Sunday, March 31, 2013

fgvfjbgbngjbghj

Basuh baju - checked!
Cuci bilik air - checked!
Kemas katil kemas bilik - checked!
Lipat baju - checked!
Makan - UNchecked! and sy sgt2 lapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrr.

Haha jadi kini korang harus mengertik ngapain tajuk gue jadi sebegitu rupa.

Plan nk beli subway turkey breast (meleh ayaq liuq laa ni juga -__-") pastu shoot gi ofce. Keje banyak. Sobs..sobs..

Semalam seharian letih. Nanti cerita kenapa cik gayah letih bebenor. Bagi teaser sikit supaya korang get excite! ;)




Monday, March 25, 2013

2&3. Rama-rama & Masa

PERHATIAN: Blog belum bertukar jadi B2B's blog. 
Mood sahaja yg dh bertukar. 
Harap maklum ek ;p


And the journey continues. Remember saya share dalam post Buaya that:
1) en.Ubi faaaaar early start his preparation than me and
2) harus saya yg menyimpan segala barangan supaya barangan tak bertukar jadi lempeng pisang bila letak atas dulang nanti

en.Ubi mencabar lagi kewibawaan saya sbg perempuan (patut perempuan yg lebih laju bab2 preparation nih!) bilamana dia dh settlekan 3 dari 7 items dr pihak perempuan kpd lelaki.

en.Ubi dlm hati ada rama-rama yawwls!

casing dia mcm bible. cun sbb color purple

HTC tu lama benor dia mengidam. Kalau ikut hati cik gayah, nan hado cik gayah nk izinkn dia beli HTC ni. Knp? Sbb dulu dia ada Lumia. Harga beribu jg tp sudahnya sedekah kt kerusi taxi. Menggelegak darah manis cik gayah dibuatnya. Tp xpe.. kali ni kita kasi 'can'. Kita doakan dia lebih lebih pandai menyayangi harta yg dia ada. Amin..

Jam tangan tu kami beli Sabtu baru ni kt the curve. Seingat saya, ni kali kedua saya pergi the curve. First time pergi last 3years if my memory serves me right. Masa tu pergi naik bus rapid je.. Dh jadi kenangan dh pun semua tu... Ehem! Back on track plss! Masa nk beli jam tu ada scene bollywood okeh. Kisahnya cmni. Kami dh masuk dh kedai City Chain, dh pusing2 dlm kedai tgk jam mana yg en.Ubi bkenan. Tuptup dia mcm serahkan bulat2 kt saya utk pilih jam yg mana nk dibeli. I dont take it as honored pun sbb bila membeli jam tangan, kan ke lebih afdal kalau si pemakai yg pilih mengikut citarasa sendiri. Pastu en.Ubi mcm tarik tali nk beli xnk beli. Menyinga Mengiauww la cik gayah masa tu. 

Cepat2 cik gayah keluarkn skrip Aisywarya Rai merajuk dgn si Shah Rukh Khan, "kum se hum si pyar ka ti hun!" Translate-nya berbunyi cenggini, "Kalau xnk beli.., kita baliklah!" (disertai muncung angsa. kening kerut2 sikit. haa, cuba bayangkan). Masa ni la en.Ubi lari2 anak mengejor cik gayah. Nk pujuk lettew.. ;p Ahahaha. Sian en.Ubi ;p After almost 15minit sesi pujukmemujuk, ktorg masuk semula ke kedai and this time, masing2 mcm matured sikit made decision. Hepi!

Harga jam separuh lebih dari budget kami. Worth or not, saya rasa worth. Bukan sbb jenama, bukan sbb design, bukan sbb teknologi jam tu. Tapi sbb kata sepakat yg kami dpt. en.Ubi suka that watch and so do i. Tambah lebih berbaloi sbb moment yg kami lalui tu. We felt like the cat-fight make our bond even closer. Alhamdulillah :)

More to comes, trust me.


p/s: bahasa hindustan tu cik gayah main taram je. jgn kome google translate pulak ye!

 


 

Friday, March 22, 2013

1. Buaya

Assalamu'alaikum wbt.

I've been wondering what to write. Lepas mandi (biasa ilham mmg mai time iolls mandi!), solat isya', puff! this so called idea came out. I wanna write about my preparation for something that is goin to be not-really-soon but, so-soon-than-i-can-think-of :)

It's all started when en.Ubi told me that he had bought a pair of shoe which he we thought it would be cool enough to make it as one of our hantaran.

en.Ubi pilih sendiri. clap! clap! pandai pun pilih :)

Masa tu, how I felt yeh? Plain.. Kenapa? Ntah tp masa tu mcm xdela beria sgt lg. But then here it comes the second thing *also to be the hantaran* that he juga yg dh beli. And I was like- hrmmm.. en.Ubi ni dh hop off to the serious business and hey, what about me??

So saya automatik menggelabah. Tak tahu mana nk mula. Tak tahu apa yg perlu dibeli dulu. I even dont know what to think first! Browsed all sort of wedding pages tp satu pun xde yg betul2 melekat masuk dlm otak. Semuanya sekali lalu je. Why ah? Saya ter-over excited smpi jd mcm ni ke? Or mmg semua perempuan pun akan jadi cmni bila tiba masa ini?

Answer me not, I'll just bear with this 'nerves-damage'. I enjoy this feeling :)

And I was expecting to transfer this blog to a B2B blog when the time comes. At this moment, apa yg sy blh cakap ialah - belum masanya.. Tunggu. Sikiiiiiiiit je masa lg. InsyaAllah, InsyaAllah.




For now, BUAYA tu saya yg simpan. Kalau en.Ubi simpan, jadi lepat pisang la jawabnya bila tiba masa nk letak atas dulang -__-"

 




Sunday, March 17, 2013

16 March 2013






Dah hampir setahun. 
en.Ubi cakap dia dah cukup duit.
cik Gayah dah mula sibuk survey itu survey ini.
*cik Gayah amik kesempatan sgt*


en.Ubi pesan bijak-bijak berbelanja.
cik Gayah senyum seribu manja.
*practice taat katanya*


Alhamdulillah, bahagia^__^




Monday, March 4, 2013

Pengalaman naik bas

Hutang langkawi nnt ek :p



Sy ada kisah tragis nk share dgn korang semua. Sepanjang sy hidup dgn pengalaman naik bus, ada beberapa situasi panic je yg pernah sy alami.

#1. Tertinggal bas masa singgah shishi. I was 12 years old that time. Sy berlari kejar bus almost 5minutes kt tgh2 highway & nasib baik ada pakcik kt seat belakang sy, notice yg sy was not at my seat. So dia jerit kt driver bus soh bhenti.

Moral = Jgn percaya kt driver bus yg dorg akan tggu wpun kita dh terang2 bgtau yg kita nk turun ke mana-mana

#2. Kena diarrhea dlm bas. Seksanya tuhan sj yg tahu. Masa ni form berapa ntah. Kisahnya nk balik raya dr rumah makcik kt Shah Alam ke Muar. Pagi2 sebelum naik bas, sy gi makan kuih raya. Sudahnya amekau! Perut memulas sampai bpeluh2 sorang2 dlm bas. Nasib baik xde ter-berry dlm bas wpun perut dh memulas tahap kelapa kena perah keluar santan putih melekat

Moral = Sebelum/sehari sebelum naik bas jgn makan benda bukan-bukan

#3. Kt para (tempat letak tgn. adela lebat dlm 4jari) cermin tingkap bas ada tikus lalu! Hoyess masa ni sy naik bas malam. Dari Perak nk balik Muar. Sy elok lentok tertidur kt para tu sepanjang pjalanan. Ntah mcm mana masa kt Melaka kot sy tsedar so dok melepas pandang keluar. Tuptup sy tgk ada cikTi lalu depan mata sy kt atas para tu!!!! Sumpah nk mjerit je rasa! Tp semua org tgh tidur lena. What was i did??? Baca ayat kursi byk2! Wekekekekek

Moral = Kalau nk tidur, tidur je xyah bangun2. Lg mcm2 benda kome nmpk nnt! LOL

#4. Driver bas mengantuk tahap tunggu masa nk accident je. Ini serious dh mengucap je sy sepanjang pjalanan. Nk dijadikan cerita, sy duduk seat betul2 blkg driver. Masa ni sy tidur dh tp sy tsedar sbb sy dengar bunyi enjin/minyak kejap ditekan kejap tidak. Bila sy buka mata, pakcik driver tu dh meliuk-lentok kepalanya menahan ngantokk! Selang 2-3minit, kiri kanan kenderaan lain dok honking bas kami. Sy dh gelabah+geram dh dgn pakcik tu so sy beranikan diri sergah pakcik tu. Sy cakap, "Pakcik!" Pehtu dia jawab mcm tokojut beruk, "Ya!" Hahahah pakcik cumells okies bila tokojut begituss. Kuuu semangat :p

Bila pakcik tu dh bg response, sy sambung lagik sergah, sy cakap, "Bas dh melelong ni pakcik!" Terus pakcik tu diam x bkata-kata. Takut jg sy. Yela kot dia break tetiba pastu nyuruh cik gayah turun dan-dan tu jg haaa x ke haru!

Tp nasib baikla pakcik cool je. Continue sambung driving tp mmg dia xboleh tahan ngantuk so mmg melelong-lelong lg bas kami. Masa tu sy fikir, ni kalau sound lg skali confirm pakcik ni tinggal sy kt mana-mana kaki lima jalan. So sy amik jln alternatif utk bdehem la, nyanyi la, ketuk2 cermin la. Nk pakcik tu tahu yg dia diperhati!

Moral = Standby amik lesen bas. Kalau pakcik driver bas ngantuk, kome boleh gantikan. Heh?

#5. Sy muntah teruk dlm bas. Kejadian ni fresh dr ladang. Baru je jadi semalam masa sy balik kampung dr TBS ke Muar. Puncanya, wallahu'alam. Ntah apa yg sy alah / salah makan. A night before, sy ada dinner kt Madam Kwan -Alamanda. Menu served were nasi hujan panas, kari, sambal sotong, cendawan butang, ayam steam, daging rendang. Sy rasa menunya ok je. And an hour before naik bas, sy makan kt mamak -nasi putih ngan kuah kari, ayam goreng sikit.

Punyala nk drama, sy start bpeluh-peluh masa dlm bas. Mula2 i thought it was due to aircond yg xcukup kuat (marah betul dgn driver bas masa tu! Jgnla seksa penumpang cmtu. Periksala your bus dulu & make necessary action sblum bawa pnumpang. hisssssssssh!). Tak cukup dgn peluh2, sy start pening2. Minyak cap kapak, minyak senyonyong, minyak dagu semua pulak xbawa. Apelagi, membuakla sy muntah! Dua plastik hokeh.. Euwww kan? Tp nk buat cemana mmg xleh tahan dh :(

Mujur ada en.Ubi teman sy balik kampung. Diala yg mcm kucing hilang anak, ke depan ke belakang carikan plastik, tisu, surat khabar utk sy.. Terima kasih en.Ubi.. :')

Moral = Lain kali balik kampung naik bas heret skali en.Ubi. Auwwww!


makan. makan. makan je kejenya