Wednesday, October 25, 2017

Cara dapatkan sijil SPM yang hilang

Assalamu'alaikum!

Ini kali ke 68 tulis assalamu'alaikum okeh 😒 Lepas tulis assalamu'alaikum terus blank tak tahu nak tulis apa lg. Lol. Banyak je nak dikongsikan sebenarnya, cumanya mcm biasa la.. Busy kemain uolls (insert emoji muka affan 😂)

As a start up after a long hiatus, meh saya share kan cara cepat dan mudah nak request salinan result SPM yang hilang. Tetiba buat post berilmiah sikit kan. Heheh.


Apa yang perlu dibawa?
1. MyKad
2. Duit (RM30 utk 1 salinan SPM)



Apa yang perlu diingat?
1. Angka Giliran SPM (kalau lupa tak mengapa)
2. Tahun peperiksaan diambil (kira tolak balik berdasarkan umur korang. SPM masa umur korang 17tahun. Hah, kira sendiri masa tu tahun berapa. 2003 ke, 2004 ke,,)
3. Nama sekolah di mana peperiksaan diambil
4. Negeri di mana peperiksaan diambil


Datang sendiri ke :

LEMBAGA PEPERIKSAAN,
ARAS 2 , BLOK E11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604, PUTRAJAYA, MALAYSIA.


Kat ground floor tu, terus pergi ke meja kaunter untuk ambil nombor. Beritahu pada pegawai bertugas yang anda datang untuk mohon salinan sijil SPM/PMR/SRP/yg seangkatan dengannya. Pegawai akan tanya, permohonan utk diri kita sendiri atau kita wakilkan utk org lain?

Prosedur untuk wakil, saya tidak tahu. Boleh hubungi Lembaga Peperiksaan untuk dapatkan prosedur yang tepat.

Kalau memang dtg untuk dapatkan salinan sijil diri sendiri, pegawai bertugas akan terus bagi satu borang untuk kita isi. Lepas dah isi borang, pergi semula jumpa pegawai tadi dan nombor akan diberi.

Note : Masa isi borang, kalau lupa Angka Giliran SPM kita dulu tu, biarkan ruangan tu kosong.




Tunggu nombor dipanggil oleh pegawai kat kaunter 2. Kaunter 2 verify information kat borang yg kita isi td then dia suruh tunggu nombor dipanggil pula oleh pegawai kaunter 4.

Kaunter 4 panggil, kita buat pembayaran. RM30 utk satu salinan SPM. Dah bayar, dapat resit, tunggu pegawai kaunter 3 panggil.

Kaunter 3 akan print salinan SPM dan kita perlu manually record (tulis tangan) kat buku rekod depa. Check ejaan nama dan nombor IC pada salinan result SPM tu samada tepat atau tidak. Kalau ok, sila ucap terima kasih pada pegawai dan boleh la beransur pulang.



Masa saya datang ni, around 10-ish hari Khamis. Keadaan tenang tak ramai sgt org yg hilang sijil SPM 😜 , so urusan memang cepat tak sampai setengah jam pun! Good job LP (Lembaga Peperiksaan)!

.

Ini kali ke-2 saya mohon salinan sijil SPM. Kali pertama saya mohon, tahun 2009 kalau tak silap and masa tu caj murah je. RM10 je (kot). So ni kenapa ni Cik Gayah nk request salinan lagi sekali? Satu nya sebab salinan yg pertama tu tertinggal kat tempat lain. Pergi cari, tapi tak jumpa pulak masa tu. Dah lepas dapat salinan kali ke-2 ni baru jumpa salinan pertama tu 😯

Dan sebab kedua kenapa Cik Gayah perlu mendapatkan salinan keputusan SPM ini ialah..



Gred tu Cik Gayah tak kisah. Yg pentingnya, SPA yg hantar message ni. 😃 Dulu pernah dapat panggilan gred pegawai tapi masa tu Cik Gayah buta mata tak nampak jalan di dunia kerana tidak nampak cahaya, tidak tahu ke mana hendak dituju ke hilir atau ke hulu (lagu nasyid sila google).

Ok la. Details pasal interview ni kita story later k. (buat modal nak rajin update blog)

Till then!


24 comments:

  1. Salam, saya spm pada 2016, sijil saya tak lupus lagi kan? Then saya ni sekolah swasta. Kat mana saya boleh ambik sijil ni.kat putrajaya ke.Please. Buntu T.T next month hari pendaftaran saya dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Saya punya SPM 2013, so saya rasa sijil awak memang still ada kat Lembaga Peperiksaan. Dan berkenaan awak sekolah swasta, saya rasa tiada masalah sbb semua sijil peperiksaan utama/besar dalam Msia ni, memang Lembaga Peperiksaan yang keluarkan. Awak boleh try contact LP dulu untuk kepastian sblm walk in ke LP Putrajaya k. Semoga urusan awak dipermudahkan!

      Delete
  2. Sya spm 2013 agak2 sekolah ada simpan salinan lagi ke tak ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti samada pihak sekolah masih simpan atau tidak.. mungkin boleh cuba call pihak sekolah utk kepastian :)

      Delete
  3. Salam. Slip SPM saya hilang jika saya ingin membuat slip baru harus pergi ke pejabat lembaga di putrajaya ke. Kalau hanya buat di pejabat lembaga di negeri sabah tak boleh ke.

    ReplyDelete
  4. Salam, nak tanya kalau tahun yg lama mcm 1993 boleh dapat cepat jugak x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Saya cadangkan rujuk di sini :
      https://www.permohonan.my/permohonan-salinan-keputusan-peperiksaan/

      :)

      Delete
  5. Hai sis. Mcm sy sijil spm still ada. Tapi slip keputusan yang hilang. Macam mana ya. Huhuhu

    ReplyDelete
  6. Salam..
    nak tanya, salinan sijil spm tu rupa dia mcm sijil asal ke? Kalau tak, berbeza kat part mana ya?

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum,berapa lamakah sekolah simpan sijil spm sebb saya ambil slip spm bulan march tahun 2018 then skrang dah march 2019.

    ReplyDelete
  8. Hi
    Nak tanya klou sy tk pernah ambil sijil sy nak buat di mana?? Sy hnya ada slip spm saja... Sy spm 2008 masih blh ambil kah yg baru??

    ReplyDelete
  9. Hi
    Nak tanya klou sy tk pernah ambil sijil sy nak buat di mana?? Sy hnya ada slip spm saja... Sy spm 2008 masih blh ambil kah yg baru??

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum nk tnye.. Mcm sye sijil spm still tk ambk lgi..cuma sya nk dftar msuk u tpi result spm sye yg hilang.. Sbb time nk dftar borg tu kne isi result spm.. Sye tk ingt result sye.. Mcm mne yew.. Tlong bantu sye sbb kemasukan tu bulan depan 😭😭

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum nk tnye.. Mcm sye sijil spm still tk ambk lgi..cuma sya nk dftar msuk u tpi result spm sye yg hilang.. Sbb time nk dftar borg tu kne isi result spm.. Sye tk ingt result sye.. Mcm mne yew.. Tlong bantu sye sbb kemasukan tu bulan depan 😭😭

    ReplyDelete
  12. salam.. I x ambil lg sijil spm sy.. so sy nk rujuk lembaga peperiksaan ke..? n then byran yg dikenakan brpa..?

    ReplyDelete
  13. Kalau saya duduk kat sabah mcm mna plk

    ReplyDelete
  14. salam sis , sy ambek spm tahun 2015. hilang then dh buat permohonan melalui pos serta wang pos(postal order) tp dh dkt 2 minggu xsampai² lagi , risau ni . mmg lama ka nak kena tggu ?

    ReplyDelete
  15. Assalam....mcm mane nk semak result spm kalau angka giliran x igt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.
      Apa yang perlu diingat?
      1. Angka Giliran SPM (kalau lupa tak mengapa)

      Delete
  16. Sy punya SPM tahun 2008 agak2 blh ke.. Result hilang☹️

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. kalau ikut info di https://www.permohonan.my/permohonan-salinan-keputusan-peperiksaan/
      tempoh masa siap ialah 1 jam bagi spm tahun 1994 dan selepas

      Delete