Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidilfitri uolls! Wah bagi ucapan macamkan ada beribu nor pembaca blog. Takpe, ikhlas bagi ucapan tu yg penting.
Entry raya dimulakan dengan gambar kembang semangkuk senyuman Cik Gayah di pagi raya bersama anakanda Affan yg sedang dalam perjalanan menuju ke Kampung Bharu - rumahnya nyai en.Ubi. Kalau ikut cerita pra-sejarah en.Ubi, susur galur keturunan beliau semua ada kat Kampung Bharu tu. So kalau korang yg tok nenek opah uwan ada menetap kt Kampung Bharu juga, baik korang check, ada tak kenal Nyai en.Ubi ni. Entah-entah bau-bau bacang ngan suami Cik Gayah. Nama Nyai, saya taktahu lalalalala~ Tapi rumah Nyai betul2 depan sekolah agama kat dalam kwsn Kampung Bharu tu.
Tema raya yg tak dirancang - varies tone of BLUE! Sampai-sampai je rumah Nyai, tengok depa semua mem-biru hari tu. Tapi, paling cantik saya rasa tone navy blue. Nampak classy sgt sepupu en.Ubi pakai warna tu. Tambah pulak yg memakainya anak-anak dara kan.. so macam2lah fesyen baju depa. Ada yg kembang tang sana, ada yg kuncup tang sini. Cantik! Terimbau zaman kegemilangan Cik Gayah dulu - zaman suka melawa. Sekarang.. hmmphh, asal namanya pakai baju, udaaaahhhhh π« Warna baju melayu en.Ubi pun cantik juga! Hahah ni bukan bias tau tp memang di mata saya, warna biru tu mesra je. Banyak liku-liku yg Cik Gayah kami lalui demi nak mendapatkan warna sedondon suami isteri sekaligus merangkap warna tema kami tiga beranak. Ha tengok ayat pun mencungap nak memahamkan, kan? Macamtu lah mencungapnya saya menyettlekan perihal baju raya tahun ni. Mujur raya pertama dah berlalu. Aman sikit jiwa Cik Gayah.
Hari raya kedua, kat Shah Alam. Konon-konon tema hijau lumut. Padahal kebetulan je jumpa warna matching-matching. Yg sedondon pun hanya si ibu dan si babah. Si anak pakai je baju baru yg belum pernah dipakai. Tak larat ibu nak menggagau usahakan juga cari warna lumut ni utk Affan. Mmg pengajaran betul buat Cik Gayah supaya jgn last minute preparation baju raya next time π
Percaya tak, ini je gambar yg ada saya, en.Ubi, & Affan. Gambar raya formal 3 beranak memang takde. Sebab baju raya hari pertama saya TAK CANTIKKKKK π’π’π’ Kain ngan tudung je cantik, baju TAK CANTIK acaner?? First time tempah kat nyonya indon dan guwe dikecewa-in πππTerus terhapus sifat gedik utk bergambar. So itulah punca kenapa kami takde gambar raya 3 beranak walaupun baju melayu en.Ubi ngan Affan cantik siap bersampin bersongkok dua beranak tu. Maafin ibu ya, Affan, babah π‘
Hari raya ketiga (Ahad), kitorang dah settle down kat rumah sendiri sebab Isnin saya dah start kerja. Memang sengaja tak amik cuti sebab taknak beraya jauh-jauh hahahhah. Nanti lah tunggu Affan besar sikit, masa dia dah faham tonasi tempikan atau jegilan mata ibu ni, barulah kita beraya sakan. Time-time skrg ni, kalau dia tetiba nak minta menyusu dekat ruangtamu rumah org dan kita cakap, tunggu nanti dan sampai rumah baru menyusu - pun, bukan dia faham. Tak dapat, dia ngamuk. Bagi botol, dia campak. Silap haribulan campakan dia tu betul2 kena kat tulang pipi ibu ni. Ha masa tu memang my blood go upstairs la. Tapi ofcourse tak boleh nak menyinga kt rumah orang kan.. End up saya stress sbb exhausted mental and rohani. Then, raya pun rasa tak chill. Demi mengelakkan rasa camtu, baik kita amik precaution utk tidak beraya sakan sementara anak masih kecil. Hahahaha!
Akhir kata, Selamat Hari Raya sekali lagi buat pembaca blog haihayahai π
No comments:
Post a Comment