Friday, August 17, 2018

Kerabu maggie mangkuk lambung

Poyo je konon azam nak update blog hari2 tup2 smlm dah ter-miss 1 day. Haha. Cik Gayah busy uolls. Mcm semalam, elok2 tgh tekun buat keje kt office, tetiba HR call tanya busy ke tak sbb rupanya saya kena gi kursus kt Putrajaya tapi dalam emel jemputan, nama saya keciciran - dorg igt saya dah gi kursus tu. So pukul 1 pecut ke Putrajaya. Naik kereta officemate. Perut lapar dah ni, plan nak makan kt cafe sana je. Tup tup kwn tu ajak gi bazaar kt area Kementerian Belia dan Sukan. Yg tak bestnya masa kami sampai tu peniaga bazaar dah banyak nk tutup booth. Maybe dorg setup booth dari pagi lagi, mcm pasar tani tu. So by noon, after lunch hour dorg pun bkemas. Lagipun siapa je yg nak dtg after lunch hour? Kalau dtg jg mknanya officer tu curi tulang hahah.


Lepas parking, masa berjalan menghala ke tapak bazaar, nampak taska permata ni. Huuuu comel!! 😍😍😍 Nilah impian ibu2 bekerja. Nursery anak dekat gila ngan ofis kita, kan mak2?


Masa awal2 saya lapor diri kt Kementerian dulu, entah kenapa saya risau nursery Affan jauh (KL - Putrajaya). Sbb tu saya minta tukar KL. Padahal kalau saya mmg btugas kat Putrajaya, ada je taska yg maha dekat dgn ofis. Yuran pun ya ampuuuuun murah wehhh. Kt ofis KL ni ada juga taska permata, tp di luar bangunan ofis saya. Kena melintas jalan, turun bukit sikit. Nk enroll Affan utk taska permata tu tahun ni, dah tak boleh. Kuota pun dah penuh. Tggu next year inshaaAllah. Borang taska permata 2019 dah siap2 amik. Tapi tu lah, mcm tgh happy pulak hantar Affan ke tadika cina now. Ok, yg tu cerita lain.


Kt bazaar kitorg sempat tapau ni je. Kerabu maggie. Rasa mcm maggie tomyam. Tengok cara abang tu lambung2 ketuk2 mangkuk tu ehh mcm boleh buat kt rumah ni hahah! Nanti bila office Cik Gayah buat hari kantin, Cik Gayah nk meniaga ni la!


Ok tetiba lapar pfffth.

Mana la bebudak office ni. Depa gi meroket kt Quill City Mall dah 3 hari berturut2 sbb kt Aeon Quill ada buat clerance sale. Saya dah meroket kt sana kelmarin. Borong baju Affan. JKids brand kalau shirt sehelai ada yg RM3, RM5. Disney brand sepasang bwh RM20. Swimming trunk Affan brand Ogival baru RM8.90. Kau ghaseee...?

Esok saya up gambar baju-bajuan yg saya beli utk Affan. Kata azam nk update hari2 kennnnn 😜

K lah uolls. Walaupun entry takde la bermanfaat sesangat, tapi semoga korang tahu bahawa hidup ni, kalau kita letak set and expectation tinggi melangit sgt, tu yg blh buat korang demotivated. Pdhal byk je lg benda2 kecik yg boleh menceriakan hidup kita. Antara kita sedar atau tak je. Mcm abg jual kerabu maggie tu.. Sapa tahu, sambil ketuk2 lambung2 mangkuk tu dia menemui keceriaan? Korang mana tahu... nak tahu gi cuba lambung mangkuk.



No comments:

Post a Comment