Wednesday, May 2, 2018

Pesta Buku Antarabangsa KL 2018

Wow Cik Gayah pergi Pesta Buku Antarabangsa uolls. Menjak keje kajaan ni, nilai2 positiviti semakin meningkat nampaknya. Saya bersyukur and happy sgt dgn kerja saya skrg. Alhamdulillah thank you Allah. Kalau korang perasan, saya ni mcm tak boleh move on pulak dgn happiness dpt keje kajaan. Yes, memang saya admit saya still tak boleh move on. Susah saya nak explain how happy I am sbb rasa diri ni mcm really functionate semula after a while yg sakit dulu tu. Lepas cuti sakit lama dulu tu, memang saya ada kerja di a few companies termasuklah one of it a big name - JobStreet Malaysia. But to be honest, masa tu kerja mcm tak kerja. I mean, saya still tak fully functionate, tak boleh fully deliver my best at work. Selain tahap kudrat tubuh badan yg still lemah2 juga time tu, salah satu sebab saya tak dapat deliver my best ialah kerana saya morning sikcness - mengandung.

Bila join in kajaan ni, tahap kudrat saya dah makin better, Affan pun dah getting into his 2nd year of life - masih menyusu, tapi tidak bergantung 100% dah pd susu badan. Jd saya dah kurang penat kt situ (untuk kumpul stok susu). Tidur malam pun dah kurang terganggu - Affan bangun menyusu tidak sekerap masa dia masih below 1yo dulu. Ini yg saya rasakan diri saya betul2 functionate balik. Walaupun tidaklah 100% setangkas dan selincah sebelum sakit dulu saya bekerja skrg ni, but saya tahu saya boleh deliver at least 88% to my job now.

Panjang pulak intro padahal nak cerita pasal Pesta Buku kt PWTC. Berbulan tak update blog so dia mcm lepas gian menaip hewhewhew.

Ok cerita Pesta Buku. Harini firstday masuk office lepas cuti agak panjang dari Jumaat sampai Selasa (Labor Day). Masuk2 ofis terus menggeletis follow rombongan ke Pesta Buku kat PWTC. Naik bas office, bestnya! 😝 Masa pergi takde aim nak beli pape. Just standby duit sikit kot ada buku-buku untuk Affan yg memurah. Last beli buku Affan, maybe a year ago. Kt popular. Tetiba rasa diri ni terlalu kejam and not a good mom sbb tak belikan bahan bacaan utk anak 😩


Dalam bas, kakak-kakak ofis sibuk membincangkan apa yg nak dibeli. And dorg suggest saya utk gi ke booth Ana Muslim. So moh ler kita ikut arahan sbbnya masa yg diperuntukkan hanyalah 2 jam (termasuk nak huha-huha berjimba sat kt Sunway Putra Mall seberang PWTC ni je ha eheheheh). Kalau nak terkial-kial keluar masuk satu persatu booth mmg confirm tak sempat.

Saya lone ranger terjah booth Ana Muslim. Kakak-kakak lain biarkan deme sbb deme ada yg aim nk beli novel la, nk beli exercise book utk anak yg dah bersekolah la.. Aim kita berbeza, so pepandai lah bawa haluan.



Booth Ana Muslim kat tingkat 2. Boleh tahan juga pilihan buku2 kt sini. But section utk yg baya2 Affan limited la sikit. Saya grab 2 buah story books kat sini. RM3/book. Murah! 😄





Comel je kena beratur belakang budak2 sekolah ni 😄


Lps settle kat Ana Muslim, saya merayap kat booth tepi2 tu. Then nampak section flash cards kat booth Pelangi! The moment nampak section ni, terus saya mcm ckp kt diri sendiri, "Ok, this is a must buy item!". Byk kali dah baca benefits dan efficiencies penggunaan flash card utk anak seawal usia 3 bulan. Tp setiap kali pun tak terbeli. Ni dah depan mata, harus beli.




Eh cara nak beli tu mcm kan banyak je bawa duit kenn... Hehe. Dalam hati dh berkira2 jugak berapa puluh ringgit la agaknya set flash card ni. Mau lps diskaun pun dekat rm70-80..

Sales assistant kt situ duk explain2 the goodness of flash card tu. Bila tanya harga, dia jawab, "Satu lapan belas". RM118. Hm, dah agak dah.. mahal.. Tapi rupanya, 1 set flash card, harganya RM18!! Mughoh dah ni weeehhhh! 😄 Kt luar harga dia RM21+.

Udah tahu murah mulalah tergedik nak beli flash card ABC ke, numbers ke, animals ke, eh mcm2 la tajuk keluar. Kita tarik nafas sikit... kena buat pilihan bijak... Dalam pada bertafakur tu, terjeling pulak kat section kiri booth Pelangi ni. Ada pulak 3D flash card. Hat ni mahu harga confirm ratus. Gedik2 pulak gi menempel kat sales assistant situ. Bagus2 SA kat booth Pelangi ni. Chinese, tp rajin melayan pengunjung2 tanya itu ini.

To my surprise, yg 3D flash card ni pun RM18/sekotak. Beli 2 kotak, harga jatuh RM16 sekotak! Berpinar mata tak tahu nk beli yg 3D ke yg biasa je. Sekali fikir, mestila rasa mcm lg best berbaloi beli yg 3D. Tapi... saya taknak nnt Affan attach to handphone je pulak - kena guna apps kt handphone utk tgk flash card tu jd 3D. Nak beli flash card yg biasa, mcm kurang menarik SIKIT hohoho.

Fikir punya fikir, proceed beli yg 3D. About Affan-attach-to-handphone, it is up to us the parent. Kalau tak didedahkan dgn the apps, boleh je gunapakai flash card tu as a normal flash card. Kan? So be smart ibu Affan! Heheh 😄




Comel gilos flash card ni 😍 Harap2 Affan suka 😍

Sebelum balik, nampak box ni. Box tin, The Good Dinosaur. Affan tgh SUKAAAAAAA sgt dgn cerita ni. Hampir2 nak belikan. RM44.00, after 50% off jadi RM22.00. Dalam bekas tin ni ada coloring buku, alat tulis, sticker, dgn poster. Hmm, mcm Affan takkan guna sgt je buat masa ni. Melainkan tin tu je yg dia suka nnt. So, nope thank you for now 😊




Untuk yg belum pergi, pesta buku ni berlangsung hingga 6 Mei 2018 Ahad. Pergi k!



No comments:

Post a Comment