Friday, March 13, 2015

Raya Haji bila ek?

Aik rajin pulak titew update blog ni tenapew?
Sebab esok kerja malam. Jd kena make sure day time esok tidoq senyenyak-nyenyaknya.
Jadi malam ni tahan mata sampai subuh sampai salam muah muah en.Ubi gi kerja baru kita bumm ataih katil tidoq. Get it? :~

Semalam en.Ubi baca my recent post. Lps habis baca, beliau minta ampun kat saya dan ni mungkin dah kali ke berapa entah beliau minta ampun sbb perihal 4bulan menikah tu. Saya buat-buat payah nak mengampunkan beliau biar beliau ngertik rasa serik nak buat camtu lagi. Hahah.

Macam biasa, rutin sebelum tidoq akan sembang-sembang sebab ni jelah waktu bertenang kami bila jadual kerja for the next few days bakalan clash. He was telling me a story of his friend yg sort of mengadu that dgn gaji dia banyak sekian-sekian, wife tak keje, dan his monthly pay seems not to be enough to cover their expenses. Hm, wallahu'alam. Sebab saya ada fikiran yg mana-mana orang pun mmg takkan mudah utk berasa cukup. Dan saya seems to berpegang pd kata orang-orang tua, besar periuk, besarlah keraknya.

Kami pun saya rasa sama jek lebih kurang dgn kawan en.Ubi tu. Bezanya saya kerja jd bolehla nak cover duit kereta dan beberapa bil lain atau bila tekak sendiri ngidam nak benda pelik2, bolehla diusahakan dgn duit gaji sendiri. Kalau fully depend on en.Ubi's pay, saya rasa ngamngam soi je juga. Nk movie over the weekend atau tiba-tiba ada emergency case akan terasa juga ketidakcukupan nya. Dgn alasan inilah saya tetap mohon keizinan en.Ubi utk terus bekerja. Kalau diikutkan, en.Ubi mmg nak saya cecantik je duk rumah bersimpuh. Pagi sblm gi keja saya siapkan pakai minum beliau, petang sambut beliau balik keja dgn makan malam dah terhidang untuk dijamu bersama. Tu impian en.Ubi from day one we get married, yg inshaaAllah satu hari nanti akan terkabul. Amin.

Hal dalaman rumahtangga termasuklah isu kewangan. Masa kami kursus kahwin dulu, kalau ikut slide bab robohnya institusi keluarga, hal kewangan ni jatuh nombor 5. Dan saya juga pernah dgr bahawa bagi kita rakyat marhaen ni, 5 tahun pertama perkahwinan adalah fasa mengukuhkan ekonomi rumahtangga. Berbalik kepada hal kawan en.Ubi td, dah berumahtangga pulak tu tempat mencari rezeki kat KL, my 2cents thought is that, banyak keringat dan tenaga yg perlu dikorbankan untuk survive. Oh bukan tenaga memerah kepala otak je yg perlu korban, nafsu serakah nk beli itu ini nk leisure ke sana sini jugak perlu berkorban ye puan-puan.

Sambil bercerita td, en.Ubi sempat selit ayat manis seolahnya beliau bertuah beristerikan saya yg takde nk demand barang-barang make up ke or any other high value things. Cakap pulak dgn pandangan salju di danau rindu terhadap diri ini. Uuuuu. Eleh, nk cover salah silap tragedi 4bulan nikah lettew :p

Haaaaaaaaa.. Tau pun yang oii betapa bertuahnya beristerikan titew. Eh tak baik tulis camni. Riak! Astaghfirullahal'azim. I suppose, bukan sebab beliau bertuah for berjodoh with me, but there must me something good deeds yg beliau sendiri buat dahulu, so in return, Allah jodohkan saya utk beliau dan sekarang beliau rasakan sang isteri ni menyenangkan hati beliau. (faham ke Cik Gayah membebel apo ni. Berbelit tangan menaip). Simple as that. Any flaws in your partner, always check back ourselves.

Tapiiiiiiiii...

Sapo kato den takdok ngidam apo-apo yg branded atau memahey jang? Den ado jo nafsu serakah terhadap barang-barang mahey. Ekau jo tak tahu sobab eden simpan dendiam jo dalam hati ni ha.



Ni tgk ni. Ni adalah bag idaman hokeyyyy. Dah berkurun rasanya ngidam lap lap ayaq liur terhadap handbag ini. Kalau dapat yg warna biru, aduuuuuhai, tidoq pun Cik Gayah kepit kat ketiak tau handbag ni. Tu korang cuba besaukan biji mata tengok harga dia berapa. RM 3000 untu sebijik handbag prelove. Ye it's a prelove bag uolls! Jd marilah kita bersama-sama mentaksirkan berapa pulak harga sebijik bag yg baharu di rak butik Mulberry nih. Tambah pulak GST kang lg melambung la harga si Mulberry ni. RM 3000 boleh bayar duit kereta dgn insurance plus roadtax lg. Boleh juga disimpan untuk buat scan 4D Baby I nanti. Yg mana dah ada anak, mesti cakap boleh beli susu tin ngan diapers anak utk stok beberapa bulan. Ye, saya faham..

Handbag hantaran saya dulu harganya RM250 which obviously way cheaper than this tapi tu pun saya dah rasa macam berharga sgt handbag tu. Inikan pulak dapat yg RM 3000 ni. Tp inilah pengorbanan. Pengorbanan kecil dr mcm2 lg pengorbanan yg perlu kita buat untuk bina hidup berumahtangga.

Nak bebel lg tapi mcm kang takut melalut pulak. Sampai sini jelah dulu. Selamat berkorban ye kawan-kawan. Raya haji bila ek?










No comments:

Post a Comment