Monday, February 16, 2015

Oh my rumah gajah

Assalamualaikum!!

Omo.. dekat sebulan takde sesi meluah perasaan kat sini. Titew busy ya amat :( Now that my working hour is 8.30-8.30, mmg rumah yg 2 kangkang gajah tu pun saya kena pejam mata jek kalau agak2 nmpk dh ciri-ciri bersepah. Hall, dapur, bilik ayor saya usaha maintain kemas supaya first thing blk rmh xde la terseksa jiwa lara tgk rmh bersepah. Segala kerusi meja saya tolak rapat ke dinding biar ilusi optik buat hall nmpk lapang. Fizik sgt ada term ilusi optik bagai. Hahah.

Sila jgn pelik mcmmna duduk bertiga je pun (en.Ubi, kakcik my adik & me) rmh blh bersepah?

Saya rasa en.Ubi la culprit penyepah dlm rmh ni. Mati la tak dpt duit belanja gi kje dr beliau lepas ni sbb salahkn beliau rmh bersepah. Ekekekek. Eh tp betul... Kt hall tu saja dh segala mcm toys beliau tinggalkn. Laptop la, helmet la, segala mcm wire la, kadang2 deodorant beliau pun ada kt hall! Tu blm kira kusyen sofa penyek sbb beliau kalau main Dota kejap2 kang bila makhkuk Dota tu mati nnt beliau sandar ntah gaya apa kt sofa pastu penyek kusyen tu. Smpi 3hari kmudian kalau tak saya yg pok pok kusyen tu confirm sampai bln puasa nnt pun kusyen tu penyek jek.

Towel, sejadah, jeans, lg la ikut ringan tangan beliau nk hayun kt mana. Kadang2 sipi2 tempat sangkut, kadang2 sipi2 drawer tepi katil, kadang2 kt kusyen penyek td -_-"

But one thing for sure, bila dh kronik sgt, beliau pandai menyumbat membantu mengemas blk rmh 2 kangkang gajah ni. Kronik tu ialah bilamana saya start membebel. Biasanya aktiviti membebel ni saya praktikkan 2 minggu sekali ye puan-puan. Tak sanggup pejam mata lama2 biarkn rmh bersepah. Semalam masa sembang2 romantik vroom vroom atas motor en.Ubi cerita ada sorg abang ni turun ilmu kt dia. Konon org perempuan ni time bercinta baik lemah gemalai kemain bila bercakap suara pun antara dgr tak dgr jek. Tp lepas dh kawin mulut pokpek pokpek ada jek yg tak puas dihati dgn sang suami. Jd sang suami ada 2pilihan. Pertama, tenangkan diri sendiri. Kedua, tampor je sang isteri. Ewaaah bijak betul ilmu abang tu ye? Option pertama yg soh tenangkn diri saya setuju. Yg option kedua tu meh saya soh tok saya yg tampor abang, nak?

Tu la, ilmu rmh tgga ni kna bljr cara agama, bkn cara bangsa melayu cina india melanau bidayuh. Kalau ikut cara bangsa mmg fesyen tampor, flying kick, nintendo (nintendo?) dan sumpit semata-mata.

Sedangkan Umar Al-Khattab pun memey sokmo kena bobey nge bining dio mu tahu dop??? Umar rilex je I tell you. Dia admit dia salah ke tak ke, time wife dia membebel, dia diam, istighfar, sabar, tenangkn diri. Sebabnya purata masa ore tino ni bobey iolah 20-30minit jah abe oi. Kalau lepas minum redbull tu mungkin la lama la sikit durasi bebelan. Lps kami sang isteri dh puas hati meluah perasaan membebel, that's it. Habis dh. Back to normal. Titik. Esok nya atau lusa nya kami pulak yg akan flashback semula pengisian bebelan kami haritu. Dan kami realize tak semua pengisian bebelan kami tu tepat/patut/wajar/betul. Tp yg penting, kami puas hati dan bertambah sayang kpd sang suami yg pandai menenangkan diri sendiri :) Cuba kalau suami tu td tampor isteri tgh bobey td, silap2 sebulan hilang hari khamis tauuuuu~

So apa sumbangan kakcik dlm rmh gajah ni? Tiada. Hence, I'm literally packed & tiring than ever. Allah shj yg tahu apa yg badan saya rasa bilamana nk juggle between office duty - wife duty - tugas kakak sulung - tugas sbg anak - tugas abg menantu - tugas sbg online seller (yg ni siapa tahu, dendiam). Hanya Allah yg tahu sbb Allah yg kurniakan saya dgn tahap kesihatan dan kecergasan badan yg saya carrying skrg ni.

Sbnrnya bkn nk tulis pasal rmh gajah in the first place. Tp melalut panjang dah pulak. Hewhew. Doakn saya diberi kelapangan masa memenuhi antara kewajipan dan memuaskan hati org lain.

Last but not least, saya nk ajak awak yg baca post ni utk sedekahkan suratul fatihah utk arwah tok Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Ini my sincere ajakan, xde lgsung kaitan dgn politik. Saya tak pernah ngundi pun lg. Sayu je kan hati dr hri khamis lepas masa dgr berita arwah tok dh memulakan perjalanan bertemu Allah :'( Honestly, I was so sad yg saya pun x reti nk describe camana walhal hanya kenal tok melalui pembacaan je.. Al Fatihah :'(