Saya start penghujung bulan 9 tahun lepas. As of Jan this year (3-4 bulan periods), terkumpul la mcm dlm gambar tu ha. Alhamdulillah. Mungkin bg sesetengah org, tak banyak. Tp the fact that kita dapat konsisten and dicipline 'tak usik' everytime ada RM5 note yg ada dlm baki pbelanjaan harian kita, is an achievement dah for me. Especially for those jenis yg mmg payah nk menabung.
You see, kadang2 kita bkn taknak menabung. Tp akan ada keadaan yg memaksa kita guna jg duit simpanan kita tu. And most of the time, keadaan memaksa tu bkn bpunca dari kita pon! Tp dr pasanganla, anakla, mak bapak la, adik beradikla.. Ada org yg boleh kental hati, NO means NO bila bhadapan dgn keadaan memaksa tu. Tp saya sendiri, saya jenis NO, but.. 😓
Petua nk asingkan duit? Tak kiralah RM1 ke, RM5 ke, RM10 ke.. meh saya share petua utk yg tak berjiwa kental mcm saya ni ha.
1. Korang kena start masa korang ada duit! Hahah. Sebabnya, masa kita TAK ADA DUIT SANGAT (cthnya dh nk hujung2 bln menghitung hari bilelah nk gaji), keperitan nk mendisiplinkan diri utk asingkan duit hatta RM1 ada terlalu perit ya 😆
Maksudnya camni..
Katakn korang plan nk asingkan/kumpul note RM5. Korang startla masa hari gaji. Awal2 dpt gaji, gi kedai beli brg RM2.50 bayar guna RM10 pastu pakcik kedai pulangkan RM5+RM1+RM1+50sen. So bayangkan, dlm sekelip mata dari RM10 td, kt wallet korang tinggal RM2.50 je (sbb RM5 dah diselitkan kt tabung-yg-hanya-korang-dan-Allah-tahu-kt-mana-kewujudannya). Tp sbb awal2 bulan, so tak terasa sgt la duit korang cepat surut. Ce kalau korg start asingkan/kumpul masa dh hujung2 bulan.. Mmg boleh buat gaduh laki bini la citernya kan sbb pegi kedai bawa RM10, setengah jam kemudian balik rumah dalam plastik ada roti gardenia sebuku duit balance tinggal RM2.50 je! 😅
2. Jangan kira berapa duit yg dah terkumpul. Yesss. Sebabnya, bila kita dah tahu berapa jumlah yg terkumpul, katakan RM95, kita tend tu terdetik, takpe amik sikit je.. amik RM10 je nk top up TnG. Ada banyak lagi yg dah terkumpul tu.. So nasihat saya, jgn sesekali kira berapa yg dah terkumpul. Biarkan je duit tu duduk dlm tabung-yg-hanya-korang-dan-Allah-tahu-kt-mana-kewujudannya tu sampailah korg dh bersedia nk bank in kan duit tu atau nk gunakan utk tujuan spesifik yg lain (cthnya korg aim duit yg terkumpul tu nk dijadikan duit raya utk anak2 buah. Senang tayah kelam kabut nk tukar duit kt bank dh). Seronok tau tgk duit tu makin lama makin berkepuk tnpa kita tahu brp jumlahnya. Perasaan dia mcm tgk cupcake yg sedang dibakar dlm oven - masa adunan tgh meruap naik pastu siap ada aroma wohoo!
3. Mulakan mengikut kemampuan. Jangan terus seksa diri utk menyimpan note RM10 atau RM50 ye. Kalau RM5 pun korg rasa seksa, jgn rasa down. You can always starts with RM1. 50cents also would do! Yg penting, bila menyimpan, konsisten tp JANGAN sampai diri terseksa. Diri terseksa ni sila fahamkan dlm konteks yg luas sikit ye. Cth.. korang makan kt kedai, dlm wallet ada RM10+RM5. Pastu datang org minta sedekah. Nak sedekah RM10, td dh order pecal lele ngan limau ais. Nipu nau kalau set gitu harga RM5 je kan.. Maka, jgn seksa rohani korang dgn menidakkan rezeki si peminta sedekah tu atas sebab korang nak simpan that RM5. Siap ckp pulak dkt nenek tu, "Saya pun ada duit cukup2 nak makan je ni nek.." Jangan.. Ingat, bersedekah tu salah satu cara utk membersihkan hati, rohani, dan kewangan kita. Bersedekah tu penghapus dosa. Bersedekah tu amalan yg dihitung kt alam barzakh nanti. Jgn kerana gila nk menyimpan, korang seksa rohani korang.
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi.
(Ali-Imraan: 92)
Ok itu jelah 3 petua yg paling penting pun 😅
But seriously, if korang sblm ni bkn jenis yg disiplin utk menyimpan dan ada niat nk cuba menyimpan, you guys can try starts dgn my 3 petua ni. Semoga bermanfaat dan selamat menyimpan!