Desas-desus kata, pkerja yg xperform lgsung/at bottom list akan dipecat tnpa sbrang pampasan. Boleh meh cmtu? Since employees' rule/act is not mylanguage, nothing much i can say. But, done some study on Akta dan Undang-Undag Pekerjaan Di Malaysia and found this:
Penamatan
Menurut seksyen 4(1), tertakluk kepada seksyen 4(2), (3) dan (4), seseorang pekerja berhak mendapatkan bayaran faedah penamatan jika kontrak perkhidmatannya ditamatkan kerana apa jua sebab kecuali
- apabila pekerja itu mencapai umur pesaraan, seperti yang dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan; atau
- pemecatan atas alasan-alasan salahlaku, setelah siasatan yang sewajarnya dibuat; atau
- penamatan secara sukarela oleh pekerja, kecuali
- di bawah seksyen 13(2), Akta Kerja 1955 (iaitu kemungkiran kontrak secara sengaja oleh majikan);
- di bawah seksyen 14(3) Akta Kerja 1955 (iaitu apabila dia atau tanggungannya diancam secara serta-merta oleh bahaya kepada manusia, keganasan atau penyakit).
Dengan perkataan lain, jika pekerja menamatkan kontrak perkhidmatan secara sukarela atas alasan-alasan (i) dan (ii) di atas, maka dia berhak kepada faedah penamatan.
Sebaliknya seseorang pekerja tidak berhak mendapatkan apa-apa bayaran faedah penamatan jika:-
- kontrak perkhidmatannya dibaharui, atau ia diambil kerja semula oleh majikan yang sama dengan terma yang tidak kurang baiknya dengan kontrak sebelumnya. Pembaharuan atau pengambilan semula tersebut dibuat sebaik sahaja berakhir kontrak sebelumnya [Seksyen 4(2)(a) dan (b)];
- majikan membuat tawaran pembaharuan atau pengambilan semula tidak kurang dari 7 hari sebelum penamatan kontrak sebelumnya, dan tawaran itu telah ditolak dengan tidak munasabah oleh pekerja [Seksyen 4(3)(a) dan (b)];
- pekerja, setelah menerima notis penamatan kontrak, meninggalkan majikan tanpa kebenaran terlebih dahulu mengikut seksyen 12 Akta Kerja atau tanpa membayar indemniti kepada majikan di bawah seksyen 13 Akta Kerja [Seksyen 4(4)(a) dan (b)].
So? hmm.. no so. sy masih xdpt pastikn cmne mycompany nk settle this thing out since termination letter (badly hope it's not for me!) belum dkeluarkan lg. Dhla, mls nk risau xtentu pasal. Rumors are rumors. Sy tawakal..
menghilangkan kerisauan |
Till Im blogging again smile! :)