Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Monday, February 18, 2019

Petua mudah hilangkan sakit kepala

Haritu sakit kepala berdenyut-denyut. Kena sakit kepada tu start otw balik keje. Sampai rumah, terus tidur. Lepas sejam, bangun, tapi masih tak hilang sakit kepala. Biasanya memang telan panadol jelah. Tp teringat pernah nampak 1 video kt "5 minutes craft" rasanya.. tentang home remedy utk hilangkan sakit kepala. Terus minta A tolong prep kan the bahan2.

Simple sesangat pun bahan2 nya.

1. Air suam (tp jgn suam sgt. Biar ada rasa panas2 sikit. Baru best).
2. Ice pack / ice brick / air batu balutkan dgn kain

Caranya :

1. Sediakan air panas/suam dalam besen / baldi dan rendam kaki. Nak selesa, duduk atas sofa sambil rendam kaki tu.
2. Dalam keadaan duduk membongkok (mcm solat duduk time rukuk), tekapkan ice pack/ ice brick kt tengkuk.

Seriously weyh.. treatment ni serasi dgn saya. Dalam 10 - 30 minit slowly rasa sakit kepala tu hilang. Kalau saya telan panadol, mmg dlm 5 minit camtu dah start lega. Tapi, sampai bila kan nk bergantung pd ubat je kan?

Nah, dah jumpa link video tu. Tengok minutes 4:33 - 4:59. Boleh follow sebiji-biji mcm dlm video kalau nak. Selamat mencuba bila perlu!

Monday, September 24, 2018

NUR ANGELINA BINTI ZAILANI

Benda dah 4 bulan lepas terjadi tapi bila ulang baca balik conversation dgn si penipu tu, masih kuat sgt terasa mencucuk-cucuk sakit kt hati ni. Mmg habis segala mcm perkataan kesat dan carutan saya jerit kuat2 dlm hati. Ikut nafsu marah mmg nk aje whatsapp dia ckp, "Hoi syaiton!!!". Mujur ada SIKIIIIIIIT iman dlm jiwa yg buat saya sabar. (Thank you Allah sbb tak ambil iman saya yg teramat nipis ni. Kalau tak mungkin byk benda lebih buruk yg jadi)

Eh kesian korang tak tahu hujung pangkal cerita tetiba dpt negative vibes. If you guys dont want to read more words with such negative meaning, do stop read this entry right here. Ni jelah ruang utk saya luah seluah luahnya apa yg saya rasa waktu ditipu syaiton yg mengaku own a homestay padahal nanhado. Boncet lah hendaknya perut kau makan duit haram dgn cara menipu tu aghhhhh!

Ceritanya cmni. Masa majlis kawin adik saya kt kl bln 4 haritu, saya ada bookingkan homestay utk family ayah (dari muar). Satu salah saya yg saya admit dan korang please jgn do the same mistake, was that, buat last minute booking. As for me, proses mencari & menempah homestay tu dibuat last minute ialah kerana family yg nk dtg tu last minute juga dorg meng-confirm-kan nye. Ok la cut the story short, saya pun post kt fb page Homestay mcmni :




Ada yg response kt comment box, ada yg terus message inbox. Ini bkn kali pertama saya berurusan secara online utk jual-beli-sewa barang/rumah sewa, so bg saya all the responses tu biasa jelah.. Takde yg meragukan. Being a nice person I am, saya pun whatsapp la satu2 org yg PM saya. Ni bkn poyo ckp diri sendiri nice. Tp saya mmg nice kalau org nice dgn saya. Moto hidup is - aku tak kacau kau, kau jgn kacau hidup aku. Gitew. Eh ini cerita serious okeh. Kerutkan kening anda! Tegangkan kulit pipi!

Back to the pm-replies..
All are beyond my budget except this one.


So saya pun start la ber-whatsapp dgn si syaiton tu...





Nak makan duit harom pun siap bagi salam pastu sebut2 nama Allah! Ni lah contoh kecil penunggang agama. Munafik syirik dajal bimbo ahhhhh kau lah tu semua! Eyy mughalazah tahap ayahpin la kau ni senang cerita! Kalau betul kau perempuan, aku suruh nasir bilal khan si abuja cerita munafik 2 tu nikah batin kn kau perempuan oiiiii! Geram aku.



Budget2 renting-system kau canggih la pakai password utk unlock mailbox bagai. Padahal kau memperbodohkan orang kan syaitooonnnnn?


Actually Allah dah hint me about this syaiton. 2-3 kali try to make transaction tp tak boleh. Tp masa nilah khilaf saya sbg hamba. Desperate sgt smpi tak berdoa pd Allah utk mudahkan urusan. Instead, cuba dan cuba tanpa sekelumit pun baca doa.



Nangis tau tak.. nangis sbb kalaulah syaiton ni tahu, saya almost 3 bulan x bergaji bila mula2 join government haritu. Struggle gila nk survive cukup2 je guna gaji A. Tup2 bila dh dpt gaji yg ditunggu2 selama 3 bulan, senang2 je kau tipu aku, ambik duit aku. Syaiton syaiton syaitonnnnnn!!! Mmglah amount bkn beribu, tp itu masih tetap duit gaji saya bekerja tau tak. Saya marah sgt3 sbb dia gunakn nama Allah. Eyyy kau tggu kau tggu. Mmg aku doa supaya kau dtg pd aku kt padang mahsyar nnt dlm keadaan paling hina. Dan aku doa pd Allah agar dosa kau pd aku hanya akan terhapus bila semua dosa aku, kau ambil. Hah hambik kau! Aku ni dhla byk dosa, rasakan!

Call CIMB utk buat report but tak blh proceed investigation. Satunya sbb saya belum buat report polis. Keduanya sbb saya pi ikut ajaran ada sorg hamba Allah ni utk kata kt CIMB that saya TAK BUAT transaction tu.

Kalau ada yg terkena mcm saya ni, adalah disarankan utk korang citer je hal sbnr kt bank. Tayah la reka cerita kata korang tak tahu menahu pasal the transaction. Satgi bercanggah dgn report polis satu hal. Dibuatnya bank tahu korg nipu silap2 jd kes lain pulak nnt. In most cases yg saya baca, bila je kita report kt bank yg kita dh make payment tp pihak sana is doing scam, confirm bank kata tak boleh bantu apa (sbb kita buat transaction dlm keadan sedar dan bkn dipaksa). Rasa mcm no point pun buat report, kan? Tp tulah.. bank pun skrg dh aware psl online scam ni. Dorg nk tarik blk duit dr account scammer tu pun ntah2 dlm account makhluk tu dh dikosongkn siap2 so bank nk tarik duit mana lg? Drpd dorg nyusahkn hidup dorg dgn kes tergantung camtu, baik dorg inform awal2 kt mangsa yg duit dorg mmg xdpt dikembalikan.

Disclaimer : saya idok ler tahu apa back end process bank yg sbnrnya.  Tp dr pengalaman duk kt svc center telecommunication industry, sikit sbnyak tak lari jauh rasanya sop menjawab kpd para pelanggan utk kes2 yg dh berulang gini.

Untill now, saya belum buat police report atas alasan kekangan masa. Tp kad ATM dah di block. Dgn cimbclicks sekali depa block kongasam betul CIMB ni. Masa kita call utk buat report diorg just bgthu nk blok kn ATM card bagi tujuan keselamatan. Takdak pulak diorg explain yg cimbclicks akan ter-block sama (sbb kad ATM dan cimbclicks are linked).

Diharap perkongsian ni sangat jadi pengajaran pada semua. Saya sangat2 mendoakan agar tiada siapa yg harus lalui pengalaman ditipu mcm yg saya alami ni.

On a muhasabah note, saya anggap ini peringatan Allah buat saya. Semoga RM200 yg Allah buangkan dari diri saya tu, sedikit sebanyak membersihkan dan memberkatkan hasil pendapatan saya. Saya yakin, di mata Allah, RM200 tu memang bukan hak saya. Saya juga sepenuh-penuh hati yakin bahawa takde benda dalam dunia ni yg boleh jadi tanpa izin Allah. Allah izinkan si syaiton tu tipu saya, bodohkan saya, ambil duit saya. Dosa si syaiton tu pepandailah dia tanggung sampai kiamat nanti.

Last but not least, ni summary si syaiton tu!



NAMA FB : ARIAN ANIS
NAMA HOMESTAY : NURSUFI HOMESTAY , LINS HOMESTAY
NAMA PEMILIK AKAUN BANK : NUR ANGELINA BINTI ZAILANI
BANK : MAYBANK
NO ACC BANK : 1648 1022 1411
NO HANDPHONE : 01126622216 , 0136393969

Btw.
Kalau korang google je nama syaiton ni memang melambak kes penipuan dia. Nah sedikit saya screenshot utk tatapan korang.




Sekian, wallahu'alam. #closingberhemahtetiba





Friday, September 16, 2016

Susu Ibu

Minggu depan Affan dah masuk 3 bulan. Cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik kang dah menggeletis suh babahnya gi minang anak dara orang. Halaaaaaahai.. Lomah jantung den mikir kan nya.

Before he even can kenyit mata kat ibu, meh ibu keeps memoirs of you here honeybun.

Berat Affan masa lahir 2.4kg.
Masa check up sebulan, 3.0kg.
Masa check up 2 bulan, 4.4kg.

Walaupun nurse cakap berat Affan below the graf, tapi ibu happy tengok Affan makin bambam and that ibu pun dah start lenguh2 tangan bila nk dukung Affan.
 
Few days after check up 2bulan tu, Affan warded sbb keep on yakyak.

Berat masa masuk ward, 4.85kg.
Berat masa keluar ward, 5.0kg.

Tanjat ibu. Dah sama berat dgn beras kat dapur ibu tu ha. Ingatkan bila ada episod yakyak tu berat turun, rupanya bertambah. Ibu happy riangria jadinya.

***** 

Ok now saya nak cerita ups and downs saya selama 2 bulan lebih berusaha menyusukan Affan dgn susu badan sahaja.

Masa Affan lahir, Affan perlu minum 60ml. Plus minus 2oz. Bagi ibu-ibu lain, nak mendapatkan 2oz tu celah gigi je agaknya. Tp bg saya, celah gigi, celah bedah, celah gaung mana sekali pun halahai payahnya nak mendapatkan 2oz tu! Sangat susah. Sangat mental down. Dahla nak mendapatkannya payah, en.Ubi pulak pernah tumpahkan susu Affan la, lupa tutup peti ais rapat-rapat la (so susu Affan spoil). Urrrggghhhh. Bukan sekali dua ye.. Memang terseksa betul jiwa lara masa tu. Rasa nak picit2 jek dada en.Ubi tu meh tengok boleh ganti balik tak susu-susu eden yg beliau dh musnahkan tu. Kadang-kadang en.Ubi minta maaf and pujuk saya. Kadang-kadang beliau dah tak mampu pujuk saya sbb saya menyinga tahap singa pun mencecet lari keluar dari zoo.

So, yeah. Affan, you have to love ibu more than you love babah. Titik.

Macam-macam cara saya cuba utk banyakkan susu. Makan lobak putih, makan kurma, makan supplement MaMom, minum susu, macam-macamlah. Alhamdulillah ada perubahan. 2oz tu dh boleh diusahakan bila duk bersandar mengepam 1jam. Lama, kan? Huhu. Tapi saya tamak, rasa belum cukup power bila dah boleh dapat 2oz tu. Siang malam godek google. Tanya orang sana orang sini. Then saya diperkenalkan dengan power pumping. Power pumping ni bukan nak bagi pump kita tu lebih power, tapi mempowerkan teknik ngepam. Saya follow. Tiap2 hari saya buat teknik power pump tu. Alhamdulillah, memang ada perbezaan seperti yg saya harapkan.

Tak cukup dgn tu, saya follow pulak beberapa mentor penyusuan. Mula-mula follow Puan Asiah Mahram. Suka tengok video-video dia kat FB nun. Kebetulan ada Minggu Support Breastfeeding so sana sini banyak betul program penyusuan la, sale barang2 menyusu la. Excited tengok Puan Asiah ni masuk rancangan Wanita Hari Ini. Puan Asiah ni dia lebih kepada aiming how to produce banyak susu. Bila tengok anak didik dia sekali pump boleh dapat 7-8oz (ada yg up to 15oz per session!), pulak tu sekali pump dlm 15-30minit je, saya mental down balik. Hahah.

Usaha lagi. Terjumpa pulak FB Puan Ziela Juzaila. Dia pun kategori mentor dalam bidang penyusuan. Saya follow dia diam-diam. Then rasa lebih seronok dgn pendekatan Puan Ziela ni. Pendekatan dia saya rasa lebih realistik. Dia tak fokus on banyakkan susu, tapi dia fokus untuk kerap menyusukan (atau kerap pump). Bila follow cara dia, saya tersedar yg selama ni saya dok compare kuantiti susu yg saya dapat dgn org lain. Saya berlumba-lumba utk ada banyak susu mcm org lain. Tapi dgn cara Puan Ziela, saya realize it's actually ok to just have 2-3oz per session. Pegang pd konsep bersyukur. 1oz ke, 2oz ke, itu rezeki Allah dah tetapkan utk anak kita. Pump beria sampai 88oz sekali pun, kalau Allah kata tu bukan rezeki anak kita, mesti jadi sesuatu kat susu tu. Tumpah ke, susu rosak ke, anything lah.

Satu lg kesedaran yg saya dpt ialah, susu kita pasti cukup utk keperluan anak kita. Pasti. Katakan anak kita sekali menyusu 3oz. Takkan lah Allah kejam isikan dada kita dgn susu 1oz je. Tak mungkin Allah sekejam itu. Kalau kita pump memang keluar 1oz je, bererti kita kena pump 3kali. Allah akan bg kita lebih kudrat utk mengepam.






See. Dia tak malu pun nk tunjuk yg dia dpt pump suku botol. Kalau org lain saya rasa tunggu botol penuh baru post kt FB.

Cantik je aturan Allah, kan? Dari ilmu menyusu pun kita boleh belajar menghargai rezeki dan rahmat Allah.

To those new mom yg masih mental down disebabkn isu susu ni, saya share semua ni sbb saya faham apa awak-awak rasa. Saya pun pernah lalui hari-hari yg downnnn sgt2. Saya pun pernah pump angin je walaupun duk khusyuk menadah selama sejam! Yakinlah, yakinlah dgn setinggi2 keyakinan bahawa Allah dah sebelahkan rezeki anak kita. Dapat hatta 1oz pun, ucap ulang-ulang "alhamdulillah ya Allah, alhamdulillah utk susu ini". Pandang botol yg terisi susu 1oz tu dan senyum lebar2 sambil ckp "Ini rezeki utk anak ku". InshaaAllah bila kita set mind kita mcmtu, kita takkan stress, malah kita enjoy nk menyusukan atau mengepam. Bila kita enjoy menyusukan atau mengepam, automatically susu kita akan lebih byk terhasil! Percayalah! :) :) :)

Bukan tak ada org yg mengasak saya utk bg formula milk pd Affan. Selalunya org tua makcik pakcik yg old-minded memang cepat je nak suruh saya bg formula milk. Tak cukup itu, suruh bg air masak dgn nestum baby terus! Kononnya nk bg baby kenyang and badan jd Michelin. Babysitter yg paling tua kat nursery Affan pun ask me to buy him formula milk. Senang katanya... Tapi kekecewaan yg paling hebat saya terima ialah bila en.Ubi sendiri in our early days as parents, dh plan nk belikn Affan fm. How did I react? Saya diam. Saya x response apa2. Tp dlm hati saya jerit laung kuat2 yg saya nk susukn Affan sampai usianya 2tahun (of course dgn izin Allah). Kalau dgn org-org tua yg suruh bg formula milk tu, saya pura-pura mcm aww-i-am-so-happy-that-i-found-you-and-i-got-your-petua-and-nasihat-aww-aww-aww! Jgn lupa buat muka paling manis dgn angguk-angguk kepala tanda tekun mendengar nasihat depa penuh minat. The real fact, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Otak dan jiwa saya dah full dgn susu yg Allah alirkan dlm badan saya.

InshaAllah nak, ibu takkan halang Affan dari mendapat rezeki Affan. Ibu ni cuma perantara yg mengalirkan susu Allah sampai pd anak ibu.

O ha. Ini pun lg satu tips supaya tak stress kena bgn tgh malam 3-4kali utk menyusukan anak. Bila anak merengek tengah malam nak menyusu, mmg kita akan lemau gilos. We are human! Nothing weird utk berasa lemau bila tidur kita diganggu. Tp try to cepat-cepat pujuk jiwa and mental kita, remind kan jiwa dan mental kita, bahawa yg terkandung dalam dada kita tu, yg membengkak dalam dada kita tu, adalah rezeki anak kita. Kalau kita malas bangun, tak ke mcm kita menghalang anak kita dari rezeki mereka sendiri?

*****

Saya pun belum all the time positive when it comes to hal-hal exclusive breastfeeding ni. Tp alhamdulillah, dh byk perubahan yg saya rasa bila kita fully yakin dgn konsep "bersyukur" & "rezeki anak" tu. Keep mingle around dgn mereka yg juga positive & support breastfeeding. You will feel the vibes. InshaaAllah :)