Wednesday, September 16, 2015

Takoyaki tersedap setakat ini

Jom main teka-teka lagi. Ni kat mana?



Hint sikit. Kat situ ada seating bentuk Y, and in three candy-colors. Oren, merah, kuning. Memang tema tempat ni ber-color oren, merah dgn kuning.

Model sedang duduk di atas seating Y oren

Dapat teka dah tak? Model memang tu jelah yg saya mampu hire. Nama glamer model ni, model temenung. Asal amik gambo je, pose sume nak termenung apekehey ntah. Kalau soh pose sikit, paling hebak beliau pegang dada. Bajet sado lettew.


Hah dapat tak teka?

Ok la. Ok la.

Ni dekat Sunway Putra Mall y'alls!

Building ni setentang PWTC. Sunway Putra Mall sbnrnya dah lama ada, cuma dorg baru renovate its interior and exterior. Mmg totally berwajah baru. Best! Best sebab dalam ni ada Daiso, Kaison, dgn DIY sekaligus. Puas hati den nak shopping! Saya ni org marhaen.. Takat beli tipuware atau kotak corak-corak harga RM5 tu pun dah masuk kategori heavenly-shopping. Huhu.

Dah 2kali en.Ubi bawa jalan-jalan sini. Sekali tu pergi hari bekerja, and the other day pergi on hari cuti. Hari kerja mmg agak kurang org tapi over the weekend pun ok lg, blm tahap penuh rakyat mcm KLCC nun.

Yg best lg kat Sunway Putra Mall ni is interior dia la. Dia besar, tapi tak memenatkan kita berjalan mcm IOI Mall Putrajaya, or OU, or Midvalley. Kedai-kedai pun dah banyak buka. Name it high brand outlet like Braun Buffel, Dressing Paula, Fareeda (kedai Fareeda pun ada kat dalam ni hokeh) atau yg average one mcm Kitschen, Padini, Uniqlo, pendek kata bestla cuci mata kat sini. Takdela org-org mcm saya ni yg tak banyak pitih ternganga bila masuk mall ni.

Lagi yg saya suka, style foodcourt dia. Rasa mcm ada seribu jenis tempat makan dalam tu. Heaven weyh! Ni saya tgh tggu Boat Noodle buka kat situ. (mmg coming soon akan dibuka kat situ)

Sebelum kita merasa Boat Noodle, saya nak gebang tentang this one Japanese restaurant called


T E P P A N K Y U K O

Restoran Jepun ni CONFIRM halal sebab tuan tanah nya orang Islam kita. The cook org Islam, the cashier org Islam, cuma ada sorang dua serving-helper yg bukan local people. The cook and the cashier (kitorang suspek cashier ni owner kedai sbb dia banyak explain pasal the kedai and the menu) baik-baik and buat kita selesa nak makan kat situ.

Menjak en.Ubi pandai makan takoyaki, semedang jelah beliau nak rasa takoyaki. Pantang nampak. So we ordered 1 set chicken & cheese takoyaki dgn 1set beef teppanyaki.


Teppanyaki kat sini sama je rasanya mcm kat Mr Teppanyaki tapi tapi tapi, perisa kat sini tak keterluan. Ngamngamsoi je. Kalau kat Mr Teppanyaki tu sokmo mujiburr yg masak set teppanyaki tu akan tabur seasoning setengah botol. Naik bergulung lidah kalau makan teppanyaki set kat Mr Teppanyaki sbb perisanya byk sgt. Tp yg kat Teppankyuko ni, again, ngamngamsoi. Dan yg paling penting, the cook, org Islam.

Jom kita beralih pulak pada menu seterusnya. Takoyaki!!!


Dia punya takoyaki ya Rabbi.. sedap tu dah tentu satu hal. Gemok-gemok pulak tu! Bukan takat takoball tu yg gemok, dgn fishflakes dia pun gedabak-gedabak tak lokek punya dia tabur. Puas hati ngunyah fishflakes dia. Teehee. Oh and the sauce. Mmmmmmmmm. Sauce tu ada kelainan sikit. Kelainan yg yummy. The cashier (yg kami suspek dia ni owner) bgtahu, sauce tu depa buat and modify sendiri. Sedap. Syabas encik cashier! Bila saya puji takoyaki tu sedap, dia cakap Alhamdulillah.. Huu, saya pulak yg sejuk hati mendengonya :)

Mula-mula belek menu, saya nak rasa California Roll dia (RM6.90/satu), tapi xde pulak. So tukar order takoyaki. Takoyaki tu RM5.90/3biji. Mahal 30sen dr takoyaki jusco tapi seriously, their takoyaki ni gemok gedempol. Beef teppanyaki td RM14.90/set.

Masa kami makan kat sini, sup yg comes together dgn set teppanyaki tu boleh refill. Almost 2 mangkuk jugala saya hirup. Sedap dihirup panas-panas. Kat Mr Teppanyaki tak sure boleh refill ke tak ek the sup?

Restaurant ni takdela besar sgt. Maybe boleh cater maximum 20-25 customer dalam satu-satu masa. Tp mcm saya ckp td, Sunway Putra Mall blm padat sgt pengunjungnya, so dari segi keselesaan, mmg selesa sesangat la masa kami makan tu. Lgpun layout restaurant ni agak terbuka, tak mcm Mr Teppanyaki - konsep kedai mesti nk terkepung ke dalam. Cik Gayah tak kenan sgt layout terkepung-kepung gitu.

Overall, saya bg 4.5 bintang (dari 5 bintang) utk Teppankyuko! Kalau ada yg tertanya knp bertepek-tepek saya kondem Mr Teppanyaki? Jawabnya, bukan sbb saya anti norr dgn Mr Teppanyaki, tapi sbb saya dah jumpa yg berganda lg best dgn konsep dan menu yg almost the same. Makanya. Review ikhlas dari anak tekak saya :)








Motif update blog pasal ni? 
Moga en.Ubi ada yg sudi bawa jalan-jalan makan kat sini lagi esok nanti.