Friday, January 16, 2015

Enjoying Me-Time

Baru lepas tengok Cinta Ilahi. Menggeletis sengsorang tgk cerita tu. (En.Ubi keje malam) Syok sgt tgk bila Hud usaha nak tackle heroin apedah nama lupa. Teringat zaman kegemilangan bila en.Ubi usaha nak tackle iolls. Uh takpelah kita tinggalkan kisah zaman kegemilangan tu sbb skrg bukan lagi zaman bila dgr lagu boleh feeling2 mcm berkait jek dgn kisah cinta diri ini. Hewhew. Skrg zaman kena perbanyakkan mendengar kuliah pasai rumahtangga, tanggungjawab suami isteri, pengurusan kewangan dan persiapan bersalin. Heh?

Taktahu merapu apa tp yg nak diceritakan sbnrnya ialah i am now really enjoying my me-time. Selalunya bila en.Ubi keje dan saya dok sorang kat rumah, tak dan dua jam sekali mesti ping beliau merengek sebab takde kawan nak kacau. Tapi mlm ni mcm lain sikit. Rasa mcm oh best pulak duk relax sendirian kat rmh. Lepas solat boleh doa nangis2, masak ikut tekak sendiri, ngadap tv dgn volume rendah (saya jns yg tgk tv x suka volume mcm kn rmh kita je ada tv) dan boleh berambut seperti kak limah yg femes itu.

Like i mentioned just now, lauk blh masak ikut tahap kemalasan tekak sendiri. Macam malam ni, rasa nk habiskan baki isi ayam sbb esok ada pasar tani jd nk beli lauk baru yg fresh. Nak buat nasi goreng, telur dah habis. So lauk paling malas mudah yg boleh dicampak-campak je teknik memasaknya ialah ayam masak kunyit. Bukan ayam goreng kunyit ye sebab mmg saya tak goreng dulu ayam tu. Potong kasar2 bawang kecik 2ulas, tumis, campak isi ayam yg dah didadu, letak serbuk kunyit sikit, garam sikit, potong satu rantai kacang panjang (satu rantai?), campak kacang panjang, tuang air sikit. Kacau kacau kacau sampai isi ayam dah masak dan kacang panjang dah rangup. Patahkan cili padi 2, campak. Tutup api, cedok masuk pinggan.

Taraaaa!!


Makan dgn nasi putih panas. Dah suapan kedua baru baca Allah humma bariklana sampai habis -_-"

*cedok nasi guna sudu ye puan-puan barulah terbukti kemalasan di tahap maksima. Oh dan jua selepas itu sudu itu digunakn pula utk mencedok lauk. Jd selepas mkn hanya perlu basuh satu sudu. Bijak kan puan-puan?*

Saya pun taktahu pasaipa me-time mlm ni mcm heaven sgt. Intan payung jgn risau ye. Guwe masih cintain luh :p Yang benar donggg~




One step forward by en.Ubi on his business. I pray that you will be blessed by Allah for everything that you pray and work on. Jangan lupa saya masa dah senang nanti ye :')


No comments:

Post a Comment