Tuesday, September 30, 2014

Update sbb sampai office awal

Cik Gayah nk pi bercuti next month (semoga diizinkan Allah). Flight tiket dh beli tapi dilema nk book hotel siap-siap ke taknak. Konon kalau tak book hotel in advance makanya Cik Gayah bakalan jadi-an backpackers la. Tak sedar diri jalan pun mcm rabbit, nk backpacker bagai. Baca travel tips dr blogger lain yg dh pi sana, semua cadangkan book je hotel terus kt Agoda. Murah kalau book awal. Hm.. Dilema dilema. Kalau book awal, maksudnya ekuiti berkurangan for this month. Ekuiti? Duit la duit yo. (Yeke? Belasahhh) I teringin nk cakap bahasa accountant plak tetiba. Dulu2 tak pernah belajar account. Buku lejar pun pernah pegang buku kawan yg ambil perakaunan je. So dah tetua ni baru menggelupur nk nyebut ekuiti. E-KU-I-TI. Oh hebatnya perasaan menyebut bahasa accountant. Hikhiks :D

En.Ubi have no idea of where I'll be going. Memang nk merahsiakan lokasi dan plan bercuti ni dr beliau. Tp nawaitu nk bercuti ni kekantoian last week. Dikantoikan mak sedara dan mak sendiri. Fail di situ. Bila tanya en.Ubi, agak-agak saya ni nk bercuti ke mana, (part location belum kantoi) beliau jawab Aussie. Amboii kemain omputih en.Ubi. Tak padan ngan kulit cekelat, budget bercuti kt negara omputih jek. Salah, intan payung. Titew tak banyak duit sangat nk travel ke Aussie. Duit flight pegi balik mngkin lepas. Tp sampai sana kena tidur sekandang ngan kanggaroo. Tu pun kalau kangaroo tu izinkan.

Nanti la fikir balik pasal book hotel tu. Ni nak cerita pasal cincin en.Ubi pulak. HOH Cik Gayah nk kawen dah??? Belum... Rilex... Harusla Cik Gayah menyervey survey dulu harga cincin yg nk dibelikan utk beliau. Takkan esok nk menikah harini baru menggagau nk pi cari cincin. Btw, (bakal) makmen ckp tak payah beli cincin. But both of us (en.Ubi & I) agree that that will at least be the marked of us are married. So kita beli diam-diam jelah yek. And the online-hunting began.

I was earlier nk 'hadiahkan' en.Ubi Bvlgari ring. RM1700 yo. Within budget. Provided gaji Cik Gayah sebulan 10k. Tapiiiiiii memandangkan gaji Cik Gayah JAUH lebih sikit dari itu, maka semput-semput pun kita kumpul la juga duit nak membelinya. Belum pun sempat jejak kaki masuk Bvlgari, en.Ubi dah heret Cik Gayah masuk Timberland ngan Braun Buffel -_-" Cik Gayah meronta-ronta minta dilepaskan dari heretan beliau namun heretan beliau tetap utuh. Sila percaya. 

Sila. Percaya. 

Sila. 

Alaaaaaaa, percaya laaaaaaaaaaa...

Ok ok. It was me yang 
Eh Manja, Manja takdak kasut kan? 
Eh Manja, Manja takdak wallet kan? 
Eh Manja, Manja takdak baju kan? 
Manja takdak three quater pants kan? 
Manja takdak boxer kan? 
Manja takdak ituini kan? 

Then en.Ubi buat sejenis pandangan kat Cik Gayah yg Cik Gayah ngertik maksudnya. Pandangan itu Cik Gayah namakan Habis-tu-ni-saya-melayan-awak-tawaf-mall-ni-saya-bogel? Danggggg.

Hasil simpanan Bvlgari td sudahnya dah ke Bvlwallet, Bvlbaju, dan Bvlkasut beliau. Cincin? Kita beli cincin memurah je lah ye intan payung.. Tak baik membazir. Ek ek ek? 

These are the cincin yg nampak menarik di mata titew.

Suuuuuuka sgt ada gems biru tu. Tp en.Ubi pulak tak suka
I just like it! But En.Ubi not a batu-type person. Hm.

Suuuuuukanya!! Masa tak sale, almost 1k. Masa sale, rm888.
Cantik juga. Tp nampak mcm stainless steel or silver biasa.
Even interesting! Sebab murah gilos
Ada juga saya survey hat lain. Mcm Bausch K. Outlet dia yg saya tahu ada kat MidValley je. Tapi bila baca review on its product, ada yg cakap the quality is not so good. So walaupun harga cincin lelaki kt situ lebih murah, tp taknaklah beli sekadar cukup syarat je kan. Lagi pulak knowing that my so call buah hati pengarang jantung saya ni tak berapa nk cermat orangnya, so faham-faham jelah.


Inilah dia cincin yg dah bertukar jadi wallet, kasut, & baju en.Ubi. Saja tempek buat sendiri makan hati. En.Ubi rilex je tak dapat cincin ni. Titew yg frust :(


Saturday, September 27, 2014

Introducing en.H

Oh well, do not shower me with where I have been. I know it has been a while. Im having early-midlife crisis peeps. Saya rasa saya ni sbnrnya ialah ultraman. Sbb ultraman tiap-tiap minggu diserang raksaksa. Raksaksa plak mula-mula kecik but then bertukar jd besar. Pastu ultraman akan lawan lawan lawan pastu tet tet tet lampu merah menyala ultraman lemah. Ultraman kena terbang gi kt matahari caj power pastu fly down lawan blk raksaksa smpai raksaksa mati hilang tetiba.

Ala kita tahula ejaan raksaksa yg betul : raksasa. Tp tak best sebut. Sak-Sa tu jg yg best sebut!

Kalau korang perasan, Ultraman time dia berlawan, dia senyaaaap jek. Xdak bunyi pun or ckp2 like jago mung! Nate sungguh! So do Cik Gayah. Cik Gayah pun time mengatasi masalah sejagat akan prefer not making it loud. That's y I think I'm an Ultraman.. (ni lah akibatnya terjaga tgh2 mlm ngadap blog dr ngadap sejadah. Statement shaitonirrajim sgt)

Btw. Harini td, en.Ubi told me that he went to pusat rawatan rambut/kulit kepala - Miracle Hair Expert kt Jusco Alpha Angle, Wangsa Maju. Dia pi dgn best buddy dia. Lemme name him here as en.H. En.Ubi dgn en.H punyalah rapat bkn takat bagai isi dgn kuku je, lebih dr itu kdg2 saya ckp dh mcm bining no.2 pula. But those were the time yg saya hanya akn ckp bila saya nk pura2 merajuk. Risau jg kerap sgt sebut bining no.2 satgi I betul2 ada honeybee kang. Cik Gayah is tak rela!

Nk tggu cerita lanjut pasal rambut en.Ubi, nnt kita tggu gambar2 dr beliau k. En.H selain teman en.Ubi, dia jg merangkap photographer peribadi en.Ubi. Ha, beliau ada personal photographer. Ekau ado??

Sunday, September 21, 2014

Malam


Throwback.
Semalam.
Tidur Shah Alam.
Penat.
Byk cerita.
Good night.

Thursday, September 11, 2014

Hello!

Bos, den belum datang momento nk buek kojo bersungguh2. Izinkan den update blog kojap yo bos? I was having a very very hectic days recently. Ditipu vendor print kad kawin (not mine. Client punya kad la), duit dh bayar tapi beliau menghilang. So kelam-kabut la saya cari vendor baru. Alhamdulillah, jumpa orang yg jujur. Things happen for reason. Ada sebab knp saya ditipu - utk temukan saya dgn vendor baru ni : abg fazli & kak aida (super senior zaman architecture dulu rupanya). Walaupun baru sehari met up, tp dh boleh jadi kawan and we've created a good impression to each other, inshaaAllah.

Saya dapat A LOT of responses - untungnya irma dapat en.Ubi. Let me presenting to you guys siapa en.Ubi sebenarnya. Muahahhahah. En.Ubi sejak bersemangat nak jadi suami org ni, dia semakin bertindak ganas menunjukkan betapa vetonya beliau dgn kuasa seorang suami. Tengok, tengok, tengok ni 


Lagi bukti.


Bila kita tak update dia apa-apa kemain lagi dia persoal. Tp kalau dia yg tak update kita, alasan yg saya selalu dapat, Buah hati, walaupun takde apa-apa update, buah hati senantiasa ada dlm hati ni.. Hunggahhhh -__-"

dan bila Cik Gayah ngajak gi makan, terus senyap. Malas nk layan Cik Gayah makan tomyam lettew. Sbb dia pro kari, Cik Gayah anti kari.

Lagi bukti.


belayar = tidur

Dah 2tahun cintan-cintun dia buat-buat nggak ngertik pulak maksud belayar tu.... Nampak taklink kt bawah tu? Itu keje yg dia nk sub-con kat Cik Gayah. Pedulik apa dia if saya nk tidur ke nk ter-berry ke. Yg penting, keje dia nk sub-con kt saya, saya buka, tengok, and take note -_-"

Lagi.


Bilamana Cik Gayah nk bermanja-manja, dia pulak yg keras-sekeras-kerasnya. Hati kau keras, Zack.. Eh Zack pulak. Hatimu keras, Manja..

Begini lah nasib Cik Gayah sebenarnya diperlakukan oleh beliau. Sobsob. Tapi apekan daya, Cik Gayah terlalu rapuh dengan en.Ubi. Terkadang rasa diri ni telah di mandrem.



Foot note:
Ini entry mengenakan en.Ubi. Saya sesungguhnya bahagia dengan beliau, Alhamdulillah :)






Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Pagi petang berlumba
Terkejar-kejar masa
Cuba bina istana untuk hidup bersama
Berkelip-kelip mata paksa diri bekerja
Tapi lebih ku rela lihat senyumanmu

Ini sahaja ku mampu demi menjaga kamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu

Benar ku menyedari kini ku menghadapi
Segala yang ditakdirkan untuk hidupku
Maafkanlah diriku kerna melukakanmu
Terpaksa ku melangkah pergi
Meninggalkan kamu

Sampaikanlah rinduku padanya
Agar dia sentiasa sempurna
Bawalah cinta kita
Terbang bersama ke syurga


: Malaikat by Hazama :

Monday, September 1, 2014

Negara di zaman merdeka, rakyat di zaman jahiliyah

Tv, kipas, lampu, terbuka kt hall. Ni saya dlm bilik KONON nk operasi mengemas. Tp sblm kita mulakn operasi mengemas, kita ops landing-on-bed dulu. Ops ni penting bg mendatang mood mengemas okayy. Walaupun ada tv dgn cerita2 kemerdekaan, internet jua menjadi pilihan. Oh, selamat hari kemerdekaan, Malaysia. Bg ucapan kt Malaysia, the country, the tanah, pokok, langit, ayaq sungai. Nk ucap kt the people, rasanya bkn semua 'merdeka' rakyat Malaysia ni. The people (certain) merdeka tang mana kalau ada yg lemaskn anak umuq 2tahun (tekup dgn bantal if im not mistaken) lpstu hang pi balut dgn kain batik then tanam blkg rmh?? This kind of people saya yakin kena rasuk pak tan (read: Shaytaan).

Meh nk cerita sikit. 4-5tahun lps masa saya blk kampung, saya dpt cerita yg ada sorg pakcik kt kejiranan lama saya kena tangkap polis sbb membunuh anak sendiri. Bila mama cerita hal ni, it was really hard for me to memorize muka pakcik tu sbb we were live in tht neighbourhood masa saya primary school. Dh laaama sgt plus dulu saya jns pegi sekolah blk sekolah. Ptg2 study terperuk kt rmh. Takde nk main kt padang ke or amik angin ptg kt luar rmh. Jd x kenal jiran tetangga. I guess I was a good kid before. Eh no, I wasnt. Sbb saya pemalas buat kerja rumah. Selalu kena baling barang, kena jerit dgn mama sbb malas sgt. Satu je yg saya rajin sejak dr kecik. Rajin belajar. *hidung tgh kembang ni*

So okay saya tak ingat pakcik tu. Tp yg penting, saya tertanya2 mmg masa kami berjiran dgn dia dulu, dia ada menunjukkan ciri2 seorang pembunuh ke? You may guess it right - NO. Pakcik ni mama said pegawai bank, dh pernah pergi haji pun. What makes him a murderer? What makes him killed his son? Dadah. Ehhh bkn dia yg hisap dadah! Kome ni, cepat norr potong cerita cik gayah. Dont dont dont dont. Let me do the talking here babeh. Anak jantan dia (amboihh. Kasaq!) yg addict dadah.

Tp idok ler hari ni anak dia hisap dadah, esok dia dh bunuh. Amik masa bertahun2 jg. Haha. Apekah nada penceritaan begini. Tak scary lgsg. Abaikan, biar cik gayah sambung cerita. Ank dia lama jg la menagih dan telah bermacam2 usaha pakcik tu and his wife nk pulihkn ank dorg. Dgn kuasa Allah, nk bg ujian pd pkcik & mkcik ni, walaupun dorg dh berdoa dpn kaabah mnta bntu pulihkn ank dorg yg sorg ni, still dorg hampa.

Sampailah satu hari pakcik ni kt tmpt kerja, tiba2 dpt call fromhis wife. Suara isteri dia cemas2, takut2. Ank dorg blk rmh mengamuk2 mnta duit nk beli dadah. Pakcik tu rush blk rmh and by time dia tiba, his son tgh acu pisau kt leher mak dia. This pakcik's wife. The makcik. Bergelutlah pakcik tu dgn ank dia yg menagih tu demi menyelamatkn si makcik. Lawan punya lawan, pakcik tu bunuh ank dia. Bkn TERbunuh, tp mmg dia nk bunuh. Bunuh dgn niat mempertahan kn diri. Geram sgt agknya dh mcm2 diusahakan tp ank tu masih menagih and now sampai tahap nk kelar leher mak sendiri, baik kamu mati. Mcmtu la agknya perasaan pakcik tu masa tu.

But the story wasnt end there.

Bila pakcik tu dh bunuh ank dia, dia call seorg kwn and cerita what happened. Kwn ni pulak bijak sgt pi nasihat pakcik ni supaya buang/sorokkan mayat ank dia kt tmpt sekian2. Pakcik ni mgkin dh TERRRRlalu takut, panic (yela, he just killed someone. His son!), dia pi turut ajaran kwn dia utk bawa the body ke tmpt X. Dh sampai sana, dia call lg kwn dia tu. Kali ni kwn dia suruh cungkil pula BCG & potong ibu jari ank dia. Konon nk menyukarkan siasatan polis once police dh jmpa the body.

Yes you guess right again. Pakcik tu buat! Allah.. masa dgr cerita ni dr mama, part ni yg baru buat jantung saya kuat sgt berdenyut. Tak terbayang sakit dan seksanya the body ditoreh, dicungkil BCG & dipotong pulak ibu jari. Saya tahu ank itu salah. Salah yg amat besar. Dan saya tahu, pakcik tu asalnya cuma mahu mempertahankn diri. Tp kalaulah segalanya berakhir di situ, itu lbh baik. Ni bila dia buat pulak the body of his son mcmtu, Allah...

Slps selesai semua tu, pakcik tu blk & pretend like nothing happen kt kwsn kejiranan. Tp ptg tu jg org ramai dh jmp the body and org pun maklumkn hal tu pd pkcik tu. Pkcik tu acted terkejut, sedih like wht normal parents would react bila dgr berita kematian ank. He even organized knduri tahlil & everythg! Dlm hari ketiga tahlil (im not sure on ths), tgh2 dia bertahlil bersama jemputan, polis dtg tangkap beliau. Dr siasatan awal polis, dorg dpt tahu yg ths pakcik was the murderer.

Cerita ni jauh beza dgn kes bunuh tanam ank umur 2 tahun yg tgh tersebar laa ni. Tp satu yg sama, dihasut syaitan. Bila kita dihasut syaitan, mmg hilanglah kewajaran kita. Jgn ckp ttg iman sbb iman tu kdg2 tak kena hasut syaitan pun, kita mmg mudah sgt loose our iman. Kalau kita tgh marah, tgh murung, tgh stress, tgh kecewa, istighfar. Istighfar walau korg rasa eh takde effect pun..? Still bengang je jg walaupun dh istighfar..?

Istighfar tu mgkin x blh buat korang dr bengang puff bertukar jd seorang yg bhati mulia. Tp istighfar tu buat pak tan menjauhi rongga2 korang masa tu. Rongga telinga, hidung, mulut. Mmg pak tan menyucuk, membisik pd kita melalui rongga2 ni. Jd, istighfar.

Even better if you can make a move, away from the place. Sbb negative vibes tgh memenuhi ruang tu. Ini mmg ada dlm sirah Saidina Umar - bila isteri beliau membebel kt dlm rmh, beliau duduk kt luar rmh. Supaya dia dpt wajarkn diri dia dr marah balik kt isteri dia yg tgh membdbel tu.

Moral of this entry,
   Rajin istighfar
   Jgn biar pak tan menguasai diri
   Kalau taknak anak, jgn miang buat anak please. Kalau dh terbuat, terberanak, pastu rasa2 taknak pulak, cari org yg nak anak. Serahkan, itu terlebih mulia sekurang-kurangnya. Ni pi tanam anak bagai, igt ni zaman jahiliyah??

Selamat Hari Kemerdekaan, Malaysia. Semoga rakyat mu merdeka seiring mu.
Semoga bumi Gaza dan isi buminya juga mengenemukan kemerdekaan.