Friday, April 24, 2015

Entry bercakap seorang diri

First entry tanpa pembaca selain diri sendiri! Tak tahu nak happy ke nak rasa tak best ke. Mula-mula create blog dulu sebab syok baca blog orang yg share ilmu itu ilmu ini, share pengalaman travel and whatnot. Tak tahu la mai mana confident gila masa tu nk ada blog juga macamkan kita ni banyak nau ilmu nya yg nak di share kan. Plus macamkan kita ni banyak nau duit berjalan ke sana sini. Oh another thing yg trigger me to have a blog was the lonely feeling. Sendu betul hidup masa tu (perkataan sendu belajar dari nameeroslan yg cun melecun tu ye rakan-rakan. Eh now where go rakan-rakan reading this! :\)

Malas la nak dikenang kenapa hidup bermuram durja dahulu kala. Yg penting sekarang saya ada en.Ubi yg menghiburkan *tutup mata itew nak kissh en.Ubi sikit ni* (sekali lagi terlupa  yg sekarang saya sorang je boleh baca blog ni weyh!)



Semalam gi klinik, balik tu terus cari lunch dekat2 area rumah. Saya cedok nasi sikit pastu ingat nak amik ayam masak kunyit dari jauh nampak menggiurkan tapi tak jadi sbb ayam mcm keras keung je lah pulak. End up saya amik one slice ikan (kari ikan) dengan bendi satu. That one slice ikan let me tell ya it's really small one okey. Sebab saya mmg jenis tak makan lauk sangat so sengaja pilih slice yg paling cenonet. En.Ubi ordered milo ice. One kakak came to our table and pass over a piece of paper dgn harga lunch saya. It was RM7.50. Lepas makan, saya ke kaunter nak bayarlah kan so I showed the paper. En.Ubi pergi kedai sebelah beli kunyah2 pulak (saya kerap lapar sekarang ni. Huuu) To my surprise, masa nak bayar kakak kaunter tu tanya minum apa? Saya blur tapi mulut jawab - milo ice. Saya nampak by the calculator, kakak kaunter tu add up RM7.50 dgn harga milo ice. Saya bayar the total tp sebab den tak pueh hati den tanyo kakak tu, "Td saya makan nasi lauk kari ikan je. Yg RM7.50 td belum campur harga air sekali ke?" Then the kakak answered, "Ikan jenahak tu dik. Ikan jenahak memang mahal"

Saya rapidly do my math. Katakan nasi RM1.50. Bendi tu katalah kejam nau dia nak caj juga RM0.50 sebab considered as sayur/ulam. Ikan jenahak sepotong kecil sampai RM5.00???? Kehidupan apekah ini weyhhhhhhhhhh..! Saya tak tahu if para peniaga makan tengahari memang caj camni juga but sorry, I have to band eating outside lunch kat situ dah. I mean, hello, tak sampai 15minit dari kedai tu, saya boleh dapat fish and chips sedap (at least kena selera saya la) dengan harga RM5.00 sahaja hokeh. Babai kedai-kari-ikan-jenahak-mahal-melampau. See you never again.

Jika nak jimat lagi, patut masak jelah kan? Kalau masak sendiri, makan nasi panas dengan telur dadar pastu potong cili padi campak kicap pun udah menyelerakan yg amat kan? Makanya kenapa loh tidak masakin aja di rumah? Alasannya sebab ni..




Kami recently pindah rumah. Tengoklah atas kitchen cabinet masih bersepah :( Actually bukan semua barang dah dipindah masukkan ke rumah baru, nak arrange ke nak kemas ke masih ada keperluan-keperluan yg takde. Contoh utama, tong gas. Gas tarak how to masak? Ammak~

Moreover en.Ubi keje jd takde semangat kudrat nak ngemeh sorang-sorang (adakah ini alasan semata-mata??).

Deep down in me, saya nak cepat-cepat kemas bahagian dapur sebab nk masak. Untuk diri sendiri yg agak kuat makan lately, nak masak bekal untuk en.Ubi gi keje, nak jemput close family member mai datang rumah ni and cook for them! Semoga datang kudrat, datang semangat, datang kesungguhan untuk mula mengemas dapur. Till then, kita pi mamak makan tosei rawa lah ye yang.







No comments:

Post a Comment