Wednesday, February 15, 2017

Cara guna Grab Car (macam pelik je ayat)

Dah beberapa hari excited nak cerita pasal GRAB CAR sebab rasa mcm bermanfaat dan membantu sungguh perkhidmatan grab car nih. Oh ini bukan sponsored entry ye. Ini ikhlas punya review :)

I was first download and used grab car masa tu sebab nak fetch Affan dari nursery. Saya MC pergelangan tangan tergeliat so tak boleh nak jaga Affan sorang2 kat rumah jd nya hantar juga dia ke nursery. Happen to be en.Ubi balik keje lewat gila that day. Nak tunggu taxi, kena menapak jauh gak dr rumah and masa tu dh almost maghrib so kesian sgt kat Affan taknak bg dia tunggu lama lagi. That is when I first kenal grab car.

Download the apps.
Register email address dan handphone number.
Verify sikit then dah boleh start guna.

Simple and fast. Cik Gayah suka.

Ok now meh kita start guna. Biasanya these are the steps yg saya buat kalau nk book grab car.


Tengah banyak grab car kat kawasan ni

1-2. Masukkan kawasan Pick-Up and Drop-Off.

3. Pastu tengok FARE berapa ringgit. (dekat bawah sekali tu, korang boleh pilih kesesuaian jenis kereta yg korang nak. Nak grab car biasa ke, nak teksi yg jadi grab car ke, nak hitch ride ke, nak kete 6 seater ke.. harga mungkin berubah mengikut pilihan jenis kenderaan yg korang pilih)

4. Kalau cukup duit dlm tangan, biasanya saya pilih cash. Kalau tak cukup duit dlm tgn, saya pilih guna debit/credit card (kena register kan kad korang siap2)

5. Kalau korang tahu any promo grab car, sila masukkan code sebelum tekan button book (sekarang tengah ada promo FREE RIDE utk perjalanan RM7 dan ke bawah!)

6. Dah ok semua, kasi tekan yitu button BOOK!


Boleh pilih nak bayar guna cash atau bayar sesiap guna kad

Masukkan promo code (kalau ada)
utk mendapatkan penjimatan berganda

Ni contoh bila dah guna promo code.  

Pilihan jenis kenderaan. Kuning tu maknanya memang TEKSI



Lepas dah tekan button BOOK, apps akan carikan korang driver yg paling terdekat. Bila dah jumpa, apps akan bagi details camni. Siap gambar driver pun ada. Sila screenshot dan hantar kepada keluarga atau sahabat bg tujuan keselamatan (jika perlu).

Merasa naik Axia

Merasa naik Honda Jazz Hybrid

Bila dh tiba destinasi, akan dpt notfication camni. 

Ni pulak resit dia hantar kat email.
Kalau byr cash dpt resit ni sahaja

Boleh berchatting / SMS / Call driver tu jugak


Promo best gilos!



Tapi yg paaaaaaaaling saya rasa best sgt ada grab car ni ialah..... kita boleh book kan kereta utk kenalan kita! Sejujurnya saya naik grab car sekali tu jelah masa kena fetch Affan tu. The rest, saya book kan utk mama dan kakcik. Sebab mama tak reti guna apps ni. Yg kakcik tu pemaleh nak belajar sendiri lulz sgt. Pendek kata, depa main order je lah kat Cik Gayah pfffthhhh.

Ada sekali tu saya kat Port Dickson , mama nk guna grab car ni so saya buatkan. Wuhuuu! In general, what I am trying to say is that, dgn apps grab car ni, saya hepi sbb dpt bantu dgn keyakinan yg tinggi yg fmly member saya blh ke satu2 tmpt dgn kenderaan yg selesa. Kadang2 tu katakan dorg perlu gi hospital tp kita tak dpt cuti. The best yg kita blh bantu, is by menyediakan kenderaan yg elok dan kita tahu they will be safely arrived. So takde la mcm kacang lupakan kulit sgt asyik bg alasan busy kerja or tak boleh cuti bos marah.



Ada beberapa features lg kt grab car apps ni. Nnt korang dh download boleh la play around. Tp jgn gatai book sesaja pulok tau! Last but not least, if ada sesapa nk minta tolong dr Cik Gayah utk book kan grab car, jgn malu jgn segan boleh email Cik Gayah. Cumanya korang kna byr cash la kt the driver yek. Heee. Tata!


No comments:

Post a Comment