Yg tak syok nya skrg ni, kna ada depan laptop baru syok menaip sbb jari jemari kiri lebih kuat menaip kat keyboard laptop. Kalau menaip kat keypad handphone, parkinson jemari kiri Iolls ni masih agak ketara. What else can I say selain Alhamdulillah for I have passed over this new life. Dah lebih kurang 18 bulan kurang upaya sikit berbanding keadaan diri sebelum sakit. Dalam pada kurang upaya tu juga Allah turun kan rezeki dapek suami yg berperisa coklat eh lain mcm pulak guna perkataan berperisa, tukarlah, berwarna coklat manis dipandang tak jemu. Baby I? Entah, macam belum ada lg jek. Haha. En.Ubi selalu cakap, "Lek luu" (rilex dulu) which tak tahu la sbb dia tak puas bermanja dgn Iolls ke atau beliau dah mula stress fikir nanti camana kalau beliau kena kerahan tenaga cebok berry Baby I -_-"
Ni ada satu cerita nak share.
Kejadian ni jadi exactly on our 4th montherry. Sebab tu kalau peram cerita ni lama mana pun inshaAllah Cik Gayah takkan lupa punya.
On that particular day, en.Ubi keje pagi, saya keje malam. So we were physically tak berjumpa eyes to eyes, takdak tergesel dahi dgn dagu (saya pendek. Ubun-ubun paras dagu en.Ubi je -_-"), takdak cubit-cubitan senggol-senggolan aku menari kau petik gitar, tarrak. Hence whatsapp and calls jadi penghubung pelepas rindu. By the time en.Ubi off duty, saya dah di office saya, dah beberapa jam memulakan kerja. Around 9pm en.Ubi texted, informing me that he wanted to go for dinner kat luar with Mr.H (den ponah introduce Mr.H kek sini jang). Saya pun ok jelah. Reply pun ikut skrip jek rasanya like Baik. Hati2. Jgn suka2 sangat. Jaga handphone, jaga wallet.
After that, saya ralit buat kerja. Moreover, it was busy night that night at the office. Sampaila pukul 12 midnight saya teringat nk check handphone. Tengok2 takdak langsung whatsapp ke miscall ke dari en.Ubi. So saya whatsapp beliau, saying something like lupa saya ke? Added merajuk smiley somemore rasanya sbb rasa diri ini dilupakan oleh sang suami. After 10minutes, takdak respon. Saya check lagi, whatsapp delivered tapi beliau tak baca. Kenapa? Jd saya mula call. Call call call non stop maybe more than 50 times i guess. Saya ni jenis biar saya puas hati baru saya diam. Selagi saya tak puas hati, saya akan meroyan. Call Mr.H whatsapp Mr.H pun sama takdak respon, tak baca whatsapp. Something bad-feeling came across me masa tu. 12.40 midnight still takdak respon dari diorang berdua. Saya toye kan diri whatsapp officemate en.Ubi utk tanya tahu tak dorang ada plan nk gi makan kt mana ke, or kot kot la dorg dapat contact salah sorg either en.Ubi or Mr.H. All answers frustrate me - Tiada. Saya whatsapp kakcik, tanya en.Ubi dah sampai rumah ke belum. Kakcik jawab dia balik keje td (12am) takde siapa kt rumah.
There you go. I started thinking bad. Eh dakkk.. Cik Gayah idok le memikior yg en.Ubi menapaki rumah urut atau pusat dagdigdug. Idokk idok aihh. Sikit pun idok. Alhamdulillah naluri kepercayaan saya pada en.Ubi kuat tang tu. Kalau Cik Gayah dapat tahu hatta en.Ubi kerling anak mata kt tempat-tempat tu pun, satu badan en.Ubi putih Cik Gayah clorox kan nanti! Dengan Mr.H sekali saya clorox kan. Biar dua2 luruh gigi.
So the bad thoughts that kept on jingle in my head were :
Accident or
Being snatched or
Kena kidnap or
Semua di atas!
(eh tapi sapa jek yg nak kidnap dua jejaka coklat ni? Maknyah? Ahahhahhahha. Ok tak lawak. Cerita serious ni okeh)
Na'uzubillah.
Na'uzubillah.
Na'uzubillah.
Almost 1.10am, saya mula hint my colleague. Cerita la yg saya tak dapat contact mu husband since then and now pastu mcm cakap kalau pukul 2 pagi tak dapat contact him juga, saya nk halfday EL. They were ok. Walhal kalau boleh dan dan tu juga saya nk keluar dr office drive pi cari mana laaaa intan payung anje mucuk acin suami Cik Gayah ni weyh. Tak sampai pukul 1.30am tangan kaki saya dah sejuk semacam. Jingles yg bukan-bukan dah semakin menjadi-jadi. Call ke hp en.Ubi & Mr.H still nonstop. Saya fikir kalau their handphone being snatched, biar kan pencopet tu stress nengok Cik Gayah call tak henti!
Tekad, saya kemas-kemas handbag, saya cakap taknak stay lg, nk gi cari my husband. Officemate tanya nak cari kat mana? Saya blur. Haa nak cari kat mana? Saya rasa masa tu saya menonong je kot keluar sbb dah risau tahap Allah sahaja yg tahu. Selalu jalan terkedek mcm penguin, tapi that moment saya rasa laju gila saya jalan walaupun dengkot-dengkot dan sakit pinggang. Mujur petang td dah isi minyak kereta. Dan mujur ada cash sikit dlm purse. Jd tak perlu singgah mana-mana boleh fokus mencari suami. Eh boleh buat tajuk drama ni. Suami ku hilang di malam kelam.
Dalam hati tak henti zikir. Saya drive pun rasanya ikut sukahati nk tukaq lane ka nk break ka nk pecut ka. Masa tu mmg secebis pun takde fikir kan keselamatan diri sendiri. Hanya fikirkan mana en.Ubi menghilang, nak cari en.Ubi sampai jumpa. First spot nk gi cari dkt area office en.Ubi. Tak naik office pun, just tinjau2 that area kot2 nampak motor en.Ubi. I did parked there for a while. Siap turun and jalan ke tempat motor-park-bay. Takdak. Hampa. Next spot, rmh Mr.H. So saya menyusuri jalan yg saya rasa mmg lazimnya depa dua akan balik ikut jalan tu (ayat tetiba puitis sbb tgh bayangkan diri ialah heroin dalam drama Suami Ku Hilang Di Malam Kelam).
Sepanjang perjalanan dari office ke office en.Ubi ni td dah dok terbayang, aiyo amma appa nk explain mcm mana kt mak men pak men nanti if mmg tak jumpa en.Ubi malam ni? :(
Nak jalani hidup mcm mana kalau mmg tak jumpa en.Ubi? :(
Iolls baru bernikah 4 bulan :(
Oh apa kah last word pd en.Ubi td?
Oh haritu en.Ubi minta korekkan telinga dah tunaikan ke belum permintaan beliau? :(
Oh smlm sblum tidur minta ampun tak kat en.Ubi? :(
Benci tau semua tanda tanya tu. Selang fikir negatif, selang zikir, selang doa sangat2 pd Allah, pelihara en.Ubi dgn Mr.H. Takpa kalau mmg ada kes jenayah rompak ke kemalangan dan luka kecil ke asalkan dorg berdua selamat.
Sampai perkarangan rmh Mr.H, saya spot motor Mr.H. Motor en.Ubi takdak. Gigih ketuk grill rmh Mr.H dgn kunci kereta sambil melolong beri salam tak henti. Mesti rmh jiran hujung belah sana dgr suara Iolls sayup2 makanya depa ingat tu suara Kak Limah beri salam pukul 2.30 pagi. Saya tekad nk cuba ketuk gril dan beri salam for the next 30minutes. Kalau lps 30minutes takdak respon baru saya akan cari kat bahagian kecemasan HKL. Last option sgt tu! Sambil ketuk grill, sambil bagi salam dgn suara nyaring, sambil call hp en.Ubi sambil mata melilau kat rak kasut depan emh Mr.H kot kot nampak selipar ke kasut en.Ubi. 30 minutes flew and no one wake up. Dlm hati sempat ngumpat, spesis ape lah kome lelaki-lelaki dlm rmh ni punya la berdengung grill rmh kena gendang tp tak sorang pun sedar. Kalau saya, orang petik gas dapur pun dah terkujat rasanya.
Bateri handphone dah tinggal 2% je masa ni. Mengecewakan! Dgn berat hati, saya gagah kan diri ke bahagian kecemasan HKL. Keluar dr resindential compound rumah Mr.H tu saya terserempak dgn U**R uolls!! Kemain meleret panjang nau nau dia tgh melintas nk gi kt bushes seberang jalan. Rilex jek dia melintas. Cik Gayah yg getaq kepala lutut tengok dia. Off story pasai that U**R. Kt bahagian kecemasan HKL parking pulak kemain la jauhnya. (parking berbayar okeh!) Demi mencari suami, saya menapak juga dr tempat parking ke kaunter kecemasan. By time saya menghampiri kaunter, ada ambulan tiba dan keluarlah stretcher disorong oleh para attendant hospital. Sebelah tu ada attendant dok sorong lelaki luka-luka berdarah atas wheelchair. Eh tu mcm Mr.H gaya rambut yg dok atas wheelchair tu. Getus hatiku (heroin bermonolog). Berderau sedikit. Makin saya rapat ke kaunter, makin jelas, yg atas wheelchair td bukan Mr.H. Ringan je mulut nk Cik Gayah kat budak tu dan tanya, adik accident kat mana? Accident dgn apa? Kalau motor, yg naik motor tu sorang ke berdua? Kalau berdua, dorg tu kulit putih ke coklat??
Tp saya taknak buang masa. Baik saya tanya org kaunter tu terus.
Encik, ada tak pesakit kecemasan baru didaftarkan antara pukul 9mlm hingga 2pagi ni nama Mr.H atau en.Ubi?
Org kaunter pun gigih tgk rekod depa sambil tanya accident ke apa. Saya explain yg saya tak dapat contact diorang dr pukul 9 so takut ada emergency case dibawa ke sini. Takdak. Org kaunter tu soh pi cek pulak kat bangunan sebelah - bahagian pesakit luar. Masa ni pinggang saya sakit sgt. Saya tahu sbb apa - sbb saya berjalan laju. Ahhh pershaiton kan semua itu. Saya gagah kn kaki berjalan pi bangunan sebelah. On the way tu nampak kat lantai ada darah-darah menitis. Oh my, darah sendiri ke ni??? Pusing depan belakang ok confirm not my blood, mungkin darah pesakit lain.
Fyi, mmg saya mulakan bertanya nama Mr.H ye sbb rasa mcm tak sanggup nk tanya if nama en.Ubi ada ke tak didaftar kn kat sini. Rasa mcm kalau sebut 2-3 kali mcm mmg mendoakan en.Ubi kena accident ke apa. Habis tu kalau Mr.H takpa pulak? Sorry Mr.H! Got no choice! Ngeeeee~
Tetiba org kaunter tu cakap nama Mr.H ada.
Gulp!
Dia tanya nama Mr.H - Mr.H bin Sipolan ke? Alamak, tak tahu la pulak guwe.
Dia tanya lg, umur Mr.H tu 27tahun ke? Eh seingat saya Mr.H tu muda belia lg, baru 24 ke 23 tahun ntah.
Dalam pada ke-confuse-an di kaunter tu, tiba-tiba, handphone saya bergetar (I kept my hp in vibrate mode). Dan nama yg terpapar kt skrin handphone saya ialah nama Mr.H.
Hohemji! Hohemji!
Adakah yg call saya ni pencopet handphone Mr.H?
Adakah yg call saya ni org yg menyelamatkan Mr.H dari kemalangan?
Saya rapatkan telefon ke telinga. Saya dengar suara dihujung talian,
Baby, minta maaf.. Sayang tertidur kat rumah H...Baby kat mana ni..? (nada suara garau baru terjaga dari tidur)
So, that is how I celebrates and remembering my 4th montherry
T_T
Aduhai... Jantung kite plak yg dub dab... Hish! Nk marah pon ade. Tp, berani plak cik gayah kua memalam gituhhh... Seb bek cik gayah xde pe²...
ReplyDeleteAduhai... Jantung kite plak yg dub dab... Hish! Nk marah pon ade. Tp, berani plak cik gayah kua memalam gituhhh... Seb bek cik gayah xde pe²...
ReplyDelete