Saturday, February 18, 2017

Perlu ke beli stroller dan car seat?

Semua ibubapa nak yg terbaik utk anak masing2 kan? Yg terbaik bagi kebanyakan kita pulak, adalah bernilai  -  Bernilai tinggi, mahal. Sekolah mahal mesti sekolah tu bagus. Baju mahal mesti baju tu bagus. Ubat tu mahal mesti ubat tu bagus. Normal and typical la tu. Tak boleh dinafikan memang ada certain2 situation yg  -  good things, good pays, good deals.

Masa mengandungkan Affan, antara barang baby yg saya rasakan super penting dan jatuh dlm kategori wajib beli ialah stroller & carseat. Ada yg harga RM100+ , ada yg cecah RM5K+ pun ada ye bapak2 ibuk2. 

Misi pencarian stroller & carseat pun bermula. 
Complicated gak rupanya bab nk memilih dua benda ni. Mula2 kena tahu range harga stroller supaya kita boleh buat pilihan yg sesusai dengan budget kita. Seterusnya observe pulak nk design camane within our budget. Ada yg design tayar 4, ada yg design tayar 3, ada yg design bulky, ada yg design lipat payung, ada yg kuncup di depan, ada yg reversible, ha macam-macam lah! Waktu ni lah baru dengar & mengenal pulak term 'travel system'. Travel system ni stroller sekali dgn carseat. Carseat tu ada yg siap blh jd craddle/buai baby jugak. Apa-apa brand pun, kalau nk yg travel system ni, harga dia mesti lebih mahal dr stroller shj atau carseat shj. 

Saya suka design 3 tyres. Saya rasa stroller 3 tyres very cool and sporty. Tp ada certain review ckp, 4 tyres biasanya lg mudah utk dihandle. Maybe cara lipat or cara menyimpannya lbh mudah something like that la. Tp bukan saya pun yg akan melipat. For sure tugas tu diserahkan bulat2 pada en.Ubi. Makanya lantok situ nak suka yg 3 tyres pun muahhahhahhahh. So I admire this one brand. Gigih la saya buat kira-kira nak ngumpul duit. Arakian ketentuan Allah, saya tak mampu nak kumpul beli stroller idaman saya tu. Redha, tp redha kt minda je. Hati ni masih berharaaaap agar dpt sediakan stroller & carseat utk Affan. Syaithonirrojimm sgt nafsu Cik Gayah masa tu. Mungkin Allah nk pujuk saya, maka Allah datangkan beberapa org yg dh bgelar ibu bapa dan mereka pesan kat saya jgn beli stroller ngan carseat dulu! Kalau nk beli, beli kendian. Tgk pd keadaan dan keperluan. Ada antara dorg yg beli mahal2 tp x guna pun sbb baby xnk duk dlm stroller / carseat. Dr situ saya start redha sincerely di hati and remind myself, akan tiba masanya bila Allah izinkan is to have it.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, Affan pun lahir membawa keceriaan pd kami. (Ewah mcm fairytale pulak hahah.) Couple weeks sblm saya start kerja, saya perlu practice hantar Affan gi nursery seorg diri by car (En.Ubi gi keja naik lrt). Ting ting ting Allah ilhamkan utk start again survey carseat. But I was on a very tight budget on that particular time. So I looked for preloved carseat. What an idea! Mcm biasalah, cari kat mudah, cari kat IG. Tapi saya prefer cari kt IG masa tu. Ada 3 IG seller yg jual preloved baby item best2. Best for me means, affordable & brg still in good shape & all. It just a matter, benda tu bukan brg baru dr kedai. It has already being used by someone else's baby. 

Cut the story short, saya beli carseat brand Combi (Combi Coccoro S Carseat dark brown color) preloved dari someone kat IG. RM250 dh sekali dgn harga postage guna KTM service sampai depan pintu rumah. Reason why saya beli this carseat selain sbb dpt harga murah ialah sbb design dia comel. Inspired dari telur hahahhah.

Biar beli warna gelap. Takmudah nampak kotor :p

Seller is at Melaka



Happy gila masa carseat ni sampai. Try letak Affan dlm tu eh tp mcm sayuuup tenggelam ke dlm sgt pulok anak den. Kenapa yeh? Google punya google baru tahu ada pulok menatang ni nama dia head & body support pillow yg mmg khas utk digunakn bersama carseat / stroller. Masa tu Affan was almost 2months old badan pun cenonet je lg so nak taknak mmg kena ada menatang tu. But before we manage to buy that support thing, saya guna je cushion empat segi yg org selalu guna utk alas montot kt kerusi meja mkn tu. Settle! Ammak! Kekekekekeke :P

Kendian2 tu kitorang beli support pillow Benbat Total Body Support. Puuuun warna coklat. Matching sesangat dgn carseat. Harga kat lazada, RM100+. Saya beli RM30 jek huhuhu. Puuuuunnn beli preloved. Tp yg ni beli kat Carousell.



seller kat carousell nak letgo rm30. menggelupor Cik Gayah beli hahhah


So dah ada carseat matchy2 dgn support pillow bagai... did Affan likes his carseat?
.
Jeng jeng jenngggggggggggg
.
.
.

Dia tak sukaaaaaaaaaaaaaaaa! Aaaaaaaaaaaaaaa stress ibu tau!! Tp bila mmg either dia berdua sahaja dgn saya atau babahnya, nak taknak terpaksa jugak la kan letak dia dalam tu. En.Ubi kata bila dorg berdua je dlm kereta, Affan ok je, behave je. Tp bila dia berdua je dgn saya, sokmo gelisah dia duk dalam tu. Sibuk nak minta diangkat. Eeee geram ibu. Now dia dh nak masuk 8bulan, boleh kira dgn jari tangan dan kaki berapa kali je Affan duk dalam carseat dia. Actually, saya la yg salah sebenarnya, sebab saya tak sanggup tahan dengar dia ehek ehek ehek minta diangkat keluar dari carseat tuh. Kesian pulok ibu nengok nya. Tu yg setiap kali pun ibu mengalah hangkaaaaaatt la jugak. Suppose kalau nak train baby duk dlm carseat tu, jgn layankan sgt ehek ehek ehek depa. So long we know that diorang ok duk dlm tu, mean ok la. Tayah nak sikit2 angkat. Kes saya ni mungkin sbb saya pagi ke petang, kerja. So bila habis kerja tu rasa nak always cuddle and hold him up. Taknak lepas2 rasanya :) Tu kisah masa berat dia belum cecah 5kg laaa. Sekarang dh 8kg lebih ha baru menyesal tak sudah tak train betul2 Affan supaya he loves to be in his carseat. Mereput la ibu dukung-kelek-meriba Affan dalam kete. Huhuuhu.

.

Ok habis cerita pasal carseat.
Sekarang cerita pasal stroller pulak.

Stroller Affan kitorang beli ngam2 masa umur dia 5 bulan. Sebelum bulat hati bulat fikiran nk beli stroller ni, berkira2 juga sbb takut kang Affan taknak duk dalam tu dah membazir. Sampai lah ada satu hari tu en.Ubi bawa makan kat The Main Place. Masa lalu kat concierge nampak ada open-rent stroller. En.Ubi la excited nak try tengok Affan nak ke idok duk dlm stroller. So we rent. 


Happy benor babahnya. Kembang kuncup hidung menolak stroller pdhal sewa je pun ekkekkekke :P

Affan mula2 mcm gelisah la jugak duk dlm tu. But then kitorang perasan yg so long stroller tu bergerak, dia akan behave. Kalau berhenti lama ha dia memang cam gelisah2.

ibu ngan babah nak duduk makan. mula lah dia gelisah sbb stroller tak bergerak

babah hati tisu. dihangkat didukung dikelek nya jugak anak tunggal nya. hepi ler yittu mmudak.

Balik dari mall tu, en.Ubi ulang-ulang bgtahu saya how much he loves that stroller. Berkenan nau nau beliau dengan stroller yg ITU. Halford, warna merah cili nya, boleh facing depan belakang, berat ok-ok, pendek kata memang beliau dah aim nak belikan Affan stroller yg sebijik camtu. Tp proses men-survey sebelum membeli stroller haruslah diserah kepada saya (sbb sblm ni saya dpt branded items dgn harga murah, kennn :)

Masa ni saya tgh addicted shopping kat Carousell. Boleh dikatakan setiap minggu saya online shopping kat Carousell. Dan nak dijadikan cerita, ada pulak org nk letgo stroller Halford! Aaaaaa gelek-gelek jelly!! Yg dia nak letgo tu is Halford Zuzz 4. Yg kitorag sewa kt mall haritu Halford S8 Pramette. Tp bila tengok design Zuzz 4 ni boleh tahan cun jugak. Harga Zuzz 4 (stroller sahaja tanpa carrier/carseat) yg baru kalau kat lazada paling murah boleh dapat RM719 lepas less. Yg seller kat Carousell ni dia nak jual RM500. Condition tiptop katanya. Tp tu la, masa tu Cik Gayah takdak RM500 hahah. Minta nego tp yg dia bg last nego, still saya tak cukup duit gahhahhahhah.

Hm, takpe lah takdak rezeki.. Sabar and redha. This time around dah belajar dari kesilapan lalu. Mesti ada rezeki yg lebih baik yg Allah dah susun untuk Affan. So memang berlapang dada. Tp entah kenapa, setiap hari, bila saya buka Carousell, mesti saya tengok je kt post seller Halford tu. Dah mcm stalk tengok dh ada buyer ke tak Halford tu. Bila tengok belum ada buyer, senyum sorang2. Senyum sebab ada juga sikit2 berangan nak stroller ITU.

Sampai la di satu maghrib yg tenang, ada someone message saya kat Carousell. Eh, rupanya kakak seller Halford tu yg message saya. Dan yg buat saya gelek-gelek jelly sekali lagi ialah bila kakak tu offer kat saya RM350 je stroller dia tu!



Ya Allah..... rezeki sgt2 ni. Saya suka! Saya suka! RM350 alhamdulillah ada utk belikan Affan that stroller. 

Dan akhirnya . . .





Babah, ibu, Affan, we are one happy family :)



Utk menjawab soalan sendiri awal-awal tadi, perlu ke beli stroller and carseat baby, bg saya, carseat tu perlu, dan stroller tu kalau ada, bagus juga. Carseat tu kena ada sbb lebih kpd tujuan keselamatan baby kita. Walaupun Affan kadang nak kadang taknak duk dalam carseat dia, tp dah kalau kena long hours drive, kematu jugak rasanya nk beriba dia je kan. Plus, kalau antara en.Ubi & i kena drive berdua je dgn dia, takkan nk suh dia duk dendiam kt seat co-pilot? Jumpa polis traffic ke jpj suh Affan tabik hormat. Lol.

Stroller tu lebih kpd memudahkan makbapak nyeh nk bershopping atau menawaf-nawaf atau gi mkn kt luar jek. Hehe.

Some foot note, dari segi berapa byk korang nk invest utk carseat & stroller, terpulang pd budget masing2. Cuma my personal 2cents, x salah kita berjimat tang sini, tp tang lain like tabungan anak ke pendidikan anak ke perubatan anak ke kita lebihkan. And like always, sabar itu indah. Sabar itu besar ganjarannya :)


2 comments:

  1. bagi saya dua dua penting.beli yang elok terus walaupun mahal tapi tahan lama. saya beli stroller, car seat dr anak 1st. dah 7tahun. babywearing pun berbaloi beli.

    ReplyDelete
  2. Suka dgn cerita sis. Sgt humble. Thanks for sharing

    ReplyDelete