Tuesday, October 28, 2014

Puan

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan. Eceh. Mentang2 la skrg ni dh pegang title puan, gediks sgt nk assalamualaikum tuan puan bagai kan.. Oh ye, titew dah kawen awak... Hiks. Nama samaran suami titew en.Ubi. Hiks.

Hik, hik, dh mcm sedu pulak haih. Okla okla, be matured. Alhamdulillah, saya telah bernikah pd 2Muharram (26 Oktober) Ahad haritu. Harini masih lg cuti kahwin. Bahagia hidup bkn kepalang. Bahagia sbb takyah gi koje. Gahahah.

Mungkin ada yg dh terhidu, mungkin jg ada yg totally surprised Eh Irma dah kahwin!

To be honest, I myself still surprise and there were times yg I still cant believe that I am now a WIFE. En.Ubi lg la. Siang mlm pagi petang dok ckp yg he cannot brain all this. Sebelum tidoq bangkit tidoq dok tanya, "Eh kita dah jd suami orang ke?" Isteri ni dok la mengharapkan kata2 romantik mcm I love you like crazy bebeh ke, you are one in the million ke. Kan ke nyaman jek telinga mendengonya. Ini idak. Celik mata, tutup mata, dok tanya, Kita dah jd suami orang ke? -_-"

Kalau dh lps seminggu nikah beliau masih bertanyokan soalan yg samo kek den ni ha, ado jugak den tampal sijil nikah kt dahi den ni kang.

Anyone with my FB account might have seen gambar den & suami yg cantik2 jo. But now khas utk mekeme yg tahu kewujudan blog ni, meh den tepek all the spoiled pictures.

Spoiler #1. Pengantin tak cukup tidoq. Sebelum masuk dewan nikah, sebelum jamu selera, dok kira nk qada' tidoq jah.



Spoiler #2. Tangan en.Ubi di mana? *spesis tak reti posing*



Ada lg gambo. Tp suami i dh panggil. Soh tengok dia main dota -_-"

Tak percaya??



Saturday, October 18, 2014

Keterujaan

Salam Jumaat Sabtu semua. Draft dr pukul 1tghri, pukul 1pagi baru berjaya habiskan mengomel. Saya takdak idea nk cerita apa. Tu la, eloknya ada cerita je terus up kat sini. Kalau dok peram dlm kepala (dahla kepala ni pun cedera), short term memory lost la sudahnya.

Cerita paling fresh ialah we've bought dah cincin en.Ubi!!! Yayyy! Caner ropa cincin beliau? Ada dlm senarai gambar previous2 entry. Make your guess peeps mana satu yg akhirnya jd pilihan kami berdua ;) I was sooo happy sbb dh blh slash one of my wedding checklist. Tp byk lg yg blm settle. Masa masih panjang.. But more to it saya happy sbb en.Ubi sgt take part dlm pemilihan cincin td. If were to compare dgn sejarah beli brg hantaran yg dulu2, I felt a bit sad sbb walaupun beliau ada membontot saya masa beli the barang, but most of the final call, was on me. Ikut buah hati lah nk pilih yg mana. Kalau cantik and ok kt mata dia, kita ikut je. Hoh itu killer statement for me okeh. Buat saya berprasangka yg beliau tak excited dlm hal preparation ni. Lebih drama lg saya suspek en.Ubi rasa mcm kena kawen paksa pulak. That's why beliau tak beria-ia masa beli brg2. Pdhal dia tak beria sbb beliau tak pandai shopping. Bg beliau semua barang adalah/nampak sama -_-"

So, the ring! I terribly excites about it! I felt like joget2 depan kedai Habib tu. Ops there you go - I've mentioned it. Yeeha it's a Habib! :) Like I've said before, cincin pilihan kami tu ada dlm senarai pilihan cincin yg saya tepek haritu. Teka! Teka yg mana!

Price is lower than my budget yet a bit higher than my final budget. Haha. Cik Gayah punya budget ada kategori early bird ngan last minute. Korang ado?? :p

Lepas dh dpt cincin, kami singgah ke tempat lain pastu tetiba en.Ubi tanya, "Nak MacBook?" Waaaaaaaa mata guwe terjojol keluar terus! Sebelum terjojol tu mata harus bersinar2 dulu melambangkan hati bahagia sepenuhnya. Impian sgt MacBook tu hohoii. Tak kisahlah Pro version ke Air version ke. Janji MacBook. Tetiba rasa bertuah badan dpt (bakal) tok laki yg nk hadiahkn titew MacBook.

"Nanti ada rezeki lebih, kita belikan ye,"

Mata tersumbat masuk balik. He says NANTI okay. N-A-N-T-I. Not N-O-W.

-_-"

So td balik bawa cincin Habib saja. MacBook ada dok di kedai lg. Saya ok je :) Takde frust pun :) Beliau niat nk membelikan tu pun dah berbunga2 hati ni. Mana tahu jd hadiah birthday ke? Hikhik. Kena behave la dgn beliau lps ni supaya beliau tak bertukar fikiran. Haha. Bawang putih sgt naluri ni :p

Keterujaan nk memiliki MacBook ni sbb that day gi kedai printing nk amik bunting client. Kedai tu kat Pandan Perdana. I have to say that the shop lots are quite horror for me. But when I entered kedai printing ni, mashaAllah, it's an office cum a studio sebenarnya. Bukan kedai cikai2 je. MashaAllah cantik! Terus berangan nk ada office cum studio cenggitu jugak! Pehtu ternampak iMac kt bilik office dorang. Tu yg titew pun menggila nk ada Mac jugaaaak..! Artwork mesti lebih cun dgn adanya MacBook nnt. Oh, MacBook.. Oh oh. Teruja.

Dinding luar office yg mengerujakan. Sbb office
ada iMac, jd dinding luar pun ada artwork yg cun!

*Mode bodek behave depan en.Ubi turned on*

Wednesday, October 15, 2014

Liat


Gambar pagi tadi. Liat bangkit.

Goodnite. Semoga esok tak liat lagi.

Wednesday, October 8, 2014

Pecahnya sebuah harta

There were days en.Ubi cakap yg saya dah baik sekarang. Baik sebab dh lebih byk cool dr mudah norr kerut2 muka bila beliau buat perangai pelik2. Saya admit mmg saya cepat mood swing bila dia buat benda2 yg saya tak berkenan.

Simple example. Adegan kat kedai makan.
Budak amik order: Minum bang?
Beliau: Ribena
Budak amik order: Satu je?
Beliau: (Angguk) Maceh..

Lepas budak tu belah pergi, Iolls akan serta-merta jeling en.Ubi dan moncong ke sisi barang sejengkal dua. En.Ubi confirm2 gelabah sebab eh ni dah kenapa pulak moncong sampai nk terluar gerai pulak ni? Titew buat salah apa... Begitu gamaknya en.Ubi monolog dalam hati.

Buah hati...  cubaan en.Ubi nk memujuk Iolls tp haruslah Iolls pura-pura tak dengar kannn.
Buah hati...  Iolls membatu juga lagi.
Buah hati...  dan selalunya antara panggilan ke 4-5 beliau akan diam kejap. Dia pulak yg test Cik Gayah kot2 Cik Gayah mula rasa bersalah sebab buat dono kat beliau. Masa ni ikut tahap evil Cik Gayah. Kalau sgt evil, mmg Cik Gayah akan seeeeeeeeeeeenyap jek.

Buah hati...  cubaan seterusnya. Saya toleh kat beliau. Tengok mata dia tajam-tajam. Beliau buat muka terpinga-pinga. Beliau takut gamaknya dgn pandangan halilintar saya so dia alihkan pandangan ke tempat lain. Then dia tengok saya balik. Tak sampai seminit beliau senyum terkulat-kulat pastu ketawa dgn saya pun ikut ketawa. Our kungfu-fight end there. Fail -_-"

Long story short saya explain yg saya bingit dengar dia order ribena dgn sebutan ri-be-na. You should pronounce it as rai-bi-na not ri-be-na. Kan! Another scene bila dia sebut ma-ceh. Ohoihoi sebut terima kasih betul2 tak boleh ke intan payung??????????? Te-ri-ma-ka-sih.

Yes I am that annoying fussy. Saya tak suka orang yg meleweh2, yg cakap mcm xcukup gigi walhal awak tu cukup sifat. And come on, you are now, what, 26 years old. Tak payahla nk gedik2 maceh maceh tu. Pernah ke korang dengar Mahathir ke Nik Aziz ke cakap macehh... Tak pernah kan? Saya percaya what you presents is what people think of who you are. Awak tu kerja elok alhamdulillah, bijak alhamdulillah, cukup sempurna malahan hensem gagah perkasa kat mata saya ni ha, alhamdulillah.., pembawakan diri pun biarlah yg enak mata memandang. Bukan nk suruh beliau order sambil speaking london kat mamak tu. Tapi kalau mat rempit pun boleh cakap Thank You, inikan kita nk tergedik-gedik cakap maceh. I. Just. Dont. Like. It.

Anyhow, that was me back then. Tak berapa nk back la. Mungkin 2-3bulan lepas saya masih cepat mood swing camtu. Lately saya rasa penat nak ikutkan rasa-rasa negative ni. Rasa marah, rasa tak puas hati, rasa nk perfect in all doing, rasa tak suka dgn kerenah en.Ubi yg pelik-pelik. Klimaksnya semalam. En.Ubi called me and told me that he wanted to inform me something but I cannot be angry about it. Oklah saya pun try to calm myself sblm dengar apekenda yg beliau nk bgtahu tu.

Okay, apa dia? Cakaplah.
Sunyi.

Cakaplah.
Sunyi.

.. Skrin laptop pecah.
Sangat sunyi..

Laptop yg en.Ubi cakapkn ni ialah laptop yg saya hadiahkan pada dia baru beberapa bulan. Tak sampai 6 bulan. Mungkin baru 3bulan. Dan semalam, skrin laptop tu pecah. How should I react, guys? Ke mana moncong mulut ni nak saya halakn? Nak marah nak jerit2. Sangat rasa nk express kan kehampaan saya ni. Pedih hati mendengor. Last-last saya nangis. Masa menangis (terus letak telephone merajuk taknak cakap dgn beliau) beria-ia cakap dalam hati taknak contact en.Ubi seminggu lamanya. Sbb rasa merajuk sgt2. Taknak jumpa en.Ubi, taknak jawab call dia, taknak update dia apa-apa, taknak taknak taknak.

Dan pagi ni, masuk je kereta, the taknak taknak me was dialing en.Ubi's number.

Manja, kita nak pergi keje dah ni. Doakan.
Ok, hati-hati. Apa-apa update.
Baik..

-_-"



I have learnt not so long time ago, the fact that all the things that we think we owned it, are just a-thing. Nothing more than that. Dan sifat segala harta benda di dunia ini adalah sementara, tidak kekal, akan ada pengakhiran. I had to see the very first scratch on B's skirt hanya 2jam lepas saya 'dapat' B. I was hating myself. And that sounds not really good when you hate yourself. I called my close friend in the middle of night and cried just because that scratch. And she said, "Yg kita kena betul2 jaga, cinta sayang rindu dendam adalah harta-harta akhirat kita. Ingat, itu semua harta dunia, Irma. Memang bersifat tak kekal eloknya cantiknya"


Monday, October 6, 2014

Raya Haji Raya Korban



Iolls redho tepek gambo muka pucat lesu. Maklumlah, penat memasak. Lipstik pulak tertelan sekali masa makan nasi impit kuah kacang rendang ayam and dendeng. Ok part memasak tu tipu. Part tertelan tu jek yg sahih sbb Iolls mkn bertambah. Lesu sbb penat makan. Gaha.

These are my gugurl cousies sebelah mama. Missing 2 however, kakngah & pijah. Depa blm sampai. Masa kecik2 inilah kwn gaduh berebut segala benda. Paling tak boleh tahan berebut nk up sekolah siapa yg ada bdk lekaki paling hot. Ntahpapentah. -_-" Saya pernah cubit yg 2 dr kanan tu sampai lebam. Eh saya cubit ke saya gigit ntah. Yg pasti mmg lebam. Gahah. Puncanya x igt dah! But as we are getting older, she became my secret garden. Segala tok nenek rahsia post kt dia dulu. Masa titew break dgn ex-bf titew, dia yg tahu dulu. Dia ler yg carikn titew bf tu in the first place -_-" Masa titew kuch kuch hota hai dengè orè pata timo pung, dio la hok tahu dulunyo. Pahtu dio awà2 oyak doh, takyohla ngè orè jauh nim. Mujo ikuk nasihak dio. Kalu dok gak, mapuh la kelik kapung ngè hargo minyok lo ni. Hahah.

Semua dh kawin except me, pijah & yg paaaaling kanan tu. Yg kanan tu baru masuk uni. Me & pijah je yg dh kertu tak kawin2 lg. Tp pijah bernasib baik sikit sbb dia muda setahun dr saya. So kalau org tnya pijah bila nk kawin?? Jawapan selamat dia - Lepas kak ima. Cisssss.

Salam Aidil Adha!! :)

Thursday, October 2, 2014

Cerita tentang minyak dan payung


Dr bln 4 mula dpt B, sampai laa ni, saya mmg susukan B dgn minyak company. 2kali je desperate isi minyak logo hija. Sekali masa kt penang, the second time bile ek x igt. Tp yg pastinya selagi blh cari logo cengkerang, selagi tu lah akan pndang sipi2 jek yg lain. Bkn berlagak dan bkn pula yg lain tu xbagus/xbest. Masing2 ada teknologi bahan api yg tersendiri. Cuma saya rasa xsalah if saya support product company tmpt saya mkn gaji berbanding produk negara.

Dulu2 masa zaman sewa kete or pnjm kete kwn, saya suka isi esso. Sbb saya rasa enjin kete jd lbh smooth. So why did I tepek gambar payung hija tu? Takdak apa sgt. Smlm masa tgk berita harga minyak naik, tetiba kt fb nmpk kwn comment kt page minyak hija - kt gambar yg saya tepek ni lah. At first I was like Cantiknya payung!! Macam.. nak.. satu.. But then when I read the comments (there were like 300+ comments), all are in negative tones. Tak kurang jg yg tetiba comment iklan jana pendapatan -_-"

What with the payung that everyone marah sgt? Harga minyak yg naik. Payung tu percuma kan?? Rupanya yg org dok mengamuk sbb actually promo payung free ni dh lama & dh berjalan sblm ni. Dan promo tu dah hbs dah pun! Tp raaaaamai yg xdapat buat penebusan sbb stok payung free tu hbs. Hbs terrrlalu awal dr tarikh akhir promosi. Disebabkan promosi dh berakhir, habuan yg dijanjikan pula smpi ke sudah xdpt, maka dorg pun dh buangla kad/resit (bukti utk redeem payung) tu. Tuptup 2mggu kendian promosi ni run balik. Mmg mengamuk la kan. Sbb mcm digula-gulakan.

It may sounds like Ala, payung je pun.. But that wasnt the pain. The actual pain is that you have broken your promises to the people. Kena fikir logik. Dlm satu hari je dr pukul 12:01am ke 11:59pm berapa ribu driver & biker yg ngisi minyak? Kalau seminggu? Sebulan? Dah kalau stok payung free kome hntr kt branch 100kaki payung je utk stok redemption sebulan, pastu tak restock, mmg logik la the people yg xdpt tu mengamuk.

In this scenario, sapa nk kena ping? I would say marketing department. All the idea, survey, strategy, vendor, (& budget proposal) came from that glamour department.

Dulu masa saya kerja kt Celcom pun ada isu-isu yg lbh kurang mcmni. Walaupun marketing wasnt my field of duty, tp yg mana tau saya keje Celcom sure hentam saya if dorg xpuas hati dgn promo Celcom. Kdg2 network mengong pun saya juga yg kena hentam. Mcm kn saya ni blh pnjat antena nk adjust2 network -_-" Prepaid kena potong pun Cik Gayah yg kena hentam tau. -_-"

As a wrap, saya nk ckp, kepada staff minyak hija, bertabahlah ye dgn isu payung ni. U just have to deal wth it as u carry the big name. Dan kepada kita-kita, it is good that we have a place (fb) to rant. May the big name sees this issue. Cumanya, berpada lah. Jgn nnt pantang jumpa staff minyak hija, hbs kita sembur deme tanya psl payung. Ingat, deme keje kt sykt minyak, bkn sykt payung.