Wednesday, October 25, 2017

Cara dapatkan sijil SPM yang hilang

Assalamu'alaikum!

Ini kali ke 68 tulis assalamu'alaikum okeh 😒 Lepas tulis assalamu'alaikum terus blank tak tahu nak tulis apa lg. Lol. Banyak je nak dikongsikan sebenarnya, cumanya mcm biasa la.. Busy kemain uolls (insert emoji muka affan 😂)

As a start up after a long hiatus, meh saya share kan cara cepat dan mudah nak request salinan result SPM yang hilang. Tetiba buat post berilmiah sikit kan. Heheh.


Apa yang perlu dibawa?
1. MyKad
2. Duit (RM30 utk 1 salinan SPM)



Apa yang perlu diingat?
1. Angka Giliran SPM (kalau lupa tak mengapa)
2. Tahun peperiksaan diambil (kira tolak balik berdasarkan umur korang. SPM masa umur korang 17tahun. Hah, kira sendiri masa tu tahun berapa. 2003 ke, 2004 ke,,)
3. Nama sekolah di mana peperiksaan diambil
4. Negeri di mana peperiksaan diambil


Datang sendiri ke :

LEMBAGA PEPERIKSAAN,
ARAS 2 , BLOK E11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604, PUTRAJAYA, MALAYSIA.


Kat ground floor tu, terus pergi ke meja kaunter untuk ambil nombor. Beritahu pada pegawai bertugas yang anda datang untuk mohon salinan sijil SPM/PMR/SRP/yg seangkatan dengannya. Pegawai akan tanya, permohonan utk diri kita sendiri atau kita wakilkan utk org lain?

Prosedur untuk wakil, saya tidak tahu. Boleh hubungi Lembaga Peperiksaan untuk dapatkan prosedur yang tepat.

Kalau memang dtg untuk dapatkan salinan sijil diri sendiri, pegawai bertugas akan terus bagi satu borang untuk kita isi. Lepas dah isi borang, pergi semula jumpa pegawai tadi dan nombor akan diberi.

Note : Masa isi borang, kalau lupa Angka Giliran SPM kita dulu tu, biarkan ruangan tu kosong.




Tunggu nombor dipanggil oleh pegawai kat kaunter 2. Kaunter 2 verify information kat borang yg kita isi td then dia suruh tunggu nombor dipanggil pula oleh pegawai kaunter 4.

Kaunter 4 panggil, kita buat pembayaran. RM30 utk satu salinan SPM. Dah bayar, dapat resit, tunggu pegawai kaunter 3 panggil.

Kaunter 3 akan print salinan SPM dan kita perlu manually record (tulis tangan) kat buku rekod depa. Check ejaan nama dan nombor IC pada salinan result SPM tu samada tepat atau tidak. Kalau ok, sila ucap terima kasih pada pegawai dan boleh la beransur pulang.



Masa saya datang ni, around 10-ish hari Khamis. Keadaan tenang tak ramai sgt org yg hilang sijil SPM 😜 , so urusan memang cepat tak sampai setengah jam pun! Good job LP (Lembaga Peperiksaan)!

.

Ini kali ke-2 saya mohon salinan sijil SPM. Kali pertama saya mohon, tahun 2009 kalau tak silap and masa tu caj murah je. RM10 je (kot). So ni kenapa ni Cik Gayah nk request salinan lagi sekali? Satu nya sebab salinan yg pertama tu tertinggal kat tempat lain. Pergi cari, tapi tak jumpa pulak masa tu. Dah lepas dapat salinan kali ke-2 ni baru jumpa salinan pertama tu 😯

Dan sebab kedua kenapa Cik Gayah perlu mendapatkan salinan keputusan SPM ini ialah..



Gred tu Cik Gayah tak kisah. Yg pentingnya, SPA yg hantar message ni. 😃 Dulu pernah dapat panggilan gred pegawai tapi masa tu Cik Gayah buta mata tak nampak jalan di dunia kerana tidak nampak cahaya, tidak tahu ke mana hendak dituju ke hilir atau ke hulu (lagu nasyid sila google).

Ok la. Details pasal interview ni kita story later k. (buat modal nak rajin update blog)

Till then!