Friday, December 30, 2011

Se-Merah Padi

Hari ni start keje semula stelah 2hari MC. Kali ni bkn MC ngengada, MC lutut sakit punya pasai. Sangatlaaa orang2tua saya ni. Sakit lututla, sakit tulang belakangla 7_7 Abaikan. Teater hari tu best! Haha. Though it is not somethg to be proud of, tp enjoyla tengok teater.


--------------SE-MERAH PADI--------------

Yup, yg cerita p.ramlee tu. Honestly, cerita arwah yg sy betul2 tgk sampai habis, Ibu Mertua, Bujang Lapok ngan Nujum Pak Belalang je. Others, tak pernah tgk smpi habis and xtahu pun jalan ceritanya sbb sy rasa xbest. Huu. (semoga jika ada dosa arwah, maka diampuniNya. amin). So kekdahnya (apehal tone jadi cik gayah plak nehh T_T) kali ni mmg tgk Se-Merah Padi smpai habis. Barula tahu watak utama cerita tu ialah Teruna, Dara, & Aduka.

Siapa2 yg xtahu pasal cerita ni, meh nk brief sikit.
Dara ngan Aduka bcinta (tp hakikatnya Dara yg gedik tlebih2 kt Aduka. Tak tahula kot dlm teater je deme buat gitu). Tp Dara ditunangkan ayahnya kpd Teruna. Sesuaila konon, Dara, Teruna. Heh! Dorg ni semua tinggal skampung kt Kampung Se-Merah Padi. Kampung ni saaaangat bpegang pd ajaran Islam (bab ni i loike. ada azan2, syair puji2an utk Allah). Nk djadikan cerita, Raja perintahkn setiap kampung hantar bbrapa org pdekar nk lwn lanun (lanun ke? ker org jahat mana ntah. xigt!). Wakil kampung dorg ialah Teruna dan org2nya. Dara hepi la dpt gedik2 ngan Aduka. Aduka cool je dr mula cerita. Hohoh. Dlm pd tu, kampung dorg kna serang ngan org jahat dan Dara kna culik. Confirmla Aduka yg gi selamatkn Dara. Dh selamat, pastu hujan-ribut bagai. Bteduhla dorg kt pondok. Pehtu Dara gi galak2 sgt mcm nk goda Aduka. Akhirnya Aduka ttewas jg pd nafsu and bzina la dorg. Cissss. Nyampah i. Hahahah! Lps tu, dan2 Teruna balik dr bperang. Aduka rasa bsalah, gi mngaku salah dorg tu kt bapa Dara+Teruna. Kenala hukum hudud. Habis cerita.

Watak2:
Khir Rahman/P.Ramlee is Aduka
Fauzi Nawawi is Teruna (dlm cerita P.Ramlee tatau siapa pelakonnya. Nordin Ahmad kah??)
Abby Nazri is Dara (patutnya Jue Aziz tp bliau sakit so xleh blakon)

Ni sikit gambar kenang-kenangan :)

tiket. PERCUMA. hehe 
Dr luar Istana Budaya. Ala-ala Opera House, Aussie kn?
Entrance to pintu teater
Jenuh tggu pintu hall teater dibuka
Sempat snap before teater start
Pembukaan
Penutup
The actors and actresses
Sikit from the main door

Till I'm blogging again, smile! :)

Saturday, December 24, 2011

Entry boring

Teka saya di mana laa ni.



Lambat! :P
Saya kt Library UTM Space. Sj mlepak di sini sbb klas dh habis awal and pehni nk nonton teater kt Istana Budaya. Wuhahah. Semangat nk tgk teater sbb ni kali pertama. Kakak ofce dpt bbrpa tiket free. So saya ajak coursemate @shinuka teman gi skali. Padahal cerita ape yg dpentaskan pun tatau. Semerah Padi kot. Tajuk mcm xmenarik. Takpe. Later i review bout it kalau BEST. Hehe.

Td class Matematik II. Mcm sgt enjoy and best sbb i) Saya memang suka matematik cuma tidakla hebat mlampau2 ii) sbb lecturernya sgt cute *perempuan okeh* Muda lg. Umur baru 28. Paling best, cara dia ajar mmg clear sangatsangat.

Esok pagi2 saya akan balik kampung naik bus.

Hm. Takdak cerita dh. Bai.



Till I'm blogging again, smile! :)

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday

sy bkenan kn kata2 awak . . . 

Till I'm blogging again, smile! :)

Monday, December 19, 2011

Ok. Ada beberapa benda yg sy rasa nk share.
Benda pertama (sila baca dlm hati kuat2 yeh); Subjek Pengaturcaraan susah giler weehhhh..!!!! Keluar airmata darah smlm. Huu. Lecturernya Pn Halimah, dia lemah lembut je orgnya, btudung labuh. Mmg sejuk mata mmandang. Tp dia ajar laju sgt. Sy dh mcm kura2 kejor ERL jadinya Y_Y Class baru 2hari, tp lab test je dh 3kali. 7 January nnt dh ada marking test. Pffthhhhh~~~~

Jwbnya lepas ni tiap2 hari sy kena jinjing beg laptop bawa pulang utk keep try and try and try buat coding smpai hebat. Allah, shoot my brain with yr magic please!

Lagi mau cerita ape yeh? Oh. Rasa mcm nk tukar katil. Katil laa ni katil kayu wrna gold-chocolate. Dh lama dh bkenan kt katil ikea nih. Like my dream bed la.

santek kann katil ni. mcm princess je kalau lay on it ;P

So cadang2 nk jual current bed frame, nk beli katil ikea tu. Latest sy check hrga katil ni ialah rm449. Sblum ni rm549. (Sy betulbetulbetul jatuh cinta dgn katil ni!!) Pastu baru smangat nk deco2 bilik baru. Deco ni have to. Sbb sy nk create study area spya the environment betul2 fit for study. Zaman belajar dh lama sy tinggalkn. Believe me. Bkn mudah utk org yg mind set + lifenya dh 2-3tahun bkerja nk return back to student life.
*Semoga segala kemudahan dkurniakanNya*

Sekian. nak start buat kerja and curi2 masa study pengaturcaraan yg susah bangat tuhh ~_~




Till I'm blogging again, smile! :)

Thursday, December 15, 2011

Saya cantik ke???

Bila belek-belek muka sndiri kt cermin, kadang-kadang ternampak serinya muka sendiri. Yang lebih dari kadang-kadang, adalah buruknya muka sendiri. Tp tdkla pulak saya ckp this God's creation xcantik. It just me yg xpandai and pemalas jaga muka. Dulu kecik2 degil. Mama cakap chicken-pox tu bila dh kering dan berkupil, jgn dikopek2 kupil tu. Nnt muka bbekas sampai ke besar. Hasil degil tu, melekatla kesan chicken-pox sampai laa ni. DushDush. Tumbuk diri sndiri.

Cerita pasal cantik tak cantik ni bukan apa. Agak pelik pulak 2-3hari ni ada mata-mata yg nmpak saya cantik and murah pulak mulut mereka mberi pujian. This is weird yallsss. Sbb hakikatnya sy ni lgsung xmasuk kategori cantik. Hidung antara mancung ngan kepek (hahah! try bayangkan camane tuh ;P), kening xcukup sifat pasai masa baby2 dulu, nk tidur, sambil minum susu, tgn kanan pegang botol, tgn kiri dok main2 kening smpai tcabut hujung kening, gigi sy besaaaaaarr wpun tsusun. Tu belum amik kira bekas chicken-pox lagi. Confirm mmg xboleh masuk kategori cantik 7_7


A day before encik kt atas ni bai pujian sdemikian, sy gi mkn ngan officemate kt sbuah restoran ni. Masa tu pakai biasa2 je rasanya. Pkai jubah hitam ngan tudung hitam. Plus ktorg baru mredah hujan lebat tht time. Nk dijadikan cerita, lepas mkn, lepas bayar, ada sorg pkerja restaurant tu ckp, "Kak, ada abg kirim salam" Sy pun tsipu-sipu malu la di situ. Bahahahahhh. Tipu! Takde maknanya sy nk tsipu2 sbb sy memangmemang 'xcair' dgn bnda2 cmtuh. Sy cuma buat muka tkejut sikit and dok pakat ketawa sikit dgn myfriend tu. Pastu budak tu sambung lg. Sy igtkan dh habih takat tu je. Dia ckp, "Abg tu cakap akak cantik, nk tahu nama boleh?" Time ni mmg sy ketawa betul2 sbb gelihati. Kuuuu semangat. Mcm dlm sinetron plak rasanya. Since bdk tu keep standing next to me mnta jg dberitahu nama, sy pun bhenti ketawa. Sy usik dia, "Nama kakak ni xmo tahu skali?" Bdk tu ketawa malu2 and dia masuk ke dlm restoran (ktorg kt open area). Seconds before ktorg gerak balik, bdk tu dtg lg kt meja ktorg. "Kak, abg tu nk mnta nombor telefon boleh?"

Kali ni sy senyum simpul je. And budak tu pun mcm fhm kot yg i wont for sure give my number. Dia lari masuk and keluar balik and says, "Kak, sori kak, yeh. Abg tu pun mnta maaf" Sy senyum. Dia pun senyum.


******Alhamdulillah. Maaf dari budak 'dan abg' tu lebih saya hargai dari pujian cantik td. Saya rasa lebih dihormati bila 'abg' tu tahu dan sedar, memikat hati seorang perempuan bukan stakat dgn mmuji bahawa perempuan itu cantik.



Till I'm blogging again, smile! :)

Wednesday, December 14, 2011

Tuesday, December 13, 2011

Hari tua

Pernah xrasa yg korang dh tua? Sy prnah dan selalu. Sy mmg slalu terasa diri ni dh tua, atas sebab-sebab ni:

1. Pagi2 sy kena sarapan 'bergula'. Which means kena ada kandungan gula yg sesuai dlm menu tu. And yes, apling minimum, nyonyot gula2 pun xpe. If not, blood pressure sy akn low, low, low yg blh mbawa kpd sesak nafas or worst more, pengsan. Sangat nenek2 kan sy ni..? T_T

2. Sy smakin kerap cari bahan bacaan terutamanya berita dan bnda2 ilmiah. Smlm housemates ajak tgk Lion King. Dorg siap nangis2 tgk cerita kartun tu. Siap keluar masuk bilik sbb xsanggup tgk scene2 sedih. I was like.... errrr... Lebih kpd xde perasaan. Cerita kartun je kot!

3. 3 hari xmkn nasi sy blh rasa sedih. Bahahaahahh! Yg ni baru betul kalau nangis ^_~ Dulu, masa muda2, tiap2 hari bedal fast food pun xpe. Laa ni nasi juga yg kucari-cari. Hai la nasi..

4. Prefer mineral water dan air suam. Ayaq coke yg heaven giler dgn ice cubes blh tolak tepi mentah2 cmtu je hokeyy. Lalalalaala~

5. Bdn kena cukup tidur. Or sbnarnya lebih kepada cepat ngantuk. Lps isya' dh landing atas katil :))


Tapi, 1 perkara yg buat sy tahu bahawa sy masih muda ialah:

Sy masih takut telan ubat. Which means lubang tekak sy masih cenonet je sizenya. Hahahah. Seksa giler kot nk telan sebiji ubat. Blh habis sebotol mineral just utk telan sbiji ubat je #_#

doakan sy cepat sihat. amin.
 
Till I'm blogging again, smile! :)

Friday, December 9, 2011

Class oh Class~

This week's classes are cancelled! Tak tahu la nk hoyeaahh ke nk tunjuk muka kbosanan. Hati dh bkobar2 ni nk start blaja and have all those dry materials (buku-buku) yg kalau baca blh tkeluaq biji mata. Tp class asyik cancel je.. Nape...? ~_~" 

Fiiiiiiiiiiisrt class, (not really a class actually) -masa 1st week hari tu ada mcm induction week la kot. CANCEL. Ok, fine. 2nd week which is last week, my lecturer lupa yg ktorg ada class. Luckily dia igt last minute and so we were able to meet her in the class. Tp tu pun more to sesi suai kenal je sbb dia rush to UTM JB. She was very energetic and fun lecturer i think -at least my first impression to her is good. Hahah.

Smlm check portal for this week's classes, pun cancel jg. Alasan? Wallahu'alam. So nnt ada class gnti. I was sooo excited to start 'study' smpai buat bnda2 excel ni; payment structure, class schedules ^_^

u may enlarge the pic *B for Batal*
ada lg rm700 kena byr tu UTM. heheh
Since sabtuahad ni xdak class, apa lagi.. Gi kais pagi mkn pagi la kt SKMM. Okla kot kan? Assuming that Tuhan buka pintu rezeki kt SKMM nk bg sy kumpui duit utk bayaq yuran study la nehh. Thank you, Allah!


Till I'm blogging again, smile! :)

Thursday, December 8, 2011

Melupakan

Dono why i have to share this, but nk juga! Bahahah~

Cara sy melupakan ssuatu yg xperlu lg sy ingat :-

1. Pray.Pray.Pray!
2. Remove ssuatu itu dr friendlist FB (semua org pun ada FB kn..)
3. DO NOT stalk ssuatu itu lg
4. Jgn terlalu menghayati lirik lagu-lagu sedih
5. Busykan diri smpai kpenatan. Sampai dlm kepala cuma fikir nk tido, tido, tido. Heheh
6. Flirting around. wakakakakakaakk. Tp dgn cari bhemah dan diredhaiNya hokeyy

Sy tahu, mudah utk kita bcakap tp xmudah utk yg menanggung. Mcm ni laa.. Back to basic. Sematkan dlm hati that; It will come to an end (regardless happy or not) if we put expectations and hopes in humans/things/systems. Tp kalau harapan kita tgantung spenuhnya pd Allah, nothing will crash yr heart. Kalau ada pun, sipi2 je. Mcm Allah dok bgurau dgn kita. I love to think this way :))

And ni ssuatu yg sy nk pesan (mostly to remind myself)..
Kalau seorang hamba Allah mperlihatkan ssuatu tingkah laku yg kurang molek atau pmakaian yg tdedah, jgn mudah kita mlempar kutukan atau rasa benci pd hamba tu. Subhanallah, kalau Allah menginginkan hamba itu btaubat, ssungguhnya ibadah org yg btaubat itu adakala lebih hebat dr kita yg cukup solat 5 waktu ni. Renung-renungkan dan selamat beramal! Bahahahahaahh ^_^V


Till I'm blogging again, smile! :)

Wednesday, November 30, 2011

Cerita Hijrahku

Salam Ma'al Hijrah semua. Sy pun dh betul2 bhijrah hjg mggu hari tu. 97% things settled psl moving out. Muccha-gracias to my EX-housemate yg bg pnjam kete hebat beliau. Bilik skangkang kera je tp bila nk pndah, ya hampuuuun! Punyalah byk khazanah yg kna transfer. Letih. Letih. Letih...


view dari rumah baru

Sabtu pagi, class cancel and yep, salah kami2 yg hadir on that day sbb x tgk portal student. Rupanya awal2 lg UTM dh update kt portal yg Sabtu tu xdak klas pagi. So, shoot blk rumah n sambung proses memindahkn brg.

Perkara yg seronok bila memindah ni is when kita mbelek satu-satu brg and tnya kt diri sendiri, "Nk guna lg ke brg ni?" Dan ada jg perkara2 yg mbuatkn kita teringat kisah2 lama bila kita mbelek...


serabutttttttttttttttt~
note zaman study kt uitm. rindu!
notes lagi. rindu lagi!!
kalender by en.kanda yg mnyimpan byk
sgt kenangan dgn dia :'((

Dh asyik keluar masuk brg dr kereta, so kenala bg upah kt kereta betul tak? ;)

sy sayang kereta KAWAN saya. hehe

Penat bdn xhilang lg, dh kna outstation pulak. Letih. Letih. Letih..


Till I'm blogging again, smile! :)

Thursday, November 24, 2011

Akhirnya !

Sy tulis kt FB sy, "I love Allah because He is my problem solver". Sapa xsetuju sila terjun bangunan. Hehh!

Syukur alhamdulillah, sekelip mata je tuhan makbulkn doa sy. Sy kn nk pindah. So satni td dh ada girl yg nk gnti tempat sy dlm rumah ni. Budaknya pun cute-miut je. Hopefully housemate2 yg bakal sy tggalkn ni serasi dgn dia. Huu.. Sedih pulak nk pindah keluar. Pejamcelik-pejamcelik, almost stahun lbh jg sy dok rmh ni. Housemates wpun mcm2 ragam, tp hati sanubari dorg tiptop. Ni sy nk pndah ni pun, ada sorg housemate yg superduber cool bg pnjam kete dia spya mudah sy nk transfer brg ke rmh baru. Alahaiii Kikin, semoga Allah mudahkn pulak sgala urusan awak. AMIN.AMIN.AMIN.

Allah dh bg jalan, kwn dh bg bantuan, tggal sy nk arrange brg2 utk pindah je. Pening sikit V_V Antara syarat apartment ni klu nk pindah brg ialah; memindahkan brg2 besar spt katil, almari, pd hari dan waktu bkerja. Esok dh Jumaat. Sempat ke nk mnta org lori dtg? Plus, sy kna request time off la frm office utk tgk dorg agkat barang. Camane ek... Sbtu pulak, ada class, ptg igt nk gi SKMM. New comer tu perlu masuk Sbtu ni. Haishh... Takpe. Takpe. Sy kna tenang-tenang baru dtg ilham nk susun acara memindah ni --so konon-konon update blog ni jiwa tenangla =_='



Till I'm blogging again, smile! :)

Wednesday, November 23, 2011

Tuesday, November 22, 2011

Darah Manis

Pening dan boring dgn theme baru? Padan muka korang. Heh, kill me pls. Jenuh cari new template yg betulbetulbetul bkenan kt mata sndiri tp xjumpa. So pkai je yg ni smentara waktu (smntara di sini maksudnya stahun kot. Killme.Killme.)

Leave it there. Nampak tajuk kat atas tu kan? Hm, ingin diumukan bahawa sy kini berdarah manis... hahah. --TIPU! Ntah zaman bila sy nk bdarah manisnya -_-"

Congrats to my sweet little girl, anak dara En.Idris. Nama dia malas mau reveal. Org bdarah manis ni kna jaga betul2. Maklumla, saham mlambung2 time-time camnih. Huhu. Apa merapek dah ni. Sbnarnya nk review majlis pertunangan beliau di kampungnya; Jengka 16, Pahang. Choppp! Ckp pasal Jengka ni kan, oh my. I just couldnt believe that people there were very generous and friendly. Sy dh mcm vip kt sana. Semua makcik2 nk btanya-sapa. Padahal dok sana 1mlm je. Tp ramahnya dorg, alahaiii, terharu! :) And the foods, umphh..! I kill to eat Mak Cik Sopiah's cook again (xtahula ejaan nama mak kwn sy ni betul ke x).

Dari faca mata sy, jujur, everything going perfect blandaskan tuntutan Allah. Jarang nk tgk mjlis yg camnih dlm zaman slepas Steve Jobs nih (ape kaitan wehhh?? Y_Y) Takde yg tlebih. Kalau tkurang tu, lumrahlah kita manusia, ye tak? But kalau ada kurang pun, ciput2 je kurangnya. The rest, mmg perfectlah. Sy pulak yg over excited nk tunggu hari kejadian. Bahahah~~

Hantaran 7/9 dr prempuan berbalas 5 dr pihak lelaki yg jauh btandang nun dari utara. Gigih dtg dr kutub utara demi kekasih hati yg sorg nih. Terharu kan? Kan? Kan?? Erk..sy yg feeling tlebih lg skali -_-" Kwn sy pkai jubah polos wrna kelabu. Though the color was a bit dull, tp veil yg dia pakai make it cantik sgt2 ditambah dgn seri manis dr tuan badan sndiri. Yes, I did assisted her utk make up sikit2. Very light and natural make up tp dia mmg sgt ayu hari tu. Sy suka! ^_^

Mbebel lebih ni kan. Gambar 1 pun xdak lg. Esok k --promised.



Till I'm blogging again, smile! :)

Monday, November 21, 2011

blogku dlm icu

Assalamu'alaikum.
Saya tengah rajin nak edit layout blog ni.
Jadi, segala kesakitan mata ketika blog masih dalam proses edit-mengedit amat dikesali.


gi tengok boleh ek. Msia vs Indon mlm nih.
#harimaumuda

Love, Haya-chan ^__~


Friday, November 18, 2011

Selamat Hari Jadi

Selamat Hari Jadi.
Semoga menjadi hamba Allah yang bersyukur, yang diredhakan, yang dimuliakan.
Semoga segala kelalaian, kezaliman 25tahun yang lalu tidak terulangkan.
Amin.


Mlm td mcm biasa lepas Isya' sy dh tidur. Dlm pukul 4pagi sy tbangun. Tgk handphone, ada 2 msg. 1 dari ayah, 1 dari adik bongsu. Dua2 wish me happy birthday. I smiled. Sbb baru teringat yg hari ni ialah hari jadi sy. Sambung tido (dgn niat dlm hari nk bgn buat sunat 2rakaat tp hancusss xdak T_T), dlm pukul 6.15pagi bgn ikut rutin. Terus tadah tangan, mengucap, dan hulurkn ksyukuran sy pd Allah krn sy masih bnafas saat tu. Sy pejam mata tenang2, dlm 4-5saat (feeling mcm cerita korea pulak nih. heh)

Habis feeling korea disitu. Kt ofce, colleagues pakat dtg cubical sy masa tgh breakfast and nyanyi happy birthday ramai. Thank you dearies! :))

Tghari, pegi Habib Jewels utk collect hadiah yg sy menang hari tu. Regrettably, I was sooooo kecewa bila melihat hadiah tu. You guys just have a look at it..



nmpak x kesan2 terkikis tu? mcm x ikhlas je Habib Jewel bg hadiah ni...

Can u believe that the pendant costs rm415.00? I CAN'T. Kecewa. Kecewa. Kecewa. That's all I can say . . .



Till I'm blogging again, smile! :)

Thursday, November 17, 2011

Cinderella's Stepsister

Hari tu dgr radio channel apentah and dorg update, nnt kt tv2 akn ada cerita Korea yg baru. Mungkin baru di Msia tp dh lama di Korea. Sy bkn fanatik Korean-thingy. Yg betul2 follow pun zaman Autumn In My Heart. Masa tu maghrib2 cepat2 mndi, ngadap tv tgk cerita AIMH, azan je terus solat (solat dgn spantas kilat. betul2 jahiliyah zaman nih! heh). Pastu x nyempat2 (pernah dgr pkataan nih? haha) bsiap nk g tuisyen mlm.

Sambung cerita psl radio td. Hm. Ntah knp bila dgr radio cerita psl cerita Korea ni, sy mcm bminat nk tgk kt youtube esoknya. And wallaa!! Smpai hari ni dok layan siri by siri kt youtube. Tajuk cerita ni; Cinderella's Stepsister. The heroin was also played in Autumn In My Heart. *no wonder sy ditarik-tarik utk tgk cite nih*

Siapa Cinderella? siapa Stepsister? Sy still confuse - . . -"

Setiap kali tgk cerita korea, diri akn rasa sgt stress sbb:
1. Kulit dan rambut dorg cantiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiik sangat!
2. Lelaki korea romantik ~____~
3. Chopstick dorg best. HAHAH




Till I'm blogging again, smile! :)

Sunday, November 13, 2011

Gambate-ne!

Assalamu'alaikum! Baru balik part time kt SKMM. Masuk ofce pukul 10.30am, logout pukul 5.00pm. Ada abg kt situ hntr pulang smpi depan rumah sbb kbetulan dia nk ke area sini. *his married with a son. mnumpangkn tanpa sbarang unsur yg bukan2 ok* Jimat duit tambang i. HAHAH. Skrg ni sgala-gala mau kudukut. Jimat konon sbb mau jd mahasiswi kannnnn~~ Oh,ha. Sambung cerita pasai SKMM. Guess how much i earn kt SKMM td? 1 complete call RM8. Sy buat td 21 complete calls out of 80 calls kot. Hm, darabla :D Hebat kn utk 1 hari! Bila dh tbeliak bijimata dgn khebatan paymnt 1 hari (more a less 6hours job) cmnih, mula la bpinar2 knangkan schedule classes almost 90% clash dgn wktu krja kt SKMM ni. Huuuuu. Sungguh mgugat iman Y__Y

Esok kje cm biasa smpi Jumaat. Sbtu Ahd part time or classes. Straight smnggu out door xde lepak-lepaking kt rumah dh ni. GAMBATE Haya-chan!


Till I'm blogging again, smile! :)

Saturday, November 12, 2011

Status: Mahasiswi

Semua org pegi makan kenduri hari ni pasai semalam tarikh cantik jadi semua org pun mahu kawen2. 11.11.11. Tarikh tu tarikh hebat dlm hidup sy juga. Klukaan yg hebat. Hmm, abaikan.

Org lain mkn minyak2 sy pulak hari ni mkn se-bun roti je sbb busy register kt UTM Space. Perasaan? Bsyukur, seronok, risau, stress. Klas x start lg dh stress ngapenye?? Tgk total credit hours byk sgt angkanya wehh. Lg byk angka credit, lg besarla nota duit kerna dilaburkan. Phewww~~~~ Doakn sy wahai kamu semua!

Anyway, this is what i want for mylife. This might be the best thing i can do for myself. Biarlah wpun tpaksa merangkak, tduduk, tpele'ot, sy tetap nk habiskn study ni. *Ya Allah, aku bertawakkal pdMu!*

For sure td dh make some new friends. Sal (this kelantanese girl maaanyak ckp woo. huhu), Ina (cik tunangan org. lembut je orgnya), Nurul (anak mami. ulangalik Kedah tiap2 mggu klu nk attend klas. gila x??) Nk share ngan korg kmusykilan sy masa register td. Sy pelik napa org2 admin UTM Space kacak2???????????????? Hahaahaaaaaa. Seriously! Ada sorg tu muka mcm Chuck Bass dlm Gossip Girl. Yg sorg lg mcm muka Apek goal keeper tu (yg ni stakat kategori muka artis jelh. Sy x rasa Apek tu hensem pun. heh). Ramai lglah yg 'ada rupa'. Suuuuka tgk 'Chuck Bass' tu :))) Mesti dia pun dh slalu dgr org ckp muka dia iras2 Chuck, sbb tu tgk style, gaya jln, almost 88% mcm Chuck! Honestly i keep curi2 tgk dia. *sbb muka dia mcm Chuck. bkn sbb suka dia la-weyy* Hahahahaa. What happen la to me td ^__^



ask mr google for chuck's pic!

Nnt dh start class, xnmpk dh en.Chuck kot. hmm.. ~_~'


Till I'm blogging again, smile! :)

Wednesday, November 9, 2011

MENCARI PENGGANTI sbg PENYEWA BILIK YG HEBAT

:: p.e.n.g.u.m.u.m.a.n ::
:: p.e.n.g.u.m.u.m.a.n ::
:: p.e.n.g.u.m.u.m.a.n ::


MENCARI PENGGANTI sbg PENYEWA BILIK YG HEBAT

Ciri-ciri;
  • Kemasukan segera utk perempuan muslim sahaja 
  • Sewa sebulan RM430 tdk tmasuk api air 
  • Deposit 2+1+half mth 
  • Katil queen size + almari 2 pintu dsediakan 
  • Blh mnyewa seorg atau berdua. Ikut kselesaan 
  • 10minit jln kaki ke LRT Putra Tmn Melati 
  • Pool Cab ke LRT Putra (rm1.20x4org naik taxi -kongsi dgn pnumpang lain) 
  • Kmudahan lain: 7E, Carefour Express, McD, Klinik Kita, Kedai Mamak, Kedai mkn yg best2 
  • Bdekatan dgn: Wgsa Walk,Jusco Wgsa Maju

Nota hikmat: 
Rumah tu sndiri ada 4 bilik, 6 penyewa (tmasuk ANDA -the penyewa baru) 


Call/SMS cik ini utk maklumat lanjut 0133969828 (jgn ckp pd beliau sy bg no ni. hewhewhewww~~)


Till I'm blogging again, smile! :)

Tuesday, November 8, 2011

Storymori with Mak Bee (ep 2)

Mak Bee : Hang raya mana hari tu?
Cik Haya : Raya puasa ke raya qurban Mak Bee?
Mak Bee : Jgn dok buat loghat aihh. Raya Qurban la.
Cik Haya : O.. raya kt KL je Mak Bee. Dok rumah sorg2.
Mak Bee : Aikk? Awatnya? Tiket bus habih ha?
Cik Haya : Eh, xla. Sy mmg xrancang nk balik raya haji hari tu. Lgpun, raya haji kn Ahad. Klu balik KL hri Isnin, sure jam. Selasa dh start kje. Xlarat la Mak Bee..

Mak Bee : Mak Bee dengaq hang sambung mngaji? Tang mana nk nikah klu dok mngaji xhabih2 che?
Cik Haya : Ha'a, sambung mana yg mampu je. Nikah? Lmbt lg ni Mak Bee. Tok kadi pun xjumpa lg. Tang tu yg sy sambung study. Hehe..
Mak Bee : (tsedak Mak Bee minum ayaq DoDoDoTheDew!) Tok kadi tu hang xpayah cari che ooiii.. Hat tu ayah hang yg carikn nnt. Hang tu tuan badan cari laki ja nk buat suami.
Cik Haya : Daging qurban hari tu Mak Bee masak apa? Meh bagi sy sikit.. (nerdy-face tukar topik)
Mak Bee : Ni hang mngaji, hang kerja, aku tak tau la tang mana hang nk cari suami. (Mak Bee pun balas nerdy-face buat2 xfaham hint tukaq topik! Hamek kaw)
Cik Haya : Err... (kurang asam Mak Bee. Xpela. Xpela. Beralah) Mana tau sy jumpa siapa2 dlm class nnt? Ye tak? Heheh.

Mak Bee : Hang ni makin kuruih-keding aku tengok. Che susah hati lg ka che? Habaq mai la kt Mak Bee. Mak Bee ni mmgla xboleh plingg bg hang jumpa jodoh, kaya. Tp bila hang kongsi cerita dgn org yg hang pcaya, insyaAllah, kurang sikit beban hang pikui tu..
Cik Haya : Ish, mana ada sy susah hati Mak Bee. Sy ok je. Mkn pun ok apa. Alhadulillah cukup makan 3hari sekali (senyum ikhlas sbb mmg cukup mkn). Mkn nasi pulak tu. Dh bdn xmo naik, nk buat mcm mana Mak Bee.. Oh, 'plingg' tu apa Mak Bee??
Mak Bee : Plingg.. (sambil jari tlunjuk cucuk langit dan twist 3kali) Magic. Magic.
Cik Haya : Waakakakakakakaakakakakaakakaakakaakakaaakakaaa!!! 

Thursday, November 3, 2011

Wardina Safiyyah mcm mnasihati sy!!!

Wardina Safiyyah mcm mnasihati sy!!! Baca ni then u'l agree tht she's advising me, kn?kn?kn?

FB Wardina -click to enlarge


Till I'm blogging again, smile! :)

Quicky for today

Sy tahu entry ni masih suspend but worries no, sy tetap akan sambung tu later. That kind of serious typing, kna ada environment and feel yg perfectly suit. Klu x, msg xsampai.

Quicky for today:

#1 Sy berjaya utk PJJ UTM!!!!! Alhamdulillah, alhamdulillah. Registration will be on 12 November 2011 and class shall start on 26 November 2011. Yup i know the date is seriously soon! Sy pun was like die,die,die. Dh almost 3years kot tinggalkn environment study. Jd, TOLONGTOLONGTOLONG doakan sy dberi kkuatan smangat, kcekalan hati, ktetapan dlm mjadi seorg pelajar, dan yg agak penting, klapangan masa dan kwangan.


#2 Korang tahu x Allah tu Maha Pemakbul doa hamba2nya, regardless cepat atau lambat. Kerana Allah Maha Pemakbul serta pemurah, sy kadang2 takut sgt kalau2 sy ada tersilap doa pdNya. Mcm mane yeh nk explain. mm.. Camnih. Sy mmg klu tuhan izinkn utk masuk ke alam rumah tgga, sy mmg nak! Scepat mungkin! Nikah itu sunat nabiku! So mmg excited. Hence, sy pun rajin sungguh bdoa (slps solat, sblum tidur, masa berangan sorg2 dlm train. hahah. pathetic x? hahah lagi) spya Allah temukn sy dgn jodoh yg Dia tentukn dan redhakan dunia akhirat, yg cukup 'sempurna' utk sy. 

Nk dijadikn cerita, sy ter-kenal dgn sorg hamba Allah ni. And he was like desperately looking for life partner. He's 10 years older than me. Ok, xpelah tu. The thing is, dia bru start kerja. In the age of late 30s dan dia baru start kerja. Tak pelik mehh? Klu dia study medic ke, so baru start kerja doktor ke, fahamla sy. Tp klu kerjanya ialah ... contoh. This is seriously contoh. Contoh tau. Baru start kerja dan kerja mnoreh getah ke, berbendang ke. He previously was unemployed. Dia sndiri mngaku. What say u? 

Pls dont jump to blame me mabuk harta dunia. Na'uzubillah. Cumanya, sy tbayang ksukaran utk bina kluarga dgn org bgini. Ofcourse sy akn highlight of financially. Sy sndiri mbantu fmly sy. Takkan sy nk stop bantu family sy once i get married -mmandangkn nnt dh kawin n ada babies gaji sy kna tumpu kt fmly baru? 

Actually, apa yg sy cuba share ialah, sy kna bhati2 ktika bdoa. Biarlh doa sy itu elok dan tepat mknanya krn Allah sntiasa mdengar dan mmakbulkn doa2 hambaNya. Trust me, klu seorang mak asyik cakap, "biarlah alang (contoh) kahwin lambat. Klu alang kahwin cepat, nnt xblh tolong2 fmly" Maka lambatlah alang tu kahwin. Allah Maha Pemakbul Doa! 


Till I'm blogging again, smile! :)

Tuesday, November 1, 2011

Bayangkan.

Bayangkan..
Di depan anda ada sebuah pintu yg memisahkan 2 dunia. Satu kaki anda dh mlangkau pintu, satu kaki lg masih di balik pintu.

Have u ever stand in that situation? Sy -pernah dan SEDANG. In times i pray to Allah to let me found my 'imam', hati sy tdetik. Tak cukup kah Allah utk saya? Sparuh hati, nk sy psembahkan diri spenuhnya utk Allah. Tp sparuh hati lg masih inginkan kbhagian2 dunia. Mgkin ragu2 ni sbb mata dan telinga asyik thidang dgn kisah akhir zaman (people keep saying this -akhir zaman). Sy takut tgk bumi runtuh di sana sini. Sy ngeri tgk prempuan mbungkus aurat dan bukannya mnutup aurat. Sy fobia tgk yg haram dihalalkan.

At the same times, mcm tiap2 hari ada undangan kawin. Agak pressure disitu! :)

****i shall continue this later.



Monday, October 24, 2011

Penat!

Huh, mana tak penat. Sabtu ahad gi tawaf kat Petaling St & Jln Tar. Pehtu hari ni ada event kt ofce. Penat sangatsangatsangat =. .='

Buat apa gatai2 pi tawaf? Hush, mana ada gatai2. Gigihkn diri gi sana utk cari bju for today lor. Event hari ni kna pakai formal wear -hitam/putih/biru and these are what i get from the tawaf-ing <-- apekah perkataan ini??


YE, semua ni sy beli kt Jln Tar sj except tht chocolate belt. Total spent; rm75. Konon mcm jimat la pdhal xjimat pun Y_Y Tudung tu wajib beli sbb xde tudung wrna cmtu. Kemeja tu heaven sbb betul2 mysize. Yg tak heavennya ialah kmeja tu transparent. Actually it comes with sleeves top. Memang tak la sy nk pkai cenggitu kn snce kmeja tu transparent. So belila skali inner wrna hitam. Inner pun wajib beli sbb inner zaman tok kaduk semua dh hilang. That lovely maxi skirt (oh i HEART this skirt very much!) sy tgk ada color hitam je. Klu ada byk2 color trust me, i'l buy them all! Material maxi skirt ni mcm shirt. Dhla betul2 fit my length. Pinggang pulak cun2 je. Ok kesimpulannya this gona be my favorite skirt ^_^V

Lagi cerita pasal jln2 kt Jln Tar, i found this bling-bling dress. Kawaii! Tp mahe *mahal* bebeno yop! rm69. Mcm xbbaloi sbb kna plus dgn top utk cover lengan+suit pants. Klu u free hair mmg cunmelecunlahai pkai dress ni. Heheh


Jom cerita lagi. Huu. Hari tu ada kakak ofce cakap dia suka tgk sy tudung style cenggini. So since then, sume shawl/slendang pun rasa nk buat gaya cmnih. Pasan santekssss uolls! HAHAH. Klu jln2, tgk iranian or nigerian or arabian slalu buat this style but taktahu la pulak klu cara sy pkai sama ke tak ngan dorg.


Suka tgk gmbr sndiri dari tepi bila pkai tudung camnih. Muahahahaa. Pasan santekk lg skali. Takyah nk geligeleman sgtla smpi muntah hijo *hijau*. Korang pun mesti slalu pasan cantik kan?kan?kan?? NGEHEEHEH

Dah. Dah. Layan gmbr sikit lg ni. Pehtu klu nk muntah hijo juga, muntah jelah ;D






Till I'm blogging again, smile! :)

Thursday, October 20, 2011

Ustaz Azhar Idrus

Today's entry nk share ttg ilmu2 yg sy dapat dr FB page Ustaz Azhar Idrus. Ada byk juga bnda2 yg sy langsung xtahu dan alhamdulillah, dpt belajar bnda baru from his page.

Tahukah korang bahawa;

Jatuh kategori haram utk mdermakan organ seorang yg telah meninggal dunia. Kerana..
1) Stiap yg telah meninggal/mati itu milik Allah
2) Proses derma organ adalah penyiksaan terhadap si mati

So jgn daftar/mwasiatkan organ kamu setelah nyawa kamu diambilNya

source: FB Ustaz Azhar Idrus

Kita bukan dituntut utk mbaca Surah Yassin pd setiap mlm jumaat, sbaliknya mbaca Surah Al-Kahfi itu lebih afdhal. Kerana..
1) Surah Al-Kahfi itu mmg telah dikhususkan utk dibaca pd mlm jumaat
2) Surah Yassin itu umum dibaca pd bila2 masa

Nk pahala lebih, refer comment Ammar Bin Azlan

source: FB Ustaz Azhar Idrus

And FYI, Ustaz ni suka n terror amik gmbar wehh! Check out some of his 'eyes-work'!

source: FB Ustaz Azhar Idrus

Last but not least, sy share video soal jawab Ustaz ni yg sy insyaAllah xlupa smpai bila2. Sakit perut ketawa! :D *gelak mmg xigt dunia tp input kna put in jg ok ^_^*






Till I'm blogging again, smile! :)

Wednesday, October 19, 2011

Tuesday, October 18, 2011

Benda yg jadi hari ni

Sy xpegi pun interview OSK tu. Demam. Betul, xtipu. Tp masih dtg ofce sbb MC dgn AL dh tggal sikit je. Huu

Hari ni turun solat zuhur awal. Sempat dgr ceramah ustaz jemputan ttg kelangsungan hukuman hudud kt negara kita. Hmm.. siapa 'berani' menidakkan hukuman Allah? Cuma sy terfikir -kt Mekah, guna hukuman hudud ke yeh? Lg 1 yg sy nak tahu, sejak bila negara2 yg dulunya guna hudud, dh x mgunakan hudud?

Stop dulu kt situ. Kt surau td jg, brooch favorite sy mnamatkan perkhidmatannya Y__Y Brooch ni, wpun murah -3 RM10 kot. Tak igt dh- tp designnya simple and sy boleh pkai utk mana2 tudung or baju. So, wpun dh xboleh nk digunakan, sayang kt brooch ni punya pasal, sy kutip balik and simpan buat phiasan.


Kalau u readers perasan, kt right side bar blog ni ada future activities yg i dh planned up. One of it is Paramotoring. Sy beli voucher ni dh lama. Beli dari Groupon webpage. Voucher ni valid smpai 20 November 2011 so my friend yg juga beli this voucher call la utk buat reservation. Dia call last 2 weeks kot klu xsilap. Apparently, org Paramotoring tu ckp, program tu cancel! And dorg akan refund duit org2 yg dh beli the vouchers. I tried to contact the person in charge tp xdapat. So I emailed to them. Yela, 1 voucher RM75, 2 voucher dh RM150. Duit tuh... Klu betul dorg cancel the program, sy nak balik duit sy. Noktah.

Ok. Sekian.


Till I'm blogging again, smile! :)

Sunday, October 16, 2011

Ciri-Ciri Imam Idamanku

..dan sebenarnya banyaaak lg bnda2 penting perlu dibuat masa ni (mcm study ttg OSK Investmnt Bank -utk interview, materialize Bingo game -utk 1 projct kt ofce nex week) tp ngengada nk update blog jg. Dan sebenarnya lg skali, td dh buat 1 entry psl drama2 and movie2, tp sparuh drpd entry tu hilang lps sy click button publish post *nangisssssssss!!*

Satni jln2 kt blog mirarafilzah, dia ada mention pasal Ciri-ciri Lelaki Idaman. Jom sahut jemputan dia!! :D

Ciri-ciri Lelaki Idaman sy (ehem..ehemm.. malu i nk share uolls ^_~) Opps, sy rasa sy nk tukar tajuk to Ciri-ciri 'Imam' Idaman sy. Boleh kn?? :)

So. Ciri-Ciri Imam Idamanku ialah;

1. Jaga solat! Klu beliau xjaga solat, mcm mana dia nk jaga sy. Kan?Kan?Kan?? Hee

2. Fizikal *kalau boleh, nak yg..* bkaca mata, kening cantik (taktahu camane nk dscribe cantik ni 7_7), gigi cantik, chubby is ok, tggi -asalkan lebih tggi dr sy

3. Harta. Tak perlu imamku (mood sentimental dah mai dahhh!) anak dato' ke, ada imported car ke.. Cukuplah beliau punya pkerjaan yg stabil dan eager utk mmajukan kerjaya demi diri dan kluarga

4. Anak nombor berapa? Mmg xkisah. Asalkn fhm my condition/responsibility sbg anak sulung to 2brothers&2sisters

5. Tahap romantik. Ha. Ni bab penting. Jujur, sy perlu psngan yg romantik btempat atau lebih tepat utk sy simpulkan sbg penyayang. Hawa tu kn djadikan dr tulang rusuk Adam. Dan tulang rusuk itu letaknya hampir dgn hati. So xsalahkan klu wanita mharapkn lelaki yg penyayang? :)

6. Pertimbangan. Utk mnentukan ciri ni pd seorg lelaki, kna ambil masa. Sy perlukan lelaki yg boleh beri ptimbangan relevant pd ssuatu keadaan. Terutamanya, ptimbangan andai mlibatkan keluarga dan psngan.

7. Rokok. Hoho... Ni sensitif part. Hmm. Let see.. It's ok if he is a smoker but I prefer someone yg bukan heavy smoker and ada niat serta azam utk bhenti mrokok.

8. Setia. Yg ni xperlu hurai pnjang2. The word itself blh clarify semuanya. S.e.t.i.a

Hakikatnya, yg sempurna di mata kita, belum tentu sempurna di mata Allah dan belum tentu diizinkan Allah utk jadi psngan kita. Krn hanya Dia yg mngetahui, siapakah jodoh yg sempurna utk tiap2 hambanya. Dan kita pun, klu mharapkan psngan yg sempurna, kita pun perlulah 'sempurna'kn diri kita dulu :)

Melarat-larat tulis psl imam idaman ni, sy dok tfikir. Apelaa agaknya yg 'imam' sy tgh buat laa ni ^_^ Wonder if he already make the first move to find me?

Kepada imamku, dtglah pdku dgn izin tuhanku. Hadirmu ku tunggu-tunggu..  

Note:
Jom amalkan baca surah Taha, ayat 131-132 stiap kali slepas solat fardhu. Dan istiqomah dlm myakini bhawa jodoh itu ktentuan Allah. InsyaAllah, dpt ktenangan dlm pening2 pk ttg jodoh


Till I'm blogging again, smile! :)