Erti perkahwinan bg setiap individu mungkin pd dasarnya sama, tp pengertian masing-masing, adalah berbeza.
Perkahwinan utk diri sy sendiri (ye, sy belum berkahwin. jd ini cuma pemahaman bujang sy ttg erti perkahwinan) adalah tanggungjawab.
1. Menunaikan tanggungjawab pd Allah dan Rasul.
Setelah Allah ciptakan manusia itu dr dua jantina, satunya lelaki dan satunya perempuan. Kemudian dikurniakanNya perasaan cinta kpd manusia, diajarNya cara bernikah dan bersuami isteri dgn tepat dan terperinci melalui kekasihNya Muhammad. Jd bila kita bernikah/berkahwin, bererti menjalankan tanggungjawab sbg hambaNya.
2. Menunaikan tanggungjawab pd kedua org tua
Memanjangkan keturunan yg dibawa turun-temurun dr ibubapa kita. Zuriat yg terhasil dr sebuah perkahwinan memberikan keceriaan kepada mereka dan percayalah, kita sbnrnya membuka peluang utk mereka memanjakan si cucu kerana kebanyakkannya, mereka cuma sempat bertegas dgn anak2 kala mereka masih muda. Jd bila kita bernikah/berkahwin, bererti memberi peluang kpd ibubapa merasai apa yg mereka terlepas sblum ini.
3. Menunaikan tanggungjawab pd pasangan
Kalau masa bercinta, tanggungjawab skadar ambil tahu. Tp bila telah diijabkabulkn, tanggungjawab adalah menanggung setiap apa yg pasangan kita tanggung. Dan menjadi jawapan kpd persoalan pasangan. Jika pasangan kita bersedih kerana tiada yg menghormatinya, kitalah yg bertanggungjawab utk mhilangkan sedihnya. Bagaimana? Dgn menghormatinya. Jika pasangan ragu jika kita adalah jodohnya, kitalah yg menjawabnya - Iya. Meyakinkan pasangan, menenangkan pasangan, itu adalah tanggungjawab.
4. Menunaikan tanggungjawab pd diri sendiri
Pernikahan yg sempurna adalah bila kita mendapat ketenangan disebalik ibadah nikah. Bukankan nikah itu umpama menyempurnakan sebahagian iman?
Jalan bernikah itu dtgnya dr Allah. Maka yakinlah.
Jika kita ketemukan dugaan di sepanjang perjalanan tu, yakinlah bahawa Allah Maha Mengetahui setiap satu yg diaturkanNya. Bahagia kita mungkin bukan hari ini atau semalam atau kelmarin, tp mungkin esok atau lusa atau minggu depan.
Siapa tahu? Allah tahu.
No comments:
Post a Comment