Monday, April 24, 2017

Roadtax mati lebih setahun - pemeriksaan puspakom (prosedur, caj dan runner)

Roadtax keter Cik Gayah terbabas setahun lebih tak di renew. Dah, dendiam. Toksah sibuk nak ternganga mulut tanjat caner boleh terbabas.

Long story short, kalau dah lebih setahun, tak boleh simply nak renew roadtax. Kalau mengkemer gi ziarah jpj pastu senyum kambing kat kaunter depa takde der dorg luluskan permohonan mengkemer utk renew roadtax tu. KENA BUAT PEMERIKSAAN KENDERAAN DI PUSPAKOM. Utk kes roadtax expired lebih dari setahun, kategori pemeriksaan dinamakan PEMERIKSAAN KHAS/SPECIAL INSPECTION.

So ni Cik Gayah share yg mana Cik Gayah sendiri experienced. Sharing ni especially utk gugurl kat luar sana yg blur2 mcm Cik Gayah nak kena buat apa kalau dah lebih setahun lupa atau buat-buat lupa nak renew roadtax sebab takde duit kahkahkah hashtag jangan terasa.

Memula cam biasa la, Cik Gayah tanya kat en.Ubi caner prosedur. En.Ubi explain explain explain, tp Cik Gayah konon nak berdikari so buatla pencarian sendiri di google. Of course hasil carian maklumat sama je mcm yg en.Ubi explain. Taktahula pasaipa ketegaq sgt payah nak dengaq nasihat sang suami.



Apa yg perlu dibuat sebelum pergi puspakom?

It is HIGHLY suggested utk call Call Center Puspakom dulu dan buat appointment utk dptkn slot pemeriksaan. Bgtahu nak buat kat cawangan puspakom mana dan nak slot pukul berapa. Masa nk booking slot, dorg akan tnya nama penuh, ic ngan no.plat keta.


Apa dokumen yg perlu disediakan?

Geran kereta ORIGINAL - in case kalau geran asal keter korang masih bank pegang (sbb masih under bank financing), boleh je minta kat bank korang tu. Walk in senang. Dapat terus. Free.


Boleh tak wakilkan orang lain bawa kereta ke puspakom?

Boleh. Dengan syarat, korang prepare siap2 surat wakil bersama salinan IC korang (pemilik kenderaan).


Perlu ke dapatkan permit perjalanan sementara dari JPJ?

Ok first thing first, permit perjalanan sementara dari JPJ ni ialah satu borang/permit yg membolehkan korang bawa kenderaan dari rumah ke puspakom sahaja. Permit tu valid sehari jek. Kiranya kata kan masa otw nk gi puspakom tu ada roadblock. So tayahla kecut perut roadtax dah expired. Tunjuk je permit dari JPJ tu.

Back to the question, perlu ke permit tu? Utk tujuan keselesaan jiwa raga, silalah mohon/dapatkan. Cik Gayah haritu jiwa kental, redah je gi puspakom terus.


Perlu ke beli insuran dulu sebelum gi puspakom?

TIDAK. Dah lulus pemeriksaan puspakom baru la beli insuran, then hidupkan roadtax.


Lama tak pemeriksaan dekat puspakom?

Haritu Cik Gayah gi puspakom Jalan Genting Klang, Setapak. Niat memula nak buat semua sendiri so that tahu each procedure by puspakom. Tp sampai puspakom kena pancing ngan runner, terus mengalah. Dah mcm kena mandrem pulek.

Walaupun guna khidmat runner, tp Cik Gayah stay kt puspakom tu smpi dpt surat lulus pemeriksaan. Total hours menuggu runner settlekn semua a to z, sejam setengah.


Ok ke upah Runner utk urusan puspakom?

Ada pros n cons la. Obviously kalau buat sendiri, we will know the whole process. Kalau guna khidmat runner, jd cam Cik Gayah haritula. Taktahu pape. Duk je bertapa sesedap ber-aircond dlm keta. Tau tau je runner tu dtg mai mnta geran ngan duit utk memulakan proses. Pastu tetiba ada org puspakom dtg cek keta. Pastu eh dh dpt surat lulus pemeriksaan n blh balik.

Satu lg, bak kata runner Cik Gayah haritu, kalau runner yg buatkan, confirm lulus. Kata dia lah... Kalau kita buat sendiri from a to z mesti ada yg tak lulus. Bila tak lulus, kita kena repeat pemeriksaan dan ulang bayaran kpd puspakom.

But again, perspective of pros ni relevant kat adik manisss mcm Cik Gayah ni la. Kalau lelaki mngkin depa perlekeh point2 yg Cik Gayah share satni.


Berapa bayaran?

Runner tu caj Cik Gayah RM150. All in kata nyer. All in tu termasuk dah upah dia and result pemeriksaan confirm lulus.

Tapi...

Sehari selepas Cik Gayah settle hal kat puspakom tu, ini info yg Cik Gayah dapat dari FB Puspakom sendiri :

Utk kes pemeriksaan khas (special inspection) (roadtax tamat tempoh) :




RM25 sblm gst 😹. Menyesal? Have to admit mmg lps baca their reply tu I was like urrrrrgggghhhhh RM25 jek???! Punyala byk den kono ketuk ngan runner tu!

Tp, kalau ditimbang dr segi masa dan tahap ke-confirm-an lulus, saya rasa sgt worth it RM150 tu. Condition tayar kete Cik Gayah kalau nk diikutkan dah semput2 dah so mmg high chances fail. So bila pakai runner ni, ini la kelebihannya. Cepat & dia blh kawtim la kot utk dptkn kelulusan hahah.


Now that dah lulus puspakom, mohle kita beli insurans ngan roadtax puleks..