Lama kan tak update? Tak sempat, ada je hal. Ni menulis juga sbb taknak lupa everybits dan berharap dapat jd rujukan kpd yg memerlukan di masa depan.
Recap sikit :
31 Oktober - Interview
8 Januari - Result keluar online
30 Januari - JPA maklumkan (melalui panggilan telefon) tarikh dan lokasi lapor diri serta kursus
13 Februari - Terima surat rasmi (beserta borang2 rasmi)
Tarikh kursus saya, 18 Februari (Ahad) di INTIM Kemaman, Terengganu. By the time I write this, I have less than 48 hours to pack.
Nak dijadikan cerita, surat LAMBAT sampai. Bukan saya sorang yg lambat terima surat, ramai lagi actually. Cumanya my situation is a lil' bit mess here and there sampai saya mohon untuk tukar/postpone tarikh lapor diri kepada JPA. Tapi yg tu saya cerita kendian k.
13 Februari (Selasa) petang baru terima surat rasmi.
14 Februari (Rabu) berkorban tak start anything utk completekan borang sbb en.Ubi outstation
15 Februari (Khamis) the only day I have utk completekan borang memandangkan esok 16 Februari (Jumaat) ialah CNY.
17 Februari (Sabtu)
18 Februari (Ahad) lapor diri
Korang bayangkan la betapa kelam kabut saya nak buat preparation. Part paling hazab, nak settlekan borang laporan kesihatan. Kalau ada duit, boleh je buat kat klinik swasta. Tp sbb tak boleh nak tabur duit sewenang-wenangnya masa tu, usahakan jugalah buat kat klinik kesihatan kerajaan (KK).
Fast forward, 18 Februari daftar dan berkumpul di JPA Putrajaya dan kemudian bergerak ke INTIM, Kemaman naik bas JPA. Berkursus sampai hari Jumaat 23 Febuari. Sesi terakhir kursus ialah penyerahan surat penempatan. Debaran berakhir bila urus setia umumkan yg saya ditugaskan di Kementerian Luar Negeri (KLN / Ministry of Foreign Affairs), Putrajaya.
26 Februari (Isnin) lapor diri di KLN Putrajaya, terus buat permohonan untuk ditukarkan ke KL.
27 Februari (Selasa) dapat surat pertukaran, terus lapor diri di IDFR.
But till today, saya belum lagi ditugaskan di bawah unit/center mana. Tu yg ada masa update blog ni kekekeke. Hopefully by esok dah dapat tahu unit mana then dapatla mulakan tugas hakiki. Dok melahu takdak buat apa adalah sangat mengantuk hokeyy.
Gambar2 gi kursus and all, nanti2 lah share. Ni pakai wifi kajaan uolls. Jaga sikit integriti tu Cik Gayah oii :P
hai ! tak sangka stumble upon this blog sbb saya bakal ke kursus spa next week sbb dapat n19 jugak ^^. congratulation to you sbb dah memulakan kehidupan pekerjaan sebagai n19. saya nak tanya, semasa kursus tu basically apa sahaja akiviti nya? lama sungguh ya 6 hari.
ReplyDeletehola! kursus kat kluang ke? :)
Deletelater i share activities kt intim tu k ;)
Hi Irma, sungguh nmpk kelam kabut di situ while uruskan perihal keje. Tp u manage well. Tahniah skali lg tau. Meantime kursus tuh, baby sape jaga? sian die kena tinggal.
ReplyDeletehi kikin!!
Deletebabah Affan ka yg gigih jaga Affan masa seminggu kita berkursus. huhu :)
Terbaekkkk =)
DeleteSalam.
ReplyDeleteKalau tak kisah, boleh tau tak Puan ada degree or diploma?
Kalau ada kenapa apply PTPO ye?
Saya ada interview esok. Apply ptpo ni waktu lepas kena retrench waktu kerja swasta dulu.
Then sementara tunggu untuk dipanggil, saya dapat kerja tempat lain.Swasta juga.
So, tak tau la perlu pergi ke tak? kalau pergi, dapat kerja, nak stop kerja sekarang atau tak.
terima kasih puan.
Wsalam. Hi awak. Saya apply SPA ni dah lamaaaaaaaa. Dr sejak lepas SPM dulu. Then tak update sgt tahap pendidikan tertinggi. Tup-tup dapat offer PTPO (utk kelayakan setaraf SPM). Memandangkan saya dah hampir 10tahun pengalaman kerja swasta, saya memang terbuka hati nak terima kerja di sektor kerajaan, regardless position/tahap yg ditawarkan. Lg pulak, saya pernah ada sejarah perubatan (pernah sakit), jadi saya memang tak mahu position tinggi2 sgt, sbb takut tak terhandle work-load/stress level peringkat atasan. :)
DeleteSaya harap jawapan saya membantu, walaupun terlambat reply pertanyaan awak ni. Maaf ye!
Kalau ada masalah kesihatan boleh mohon SPA ke?Thanks
DeleteHye nak tau laa, gaji awak dapat terus 1st month lepas lapor diri atau backdated 3 bulan macam praktis asal dulu2 bagi pembayaran gaji kakitangan awam lantikan baru
ReplyDeleteHi Amin. Saya lapor diri tgh bulan 2. Posting awal Mac. First gaji (backdated Feb/Mac) saya terima 25/4/2018. Tp ada je batch saya di kementerian lain yg dh terima gaji seawal 25/3/2018 (backdated Feb)
DeleteAssalamualaikum ... tahun lepas sy pergi interview ptpo kat ipoh dn skrg sy baru dapat tawaran kerja dan 5/11 ni kena lapor diri di putrajaya. Sy nak tnya nanti masa lapor diri tu mmg terus kena pergi kursus ke? dekat dalam surat tak de pulak tulis kena pergi kursus. lps tu nk tnya dekat surat ada tulis penempatan di putrajaya dan Kl jadi mmg penempatan sy dekat area situ je ke?
ReplyDeleteHai sy nk tnya lps lapor diri mmg jpa tetapkan untuk pergi kursus ke...sbb dalam surat tak de pulak dia tulis...
ReplyDeleteSalam, Sis nak tanya macam mana nak buat permohonan pertukaran tempat lapor diri selepas sesi kursus sis tu??
ReplyDelete