Thursday, August 19, 2021

Cara keluarkan duit KWSP kerana pencen pilihan

Cik Gayah dah lengkap 2 dose Sinovac. Masa first dose 2weeks ago ok je, normal je kehidupan post-vaxx. Tapi kalini, mood swing gila hokeyy. Mungkin sbb kena cucuk time awal2 period so the vaccine affected my hormone so much. Yeke? Ntohhh..

Ni pun memula beria nak tulis itu ini banyak benda la konon nak cerita. Tapi udah 3-4 baris ni rasa apela yg aku buat ngadap blog pulak tetiba ni.

Oh ok lemme cerita la sikit sementara masih ada sisa-sisa mood ni. Cerita pasal keluarkan duit KWSP sebab dah dapat taraf berpencen. Cik Gayah rasa sharing ni berguna sebab prosedur pengeluaran kwsp dah ditambahaik dek kerana kan PKP/PPN.

As of August 2021, untuk pengeluaran KWSP bagi pencen pilihan caranya ialah :
2. Print, isi, dapatkan sign dan cop Ketua Pengarah
3. Buat appointment kat https://www.kwsp.gov.my/janjitemu

Kat KWSP tu nanti, petugas kaunter akan tanya nak kreditkan duit kat bank mana dan apa nombor akaunnya. So nak senang, korang sesiap lah print bank statement korg (just nak nampakkan nama bank, nama korang, nombor akaun - balance duit dlm bank tu ada berapa, petugas kaunter tu tak heran pon).

Pastu nnt korang kena cop ibu jari kanan dan kiri kat borang yang diberikan. Done, settled, ammak~ 
Boleh balik rumah tayah merayap-rayap time Covid ni (serious advice okayy).

Settle tu bukan lah bermakna vavavahh check dlm akaun bank terus dah ada 20juta duit kwsp korang no no no. Kena tunggu 21 hari baru duit kwsp tu credited dalam akaun bank korang.

Nanti kalau ada kerajinan, Cik Gayah share lagi cara-cara mengisi Lampiran A tu okay!

UPDATE
Takdan seminggu, duit kwsp Cik Gayah yg berjumlah namratuspatplohlapan jota tu dah masuk dalam bank Cik Gayah diknon! Vavavavahh Alhamdulillah!