Thursday, August 23, 2018

Bawa Affan ke Petrosains KLCC

Salam Aidiladha!! Korang yg tahu pasal azam saya mggu lepas tu buat2 tak tahu jelah ye 😏

We were so happy dikurniakan rezeki untuk bawa Affan jalan-jalan. Tak lepas ke negeri lain pun, takat dalam KL ni je hahah. To Petrosains we go! Mula2 plan nak naik LRT tapi A cakap, dibuatnya Affan cranky towards the end of our trip nnt, lagi letih kami nk kendong dia dalam train. Might as well drive and park je kt basement KLCC. Paling tidak kalau dia ngamuk pun, bila dah masuk kereta nk gerak balik, boleh nurse him to sleep. Orait babah, ibu ikut cakap babah!


Trip ke Petronas dimulakan dgn sarapan kat Texas Chicken. A teringin nak makan Wendy's, tp Wendy's KLCC dah takde (rupanya?). Gambar ni nampak mcm candid kan? Bukan yer anak-anak. Ni A amik atas arahan Cik Gayah hahhahahhah. A ni takde der dia nak memandai2 snap moment saya sorang ke, saya ngan Affan ke.. Tu yg balik2, gambar deme 2 beranak je yg ada. Bila amik gambar pun asal namanya amik gambar je eyyyyy.. Dia tak kisah gambar tu tegak ke, lighting ok ke, nk amik sisi sini ke sinun. Takde ye. 


Babah yg punya plan nak dtg sini.. Dia nk bg anak dia jd genius mcm dia, katenyerrr. Padahal time ni patutnya morning nap Affan. Kalau dia cranky jap lg dlm tu, shoot balik jelah jwbnya.


Harga utk dewasa RM18.50. Affan (2y+) free. Beli walk in je. Kami pergi ahad, dtg awal pagi. 10-ish, pun dah agak ramai pengunjung queue nak masuk petrosains ni. Mungkin sbb cuti sekolah kot?


Lps beli tiket, beratur untuk masuk ke dalam petrosains ni menggunakan seketul train kenderaan berbentuk helmet. Hahah taktahu caner nk explain. Laluan train ni dinamakan Perjalanan Sekilas Masa Dark Ride.


Kami baru naik train. Saya cam biasalah sibuk nk amik gambar kan.. Dua beranak tu buat dono jek. Ciss. Nama pun Dark Ride, memang dark ye sepanjang laluan Sekilas Masa ni. Cuma ada skrin2 yg tunjukkan gambar2 seiring voice over.


Affan is at stage yg starts to develop perasaan takut skrg ni. Haha comel jek tengok reaksi dia bila dia face something yg mendebarkan or menakutkan. Contohnya masa ni live dia tengok seketul dinosaur besar gedabak camtu. Dia nak tengok, but at the same time dia takut. So dia tutup sebelah mata dia 😆😆😆 Masa Dark Ride tu pun lbh kurang gini la keadaan dia. Bezanya yg tu tutup dgn kedua-dua belah tangan, tapi mata duk menegok dari celah-celah jari. HAHAHHAHHAH comel gila 😆

Sebelum sampai kt bhgian dinosaur ni, ada la mcm2 section lain. Cumanya sbb lighting mmg dim-dim and handphone Cik Gayah pulak idok le canggih mana.. maka banyakla gambar yg terpaksa tak dapek dimasukkan di sini. 


Personally, saya rasa Petrosains ni sesuai utk all dewasa dan kanak2 with minimum age 4. Bukan apa.. sbb di usia 4 tahun tu, dorg dh blh lbh mhargai bnda2/ilmu dlm Petrosains ni. Aktiviti pembelajaran pun majoriti utk kids age 4 and above. Ada la satu dua section yg sesuai dgn height Affan. 


Impian nak naik tractor / backhoe terlaksana. Sayangnya sistem hydraulic backhoe ni under maintenance masa ni. So Affan tak dapat experience in full.



Ini kat section F1. Bg saya aktiviti2 kt sini menarik! Especially utk adults and men obviously. Menarik maybe sbb kt sini the activities kita boleh relate more dgn rutin harian kita. Contohnya halaju pergerakan, degup jantung, penggunaan tenaga dan tinggi..


Ok dah menguap. Sikit lagi ada jelah tu akalnya nak jd punca menangis padahal dia dah ngantuk nk minta susu, nk kita kelek-kelek dia, pok pok dia, sampai dia tidur. Padahal 2y+ dah Affan ni. Tapi masih minum susu ibu. Bila la nk wean off nye nak oiii....


Tak ingat sgt apa aktiviti menggunakan kapal layar ni. Tp ada kaitan dgn angin. Lps drpd main kapal ni, Affan pun mengamuk. Ok marilah kita pulang. Overall, do brings your kids and family ke sini. Kawasan selesa dan berilmiah. Boleh tengok mcm mana angkasawan tidur kt angkasa. Boleh rasa mcm mana kuatnya tiupan angin kt Jupiter (kot tak silap hahah). Boleh tahu mcm mana rasa gempa bumi. Kalau nk bawa stroller baby pun boleh cuma masa nk naik helmet masa mula2 tu, kesian kt pengunjung lain sbb stroller korang dh makan space utk pengunjung lain duduk dlm helmet tu. Selain dari tu, satu je lg hazab - nk tunggu lif depan Petrosains ni LOLOLOL. Tak pernahnya tak penuh lif tu. 



Friday, August 17, 2018

Kerabu maggie mangkuk lambung

Poyo je konon azam nak update blog hari2 tup2 smlm dah ter-miss 1 day. Haha. Cik Gayah busy uolls. Mcm semalam, elok2 tgh tekun buat keje kt office, tetiba HR call tanya busy ke tak sbb rupanya saya kena gi kursus kt Putrajaya tapi dalam emel jemputan, nama saya keciciran - dorg igt saya dah gi kursus tu. So pukul 1 pecut ke Putrajaya. Naik kereta officemate. Perut lapar dah ni, plan nak makan kt cafe sana je. Tup tup kwn tu ajak gi bazaar kt area Kementerian Belia dan Sukan. Yg tak bestnya masa kami sampai tu peniaga bazaar dah banyak nk tutup booth. Maybe dorg setup booth dari pagi lagi, mcm pasar tani tu. So by noon, after lunch hour dorg pun bkemas. Lagipun siapa je yg nak dtg after lunch hour? Kalau dtg jg mknanya officer tu curi tulang hahah.


Lepas parking, masa berjalan menghala ke tapak bazaar, nampak taska permata ni. Huuuu comel!! 😍😍😍 Nilah impian ibu2 bekerja. Nursery anak dekat gila ngan ofis kita, kan mak2?


Masa awal2 saya lapor diri kt Kementerian dulu, entah kenapa saya risau nursery Affan jauh (KL - Putrajaya). Sbb tu saya minta tukar KL. Padahal kalau saya mmg btugas kat Putrajaya, ada je taska yg maha dekat dgn ofis. Yuran pun ya ampuuuuun murah wehhh. Kt ofis KL ni ada juga taska permata, tp di luar bangunan ofis saya. Kena melintas jalan, turun bukit sikit. Nk enroll Affan utk taska permata tu tahun ni, dah tak boleh. Kuota pun dah penuh. Tggu next year inshaaAllah. Borang taska permata 2019 dah siap2 amik. Tapi tu lah, mcm tgh happy pulak hantar Affan ke tadika cina now. Ok, yg tu cerita lain.


Kt bazaar kitorg sempat tapau ni je. Kerabu maggie. Rasa mcm maggie tomyam. Tengok cara abang tu lambung2 ketuk2 mangkuk tu ehh mcm boleh buat kt rumah ni hahah! Nanti bila office Cik Gayah buat hari kantin, Cik Gayah nk meniaga ni la!


Ok tetiba lapar pfffth.

Mana la bebudak office ni. Depa gi meroket kt Quill City Mall dah 3 hari berturut2 sbb kt Aeon Quill ada buat clerance sale. Saya dah meroket kt sana kelmarin. Borong baju Affan. JKids brand kalau shirt sehelai ada yg RM3, RM5. Disney brand sepasang bwh RM20. Swimming trunk Affan brand Ogival baru RM8.90. Kau ghaseee...?

Esok saya up gambar baju-bajuan yg saya beli utk Affan. Kata azam nk update hari2 kennnnn 😜

K lah uolls. Walaupun entry takde la bermanfaat sesangat, tapi semoga korang tahu bahawa hidup ni, kalau kita letak set and expectation tinggi melangit sgt, tu yg blh buat korang demotivated. Pdhal byk je lg benda2 kecik yg boleh menceriakan hidup kita. Antara kita sedar atau tak je. Mcm abg jual kerabu maggie tu.. Sapa tahu, sambil ketuk2 lambung2 mangkuk tu dia menemui keceriaan? Korang mana tahu... nak tahu gi cuba lambung mangkuk.



Wednesday, August 15, 2018

Little Things that Makes Me Giggle

Sempena bulan kebangsaan ni kan, saya kengkonon nk berazam utk up 1 entry 1 hari smpi 31 Ogos nnt. Haha ini machiam punya azam pun ada ka aiyoo akka!

Kan saya cerita yg saya x blh tidur malam sbb cuaca bahang, kan.. so there was one night tu saya godek2 setting whatsapp. Pastu ya Rabbi alangkah kagumnya saya bila saya tahu yg whatsapp boleh tukar wallpaper WAKAKAKAKKAKAK! Ya Allah Cik Gayah ni dracula umur 320 tahun ke apa maha ketinggalan sgt ni rupanya 😂😂😂  Jumpa benda baru ni so kita jd jakun la sikitkan. Hihi.

Memula nk letak wallpaper gambar theA (Affan + Alif). Eh tapi mcm common sgt. Rakyat2 marhaen je yg letak gambar anak beranak atau selfie2 ni. Cecececece poyo sgt ni dracula 320 tahun. Pastu apalagi google la. Nak cari something yg elegant, yg cool, yg unik, yg cute. Google google google, last2 download gambar dinosaur! Dinosaur sbb Affan tgh suka dinosaur skrg ni 😂 Lulzz td kemain poyo taknak ada kaitan ngan family pffthhh.


Comel. The colors pun just nice, very well blend with all character. Tapi tu bila whatsapp chat kosong. Bila whatsapp chat penuh, adoiiii serabut mata saya tengok!


Godek2 wallpaper whatsapp option tu pastu decided nk guna plain color background je. Simple, clean, modest 😜 (nak jugekkk pfthh).


Wiwiwiwi saya suka saya suka!

Then saya terigt, prnh kdg2 tengok font kt phone org lain, different font dr my font. My font very rigid and boring dah rasanya. Cari2 kt setting whatsapp, xde pulak utk tukar font. Godek fon lg, pastu jumpa! Kt setting display device rupanya. Ohmai, I am so 320yo draculee!


Tak jumpa font to my like kat default list yg ada, so this 320yo dracula downloaded this font apps. Bravo bravo. And I am super like this font called Written Pack Fonts 5 sbb dia mcm gebu2, tak rigid sgt, tak kinky sgt. Girlish yes. Pendek kata mmg berkenan la. Lps dh ada new wallpaper dan new font ni, I endup LOVEEEEEEEE sgt berwhatsapp now hahahaha. Rasa mcm tak jemu tgk my whatsapp. Bila takde siapa nk whatsapp meolls pun meolls akan whatsapp kacau org dulu kekekekek.


Moral of the story, jgn igt benda besar like dpt bonus or dpt shopping mahal2 je boleh menggembirakan kita. There are so many other small things that can makes you giggle. Go find it!