Monday, March 2, 2015

Entry paksa diri

Haa mesti menggeletis nak baca this post sebab dah lama titew tak update blog en en en? Hahah.

Now it's 1am.
Baru lepas makan maggie kari sambil nonton cita apantah kat tv2 ni. Filem omputih. Cerita Tekken kot.

Td terlelap awal. Lps maghrib camtu dh lena. Pastu en.Ubi kejut pukul 8.30 sbb beliau lapaq. Bangun, makan-makan, gurau senda, teman beliau main dota, pastu dh kita yg tak boleh nk sambung tidoq. En.Ubi dah lena sampai Jaipur gamaknya sbb satni terdengar beliau mengigau mcm cakap bahasa hindustan hey. Kami berdua sakan tidoq kat hall sbb malaysia recent days is very hot i tell you. Ni sebaris ayat saya taip, seteguk sarsi ais saya gogok. Uwuwu nekmat donia penoh pancaroba.

Hum well, dah lama tak update blog takkan lah takdak cerita best kan? Ada... tapi, tu lah, mcm tak berapa nk ada mood menulis. Ni pun kira sanggup buka blog sebab nak ngumpat dgn uolls pasal en.Ubi ngigau td. Hahah.

Lately, i've became not a very good wife to en.Ubi. And it kills me inside realizing it. So every time before sleep, biasanya lepas minta ampun to each other, en.Ubi akan cakap, "Dah jom tidur", but td dia tanya pulak, sayang dia ke tak. Mungkin sbb banyak tindakan saya yg buat dia rasa saya tak sayang beliau :'( Berdetak rasa jantung. Ala, berdetak tu mcm lagu di setiap ada kamu mengapa jantung ku berdetak.. berdetak lebih kencang, seperti genderang mahu perang. Ewaaah.

Siapa tak sayang suami wei. Suami la punca pahala iolls skrg. Bila buat salah, buat dosa kat beliau rasa mcm eh ni knp susah sgt nk jd isteri mithali ni. Sedih tau titew. Titew nk sgt jd isteri mithali. Alkisah one of my friends pregnant 5bulan, kembar tiga pulak tu, meninggal tgh malam februari lepas sbb sesak nafas. First thought of course saya sangat2 terbayang gelak gurau dgn allahyarhamah. But on the second thought, terus terbayang akan suami allahyarhamah. Mcm mana dia lalui hari2 selepasnya tanpa isteri dia lg. Cinta baru, jodoh baru mungkin akan datang satu hari nnt. Tp sampai tibanya yg satu hari tu, mcmana the husband nk lalui... :'( Terus terbayang juga, kalau saya yg pergi dulu, mcmmana dgn en.Ubi? Ye, mungkin beliau akan jumpa jodoh baru nanti, dan mungkin jodoh tu 18 juta kali lebih baik dr saya. Tp sampai ke saat dia jumpa jodoh yg itu, mcmana kehidupan harian beliau? 

En.Ubi suka saya masak. Siapa yg akan masakkan beliau nanti?
En.Ubi tak pernah korek telinga sendiri sejak kahwin. Siapa yg akan korekkan telinga beliau nanti?
En.Ubi jenis suka main cepok je tuala basah ikut dan. Siapa yg akan sangkutkan betul2 nanti?

:'(

Dah, dah, taknak fikir bukan-bukan. Doakan saya sihat lebih sihat dr sebelum-sebelumnya. 








No comments:

Post a Comment