. Nama ketiga ialah nama saya. The best part, patient nama pertama dan kedua takde dlm klinik waktu tu! Muahahahahah *gelak keluar tocang* Masuk dlm bilik scan (sempit biliknya. Heee), saya start Cik Gayah tanya you are Ms Celynn ke? Ramah je dia mengiyakan. So saya rasa yg jwb call td pun inilah orgnya. Dan betul lah dia idok le nipu Cik Gayah bila dia ngabo kan patient (yg dtg utk scan) idok le ghamei.. Yg ramai2 kat luar tu dtg as outpatient biasa. Maapkan Cik Gayah ye Ms Celynn sbb mikior awok nipu Cik Gayah td. Ngeee~

Baring, ngadap monitor. Ehhh yg babah nye tu pun semangat ngadap monitor. Siap berpeluk tubuh mcm tgk match game dota plak dah :D Bgtahu kt Ms Celynn nk buat detail scan so dia pun start her expertise. Ms Celynn indeed a good sonographer juga. Cakap lemah lembut, explain every graphics yg kita nampak kt monitor tu, pandai pujuk baby dlm perut suruh gitu gini so that dpt capture perfect view, bg chance kami tgk baby in 3d juga!, sudi jwb semua soalan en.Ubi and I, and the best part, dia sudi melayankan kepoyoaan Cik Gayah taknak-tahu-gender-tapi-en.Ubi-je-yg-nak-tahu. Makanya.. Ms Celynn ckp nanti mommy keluar dulu, daddy wait inside :) So yeah, now en.Ubi dah tahu dah tengok our baby's gender :)

Afterall, alhamdulillah subhanallah, our baby in a very good and healthy shape. Detail scan ni covers deep brain section, eyes, nose, mouth, bones, deep heart section, kidneys, inlet outlet, dan tak tinggal the tiny fingers and toes yg keep kicking me from inside! :)

Allah saja yg tahu perasaan saya waktu Ms Celynn fokus and explaining ttg baby's brain part. Bergenang airmata saya masa Ms Celynn ukur ruang cerebellum anak. Kat cerebellum tu lah saraf saya bleeds :'(

All good.
Baby good.
Ms Celynn good.
But let me share la jg apa yg saya rasa as tak good sikiiit. Ms Celynn cakap laju nau. Hahahah :p Tp yela, dh keje dia tiap2 hari buat scan, so dah expert. Yg kita ni once a while nengok graphic2 tu so kdg2 x faham apa yg kita tgh tgk. Kita la kna pandai2, kalau rasa tak faham and need sonographer utk tunjuk semula or explain semula, just ask the sonographer to rewind, re-explain. During the session, Ms Celynn sudi je layankan semua kerenah and pertanyaan kami :) Good job Ms Celynn! :)

One more thing yg kurang best sikit, one of the receptionists (yg older sikit) mcm kerek2 sikit. Hikhoks. Takpela, Cik Gayah bkn puteri raja pun nak dilayan beria nau :p

Last but not least, kat sebelah klinik tu ada kedai jual biskut jem nenas yg saya dah lama cari! :)


*****

Updates dari 3d-4d Scan Malaysia website :

1) miss jezzlyn will start the confinement session for march 2016, all the scan will be handle by miss celynn, miss shanice, miss irene dan miss ada. Please refer facebook for latest schedule.

Sumber : https://www.appointmentquest.com/scheduler/2160064131


2) Something New Is Coming ↓



Sumber : 3d-4d-scan-malaysia.com


Thursday, February 4, 2016

Pengalaman Mengandung : 2D scan di Klinik Sofea Puchong

Getting into 16weeks haritu, saya mcm kerap pulak rasa tak selesa kat bawah perut - kat bahagian ari-ari. Macam senak, macam sengkak, ntah, saya pun tak tahu what is the right word utk describe rasa tak selesa tu. Kdg2 jd mcm kerap nk shishi. Lps shishi jd mengah. Kdg2 rasa mcm perut mengeras. Mmg agak merisaukan. Nk tidur berbaring pun rasa serba tak kena, last2 tidur duduk terlentok mengadap sofa sambil minta en.Ubi urut usap-usap belakang badan. Baby I manja betul dgn babahnya. Dapat rasa tangan babah usap-usap mcm tu baru dia syok tidur agaknya, ibu pun baru selesa nk lelap mata :p

Few days ago, nampak kat FB 3D 4D Scan Malaysia dorg ada buat promo utk bulan Febuari 2016 - Scan 3D hanya RM70 je. Murah tak terhingga! Mestilah excited nk tengok mana rupa honeybun titew :) Tapi bila di-study2 balik, 3d scan ni sesuai utk pregnancy 24week - 32weeks. Reason why, dlm tempoh ni tumbesaran baby paling perfect utk kita tgk dia secara 3d. Dgn debabnya, dgn lasaknya dia nk bergerak ha masa tu lah :) Kalau blm smpi tempoh tu, kang buat scan 3d risau pulak tgk anak halus kurus je mcm x cukup zat. Plus, pembentukan raut muka anak pun tak nampak jelas lg so hmm no point juga if nak book 3d scan.

(saya try cari semula iklan promo kt FB dorg tapi tak jumpa pulak dah)

Ni promo January 2016


Study lg.
Oh ada 2d detail scan pulak. Kalau kt pregnancy web biasa nya dorg guna term NT scan (Nuchal Translucency). NT scan sesuai dibuat sekitar 20weeks - 24weeks. NT scan ni sbnrnya penting utk memeriksa kalau2 anak kita ada masalah pd struktur jantung, leher, mata, mulut (sumbing), tali pusat, kedudukan uri dan baby, atau ketidaksempurnaan lain dr segi anggota tubuh badan dia. Jantina pun boleh check time ni. Satu je yg tak boleh - keadaan kromosom - antara masalah kromosom ialah syndrom down. (ni melalui pembacaan saya la).

But since saya baru je nak entering 16weeks masa tu, 3D scan tak sesuai buat, NT scan pun tak sesuai buat. Hmm.. Tapi, both of us sangat rindu nak tengok nak jumpa our honeybun :) En.Ubi la yg sgt excited and sgt demanding nak jumpa our baby :) So godek lg cari kat mana yg ok nk scan biasa. Jumpa la this review tentang Klinik Sofea Puchong. En.Ubi call, alhamdulillah the nurse yg jawab call elok je berbudi pekerti - trust me, saya pernah experience nurse yg jwb call punyalah kerek baq hang. Tak perlu set any appointment, blh terus walk in to Klinik Sofea ni. Lunch break pun xdak nurse tu kata :p

Gigih Cik Gayah dgn En.Ubi meredah tol dan jam sampai ke Puchong demi nk lepas rindu kat anak :) Tak susah nak cari klinik ni. By time kami smpai, dalam pukul 1.15pm. Prosedur mcm biasa, bg IC sbb first time datang. The clinic quite small, nothing fancy, tp patient mmg quite ramai (sblm saya ada lg 7 patients). Times fly, almost 2hours pun blm dpt turn jumpa doktor. Alhamdulillah saya still cool, kejap2 ngadap hp, kejap2 dgr En.Ubi ckp tentang ntahpape, kejap2 kunyah kismis.. But then  kami notice yg this clinic is actually attach business dgn klinik sebelah. Tapi.. klinik sebelah tu ialah klinik kencing manis. Ngeee. Mula2 mcm pelik sbb tgk nurse kat Klinik Sofea tu keluar masuk bawa jarum, insulin, segala. Tp lps dah tahu ttg attach business tu, rasa mcm erm.. kureng best pulak :/ Patient satu angka depan saya dah buat muka masa tanya kat nurse, "lama lg ke turn saya?"

Tunggu lg dalam satu jam alhamdulillah now it's my turn. Masuk jumpa doktor, doktor perempuan. Baik, lembut je bercakap. Tp zass dia suruh baring, zass dia sapu gel, zass dia scan perut den, zass zass zass padaiyappa dia explain gitu gini ttg our baby. Sempat la juga saya menyelit tanya apa yg saya nak tahu cumanya ke-rush-an tu mmg obvious sgt. En.Ubi sempat selit tanya satu dua soalan termasuklah 'doktor, isteri saya boleh makan durian tak?' (walhal beliau yg ngidam nak makan durian. like I didnt know it -_-). Doktor jawab dgn lemah lembut dan sopan tapi bab nampak-rush-mcm-nak-suruh-kami cepat-cepat-keluar-sbb-patient-ramai-lg-kt-luar-tu memang obvious bebenau. Kiranya kami dlm consultation room tu takdan setengah jam pun :/ But two good thing, doktornya lembut berbudi bahasa dan dia akan catat hasil pemeriksaan dia dalam buku pink!

Keluar dr consultation room, tak sampai 5minit dh dipanggil utk buat bayaran. Total bayaran ialah RM50 sahaja :) To be more positive on this session, sila la anggap doktor td just bg consultation free. Yg RM50 just charge utk scan honeybun.

Berbaloi tak drive all the way ke Klinik Sofea Puchong? Ok ok la :)