Monday, April 24, 2017

Roadtax mati lebih setahun - pemeriksaan puspakom (prosedur, caj dan runner)

Roadtax keter Cik Gayah terbabas setahun lebih tak di renew. Dah, dendiam. Toksah sibuk nak ternganga mulut tanjat caner boleh terbabas.

Long story short, kalau dah lebih setahun, tak boleh simply nak renew roadtax. Kalau mengkemer gi ziarah jpj pastu senyum kambing kat kaunter depa takde der dorg luluskan permohonan mengkemer utk renew roadtax tu. KENA BUAT PEMERIKSAAN KENDERAAN DI PUSPAKOM. Utk kes roadtax expired lebih dari setahun, kategori pemeriksaan dinamakan PEMERIKSAAN KHAS/SPECIAL INSPECTION.

So ni Cik Gayah share yg mana Cik Gayah sendiri experienced. Sharing ni especially utk gugurl kat luar sana yg blur2 mcm Cik Gayah nak kena buat apa kalau dah lebih setahun lupa atau buat-buat lupa nak renew roadtax sebab takde duit kahkahkah hashtag jangan terasa.

Memula cam biasa la, Cik Gayah tanya kat en.Ubi caner prosedur. En.Ubi explain explain explain, tp Cik Gayah konon nak berdikari so buatla pencarian sendiri di google. Of course hasil carian maklumat sama je mcm yg en.Ubi explain. Taktahula pasaipa ketegaq sgt payah nak dengaq nasihat sang suami.



Apa yg perlu dibuat sebelum pergi puspakom?

It is HIGHLY suggested utk call Call Center Puspakom dulu dan buat appointment utk dptkn slot pemeriksaan. Bgtahu nak buat kat cawangan puspakom mana dan nak slot pukul berapa. Masa nk booking slot, dorg akan tnya nama penuh, ic ngan no.plat keta.


Apa dokumen yg perlu disediakan?

Geran kereta ORIGINAL - in case kalau geran asal keter korang masih bank pegang (sbb masih under bank financing), boleh je minta kat bank korang tu. Walk in senang. Dapat terus. Free.


Boleh tak wakilkan orang lain bawa kereta ke puspakom?

Boleh. Dengan syarat, korang prepare siap2 surat wakil bersama salinan IC korang (pemilik kenderaan).


Perlu ke dapatkan permit perjalanan sementara dari JPJ?

Ok first thing first, permit perjalanan sementara dari JPJ ni ialah satu borang/permit yg membolehkan korang bawa kenderaan dari rumah ke puspakom sahaja. Permit tu valid sehari jek. Kiranya kata kan masa otw nk gi puspakom tu ada roadblock. So tayahla kecut perut roadtax dah expired. Tunjuk je permit dari JPJ tu.

Back to the question, perlu ke permit tu? Utk tujuan keselesaan jiwa raga, silalah mohon/dapatkan. Cik Gayah haritu jiwa kental, redah je gi puspakom terus.


Perlu ke beli insuran dulu sebelum gi puspakom?

TIDAK. Dah lulus pemeriksaan puspakom baru la beli insuran, then hidupkan roadtax.


Lama tak pemeriksaan dekat puspakom?

Haritu Cik Gayah gi puspakom Jalan Genting Klang, Setapak. Niat memula nak buat semua sendiri so that tahu each procedure by puspakom. Tp sampai puspakom kena pancing ngan runner, terus mengalah. Dah mcm kena mandrem pulek.

Walaupun guna khidmat runner, tp Cik Gayah stay kt puspakom tu smpi dpt surat lulus pemeriksaan. Total hours menuggu runner settlekn semua a to z, sejam setengah.


Ok ke upah Runner utk urusan puspakom?

Ada pros n cons la. Obviously kalau buat sendiri, we will know the whole process. Kalau guna khidmat runner, jd cam Cik Gayah haritula. Taktahu pape. Duk je bertapa sesedap ber-aircond dlm keta. Tau tau je runner tu dtg mai mnta geran ngan duit utk memulakan proses. Pastu tetiba ada org puspakom dtg cek keta. Pastu eh dh dpt surat lulus pemeriksaan n blh balik.

Satu lg, bak kata runner Cik Gayah haritu, kalau runner yg buatkan, confirm lulus. Kata dia lah... Kalau kita buat sendiri from a to z mesti ada yg tak lulus. Bila tak lulus, kita kena repeat pemeriksaan dan ulang bayaran kpd puspakom.

But again, perspective of pros ni relevant kat adik manisss mcm Cik Gayah ni la. Kalau lelaki mngkin depa perlekeh point2 yg Cik Gayah share satni.


Berapa bayaran?

Runner tu caj Cik Gayah RM150. All in kata nyer. All in tu termasuk dah upah dia and result pemeriksaan confirm lulus.

Tapi...

Sehari selepas Cik Gayah settle hal kat puspakom tu, ini info yg Cik Gayah dapat dari FB Puspakom sendiri :

Utk kes pemeriksaan khas (special inspection) (roadtax tamat tempoh) :




RM25 sblm gst 😹. Menyesal? Have to admit mmg lps baca their reply tu I was like urrrrrgggghhhhh RM25 jek???! Punyala byk den kono ketuk ngan runner tu!

Tp, kalau ditimbang dr segi masa dan tahap ke-confirm-an lulus, saya rasa sgt worth it RM150 tu. Condition tayar kete Cik Gayah kalau nk diikutkan dah semput2 dah so mmg high chances fail. So bila pakai runner ni, ini la kelebihannya. Cepat & dia blh kawtim la kot utk dptkn kelulusan hahah.


Now that dah lulus puspakom, mohle kita beli insurans ngan roadtax puleks..




54 comments:

  1. Salam, puspakom boleh juga datang buat pemeriksaan kenderaan di rumah kita. Tak perlu susah2 buat permit n bawa kenderaan ke sana. Saya baru je buat tadi. Caj yg dikenakan rm132.50.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. ye betul2 ada yg boleh dtg rmh. tp tu la, sbb saya takut 'tak lepas'. huu. tak pasal2 kena repeat pemeriksaan dah kena bayar lg. huhu

      Delete
    2. Assalam mamamia. Kalau yg datang rumah tu dorang check mcm mane eak? Boleh share tak? Tq

      Delete
    3. Wsalam. Diorang datang dengan big lorry diorang (macam transformers!). so diorang akan check sama mcm kalau kita walk in. Bezanya, semua kelengkapan mesin nk check kereta kita tu ada dalam transformers tu

      Delete
    4. asssalamualaikum saya nk tanya wajib ke kena bawa geran, dan geran tu boleh ambil di mana2 cawangan bank ke

      Delete
    5. wsalam encik. geran wajib bawa. setahu saya, geran hanya ada, disimpan, dikeluarkaan di cawangan bank tempat kita mohon loan kereta

      Delete
    6. boleh detailskan mcm mana nak panggil puspakom dtg rmh tu..sy baru nak renew roadtax tapi sangkut plak lupa dah lebih beberapa bulan dr expired date.

      Delete
  2. Mcm mna tu cik? Ada no utk dihubungi puspakom tu x?

    ReplyDelete
  3. Cik gayah, ade no hp runner tu x

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorryyyyy... dah terdelete pulak no runner tu. adoi

      Delete
  4. macam mane nk renew roadtax kat jpj?mahal x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm yg saya cerita kat atas ni darling :)

      Delete
    2. sis nk tnya nk g pupakom ni kne ada lesen moto ke..sbb moto sndri takut ada mtk lesen..

      Delete
  5. surat wakil nak dapat dari mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. surat wakil boleh prepare/tulis/taip sendiri :) cuma dlm surat tu kena nyatakan lah nama pemilik kenderaan, ic, mewakilkan siapa (nama dan ic) utk buat pemeriksaan tu pd tarikh sekian-sekian.

      Delete
    2. kena tanda tangan apa2 x utk wakil tue..sbb wakil duk jauh

      Delete
    3. rasanya boleh je tipu2 tandatangan surat wakil tu. hee. bukan org puspakom tu tahu pun mcm mana tandatangan sebenar pemilik kenderaan. hehe

      Delete
    4. kak kalau ke puspakom bawa geran nama lain.. xde 0hotistat ic owner boleh ke.. sye beli moto owner dh xde tak tahu mne..nk tukar nama xdpt.. nk buat roadtax xtahu macam mne.. bantu bagi pencerahan kak

      Delete
  6. Salam nak tnya..kiranya lepas cek puspakom tu nnti boleh renew insurance ngn roadtax tok tahun yg baru la ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Ye betul. Lepas urusan cek puspakom tu selesai, boleh renew insuramce & roadtax (dengan syarat LULUS cek puspakom tu. Kalau TIDAK LULUS, kena repeat cek puspakom)

      Delete
    2. Assalsm. Lepas check puspakom dan LULUS, then bole buat insuran terus kat agent atau perlu kr JPJ utk dpt kelulusan buat insuran dan roadtax?

      Delete
    3. Wsalam. Boleh terus buat insuran kat agent, kemudian ke JPJ utk hidupkan roadtax

      Delete
  7. Hai..sya nak tanya. Roadtax kereta kwn sya da expired 7 bulan..skg baru nak renew. Perlukah dia bt pemeriksaan khas di puspakom tu? Sbb dia ckp ada yg kata 6 bulan pun da kena cek puspakom.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena gi puspakom utk pemeriksaan jika roadtax tak renew dalam tempoh 1 tahun. boleh cek kat website puspakom untuk lebih kepastian atau update terkini

      Delete
  8. Salam.. Mcm mana nk deal dgn runner sana? Dia dtg kat kita or kena jerit² pggil diorg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. dari pengalaman saya. runner yg dtg dekat saya. mungkin sbb muka saya memang blur masa tu so runner senang agak yg saya taktahu apa-apa hal nak urusan puspakom. runner ramai kt area puspakom. rasanya takde masalah.. mesti boleh jumpa runner punya

      Delete
  9. ada tak no tel runner area Melaka? boleh wassup sye 012-2321585. nak endos motor je confirm sangkut ni. so elok pakai runner je

    ReplyDelete
  10. Salam ..
    Tetang geran sekiranya sy cuma mmpunyai geran copy dr pihak bank pn boleh tak ? Sbb geran original masih dkt bank blm habis byr .

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Terima Kasih , info perbualan ttg puspakom ni amat berguna . terbaik ! semoga segala hal urusan pihak cik diberkati Allah swt, amin. salam.

      Delete
  11. Puspakom tu tgk x Eksos tinted dan segala bagai.

    ReplyDelete
  12. Yes pegawai puspakom tu check semua tu :)

    ReplyDelete
  13. 1800222210 runner puspakom

    ReplyDelete
  14. Tq share sis.sy pon plan nk g puspakom jugak.guna runner la sng lulus org cakap.

    ReplyDelete
  15. road tax 1 tahun bayaran berapa ye?

    ReplyDelete
  16. Kalu kat geran masih ada hak milik dituntut oleh bank. Blh jgk ke? Sebab tak habis bayar lagi.

    ReplyDelete
  17. Ada denda tak kalu kita lambat renew roadtax lebi dari satu tahun? Contohnya puspakom kenakan denda rm25 sehari dr tamat roadtax?

    ReplyDelete
  18. Hi, can I know if there is any penalty from Jpj and puspakom for expired more than a year's?

    ReplyDelete
  19. Kalau masih ada hutang loan dgn bank nak guna geran utk tujuan puspakom boleh je amnil dkt bank.. Dorang akn bg..

    ReplyDelete
  20. Salam cek masi ada x no runner pospakom tuh bak shear

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum .. Sy nak tanya .. Kereta atas nama pkcik seseorang nie .. Roadtax 4tahun xrenew .. Kereta dah jual dgn owner baru .. Macam mane ye nak buat tukar nama dan renew balik roadtax ??

    ReplyDelete
  22. Runner boleh tolong tak kalau kita dah tukar engin....

    ReplyDelete
  23. Kalau moto dalam balai sbb roadtax mati lrbih setahun macam mana nnak buat inspection??sy nak nombor runner srkali

    ReplyDelete
  24. Klu da setahun lbh mati roadtex dan cat krta da tukar lain lulus ke puspakom

    ReplyDelete
  25. Tumpang tanya,puspakom cek apa lagi yaa ? Contoh,no casis,no enjin..lagi apa yaa ??

    ReplyDelete
  26. permit sementara tu nk kena commit insurance lak dulu..akak ckp xyh..explain skit kak nnt x lulus lak permit tu bila pegi mohon kat jpj. tq kak

    ReplyDelete
  27. No hp Runner Area shah Alam,klang ada tak.?

    ReplyDelete
  28. Kalau aircond x berfungsi boleh lepas tak ujian puspakom?

    ReplyDelete
  29. Untuk lkm yang expired 3 tahun kena puspakom.... Selalunya diaorang check ape.. No enjin.. Tinted.. Ade lagi ciri2 yang diorang akan check?

    ReplyDelete
  30. Nak ilmu sikit.. Selalunya puspakom check ape utk lkm tamat lebih 3 tahun.. No enjin.. Tinted.. Ade lagi ke?

    ReplyDelete