Thursday, August 23, 2018

Bawa Affan ke Petrosains KLCC

Salam Aidiladha!! Korang yg tahu pasal azam saya mggu lepas tu buat2 tak tahu jelah ye 😏

We were so happy dikurniakan rezeki untuk bawa Affan jalan-jalan. Tak lepas ke negeri lain pun, takat dalam KL ni je hahah. To Petrosains we go! Mula2 plan nak naik LRT tapi A cakap, dibuatnya Affan cranky towards the end of our trip nnt, lagi letih kami nk kendong dia dalam train. Might as well drive and park je kt basement KLCC. Paling tidak kalau dia ngamuk pun, bila dah masuk kereta nk gerak balik, boleh nurse him to sleep. Orait babah, ibu ikut cakap babah!


Trip ke Petronas dimulakan dgn sarapan kat Texas Chicken. A teringin nak makan Wendy's, tp Wendy's KLCC dah takde (rupanya?). Gambar ni nampak mcm candid kan? Bukan yer anak-anak. Ni A amik atas arahan Cik Gayah hahhahahhah. A ni takde der dia nak memandai2 snap moment saya sorang ke, saya ngan Affan ke.. Tu yg balik2, gambar deme 2 beranak je yg ada. Bila amik gambar pun asal namanya amik gambar je eyyyyy.. Dia tak kisah gambar tu tegak ke, lighting ok ke, nk amik sisi sini ke sinun. Takde ye. 


Babah yg punya plan nak dtg sini.. Dia nk bg anak dia jd genius mcm dia, katenyerrr. Padahal time ni patutnya morning nap Affan. Kalau dia cranky jap lg dlm tu, shoot balik jelah jwbnya.


Harga utk dewasa RM18.50. Affan (2y+) free. Beli walk in je. Kami pergi ahad, dtg awal pagi. 10-ish, pun dah agak ramai pengunjung queue nak masuk petrosains ni. Mungkin sbb cuti sekolah kot?


Lps beli tiket, beratur untuk masuk ke dalam petrosains ni menggunakan seketul train kenderaan berbentuk helmet. Hahah taktahu caner nk explain. Laluan train ni dinamakan Perjalanan Sekilas Masa Dark Ride.


Kami baru naik train. Saya cam biasalah sibuk nk amik gambar kan.. Dua beranak tu buat dono jek. Ciss. Nama pun Dark Ride, memang dark ye sepanjang laluan Sekilas Masa ni. Cuma ada skrin2 yg tunjukkan gambar2 seiring voice over.


Affan is at stage yg starts to develop perasaan takut skrg ni. Haha comel jek tengok reaksi dia bila dia face something yg mendebarkan or menakutkan. Contohnya masa ni live dia tengok seketul dinosaur besar gedabak camtu. Dia nak tengok, but at the same time dia takut. So dia tutup sebelah mata dia 😆😆😆 Masa Dark Ride tu pun lbh kurang gini la keadaan dia. Bezanya yg tu tutup dgn kedua-dua belah tangan, tapi mata duk menegok dari celah-celah jari. HAHAHHAHHAH comel gila 😆

Sebelum sampai kt bhgian dinosaur ni, ada la mcm2 section lain. Cumanya sbb lighting mmg dim-dim and handphone Cik Gayah pulak idok le canggih mana.. maka banyakla gambar yg terpaksa tak dapek dimasukkan di sini. 


Personally, saya rasa Petrosains ni sesuai utk all dewasa dan kanak2 with minimum age 4. Bukan apa.. sbb di usia 4 tahun tu, dorg dh blh lbh mhargai bnda2/ilmu dlm Petrosains ni. Aktiviti pembelajaran pun majoriti utk kids age 4 and above. Ada la satu dua section yg sesuai dgn height Affan. 


Impian nak naik tractor / backhoe terlaksana. Sayangnya sistem hydraulic backhoe ni under maintenance masa ni. So Affan tak dapat experience in full.



Ini kat section F1. Bg saya aktiviti2 kt sini menarik! Especially utk adults and men obviously. Menarik maybe sbb kt sini the activities kita boleh relate more dgn rutin harian kita. Contohnya halaju pergerakan, degup jantung, penggunaan tenaga dan tinggi..


Ok dah menguap. Sikit lagi ada jelah tu akalnya nak jd punca menangis padahal dia dah ngantuk nk minta susu, nk kita kelek-kelek dia, pok pok dia, sampai dia tidur. Padahal 2y+ dah Affan ni. Tapi masih minum susu ibu. Bila la nk wean off nye nak oiii....


Tak ingat sgt apa aktiviti menggunakan kapal layar ni. Tp ada kaitan dgn angin. Lps drpd main kapal ni, Affan pun mengamuk. Ok marilah kita pulang. Overall, do brings your kids and family ke sini. Kawasan selesa dan berilmiah. Boleh tengok mcm mana angkasawan tidur kt angkasa. Boleh rasa mcm mana kuatnya tiupan angin kt Jupiter (kot tak silap hahah). Boleh tahu mcm mana rasa gempa bumi. Kalau nk bawa stroller baby pun boleh cuma masa nk naik helmet masa mula2 tu, kesian kt pengunjung lain sbb stroller korang dh makan space utk pengunjung lain duduk dlm helmet tu. Selain dari tu, satu je lg hazab - nk tunggu lif depan Petrosains ni LOLOLOL. Tak pernahnya tak penuh lif tu. 



No comments:

Post a Comment