Showing posts with label Oleh isteri mithali. Show all posts
Showing posts with label Oleh isteri mithali. Show all posts

Sunday, August 25, 2019

Masakan pantang mudah - Ikan tenggiri

Assalamualaikum!

Resepi ni lagi la simple nakmatikk. Jom cekidaouttt!

Bahan2 :

Sepotong ikan tenggiri
Lada hitam 10 biji
Garam kasar secukup rasa
Minyak setengah sudu besar

Cara masak :

1. Tumbuk kasar biji lada hitam


2. Lumur lada hitam yg dah ditumbuk pd ikan tenggiri. Sprinkle kan garam kasar sekali.


3. Utk memanggang/grill, panaskan minyak masak & terus letak kepingan ikan tenggiri tu td. Kiranya takyah perap semalaman ke setengah jam ke.. Lepas lumur terus grillkan.

4. Biarkan ikan dipanggang around 4-5minutes each side sblm panggang satu side lg.

Taraaaa!!

Crispy on the outside & yummy on the inside. Plus, heaven gila bila tergigit garam kasar tu hahahahah.


Selamat mencuba pd yg baru belajar memasak!

Friday, August 23, 2019

Masakan pantang mudah - Ikan bawal putih

Assalamualaikum!

Firstly mestila nk bgtahu yg Affan dah ada adik! Alhamdulillah.. 😀😀 Tapi all cerita pasal adik later la k saya storymori. Semua masih dlm draft box. Kita up cerita lauk pantang yg maha mudah dulu ni aci tak?

Nama menu :
Bawal putih steam bodo curah sup halia.

Mujurla ikan ni A beli dh siap2 disiang. Kalau blm siang, besar hrpn smpi ke sudah ikan ni saya x masak 😬

Bahan2 :
Ikan bawal putih
Bawang putih 2 ulas
Bawang besar 1/2 labu
Halia 1 ibu jari
Air
Kiub pati ayam knorr 1/2 kiub
Lemon 3 hirisan - if xde sokayy

Kekdah masak :

1. Prepare your steamer. Actually Cik Gayah takde steamer. So what I did.. saya pakai pot biasa (yg ada penutup) with penapis aluminium (big size).

Isi pot dgn air. Anggaran 1 1/2 cawan air. Masukkan jg 2 hirisan lemon. Ni konon2 nk hilangkan hanyir ikan la. Poyo jek Cik Gayah. Kahkahkah!

Mula didihkan air. Api sederhana saja ye puan. 


2. Letak ikan atas penapis. Selitkan 1 hirisan lemon kt mulut ikan bawal tu. Utk apa..? Ye pandaaiii... nk hilangkan bau/rasa hanyir ikan. Nak letak hirisan halia & bawang putih pun boleh.


3. Tutup pot supaya wap air terhasil sekaligus meng-create-kan kaedah steamer.

4. Steam kan ikan bawal anda selama 20-25 minit. Sementara tggu ikan bawal masak, bolehla pi basuh beras & masak nasi.

Juga, boleh lah start masak sup halia utk dicurah atas ikan bawal satgi.

Juga lagi, boleh lah buat roti ice cream kepit ni sat buat kunyah2 sbb ibu menyusu mmg lapar sokmo lulz.


5. Cara buat sup halia. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, bawang besar & halia sampai caramelize sikit warna depa.

Kemain nyebut caramelize.. pdhal nk suh bg bahan tumis tu bertukar warna jd garing2 manja jek. Ni semua pengaruh 'Chefs' Line' nengok kt Netflix malam2 masa tgh pump susu utk adik.


6. Masukkan air. Nak kuah byk, masuk air byk sikit.

7. Masukkan jg kiub pati ayam knorr.


8. Angkat ikan bawal putih dh siap steam letak dlm mangkuk. Then curah je sup halia yg dh siap masak td.

Taraaaa!!

Nampak mcm pale sikit kan the color? Tp rasa dia... fuhh.. mkn dgn nasi panas2. InshaaAllah susu bdn meriah sbb lauk sedap jd nasi mkn bertambah hahahah!



Selamat mencuba kpd yg baru nk belajar masak!


Tuesday, August 14, 2018

Sesi Luahan

Musim bahang balik, kan? Dah seminggu juga asal pukul 12 ke atas je mesti saya terbangun sbb muka berminyak2 dahi berpeluh2 pastu zass amik towel, mandi. Kalau belum isyak sblm tidur td, isyak terus lps mandi. Dah settle tu biasanya akan terkebil2 cari makanan kt dapur.  Biasanya makan roti jela. Kalau rajin sikiiit, buat scramble egg, letak kt roti, tuang sos cili, katup dua. Kalau tak berapa nk rajin, sapu je peanut butter. Kalau ada milo ais A tapaukan utk dinner mgrb td, slurrp slurrp sedapnyeee minum time2 bahang gitu kan. A ada je pesan kalau lapar tgh2 mlm, kejut la dia, nnt dia gi tapaukan pape. Tp xpe, yg tu kita simpan utk kegunaan masa kita ngandung nnt. Baru la rasa princessnya bila ngandung lalalala.

Oh lupa nak introduce. A tu suami meolls ler. Panjang nau nak taip en.Ubi hahah. Kasi anjakan paradigma sikit panggil beliau A je kt sini.

Ha balik pasal cerita pasal bgn tgh malam. Bahang satu hal.. nk dijadikan cerita ntah knp sejak malam kelmarin, tetiba saya dgr bunyi air - mcm terlupa tutup pili air/pili bocor. Jenuh A check kt dapur, kt bilik air, kt shower room, pili all ok. Takde lgsg kesan air paip tak bertutup. Tapi bunyi air mengalir tu mmg clear gila. A ckp, bunyi dari jiran sebelah kot.. hehh takkan lah kan.. sebab jelas gila kedengaran bunyi air tu. Last2 subuh smlm A dpt kesan dari mana dtgnya punca bunyi air tu. Rupanya dari tangki air rumah kitorg sendiri!

Tangki ni duduknya kt tingkat atas. Kitorg pulak mmg tak utilise pun tingkat atas rmh ni. Tidur pun kami bentang kt hall bawah je sbb atas, panas lit lit mcm kt afrika nun. Gitew hyperbola Cik Gayah. Sbb tu in the first place, tak ter-trigger pun punca bunyi air tu dtgnya dari tangki rumah.  Pelik gila knp tetiba tangki ni 'terisi' air. Maksud saya, all this while tangki tu tgh isi air sikit pun xde keluarkan bunyi apa2. Tetiba kelmarin rancak nau bunyi mcm tangki tgh fill up air. Pelik kan? Kan? Kan?

Dah 3 hari tp masih tak dpt jwpn. Sedikit terganggu dgn bunyi air tu sbnrnya. Sbb saya jenis yg kalau nk tidur, all kena gelap and silent. Unless kalau saya super exhausted atau makan ubat, then blh tidur dlm keadaan apapun. Honestly, ada je merungut dlm hati pasal rmh ni. Serba serbi ada je tak ok dgn this house. Kalau nk be demanding, ada la kot dlm 8pages saya list out kn apa yg kurang kt this house. Tapi, syukurlah Allah masih tak ambil sisa2 rasa insaf dalam hati ni. Lumrah sifat manusia kan.. iman turun naik. Lps merungut, alhamdulillah masih igt utk istighfar, masih blh doakan Allah tempatkan A dlm syurga, sbb beliau sediakan rmh ni utk saya dan Affan. InshaaAllah satu hari nanti Allah akan turunkan rezeki utk ada rmh sendiri. A selalu genggam tgn saya dan cakap camtu. Amin, inshaaAllah inshaaAllah.  Kitorg pun baru nk masuk 4tahun nikah. Kalau memasing anak ongkaya mungkin la kawin2 jek terus ada rmh/blh beli rmh. Tp ni x.. A bkn anak datuk. Datuk cucu berderet je. Saya pulak bkn PhD holder income puluh ribu sebulan.

Ada masa kita merungut bkn sbb kita lgsg tak tahu nikmat bersyukur. Tp kita merungut utk mengeluarkan apa yg negative dlm hati dan pemikiran kita. Let the negativity out and remains the positivity inside you. Merungut kalau blh membawa kpd kebaikan, apa salahnya merungut sekali sekala. Cth - saya selalu merungut tak suka ada cicak dlm rmh. Pastu A explain, cicak akan ada kalau rmh ada semut sbb cicak makan semut. So tindakan saya is to get rid off semut. Pastikan tiada sumber2 yg blh membawa kpd kehadiran semut. Ini termasuklah menjadualkan A utk buang sampah ke luar, sblm tidur setiap malam. A pun on je dgn jadual tu sbb smbil buang sampah, beliau blh fufu (smoke) kt luar rmh. All in all, one happy family. Tu yg penting.

Sama juga mcm menangis. Not all tears bermakna korang fail and terus forever at bottom low. Eh mcm beria nau pulak saya membebel. But hopefully uolls yg baca ni can get my points. Hm tu jela dulu kot nk luah for now. Tata!

Wednesday, August 19, 2015

Dah lama tak cerita pasal en.Ubi kan?

Kebetulan tgk drama cina malaysia kt tv. Kebetulan scene nya si boyfriend tgh berterus-terang kt si girlfriend, yg dia dh ada org lain. Dh kawin pun (baru kawin). Bila perempuan tu tanya selepas 6tahun bersama, knp sanggup diperlakukan mcmtu.,., lelaki tu bgtahu yg dia (this girl ni) terlalu bergantung pd dia (this guy). Sedangkan Jenny (the isteri yg baru dikahwini) pandai berdikari.

Rasa terpalit kat diri sendiri. Ehhhhhh bukan en.Ubi buat perangai. Nauzubillahiminzalik!!!!!
Intan payung, i love you to the moon and back and go back and go again! :p

Terpalit akan kisah cinta lama zaman blm kenal dgn en.Ubi pun. Gitu la lbh kurang. 6tahun konon menyulam cinta tuptup dia merisik & berkahwin perempuan dr negeri di bawah bayu. Cik Gayah mmg drama ayaq mata la time tu. Rasa kalau dongak ke atas tak nampak langit, tunduk ke bawah tak nampak tanah. Mmg begitu hakikat pedihnya putus cinta I tell u.

Lalu berdoa lah Cik Gayah tanpa jemu, merayu pd Allah moga didatangkan dlm hidup ni seorang suami yg blh menerima diri Cik Gayah & keluarga siapa adanya kami. Igt lg, butir2 doa setiap kali lps solat masa tu. Minta dijodohkan dgn lelaki yg elok rupa parasnya, yg cukup hartanya, yg jelas agamanya, dan yg akrab keluarganya.

Maha kuasa Allah, en.Ubi tepat sgt mcm yg Cik Gayah merengek minta pd Allah. Indahnya dunia sampai jantung berdebar2 tiap kali memandang wajah sang suami :p

Ku sangka indah siang dan malam, rupanya malam tak berapa nak indah. En.Ubi tidoq berdengkur gegak gempita hohoii! Stress juga tidur sebantal sekatil segebor dgn org yg berdengkur ni. Kadang tu rasa nk je tidur sorang2 kt bawah katil ke, kt hall ke kt dapur ke. Janji blh tidur lena. Tp saaangat igt pesan en.Ubi, apa jd sekalipun sepanjang kehidupan kami suami isteri, jgn tidur asing! Kalau dh bercucu pun nanti pehtu tergaduh ke, still tak boleh tidur asing.

Maka bertabahlah Cik Gayah umpama isteri solehah. Umpama je. Walhal tgh2 mlm kalau stress sgt dgr beliau berdengkur, selamba je saya pok pok pok pipi beliau. Kejutkan beliau supaya ubah posisi baring. Kadang kena beralih bantal sikit baru tak berdengkur. Dulu seminggu dua baru kawin punyalah saya loving, ggih bangun tgh2 mlm dan adjustkan position kepala dgn bantal en.Ubi supaya beliau tak berdengkur. Masuk 2bulan... hahh! Pok pok pok pipi je kejut soh beralih sendiri :p

Sampaila satu malam tu, saya mcm lena sangat2 pulak tidur. Then rasa pelik sbb x dgr sebarang dengkuran. Cepat2 buka mata raba2 cari suami sendiri. Eh ada je. Tp knp x berdengkur langsung? Susah pulak hati ni. Siap kejut en.Ubi tanya ok ke x. He was ok & continue his sleep. Cuma saya yg terkebil2 smpi ke pagi tak selera nk tidur sbb en.Ubi x berdengkur. Like seriously saya terus x boleh tidur that night.

And there were nights after that night yg mmg saya akn terjaga if x dgr his snoring. Rupanya en.Ubi menyelinap main dota kt hall. Same thing happen, saya x nyenyak tidur dh lps tu. Kena ada en.Ubi kt sebelah bru blh sambung tidur.

Mengada? No. Ni pengerat kasih sayang suami isteri namanya :) :) :)

Saya igt kn saya sorg yg alami situasi stress bertukar ketagih dengkuran suami sendiri ni. Rupanya ramai yg lain experienced the same :)




Saya lupa nk screenshot komen2 utk this post. Kalau baca komen2 akak-akak, makcik-makcik lain, majoriti semuanya pesan kt this wife supaya sabar dan sama-sama usaha bantu suami hilangkan masalah tidur berdengkur tu. Sebab dengkuran suami tu lah yg akan dirindu2 bila suami takde di sisi.

As for me now, yep saya rindu dgn dengkuran en.Ubi. Sweet tak saya? Wakakakkakak.


Friday, January 16, 2015

Enjoying Me-Time

Baru lepas tengok Cinta Ilahi. Menggeletis sengsorang tgk cerita tu. (En.Ubi keje malam) Syok sgt tgk bila Hud usaha nak tackle heroin apedah nama lupa. Teringat zaman kegemilangan bila en.Ubi usaha nak tackle iolls. Uh takpelah kita tinggalkan kisah zaman kegemilangan tu sbb skrg bukan lagi zaman bila dgr lagu boleh feeling2 mcm berkait jek dgn kisah cinta diri ini. Hewhew. Skrg zaman kena perbanyakkan mendengar kuliah pasai rumahtangga, tanggungjawab suami isteri, pengurusan kewangan dan persiapan bersalin. Heh?

Taktahu merapu apa tp yg nak diceritakan sbnrnya ialah i am now really enjoying my me-time. Selalunya bila en.Ubi keje dan saya dok sorang kat rumah, tak dan dua jam sekali mesti ping beliau merengek sebab takde kawan nak kacau. Tapi mlm ni mcm lain sikit. Rasa mcm oh best pulak duk relax sendirian kat rmh. Lepas solat boleh doa nangis2, masak ikut tekak sendiri, ngadap tv dgn volume rendah (saya jns yg tgk tv x suka volume mcm kn rmh kita je ada tv) dan boleh berambut seperti kak limah yg femes itu.

Like i mentioned just now, lauk blh masak ikut tahap kemalasan tekak sendiri. Macam malam ni, rasa nk habiskan baki isi ayam sbb esok ada pasar tani jd nk beli lauk baru yg fresh. Nak buat nasi goreng, telur dah habis. So lauk paling malas mudah yg boleh dicampak-campak je teknik memasaknya ialah ayam masak kunyit. Bukan ayam goreng kunyit ye sebab mmg saya tak goreng dulu ayam tu. Potong kasar2 bawang kecik 2ulas, tumis, campak isi ayam yg dah didadu, letak serbuk kunyit sikit, garam sikit, potong satu rantai kacang panjang (satu rantai?), campak kacang panjang, tuang air sikit. Kacau kacau kacau sampai isi ayam dah masak dan kacang panjang dah rangup. Patahkan cili padi 2, campak. Tutup api, cedok masuk pinggan.

Taraaaa!!


Makan dgn nasi putih panas. Dah suapan kedua baru baca Allah humma bariklana sampai habis -_-"

*cedok nasi guna sudu ye puan-puan barulah terbukti kemalasan di tahap maksima. Oh dan jua selepas itu sudu itu digunakn pula utk mencedok lauk. Jd selepas mkn hanya perlu basuh satu sudu. Bijak kan puan-puan?*

Saya pun taktahu pasaipa me-time mlm ni mcm heaven sgt. Intan payung jgn risau ye. Guwe masih cintain luh :p Yang benar donggg~




One step forward by en.Ubi on his business. I pray that you will be blessed by Allah for everything that you pray and work on. Jangan lupa saya masa dah senang nanti ye :')