Thursday, March 1, 2018

Roads to lapor diri

Lama kan tak update? Tak sempat, ada je hal. Ni menulis juga sbb taknak lupa everybits dan berharap dapat jd rujukan kpd yg memerlukan di masa depan.

Recap sikit :

31 Oktober - Interview
8 Januari - Result keluar online
30 Januari - JPA maklumkan (melalui panggilan telefon) tarikh dan lokasi lapor diri serta kursus
13 Februari - Terima surat rasmi (beserta borang2 rasmi)


Tarikh kursus saya, 18 Februari (Ahad) di INTIM Kemaman, Terengganu. By the time I write this, I have less than 48 hours to pack.

Nak dijadikan cerita, surat LAMBAT sampai. Bukan saya sorang yg lambat terima surat, ramai lagi actually. Cumanya my situation is a lil' bit mess here and there sampai saya mohon untuk tukar/postpone tarikh lapor diri kepada JPA. Tapi yg tu saya cerita kendian k.

13 Februari (Selasa) petang baru terima surat rasmi.
14 Februari (Rabu) berkorban tak start anything utk completekan borang sbb en.Ubi outstation
15 Februari (Khamis) the only day I have utk completekan borang memandangkan esok 16 Februari (Jumaat) ialah CNY.
17 Februari (Sabtu)
18 Februari (Ahad) lapor diri


Korang bayangkan la betapa kelam kabut saya nak buat preparation. Part paling hazab, nak settlekan borang laporan kesihatan. Kalau ada duit, boleh je buat kat klinik swasta. Tp sbb tak boleh nak tabur duit sewenang-wenangnya masa tu, usahakan jugalah buat kat klinik kesihatan kerajaan (KK).

Fast forward, 18 Februari daftar dan berkumpul di JPA Putrajaya dan kemudian bergerak ke INTIM, Kemaman naik bas JPA. Berkursus sampai hari Jumaat 23 Febuari. Sesi terakhir kursus ialah penyerahan surat penempatan. Debaran berakhir bila urus setia umumkan yg saya ditugaskan di Kementerian Luar Negeri (KLN / Ministry of Foreign Affairs), Putrajaya.


26 Februari (Isnin) lapor diri di KLN Putrajaya, terus buat permohonan untuk ditukarkan ke KL.
27 Februari (Selasa) dapat surat pertukaran, terus lapor diri di IDFR.

But till today, saya belum lagi ditugaskan di bawah unit/center mana. Tu yg ada masa update blog ni kekekeke. Hopefully by esok dah dapat tahu unit mana then dapatla mulakan tugas hakiki. Dok melahu takdak buat apa adalah sangat mengantuk hokeyy.

Gambar2 gi kursus and all, nanti2 lah share. Ni pakai wifi kajaan uolls. Jaga sikit integriti tu Cik Gayah oii :P