Wednesday, September 28, 2016

SAHM vs WAHM





Sabtu haritu ada annual dinner office. Entah kenapa bersemangat nk join. Cari org make up kan titew bagai hahah menggeletis betul. Baju pun cari juga tapi yg tu part baju idok ler all out sgt cuma part nk muka lawa2 sikit mmg Cik Gayah bersemangat hemoh hemoh hemoh. And the best part was, dah jumpa charger kamera!!! Oh how I love this camera so so much. Kamera ni idok la gempak nau nau tp sentimental value for this camera means deep sangat to me.

Bila dah ada kamera ni mulalah berputik kembali minat utk amik2 gambar, edit2. Rasa mcm dh lama sgt tinggalkan minat tu. Patut pupuk balik minat tu mana tahu masa2 depan dgn kamera ni Cik Gayah boleh perlahan-lahan buat duit.. Ye tak?

Haritu duk mikior tentang What if I am a SAHM (stay at home mom)? Sebenarnya bila en.Ubi mampu untuk tampung family kami, takde salahnya saya jd SAHM. Cuma bila diri ni dah berzaman kerja and pegang duit sendiri, so nk duduk saja-saja kat rumah belek-belek anak je rasa tak puas. Rasa mcm perlu juga buat something so that boleh pegang duit sendiri. Bukan nk pulun income juta2 pun, tapi bersyukur dah bila dpt membeli ikut keinginn hati. Kalau pakai duit en.Ubi, Cik Gayah confirm fikir 88kali nak membeli hatta selai spenderrr sekali pung. Ekekekkekke. Padahal en.Ubi tak pernah berkira or bertanya pun duit yg beliau bg saya buat beli apa.


So, SAHM or WAHM?


Friday, September 16, 2016

Susu Ibu

Minggu depan Affan dah masuk 3 bulan. Cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik kang dah menggeletis suh babahnya gi minang anak dara orang. Halaaaaaahai.. Lomah jantung den mikir kan nya.

Before he even can kenyit mata kat ibu, meh ibu keeps memoirs of you here honeybun.

Berat Affan masa lahir 2.4kg.
Masa check up sebulan, 3.0kg.
Masa check up 2 bulan, 4.4kg.

Walaupun nurse cakap berat Affan below the graf, tapi ibu happy tengok Affan makin bambam and that ibu pun dah start lenguh2 tangan bila nk dukung Affan.
 
Few days after check up 2bulan tu, Affan warded sbb keep on yakyak.

Berat masa masuk ward, 4.85kg.
Berat masa keluar ward, 5.0kg.

Tanjat ibu. Dah sama berat dgn beras kat dapur ibu tu ha. Ingatkan bila ada episod yakyak tu berat turun, rupanya bertambah. Ibu happy riangria jadinya.

***** 

Ok now saya nak cerita ups and downs saya selama 2 bulan lebih berusaha menyusukan Affan dgn susu badan sahaja.

Masa Affan lahir, Affan perlu minum 60ml. Plus minus 2oz. Bagi ibu-ibu lain, nak mendapatkan 2oz tu celah gigi je agaknya. Tp bg saya, celah gigi, celah bedah, celah gaung mana sekali pun halahai payahnya nak mendapatkan 2oz tu! Sangat susah. Sangat mental down. Dahla nak mendapatkannya payah, en.Ubi pulak pernah tumpahkan susu Affan la, lupa tutup peti ais rapat-rapat la (so susu Affan spoil). Urrrggghhhh. Bukan sekali dua ye.. Memang terseksa betul jiwa lara masa tu. Rasa nak picit2 jek dada en.Ubi tu meh tengok boleh ganti balik tak susu-susu eden yg beliau dh musnahkan tu. Kadang-kadang en.Ubi minta maaf and pujuk saya. Kadang-kadang beliau dah tak mampu pujuk saya sbb saya menyinga tahap singa pun mencecet lari keluar dari zoo.

So, yeah. Affan, you have to love ibu more than you love babah. Titik.

Macam-macam cara saya cuba utk banyakkan susu. Makan lobak putih, makan kurma, makan supplement MaMom, minum susu, macam-macamlah. Alhamdulillah ada perubahan. 2oz tu dh boleh diusahakan bila duk bersandar mengepam 1jam. Lama, kan? Huhu. Tapi saya tamak, rasa belum cukup power bila dah boleh dapat 2oz tu. Siang malam godek google. Tanya orang sana orang sini. Then saya diperkenalkan dengan power pumping. Power pumping ni bukan nak bagi pump kita tu lebih power, tapi mempowerkan teknik ngepam. Saya follow. Tiap2 hari saya buat teknik power pump tu. Alhamdulillah, memang ada perbezaan seperti yg saya harapkan.

Tak cukup dgn tu, saya follow pulak beberapa mentor penyusuan. Mula-mula follow Puan Asiah Mahram. Suka tengok video-video dia kat FB nun. Kebetulan ada Minggu Support Breastfeeding so sana sini banyak betul program penyusuan la, sale barang2 menyusu la. Excited tengok Puan Asiah ni masuk rancangan Wanita Hari Ini. Puan Asiah ni dia lebih kepada aiming how to produce banyak susu. Bila tengok anak didik dia sekali pump boleh dapat 7-8oz (ada yg up to 15oz per session!), pulak tu sekali pump dlm 15-30minit je, saya mental down balik. Hahah.

Usaha lagi. Terjumpa pulak FB Puan Ziela Juzaila. Dia pun kategori mentor dalam bidang penyusuan. Saya follow dia diam-diam. Then rasa lebih seronok dgn pendekatan Puan Ziela ni. Pendekatan dia saya rasa lebih realistik. Dia tak fokus on banyakkan susu, tapi dia fokus untuk kerap menyusukan (atau kerap pump). Bila follow cara dia, saya tersedar yg selama ni saya dok compare kuantiti susu yg saya dapat dgn org lain. Saya berlumba-lumba utk ada banyak susu mcm org lain. Tapi dgn cara Puan Ziela, saya realize it's actually ok to just have 2-3oz per session. Pegang pd konsep bersyukur. 1oz ke, 2oz ke, itu rezeki Allah dah tetapkan utk anak kita. Pump beria sampai 88oz sekali pun, kalau Allah kata tu bukan rezeki anak kita, mesti jadi sesuatu kat susu tu. Tumpah ke, susu rosak ke, anything lah.

Satu lg kesedaran yg saya dpt ialah, susu kita pasti cukup utk keperluan anak kita. Pasti. Katakan anak kita sekali menyusu 3oz. Takkan lah Allah kejam isikan dada kita dgn susu 1oz je. Tak mungkin Allah sekejam itu. Kalau kita pump memang keluar 1oz je, bererti kita kena pump 3kali. Allah akan bg kita lebih kudrat utk mengepam.






See. Dia tak malu pun nk tunjuk yg dia dpt pump suku botol. Kalau org lain saya rasa tunggu botol penuh baru post kt FB.

Cantik je aturan Allah, kan? Dari ilmu menyusu pun kita boleh belajar menghargai rezeki dan rahmat Allah.

To those new mom yg masih mental down disebabkn isu susu ni, saya share semua ni sbb saya faham apa awak-awak rasa. Saya pun pernah lalui hari-hari yg downnnn sgt2. Saya pun pernah pump angin je walaupun duk khusyuk menadah selama sejam! Yakinlah, yakinlah dgn setinggi2 keyakinan bahawa Allah dah sebelahkan rezeki anak kita. Dapat hatta 1oz pun, ucap ulang-ulang "alhamdulillah ya Allah, alhamdulillah utk susu ini". Pandang botol yg terisi susu 1oz tu dan senyum lebar2 sambil ckp "Ini rezeki utk anak ku". InshaaAllah bila kita set mind kita mcmtu, kita takkan stress, malah kita enjoy nk menyusukan atau mengepam. Bila kita enjoy menyusukan atau mengepam, automatically susu kita akan lebih byk terhasil! Percayalah! :) :) :)

Bukan tak ada org yg mengasak saya utk bg formula milk pd Affan. Selalunya org tua makcik pakcik yg old-minded memang cepat je nak suruh saya bg formula milk. Tak cukup itu, suruh bg air masak dgn nestum baby terus! Kononnya nk bg baby kenyang and badan jd Michelin. Babysitter yg paling tua kat nursery Affan pun ask me to buy him formula milk. Senang katanya... Tapi kekecewaan yg paling hebat saya terima ialah bila en.Ubi sendiri in our early days as parents, dh plan nk belikn Affan fm. How did I react? Saya diam. Saya x response apa2. Tp dlm hati saya jerit laung kuat2 yg saya nk susukn Affan sampai usianya 2tahun (of course dgn izin Allah). Kalau dgn org-org tua yg suruh bg formula milk tu, saya pura-pura mcm aww-i-am-so-happy-that-i-found-you-and-i-got-your-petua-and-nasihat-aww-aww-aww! Jgn lupa buat muka paling manis dgn angguk-angguk kepala tanda tekun mendengar nasihat depa penuh minat. The real fact, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Otak dan jiwa saya dah full dgn susu yg Allah alirkan dlm badan saya.

InshaAllah nak, ibu takkan halang Affan dari mendapat rezeki Affan. Ibu ni cuma perantara yg mengalirkan susu Allah sampai pd anak ibu.

O ha. Ini pun lg satu tips supaya tak stress kena bgn tgh malam 3-4kali utk menyusukan anak. Bila anak merengek tengah malam nak menyusu, mmg kita akan lemau gilos. We are human! Nothing weird utk berasa lemau bila tidur kita diganggu. Tp try to cepat-cepat pujuk jiwa and mental kita, remind kan jiwa dan mental kita, bahawa yg terkandung dalam dada kita tu, yg membengkak dalam dada kita tu, adalah rezeki anak kita. Kalau kita malas bangun, tak ke mcm kita menghalang anak kita dari rezeki mereka sendiri?

*****

Saya pun belum all the time positive when it comes to hal-hal exclusive breastfeeding ni. Tp alhamdulillah, dh byk perubahan yg saya rasa bila kita fully yakin dgn konsep "bersyukur" & "rezeki anak" tu. Keep mingle around dgn mereka yg juga positive & support breastfeeding. You will feel the vibes. InshaaAllah :)


Friday, August 19, 2016

Aku tahu-tahu sayang

Harini entah berapa kali duk ngulang tengok video klip lagu aku tahu-tahu sayang. Ala yg Tasha Manshahar dgn Syed Aiman tu. Tasha Manshahar tu mmg Cik Gayah berkenan nau nengoknya. Kalau Affan dh besar nak ada girlfriend nanti, ha bior cari yg sopan molek mcm Tasha tu ye nak. Matilah anak baru umur sebulan lebih dah menggagau nak bermenantu. Wakakkkakkak. Duk ulang-ulang tgk the video, sekali hah tapau terjatuh hati jugak kat Syed Aiman. Sbb raut wajah and character dia mcm nakal-nakal sikit. Hamboi Cik Gayah dah beranak sorang ni kemain lagi taste nak yg noty-noty puleks. Hikhok hikhok~

Kalau diingat-ingat balik, dulu-dulu zaman sekolah mmg taste Cik Gayah suka yg nakal-nakal sikit. Kalau org yg nakal-nakal sikit ni biasanya kurus-kurus tinggi. Kulit tak berapa nak cerah. Dress up messy-messy sikit. Pandai. Nampak mcm malas belajar tapi bila exam mesti dia score. Normally mmg camtulah set-set yg nakal  ni. Masa berlalu, Cik Gayah pun dah meningkat dewasa kekekek taste jadi berubah pulak. Admire org badan gempal-gempal, cerah-cerah. Rasa mcm family man gitu kalau org badan gempal-gempal ni. Family-man ni biasanya pandai jaga keterampilan. Pakaian selalu beriron, pandai mix and match, rambut misai janggut jambang segala buluss di muka harus tersisir rapi dan kemas hokeh. Oh dan satu kriteria yg tak berubah, Cik Gayah mmg suka nau tengok org pakai cermin mata. So specky-man masuk dlm prospect jejaka idaman.

Zaman baru mengenal dunia tu lah Cik Gayah kenal dgn S.
Badan gempal. Checked
Putih. Checked
Pakai cermin mata. Checked
Pandai bergaya. Checked

Nampak mcm memenuhi segala kriteria nih. So marilah kita menyulam cinta. 6 tahun kemudian hai hai bai bai. Pffthhhh~

Bermulalah zaman hot Cik Gayah. Wakakakkak. Confident betul merasa diri hot. Kalau sekarang ni masih terasa hot lagi, confirm balik nanti kena jirus sebaldi dgn en.Ubi :P Sambung cerita zaman hot. Masa ni taste berubah pulak lg. Tak berpendirian langsung rupanya titew. Taste lebih kepada para lelaki yg sgt-sgt terserlah raut wajah kebapaan. Sampaikan ada sekali tu, Cik Gayah mcm dh jumpa prospect tiptop berwajah kebapaan. Hampir-hampir Cik Gayah nak tackle org tu. Tup tup dapat tahu dia memang bapa budak pun! Wakakakkkakak. Mujur tak start tackle. Otherwise tak pasal-pasal kena ganyang dgn bining dio :P Of course bukan en.Ubi org yg saya ceritakan ni. En.Ubi masa saya mula-mula kenal, waaaayyy far from my current taste. En.Ubi kurus tinggi kulit warna cekelat pastu tiap2 kali jumpa mesti beliau pakai sweater warna cekelat jugak. Entah beliau budget dipandang manis ke hape bila berwarna cekelat sokmo time tu wallahu'alam. I iz dont like him mula-mula sebab eh mcm poyo je awok ni. Akhirnya kuasa tuhan, terkahwin jugak dgn awok yg poyo tu. Dah terberanak pun. Ekekekek.

To think back, en.Ubi ni actually ada semua criteria yg saya minat masa kecik-kecik dulu. Nakal-nakal.. Eee, geli puleks nyebut suami sendiri nakal-nakal. Semacam jer buyinya. Seraaaammmm. Hahahhahahh.

So nak cerita apa ni sebenarnya?
Sebenarnya nak share lagu apa yg menjadi kegemaran skrg ni. Lulz sgt cerita merapu-rapu dari td rupanya nak cerita pasal lagu kegemaran je pun.

Continue.

So yeah, lagu Aku tahu-tahu sayang.
Next is lagu Hafiz dgn Misha Omar.

Dua-dua pun I loooike. Hafiz, his voice and tone never ever frustrate my ears. Same goes to gorgeous mommy to be Misha Omar. Satni td baru betul-betul dengar lirik lagu Terimaku seadanya. Gerun hokeh bila diamati lirik lagu tu. Sbb lagu tu tentang hati terpaut balik pada kekasih lama. Nehi nehi. Abaikan itu dan kita fokuskan ini.


I love you awok.


Affan dear, this is how your babah looked in his early 20s. He's skinny, messy, and naughty for sure. If you ask Ibu of why ibu fall in love with this guy, the answer is because ibu knows that babah loves ibu (and you dearly) more than he loves himself.



Ok now dah taktahu nak sambung tulis apa. Hoho. Saja je buat entry ni so that takdelah berderet cerita pasal bersalin and being a new mom je.

Tata!