Ok PRU ke-14 dah selesai, baru Cik Gayah boleh up kan entry ni. Takde sentimen politik apapun yg saya nk share dlm entry ni cuma sebelum ni semuanya adalah belum pasti, jadi lebih baik jgn sebarkan. Ecececeh. Sebenarnya nak up satu cerita pasal kena scam dgn sorg hamba Allah ni, tapi mengenangkan ni bulan puasa, kang kalau Cik Gayah naik wel-wel bercerita dgn penuh rasa amarah dendam kesumat kang rugi je hikmah Ramadhon. So nanti la tunggu lepas2 raya baru saya cerita pasal kena scam tu.
Berbalik kpd cerita PRU. PRU kali ni sgt bermakna satunya sbb saya jd petugas! Rasa besar sungguh tanggungjawab pd negara (walaupun bertugas sbg KPDP - Kerani Penyemak Daftar Pengundi shj). Dan keduanya PRU kali ni sgt bermakna sbb inilah kali pertama saya layak mengundi. Ye, di umur 32tahun baru ada kesedaran nak mengundi. Thanks to en.Ubi yg paksa saya daftar sbg pengundi 5 tahun lepas. Kalau tak daftar, tak layak le nak ngundi..
Mcm mana boleh jd petugas pilihanraya?
For me, it was all rezeki. Ada batch PTPO tanya kt group whatsapp kami, siapa boleh gantikan kawan dia utk btugas masa pilihanraya nnt. Nilai saguhati boleh tahan dia kata. Terusss berpinar mata Cik Gayah. Cik Gayah cannot la bab sagu-magu ni. Dia mcm kena cagu kt kaki, menggeletis terus Cik Gayah. HAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAH! Berpinar kat duit halal takpe ye adik-adik. Akak kalau duit harommm mmg kental jiwa terus jauhi. Allahuakbar! (azan kt telinga sendiri).
Whatsapp dia gedebuk-gedebak okehh proceed!
I asked around juga, mcm mana sbnrnya nk jd petugas pilihanraya? They said, selalunya pelawaan diberi keutamaan pd guru2 sekolah (yg majority nya sekolah mereka digunakan sbg tempat mengundi).
Petugas PRU kena buat apa?
First thing first, wajib hadir taklimat ni utk yg nk bertugas masa PRU nnt.
Sesi taklimat terbahagi 3 :
1. Menerangkan skop dan tanggungjawab petugas2 pilihanraya
2. Tatacara merespon kpd pengundi orang kelainan upaya
3. Isi borang maklumat sbg petugas
Salah seorang speaker masa taklimat tu ialah OKU yang berkhidmat kat jabatan apa ye lupa saya. Memang satu perkongsian yang menarik sbb dia bercerita dari pengalaman sebenar seorang OKU saat turun untuk mengundi. Mengundi ni jangan buat main weh.. Saya pun masa bertugas 9 Mei 2018 tu memang nampak betapa rakyat Malaysia ni especially yang dah berumur sangat sayangkan negara kita ni. Bayangkan, ada yg IC start dgn 38xxxx.. tu ha korang kira la dah umur berapa. Susah payah diorang dtg menuanikan kewajipan sbg rakyat Malaysia. Begitu juga dgn yang kelainan upaya. Kita tak tahu kesulitan apa yg diorang hadapi demi nk hadir menunaikan tanggungjawab pd negara. Jadi, saya sgt menyeru pada petugas PRU-15 nanti, sila bantu, bantu, bantu mereka yang memerlukan bantuan kita ini.
Dan juga tak boleh dilupakan lunch menu yg diorang sediakan. Sedap! Caterer mana entah DBKL hire, tapi memang sedap lauk-pauk, kuih-muih masa breakfast pun sedap. Melayu, India, Cina semua sepakat kata sedap. Gitew Cik Gayah melaporkan pasal makanan 😋
Petugas PRU mengundi macam mana?
Undi pos. Dalam sampul coklat ni ada kertas undi yang kena pangkah-pangkah tu.
Surat ni sampai pada saya sebelum 5 Mei 2018. Lepas dah pangkah, saya kena pos balik kertas undi ke mana-mana pejabat pos.
Petugas PRU buat apa masa hari mengundi?
Depends pada position. Saya haritu, Kerani Penyemak Daftar Pengundi. Saya kira antara front liner la. Pengundi yang datang, lepas jumpa pondok pengawal atau jumpa Penunjuk Arah, mesti kena jumpa KPDP. Ada pengundi-pengundi yg bagus, dah siap2 check online utk tahu depa saluran berapa (nombor bilik mengundi). Tapi, kalau tak melalui check point kat KPDP, tak membantu mempercepatkan proses mengundi juga ya rakyat sekalian. Sebabnya... tugas KPDP yang paling utama adalah untuk verify keaslian pengundi - mesti nak tengok juga IC pengundi.
Actually ada beberapa detail lagi pd tugas KPDP tapi bila saya karang ayat, mcm pening nau pulak nak bg kome paham. So.
Kita jump pada hari ini. Hari ini, kerajaan telah bertukar yg baru. Malaysia bernafas baru, berfikiran baru, berharapan baru, berusaha secara baru. Saya sbg kakitangan kerajaan yg bertuah sbb dapat berkhidmat untuk dua kerajaan, inshaaAllah akan sentiasa taat pada kerajaan semasa, kerana inilah kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk memerintah. Korang tahu kan betapa saya appreciate my position as a government servant right now.. Saya doa biarlah saya ikhlas bertugas, biarlah saya jalankan tugas saya dgn penuh dedikasi, biarlah usaha saya walaupun kecil tapi membantu negara ke arah kebaikan.
Jika kerajaan yg lama kurang baik, semoga kerajaan yg baru ini lebih baik.
Jika kerajaan yg lama telah menabur bakti, semoga kerajaan yg baru ini lebih menyelami apa bakti yg rakyat perlukan.
Sekian,
SYMP
#sayayangmenurutperintah
salam sis, dah dpt tak elaun petugas pru14?
ReplyDeletebelum la awak.. ada pegawai kata dpt sblm raya. tp ni dh mggu akhir puasa tak dapat pun lagi? huhu
Delete