Arakian satu hari tgh scroll2 insta, terpaku mata tgk blogger terkenal Cik Epal share gambaq dia pi London pulak. Wahhh jelesnya! Rasanya dia baru je blk dr Jepun. Bestnya hidup weyh keje bercuti luar negara sokmo mcm kn bangun pagi jek menguap wa wa wa keluar duit gittew. Adakah Cik Epal ni betul2 menguap keluar duit? Kot botoi, nak gak den tunggu topi katil dio tiap2 pagi. Dapek dlm limo ratus setiap pagi cukup lah. Den mintak diri poie balik.
Sedar bhw itu semua khayalan, saya pun scroll2 la gmbrb kt insta Cik Epal lg (such a stalker botoi. Gahah). Pastu terjumpa dia pernah share cheque bernilai 24k plus minus hasil dr dia berblogging. Terbuntang biji mata iolls di situ. Nk stalk lg tp meyhhh x payah la. Baru tgk sikit gmbr dia pun hati dh jahat dgn noda2 cemburu. Cemburu yg positif kalau tdk dikawal blh bercambah mnjadi cemburu yg negatif.
So saya tekan button back dan kembali ke newsfeed insta. Scroll2 this time around terhenti pulak pd insta Imam Muda Asyraf. He posted gmbr beliau dgn his wife. First thing yg terdetik dlm hati saya Ayu je raut wajah isteri Ustaz Asyraf ni. Baca caption beliau pulak. Panjang. Tp demi mekeme yg tak berapa rajin nk pi cari which post yg saya mksud kn ni, let me share it here.
*****
By @imammudaasyraf "Teringat sewaktu sy mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kpd mertua yg sudi menerima insan yg serba dhaif ini menjadi menantu. Walaupun ketika itu mrk tahu sy tak mempunyai sumber kewangan yg utuh. Sy buat partime sbg imam rawatib di masjid sebab nak sara anak orang sbg isteri. Dgn gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yg mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan. Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama utk pulang ke kampung. Apa yg sy kagum dan sy akan ingat selamanya ialah pesanan dari seorang isteri : "Abang.. Ayang tak minta abang bawa balik kemewahan. Tapi cukuplah dgn bawa pulang kpd keluarga rezeki yg barakah"...Beliau langsung tak pernah minta wang utk beli pakaian melainkan apa yg sy belikan. Beg tangan dan Kasut seadanya. Kadang terusik di dalam hati seorang suami utk membeli sesuatu utk menggembirakan isteri. Tp si suami tak mampu. Rumah flat yg tiada katilnya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan, Kotak sebagai alas pinggan. Almari zip yg terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yg paling bahagia. Detik itulah yg paling sakinah. Payah namun indah. Rumah sempit namun hati lapang. Perit dahulu menekan keangkuhan. Sakit dahulu mengingatkan kesombongan. Semua yg kita dapat sekarang adalah pemberian Tuhan. Dia beri pinjam hari ini, maka tak sukar utk Dia ambil semula esok hari. Beringat wahai si tuan badan. Sy kongsi kisah ini bukan utk khabarkan sejarah diri semata. Krn sy tahu rasa sy ini pernah juga dirasai kebanyakan pasangan. Sy tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramai yg turut melalui. Bersyukurlah apa yg ada. Sebelum menangis bila dah tiada. Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka disisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dgn kita walau kita tiada nama. Mereka sudi disisi kita walau kita tidak berharta. Semoga Allah mengAbadikan bahagia ini hingga ke syurga.#HindustanGitu #TetibaBaikNiKenapa"
*****
I've told ya. It's lenghty.
But worth reading it right? Bg saya, it is more than worth. Kalau saya tak stop stalk insta Cik Epal, tak mustahil cemburu positif saya bertukar mnjadi cemburu negatif. Which will buat diri sendiri tak memasal sakit jiwa tgk knp org lain hidup mcmkan xdak mslh lgsg. Dahla tak memasal sakit jiwa, pulak tu kita ni ntah sapa2 sikit pun Cik Epal xdak hati nk berkenalan. Gahahah. Buang karen jek sakit jiwa sensorang.
Lagi, kalau saya x stop stalk insta Cik Epal, bateri hp saya mungkin hbs dan x dpt la memotivasikn diri sendiri dgn pngalaman berharga Ustaz Asyraf.
Well, my point is, in times I felt so down, these are the kind of motivation yg saya perlukan. Kehebatan dan kekurangan mereka2 insan yg Allah pilih. Tak boleh kalau saya semedang dok tgk org yg lbh susah dr apa yg saya alami/lalui jek. Nnt xde pulak smgt nk majukn diri supaya lbh mnjadi manusia yg berkualiti. Dan tak boleh jg kalau forever tgk org yg berjaya shj sbb nnt akn mkn diri - sikit2 terkikis rasa bersyukur pd pmberian Allah pd kita dgn apa yg kita ada skrg.
Penutup bebel pnjg saya hari ni, to both Cik Epal & Ustaz Asyraf, walaupun mungkin forever mekeme takkan mngenali Cik Gayah, Cik Gayah tetap nk ngucapkn terima kasih sbb mekeme telah memotivasikn mike dlm keadaan mike down. Mike doa kome terus diberkati Allah dunia akhirat. Amin.
No comments:
Post a Comment