Friday, April 24, 2015

Entry bercakap seorang diri

First entry tanpa pembaca selain diri sendiri! Tak tahu nak happy ke nak rasa tak best ke. Mula-mula create blog dulu sebab syok baca blog orang yg share ilmu itu ilmu ini, share pengalaman travel and whatnot. Tak tahu la mai mana confident gila masa tu nk ada blog juga macamkan kita ni banyak nau ilmu nya yg nak di share kan. Plus macamkan kita ni banyak nau duit berjalan ke sana sini. Oh another thing yg trigger me to have a blog was the lonely feeling. Sendu betul hidup masa tu (perkataan sendu belajar dari nameeroslan yg cun melecun tu ye rakan-rakan. Eh now where go rakan-rakan reading this! :\)

Malas la nak dikenang kenapa hidup bermuram durja dahulu kala. Yg penting sekarang saya ada en.Ubi yg menghiburkan *tutup mata itew nak kissh en.Ubi sikit ni* (sekali lagi terlupa  yg sekarang saya sorang je boleh baca blog ni weyh!)



Semalam gi klinik, balik tu terus cari lunch dekat2 area rumah. Saya cedok nasi sikit pastu ingat nak amik ayam masak kunyit dari jauh nampak menggiurkan tapi tak jadi sbb ayam mcm keras keung je lah pulak. End up saya amik one slice ikan (kari ikan) dengan bendi satu. That one slice ikan let me tell ya it's really small one okey. Sebab saya mmg jenis tak makan lauk sangat so sengaja pilih slice yg paling cenonet. En.Ubi ordered milo ice. One kakak came to our table and pass over a piece of paper dgn harga lunch saya. It was RM7.50. Lepas makan, saya ke kaunter nak bayarlah kan so I showed the paper. En.Ubi pergi kedai sebelah beli kunyah2 pulak (saya kerap lapar sekarang ni. Huuu) To my surprise, masa nak bayar kakak kaunter tu tanya minum apa? Saya blur tapi mulut jawab - milo ice. Saya nampak by the calculator, kakak kaunter tu add up RM7.50 dgn harga milo ice. Saya bayar the total tp sebab den tak pueh hati den tanyo kakak tu, "Td saya makan nasi lauk kari ikan je. Yg RM7.50 td belum campur harga air sekali ke?" Then the kakak answered, "Ikan jenahak tu dik. Ikan jenahak memang mahal"

Saya rapidly do my math. Katakan nasi RM1.50. Bendi tu katalah kejam nau dia nak caj juga RM0.50 sebab considered as sayur/ulam. Ikan jenahak sepotong kecil sampai RM5.00???? Kehidupan apekah ini weyhhhhhhhhhh..! Saya tak tahu if para peniaga makan tengahari memang caj camni juga but sorry, I have to band eating outside lunch kat situ dah. I mean, hello, tak sampai 15minit dari kedai tu, saya boleh dapat fish and chips sedap (at least kena selera saya la) dengan harga RM5.00 sahaja hokeh. Babai kedai-kari-ikan-jenahak-mahal-melampau. See you never again.

Jika nak jimat lagi, patut masak jelah kan? Kalau masak sendiri, makan nasi panas dengan telur dadar pastu potong cili padi campak kicap pun udah menyelerakan yg amat kan? Makanya kenapa loh tidak masakin aja di rumah? Alasannya sebab ni..




Kami recently pindah rumah. Tengoklah atas kitchen cabinet masih bersepah :( Actually bukan semua barang dah dipindah masukkan ke rumah baru, nak arrange ke nak kemas ke masih ada keperluan-keperluan yg takde. Contoh utama, tong gas. Gas tarak how to masak? Ammak~

Moreover en.Ubi keje jd takde semangat kudrat nak ngemeh sorang-sorang (adakah ini alasan semata-mata??).

Deep down in me, saya nak cepat-cepat kemas bahagian dapur sebab nk masak. Untuk diri sendiri yg agak kuat makan lately, nak masak bekal untuk en.Ubi gi keje, nak jemput close family member mai datang rumah ni and cook for them! Semoga datang kudrat, datang semangat, datang kesungguhan untuk mula mengemas dapur. Till then, kita pi mamak makan tosei rawa lah ye yang.







Thursday, April 23, 2015

Blog nak di private kan tau..

Assalamu'alaikum!

Haritu en.Ubi tegur, more on tegur dan tanya lah. Sekarang-sekarang ni kenapa saya dah jarang amik gambar? Erm.. Tak tahu nak jawab apa. Like I didnt really notice it by myself and I didnt find it really an issue tho. Ni yg nyampah kalau en.Ubi start bertanya ni, buatin guwe mikirin sampai pining. Ok dosa nyampah-nyampah kat suami sendiri. Malam kang sebelum tido minta ampun. Oh ya so I think think think over and over again. In the end, jawapan yg saya rumuskan ialah :

1. Kenapa dah x ambil gambar sekeliling?

Tangan kiri kan parkinson light light lagi. Tangan kanan je yg kuat. Kalau nk amik gambar jenis saya ni sokmo kena pastikan angle, lighting, dimension, kena cun. Baru mai mood nk capture that moment. Kadang semua tu dah cun, tapi sebelah tangan kanan pulak tgh pegang barang. So how la to amik gambar? Kuburin harapan itu.

2. Kenapa dah x ambil gambar sendiri?

Selfie. A big no la for me for sure. Dulu rasanya den ratu selfie juga. Tp sejak sakit ni muka pale, sememeh 24jam, tudung pun 2saat je cun selebihnya ketkot-ketkot dah. Tu masa pakai tudung instant with awning, cuba bayangkan kalau pakai tudung bebelit. Uuu ngeri nak bayangkan. Tak payah bayangkan. Selalu juga tanya kat en.Ubi, Kanda, dinda cun tak? Dengan yakin dan penuh tonasi ala Kassim Selamat beliau menjawab, Dinda lah insan yg paling rupawan di alam semesta -_-"



Eh, bakal wife Zizang nama Edora tu cun kan! Rasa lagi cun dari Emma. 
*tetiba bergosip secara berhemah*



I guess I am all satisfied with my answer. Takpelah, nanti-nanti Allah dah bagi rezeki sihat sepenuhnya kita amik gambar puas-puas ye yang. You tengah nguap pun nanti titew cecepat amik gambau k.

Last but not least, ni saya nak bagitahu.. Blog ni akan di private kn untuk tujuan.. erm tujuan apa ek.. ala, utk ada lebih privacy maa. Sebab lepas ni saya ada benda personal yg saya nak abadikan (eceh) dalam blog ni. As for now, saya belum rasa nk share yg gila2 personal wide open. Hm, tu je kot nak kongsi as for now. Tata



Ehhhhh sebelum terlupa! En.Ubi dah upgrade sekarang uolls. Tak meroyan nak beli lingkaran ubat nyamuk dah. Sekarang beliau sibuk nak beli penyembur nyamuk pulak dah. By the way, it's a SPRAY. I mean, you can just say you want to buy a spray yang. I will absolutely understand.




Antara gambar kegemaran yg saya ambil masa sihat wal'afiat :')

Wednesday, April 8, 2015

Cik Epal VS Imam Muda Asyraf

Idea nk tulis pasal entry ni dh berminggu juga. Cuma tak jumpa mana en.Ubi sumbat cable charger laptop.

Arakian satu hari tgh scroll2 insta, terpaku mata tgk blogger terkenal Cik Epal share gambaq dia pi London pulak. Wahhh jelesnya! Rasanya dia baru je blk dr Jepun. Bestnya hidup weyh keje bercuti luar negara sokmo mcm kn bangun pagi jek menguap wa wa wa keluar duit gittew. Adakah Cik Epal ni betul2 menguap keluar duit? Kot botoi, nak gak den tunggu topi katil dio tiap2 pagi. Dapek dlm limo ratus setiap pagi cukup lah. Den mintak diri poie balik.

Sedar bhw itu semua khayalan, saya pun scroll2 la gmbrb kt insta Cik Epal lg (such a stalker botoi. Gahah). Pastu terjumpa dia pernah share cheque bernilai 24k plus minus hasil dr dia berblogging. Terbuntang biji mata iolls di situ. Nk stalk lg tp meyhhh x payah la. Baru tgk sikit gmbr dia pun hati dh jahat dgn noda2 cemburu. Cemburu yg positif kalau tdk dikawal blh bercambah mnjadi cemburu yg negatif.

So saya tekan button back dan kembali ke newsfeed insta. Scroll2 this time around terhenti pulak pd insta Imam Muda Asyraf. He posted gmbr beliau dgn his wife. First thing yg terdetik dlm hati saya Ayu je raut wajah isteri Ustaz Asyraf ni. Baca caption beliau pulak. Panjang. Tp demi mekeme yg tak berapa rajin nk pi cari which post yg saya mksud kn ni, let me share it here.


*****

By @imammudaasyraf "Teringat sewaktu sy mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kpd mertua yg sudi menerima insan yg serba dhaif ini menjadi menantu. Walaupun ketika itu mrk tahu sy tak mempunyai sumber kewangan yg utuh. Sy buat partime sbg imam rawatib di masjid sebab nak sara anak orang sbg isteri. Dgn gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yg mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan. Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama utk pulang ke kampung. Apa yg sy kagum dan sy akan ingat selamanya ialah pesanan dari seorang isteri : "Abang.. Ayang tak minta abang bawa balik kemewahan. Tapi cukuplah dgn bawa pulang kpd keluarga rezeki yg barakah"...Beliau langsung tak pernah minta wang utk beli pakaian melainkan apa yg sy belikan. Beg tangan dan Kasut seadanya. Kadang terusik di dalam hati seorang suami utk membeli sesuatu utk menggembirakan isteri. Tp si suami tak mampu. Rumah flat yg tiada katilnya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan, Kotak sebagai alas pinggan. Almari zip yg terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yg paling bahagia. Detik itulah yg paling sakinah. Payah namun indah. Rumah sempit namun hati lapang. Perit dahulu menekan keangkuhan. Sakit dahulu mengingatkan kesombongan.  Semua yg kita dapat sekarang adalah pemberian Tuhan. Dia beri pinjam hari ini, maka tak sukar utk Dia ambil semula esok hari. Beringat wahai si tuan badan. Sy kongsi kisah ini bukan utk khabarkan sejarah diri semata. Krn sy tahu rasa sy ini pernah juga dirasai kebanyakan pasangan. Sy tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramai yg turut melalui. Bersyukurlah apa yg ada. Sebelum menangis bila dah tiada. Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka disisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dgn kita walau kita tiada nama. Mereka sudi disisi kita walau kita tidak berharta. Semoga Allah mengAbadikan bahagia ini hingga ke syurga.#HindustanGitu #TetibaBaikNiKenapa"

*****

I've told ya. It's lenghty.

But worth reading it right? Bg saya, it is more than worth. Kalau saya tak stop stalk insta Cik Epal, tak mustahil cemburu positif saya bertukar mnjadi cemburu negatif. Which will buat diri sendiri tak memasal sakit jiwa tgk knp org lain hidup mcmkan xdak mslh lgsg. Dahla tak memasal sakit jiwa, pulak tu kita ni ntah sapa2 sikit pun Cik Epal xdak hati nk berkenalan. Gahahah. Buang karen jek sakit jiwa sensorang.

Lagi, kalau saya x stop stalk insta Cik Epal, bateri hp saya mungkin hbs dan x dpt la memotivasikn diri sendiri dgn pngalaman berharga Ustaz Asyraf.

Well, my point is, in times I felt so down, these are the kind of motivation yg saya perlukan. Kehebatan dan kekurangan mereka2 insan yg Allah pilih. Tak boleh kalau saya semedang dok tgk org yg lbh susah dr apa yg saya alami/lalui jek. Nnt xde pulak smgt nk majukn diri supaya lbh mnjadi manusia yg berkualiti. Dan tak boleh jg kalau forever tgk org yg berjaya shj sbb nnt akn mkn diri - sikit2 terkikis rasa bersyukur pd pmberian Allah pd kita dgn apa yg kita ada skrg.

Penutup bebel pnjg saya hari ni, to both Cik Epal & Ustaz Asyraf, walaupun mungkin forever mekeme takkan mngenali Cik Gayah, Cik Gayah tetap nk ngucapkn terima kasih sbb mekeme telah memotivasikn mike dlm keadaan mike down. Mike doa kome terus diberkati Allah dunia akhirat. Amin.