Tuesday, March 24, 2015

4 jam yang membahagiakan

Saya sakit dr tengahari smlm bawa ke tgh mlm. Sakit kepala yg mcm masa mula2 sakit dulu. Bezanya this time around, sakit kepala ni one spot je - dekat bhgian otak belah kiri atas antara mata dgn kening. Lepas tu mai tanda2 tak blh tgk cahaya. Lg mencucuk-cucuk rasa sakit kt otak tu. Selang beberapa ketika, saya wekwek tp tak keluar apa. Mungkin sbb pagi smlm cuma mkn nasi lemak lps tu x mkn apa dah.

Dr tghri mula sakit sampai pukul 11mlm saya bantai tidur. Tak mkn ubat apa pun tp saya tidur macamkan dah overdose dgn ubat tidur. Sesekali tersedar mmg rasa berat gilos kepala kiri. Masa ni en.Ubi dah gi keje dah. Lg la guwe nggak ada semangat nk melawan sakit kepala ni. Maka bermula lah sesi merengek kt en.Ubi over the phone. En.Ubi tak blh halfday, bos dia x bagi. Eeee masa ni rasa nk cekik-cekik je bos beliau. Cuba kalau bining mung sakit! Geram betul iolls masa ni. En.Ubi bgtahu yg dia akn blk skjp utk tgk my cndition, if perlu g hsptal dia bawa. No no no. Kalau pi hospital confirm kna tahan ward. Simply sbb saya ada sejarah sakit and dorg sort of nk kaji itu ini apobondo eh lg yg bermasalah dgn otak den ni ha. So BIG no.

Walaupun en.Ubi ckp blh blk kjp tp saya rasa mcm nk nangis sbb tetiba felt like tak cukup kasih sayang dan perhatian sang suami. Apa guna kita bernikah kalau begini kisahnya? Gitew Cik Gayah meratapi nasib diri. Yelah weyh, iolls sakit menderita otak kiri denyut2 12jam. Bkn sakitnya tuh di sini di dlm hatiku siap blh joget2 dada kejap kembang kejap kecut weyh.

So dgn rajuk di hati, redha jelah walau pun suami blh blk kejap jek. Beliau blk bawa bubur because he knew yg saya x mkn lg. By time en.Ubi buka je penutup bekas bubur tu, terus saya menggelupor nk ke bilik ayor nk wekwek. Ni sure mcm simptom masa saya mula2 sakit. Saraf otak saya sgt sensitif dgn cahaya dan bau. Cuak dlm hati tp diamkn. Lps wekwek, en.Ubi soh baring kat hall. Takde bentang apa, baring koboi jek atas carpet dan kusyen satu. Gini ler Jah kalau suami awok jaga time awok sakit. Deme bkn reti nk bentang toto ke, nk bawa selimut ke, nk bawa bekas wekwek ke. Jah kena order baru deme bawa kn.

Saya baring. Pastu dgr en.Ubi kelentang-kelentung kt dapur. Rupanya beliau nk sediakn air suam, nk celup kain pastu tepek atas dahi saya. Awww manisnya tuh di sini di dalam hatiku. Hahah. Sweet benor rasanya. Tp lps tu saya terfikir, Eh saya tak demam. Kenapa kna letak kain basah ni kt dahi? Takpe, layan kn. 2-3saat kendian, air menjejes-jejes menitik ke mata & dahi saya. Ni mesti kes perah kain tak cukup kuat ni. Patutla berat jek saya rasa kain ni td. Haiiii la suami -_-"

Saya ckp saya xnk letak kain tu. En.Ubi ok je, lps tu beliau pi amik koyok. Di tepeknya kt kepala saya. Ok? He asked. Saya angguk2. Mujarab agaknya beliau rasa, ditepeknya pulak koyok kt tengkuk saya, kt tulang pinggul saya. Nasib stok koyok x byk, kalau tak, hbs satu bdn saya di tepek gamaknya :p

By this time saya dh terbaring mengiring mnghadap en.Ubi dlm keadaan agak selesa eventhough otak kiri ni still terasa dicucuk-cucuk. En.Ubi duduk bersila. Beliau usap-usap dahi saya. Pastu kejap2 kang beliau kissh dahi saya. Selang 4-5kali kena kissh, saya jd mcm mamai. Eh yg kissh kissh td tu jampi ke yang oi? Baru terpejam mata 2saat, en.Ubi bisik, "Sayang buat kerja dulu ye"

Huuuuuuu. Rupanya blk ni pun kna buat keje ke. Tak boleh sepenuh perhatian kt titew. Robek hatiku. Mata yg mamai td terus terkebil-kebil. Kejap tgk kaki meja, kejap tgk tombol pintu, kejap tgk en.Ubi menaip buat keje :( Sesekali en.Ubi come close to me tnya nk apa and do the kissh kissh dahi again. 2-3 kali camtu iolls lena terus. Sedar2 je en.Ubi bisik yg beliau perlu blk ke office. Saya hmm kn aje sbb mmg like totally kena jampi. I think he did put some spell on me. Tidur.. tidur.. tidur..

This morning saya terjaga sbb en.Ubi dh blk dan kejut kn saya. I was so happy to see him and being clingy all over again. I guess, he deserves to be manja bila saya sihat sbb bila saya down with the illness, my level of clingliness mungkin worst sampai en.Ubi kna jampi sikit baru saya berhenti merengek. Haha.

Masa breakfast td saya tnya en.Ubi,
Berapa jam sayang out of office semalam?

Beliau jawab,
4jam. Dr 12.30 - 4.30 lebih kurang.


Sunday, March 22, 2015

Hai sikit

Assalamu'alaikum. Hai!

Nampak mcm lama tak update en en en? Ada.. cuma korang je tak nampak. Sebab saya dok draft je manjang. Saja taknak publish latest2 entry sebab tengah kuch kuch hota hai nk publish ke idok nk publish ke idok. But up to this point of time, rasanya biarlah saya simpan dalam draft dulu. Nanti sampai masa saya reveal k.

For heads up, biar saya bgtahu, cerita-cerita yg tersimpan dalam draft kali ni pun ada kronologi juga. Ada siri-siri mcm Asam Pedas Untuk Dia :)

Tunggu ek. Tata!



Tajuk : Mi Goreng Untuk Diri Sendiri




Friday, March 13, 2015

Raya Haji bila ek?

Aik rajin pulak titew update blog ni tenapew?
Sebab esok kerja malam. Jd kena make sure day time esok tidoq senyenyak-nyenyaknya.
Jadi malam ni tahan mata sampai subuh sampai salam muah muah en.Ubi gi kerja baru kita bumm ataih katil tidoq. Get it? :~

Semalam en.Ubi baca my recent post. Lps habis baca, beliau minta ampun kat saya dan ni mungkin dah kali ke berapa entah beliau minta ampun sbb perihal 4bulan menikah tu. Saya buat-buat payah nak mengampunkan beliau biar beliau ngertik rasa serik nak buat camtu lagi. Hahah.

Macam biasa, rutin sebelum tidoq akan sembang-sembang sebab ni jelah waktu bertenang kami bila jadual kerja for the next few days bakalan clash. He was telling me a story of his friend yg sort of mengadu that dgn gaji dia banyak sekian-sekian, wife tak keje, dan his monthly pay seems not to be enough to cover their expenses. Hm, wallahu'alam. Sebab saya ada fikiran yg mana-mana orang pun mmg takkan mudah utk berasa cukup. Dan saya seems to berpegang pd kata orang-orang tua, besar periuk, besarlah keraknya.

Kami pun saya rasa sama jek lebih kurang dgn kawan en.Ubi tu. Bezanya saya kerja jd bolehla nak cover duit kereta dan beberapa bil lain atau bila tekak sendiri ngidam nak benda pelik2, bolehla diusahakan dgn duit gaji sendiri. Kalau fully depend on en.Ubi's pay, saya rasa ngamngam soi je juga. Nk movie over the weekend atau tiba-tiba ada emergency case akan terasa juga ketidakcukupan nya. Dgn alasan inilah saya tetap mohon keizinan en.Ubi utk terus bekerja. Kalau diikutkan, en.Ubi mmg nak saya cecantik je duk rumah bersimpuh. Pagi sblm gi keja saya siapkan pakai minum beliau, petang sambut beliau balik keja dgn makan malam dah terhidang untuk dijamu bersama. Tu impian en.Ubi from day one we get married, yg inshaaAllah satu hari nanti akan terkabul. Amin.

Hal dalaman rumahtangga termasuklah isu kewangan. Masa kami kursus kahwin dulu, kalau ikut slide bab robohnya institusi keluarga, hal kewangan ni jatuh nombor 5. Dan saya juga pernah dgr bahawa bagi kita rakyat marhaen ni, 5 tahun pertama perkahwinan adalah fasa mengukuhkan ekonomi rumahtangga. Berbalik kepada hal kawan en.Ubi td, dah berumahtangga pulak tu tempat mencari rezeki kat KL, my 2cents thought is that, banyak keringat dan tenaga yg perlu dikorbankan untuk survive. Oh bukan tenaga memerah kepala otak je yg perlu korban, nafsu serakah nk beli itu ini nk leisure ke sana sini jugak perlu berkorban ye puan-puan.

Sambil bercerita td, en.Ubi sempat selit ayat manis seolahnya beliau bertuah beristerikan saya yg takde nk demand barang-barang make up ke or any other high value things. Cakap pulak dgn pandangan salju di danau rindu terhadap diri ini. Uuuuu. Eleh, nk cover salah silap tragedi 4bulan nikah lettew :p

Haaaaaaaaa.. Tau pun yang oii betapa bertuahnya beristerikan titew. Eh tak baik tulis camni. Riak! Astaghfirullahal'azim. I suppose, bukan sebab beliau bertuah for berjodoh with me, but there must me something good deeds yg beliau sendiri buat dahulu, so in return, Allah jodohkan saya utk beliau dan sekarang beliau rasakan sang isteri ni menyenangkan hati beliau. (faham ke Cik Gayah membebel apo ni. Berbelit tangan menaip). Simple as that. Any flaws in your partner, always check back ourselves.

Tapiiiiiiiii...

Sapo kato den takdok ngidam apo-apo yg branded atau memahey jang? Den ado jo nafsu serakah terhadap barang-barang mahey. Ekau jo tak tahu sobab eden simpan dendiam jo dalam hati ni ha.



Ni tgk ni. Ni adalah bag idaman hokeyyyy. Dah berkurun rasanya ngidam lap lap ayaq liur terhadap handbag ini. Kalau dapat yg warna biru, aduuuuuhai, tidoq pun Cik Gayah kepit kat ketiak tau handbag ni. Tu korang cuba besaukan biji mata tengok harga dia berapa. RM 3000 untu sebijik handbag prelove. Ye it's a prelove bag uolls! Jd marilah kita bersama-sama mentaksirkan berapa pulak harga sebijik bag yg baharu di rak butik Mulberry nih. Tambah pulak GST kang lg melambung la harga si Mulberry ni. RM 3000 boleh bayar duit kereta dgn insurance plus roadtax lg. Boleh juga disimpan untuk buat scan 4D Baby I nanti. Yg mana dah ada anak, mesti cakap boleh beli susu tin ngan diapers anak utk stok beberapa bulan. Ye, saya faham..

Handbag hantaran saya dulu harganya RM250 which obviously way cheaper than this tapi tu pun saya dah rasa macam berharga sgt handbag tu. Inikan pulak dapat yg RM 3000 ni. Tp inilah pengorbanan. Pengorbanan kecil dr mcm2 lg pengorbanan yg perlu kita buat untuk bina hidup berumahtangga.

Nak bebel lg tapi mcm kang takut melalut pulak. Sampai sini jelah dulu. Selamat berkorban ye kawan-kawan. Raya haji bila ek?










Thursday, March 12, 2015

Mengingat usia 4bulan pernikahan

Assalamualaikum! Sapa yg dan baca entry sblm ni senyap2 je ye. Entry tu ditaip masa emosi tak stabil. Patutnya esoknya lps post that entry terus nak delete, sbb tak mahu aura negatif merasuk blog guwe inih. Tapi sbb Iolls very the busy, makanya nggak sempatin deletin post itin (itu).

Yg tak syok nya skrg ni, kna ada depan laptop baru syok menaip sbb jari jemari kiri lebih kuat menaip kat keyboard laptop. Kalau menaip kat keypad handphone, parkinson jemari kiri Iolls ni masih agak ketara. What else can I say selain Alhamdulillah for I have passed over this new life. Dah lebih kurang 18 bulan kurang upaya sikit berbanding keadaan diri sebelum sakit. Dalam pada kurang upaya tu juga Allah turun kan rezeki dapek suami yg berperisa coklat eh lain mcm pulak guna perkataan berperisa, tukarlah, berwarna coklat manis dipandang tak jemu. Baby I? Entah, macam belum ada lg jek. Haha. En.Ubi selalu cakap, "Lek luu" (rilex dulu) which tak tahu la sbb dia tak puas bermanja dgn Iolls ke atau beliau dah mula stress fikir nanti camana kalau beliau kena kerahan tenaga cebok berry Baby I -_-"

Ni ada satu cerita nak share.
Kejadian ni jadi exactly on our 4th montherry. Sebab tu kalau peram cerita ni lama mana pun inshaAllah Cik Gayah takkan lupa punya.

On that particular day, en.Ubi keje pagi, saya keje malam. So we were physically tak berjumpa eyes to eyes, takdak tergesel dahi dgn dagu (saya pendek. Ubun-ubun paras dagu en.Ubi je -_-"), takdak cubit-cubitan senggol-senggolan aku menari kau petik gitar, tarrak. Hence whatsapp and calls jadi penghubung pelepas rindu. By the time en.Ubi off duty, saya dah di office saya, dah beberapa jam memulakan kerja. Around 9pm en.Ubi texted, informing me that he wanted to go for dinner kat luar with Mr.H (den ponah introduce Mr.H kek sini jang). Saya pun ok jelah. Reply pun ikut skrip jek rasanya like Baik. Hati2. Jgn suka2 sangat. Jaga handphone, jaga wallet.

After that, saya ralit buat kerja. Moreover, it was busy night that night at the office. Sampaila pukul 12 midnight saya teringat nk check handphone. Tengok2 takdak langsung whatsapp ke miscall ke dari en.Ubi. So saya whatsapp beliau, saying something like lupa saya ke? Added merajuk smiley somemore rasanya sbb rasa diri ini dilupakan oleh sang suami. After 10minutes, takdak respon. Saya check lagi, whatsapp delivered tapi beliau tak baca. Kenapa? Jd saya mula call. Call call call non stop maybe more than 50 times i guess. Saya ni jenis biar saya puas hati baru saya diam. Selagi saya tak puas hati, saya akan meroyan. Call Mr.H whatsapp Mr.H pun sama takdak respon, tak baca whatsapp. Something bad-feeling came across me masa tu. 12.40 midnight still takdak respon dari diorang berdua. Saya toye kan diri whatsapp officemate en.Ubi utk tanya tahu tak dorang ada plan nk gi makan kt mana ke, or kot kot la dorg dapat contact salah sorg either en.Ubi or Mr.H. All answers frustrate me - Tiada. Saya whatsapp kakcik, tanya en.Ubi dah sampai rumah ke belum. Kakcik jawab dia balik keje td (12am) takde siapa kt rumah.

There you go. I started thinking bad. Eh dakkk.. Cik Gayah idok le memikior yg en.Ubi menapaki rumah urut atau pusat dagdigdug. Idokk idok aihh. Sikit pun idok. Alhamdulillah naluri kepercayaan saya pada en.Ubi kuat tang tu. Kalau Cik Gayah dapat tahu hatta en.Ubi kerling anak mata kt tempat-tempat tu pun, satu badan en.Ubi putih Cik Gayah clorox kan nanti! Dengan Mr.H sekali saya clorox kan. Biar dua2 luruh gigi.

So the bad thoughts that kept on jingle in my head were :
Accident or
Being snatched or
Kena kidnap or
Semua di atas!
(eh tapi sapa jek yg nak kidnap dua jejaka coklat ni? Maknyah? Ahahhahhahha. Ok tak lawak. Cerita serious ni okeh)

Na'uzubillah.
Na'uzubillah.
Na'uzubillah.

Almost 1.10am, saya mula hint my colleague. Cerita la yg saya tak dapat contact mu husband since then and now pastu mcm cakap kalau pukul 2 pagi tak dapat contact him juga, saya nk halfday EL. They were ok. Walhal kalau boleh dan dan tu juga saya nk keluar dr office drive pi cari mana laaaa intan payung anje mucuk acin suami Cik Gayah ni weyh. Tak sampai pukul 1.30am tangan kaki saya dah sejuk semacam. Jingles yg bukan-bukan dah semakin menjadi-jadi. Call ke hp en.Ubi & Mr.H still nonstop. Saya fikir kalau their handphone being snatched, biar kan pencopet tu stress nengok Cik Gayah call tak henti!

Tekad, saya kemas-kemas handbag, saya cakap taknak stay lg, nk gi cari my husband. Officemate tanya nak cari kat mana? Saya blur. Haa nak cari kat mana? Saya rasa masa tu saya menonong je kot keluar sbb dah risau tahap Allah sahaja yg tahu. Selalu jalan terkedek mcm penguin, tapi that moment saya rasa laju gila saya jalan walaupun dengkot-dengkot dan sakit pinggang. Mujur petang td dah isi minyak kereta. Dan mujur ada cash sikit dlm purse. Jd tak perlu singgah mana-mana boleh fokus mencari suami. Eh boleh buat tajuk drama ni. Suami ku hilang di malam kelam.

Dalam hati tak henti zikir. Saya drive pun rasanya ikut sukahati nk tukaq lane ka nk break ka nk pecut ka. Masa tu mmg secebis pun takde fikir kan keselamatan diri sendiri. Hanya fikirkan mana en.Ubi menghilang, nak cari en.Ubi sampai jumpa. First spot nk gi cari dkt area office en.Ubi. Tak naik office pun, just tinjau2 that area kot2 nampak motor en.Ubi. I did parked there for a while. Siap turun and jalan ke tempat motor-park-bay. Takdak. Hampa. Next spot, rmh Mr.H. So saya menyusuri jalan yg saya rasa mmg lazimnya depa dua akan balik ikut jalan tu (ayat tetiba puitis sbb tgh bayangkan diri ialah heroin dalam drama Suami Ku Hilang Di Malam Kelam).

Sepanjang perjalanan dari office ke office en.Ubi ni td dah dok terbayang, aiyo amma appa nk explain mcm mana kt mak men pak men nanti if mmg tak jumpa en.Ubi malam ni? :(
Nak jalani hidup mcm mana kalau mmg tak jumpa en.Ubi? :(
Iolls baru bernikah 4 bulan :(
Oh apa kah last word pd en.Ubi td?
Oh haritu en.Ubi minta korekkan telinga dah tunaikan ke belum permintaan beliau? :(
Oh smlm sblum tidur minta ampun tak kat en.Ubi? :(
Benci tau semua tanda tanya tu. Selang fikir negatif, selang zikir, selang doa sangat2 pd Allah, pelihara en.Ubi dgn Mr.H. Takpa kalau mmg ada kes jenayah rompak ke kemalangan dan luka kecil ke asalkan dorg berdua selamat.

Sampai perkarangan rmh Mr.H, saya spot motor Mr.H. Motor en.Ubi takdak. Gigih ketuk grill rmh Mr.H dgn kunci kereta sambil melolong beri salam tak henti. Mesti rmh jiran hujung belah sana dgr suara Iolls sayup2 makanya depa ingat tu suara Kak Limah beri salam pukul 2.30 pagi. Saya tekad nk cuba ketuk gril dan beri salam for the next 30minutes. Kalau lps 30minutes takdak respon baru saya akan cari kat bahagian kecemasan HKL. Last option sgt tu! Sambil ketuk grill, sambil bagi salam dgn suara nyaring, sambil call hp en.Ubi sambil mata melilau kat rak kasut depan emh Mr.H kot kot nampak selipar ke kasut en.Ubi. 30 minutes flew and no one wake up. Dlm hati sempat ngumpat, spesis ape lah kome lelaki-lelaki dlm rmh ni punya la berdengung grill rmh kena gendang tp tak sorang pun sedar. Kalau saya, orang petik gas dapur pun dah terkujat rasanya.

Bateri handphone dah tinggal 2% je masa ni. Mengecewakan! Dgn berat hati, saya gagah kan diri ke bahagian kecemasan HKL. Keluar dr resindential compound rumah Mr.H tu saya terserempak dgn U**R uolls!! Kemain meleret panjang nau nau dia tgh melintas nk gi kt bushes seberang jalan. Rilex jek dia melintas. Cik Gayah yg getaq kepala lutut tengok dia. Off story pasai that U**R. Kt bahagian kecemasan HKL parking pulak kemain la jauhnya. (parking berbayar okeh!) Demi mencari suami, saya menapak juga dr tempat parking ke kaunter kecemasan. By time saya menghampiri kaunter, ada ambulan tiba dan keluarlah stretcher disorong oleh para attendant hospital. Sebelah tu ada attendant dok sorong lelaki luka-luka berdarah atas wheelchair. Eh tu mcm Mr.H gaya rambut yg dok atas wheelchair tu. Getus hatiku (heroin bermonolog). Berderau sedikit. Makin saya rapat ke kaunter, makin jelas, yg atas wheelchair td bukan Mr.H. Ringan je mulut nk Cik Gayah kat budak tu dan tanya, adik accident kat mana? Accident dgn apa? Kalau motor, yg naik motor tu sorang ke berdua? Kalau berdua, dorg tu kulit putih ke coklat??

Tp saya taknak buang masa. Baik saya tanya org kaunter tu terus.

Encik, ada tak pesakit kecemasan baru didaftarkan antara pukul 9mlm hingga 2pagi ni nama Mr.H atau en.Ubi?

Org kaunter pun gigih tgk rekod depa sambil tanya accident ke apa. Saya explain yg saya tak dapat contact diorang dr pukul 9 so takut ada emergency case dibawa ke sini. Takdak. Org kaunter tu soh pi cek pulak kat bangunan sebelah - bahagian pesakit luar. Masa ni pinggang saya sakit sgt. Saya tahu sbb apa - sbb saya berjalan laju. Ahhh pershaiton kan semua itu. Saya gagah kn kaki berjalan pi bangunan sebelah. On the way tu nampak kat lantai ada darah-darah menitis. Oh my, darah sendiri ke ni??? Pusing depan belakang ok confirm not my blood, mungkin darah pesakit lain. Drama plot cemas disitu. Sampai kat kaunter pesakit luar, repeat the same query, Encik, ada tak pesakit kecemasan baru didaftarkan antara pukul 9mlm hingga 2pagi ni nama Mr.H atau en.Ubi?

Fyi, mmg saya mulakan bertanya nama Mr.H ye sbb rasa mcm tak sanggup nk tanya if nama en.Ubi ada ke tak didaftar kn kat sini. Rasa mcm kalau sebut 2-3 kali mcm mmg mendoakan en.Ubi kena accident ke apa. Habis tu kalau Mr.H takpa pulak? Sorry Mr.H! Got no choice! Ngeeeee~

Tetiba org kaunter tu cakap nama Mr.H ada.
Gulp!
Dia tanya nama Mr.H - Mr.H bin Sipolan ke? Alamak, tak tahu la pulak guwe.
Dia tanya lg, umur Mr.H tu 27tahun ke? Eh seingat saya Mr.H tu muda belia lg, baru 24 ke 23 tahun ntah.
Dalam pada ke-confuse-an di kaunter tu, tiba-tiba, handphone saya bergetar (I kept my hp in vibrate mode). Dan nama yg terpapar kt skrin handphone saya ialah nama Mr.H.

Hohemji! Hohemji!

Adakah yg call saya ni pencopet handphone Mr.H?
Adakah yg call saya ni org yg menyelamatkan Mr.H dari kemalangan?

Saya rapatkan telefon ke telinga. Saya dengar suara dihujung talian,



































Baby, minta maaf.. Sayang tertidur kat rumah H...Baby kat mana ni..? (nada suara garau baru terjaga dari tidur)



So, that is how I celebrates and remembering my 4th montherry


T_T





Monday, March 2, 2015

Entry paksa diri

Haa mesti menggeletis nak baca this post sebab dah lama titew tak update blog en en en? Hahah.

Now it's 1am.
Baru lepas makan maggie kari sambil nonton cita apantah kat tv2 ni. Filem omputih. Cerita Tekken kot.

Td terlelap awal. Lps maghrib camtu dh lena. Pastu en.Ubi kejut pukul 8.30 sbb beliau lapaq. Bangun, makan-makan, gurau senda, teman beliau main dota, pastu dh kita yg tak boleh nk sambung tidoq. En.Ubi dah lena sampai Jaipur gamaknya sbb satni terdengar beliau mengigau mcm cakap bahasa hindustan hey. Kami berdua sakan tidoq kat hall sbb malaysia recent days is very hot i tell you. Ni sebaris ayat saya taip, seteguk sarsi ais saya gogok. Uwuwu nekmat donia penoh pancaroba.

Hum well, dah lama tak update blog takkan lah takdak cerita best kan? Ada... tapi, tu lah, mcm tak berapa nk ada mood menulis. Ni pun kira sanggup buka blog sebab nak ngumpat dgn uolls pasal en.Ubi ngigau td. Hahah.

Lately, i've became not a very good wife to en.Ubi. And it kills me inside realizing it. So every time before sleep, biasanya lepas minta ampun to each other, en.Ubi akan cakap, "Dah jom tidur", but td dia tanya pulak, sayang dia ke tak. Mungkin sbb banyak tindakan saya yg buat dia rasa saya tak sayang beliau :'( Berdetak rasa jantung. Ala, berdetak tu mcm lagu di setiap ada kamu mengapa jantung ku berdetak.. berdetak lebih kencang, seperti genderang mahu perang. Ewaaah.

Siapa tak sayang suami wei. Suami la punca pahala iolls skrg. Bila buat salah, buat dosa kat beliau rasa mcm eh ni knp susah sgt nk jd isteri mithali ni. Sedih tau titew. Titew nk sgt jd isteri mithali. Alkisah one of my friends pregnant 5bulan, kembar tiga pulak tu, meninggal tgh malam februari lepas sbb sesak nafas. First thought of course saya sangat2 terbayang gelak gurau dgn allahyarhamah. But on the second thought, terus terbayang akan suami allahyarhamah. Mcm mana dia lalui hari2 selepasnya tanpa isteri dia lg. Cinta baru, jodoh baru mungkin akan datang satu hari nnt. Tp sampai tibanya yg satu hari tu, mcmana the husband nk lalui... :'( Terus terbayang juga, kalau saya yg pergi dulu, mcmmana dgn en.Ubi? Ye, mungkin beliau akan jumpa jodoh baru nanti, dan mungkin jodoh tu 18 juta kali lebih baik dr saya. Tp sampai ke saat dia jumpa jodoh yg itu, mcmana kehidupan harian beliau? 

En.Ubi suka saya masak. Siapa yg akan masakkan beliau nanti?
En.Ubi tak pernah korek telinga sendiri sejak kahwin. Siapa yg akan korekkan telinga beliau nanti?
En.Ubi jenis suka main cepok je tuala basah ikut dan. Siapa yg akan sangkutkan betul2 nanti?

:'(

Dah, dah, taknak fikir bukan-bukan. Doakan saya sihat lebih sihat dr sebelum-sebelumnya.