Friday, November 27, 2015

Dari KL ke Bromo : Baju Sejuk Bundle Ampang Waterfont

Kewujudan tentang kedai bundle ni saya dapat tahu dari group FB Backpacker Malaysia. Seronok join group tu sebab ransangan utk berjalan ke negara orang akan membuak-buak bila tengok org lain berkongsi tips dan pengalaman.

Saya pergi kedai bundle ni 2 kali. First time, pergi malam, pukul 12 lebih. Budget kalau kedai-kedai mcm ni dia buka sampai pukul 1 atau 2. Apa kau fikirin pekerja kedai bundle takdak life??? Pulang dengan hampa sbb kedai tutup dah rupanya. Tapi hampa tak lama sbb esok hari nya entah kenapa en.Ubi cinta mati kat Cik Gayah tetiba jek bawa gi kedai tu lagi. Kali ni kita pergi pagi dekat-dekat pukul 10.30-11.00 camtu. Haaaaaaaaaaaaa, puas hati tengok kedai buka! Kedainya mmg dipenuhi dgn pakaian bundle la of course. Tak banyak buang masa terus saya tuju ke bahagian baju-baju sejuk, baju tebal-tebal. Dalam 3minit selak-selak pufff terjumpa yg berkenan. Hohemjii excited nya!!

Mula-mula budget harga dalam RM10 je hahah gila cheapskate kan? :P Sekali tengok pricetag, RM18. Ommo acaner ni acaner? Terkebil-kebil tengok en.Ubi, rasa serba salah pulak tadi terus buat aksi excited berlebih. Kesian pulak kat suami kena belanja isteri tercinta ni sampai RM18 (trust me, I am a cheapskate lady). Tp en.Ubi cool je and he said "Cantik, ambil jelah" (saya rasa org lain pun rasa RM18 tu dah gila murah juga. Pffthh). Hormon excited merembes kembali. Hahah.

Now that dah dapat saya punya baju sejuk, kita fokus kat baju sejuk en.Ubi pulak. Actually, en.Ubi dah ada satu baju sejuk beli kat carbootsale sblm ni. RM10 je. Murahkan? Tp yg tu ketebalannya so so je. Saya baca pengalaman other people yg dah pernah sampai Bromo, rata-rata cakap kat sana mmg sejuk yg tahap mencengkam tulang. Makanya, harus mencarikan beliau satu lagi baju sejuk yg tebal. Cari punya cari, ada 2 yg en.Ubi berkenan - satu warna putih, satu lg warna light brown. Dua-dua gebus je Cik Gayah tengok en.Ubi pakai. Udah rupe kucing parsy pulak. Hewhew. Tengok harga yg putih oh murah nyo RM11 jek. Belek punya belek, nampak yellowish stains all over the lengan. Sebab tu la murah. Tengok yg light brown tu pulak, cantik juga, tapi ada koyak secoet. Suruh en.Ubi try, tapi payah pulak nk buka zip nya. Bawa ke kaunter, minta cashier buka kan the zip. Dia berjaya buka kan zip tu tapi tak boleh nak tutup balik. Gahahhahahh. Zip tu rosak dah. Bila tanya en.Ubi, beliau mmg berkenan nau the baju. Harga? Ha mahal weyh. RM28. Sebab baju ni mmg tebal. Gebus suami I pakai baju ni. Bila en.Ubi insist nak juga the baju, haruslah Cik Gayah buka silat tawar-menawar. Saya minta baju en.Ubi tu RM20. Cashier tu cakap RM25. Saya minta RM22. Cashier terus gi kat supervisor dia minta persetujuan. Last-last supervisor dia bg RM20 utk baju en.Ubi dan RM15 utk baju saya!

Kesimpulannya, if korang mai kedai ni, sila lah tawar-menawar ye. Check and belek betul-betul pakain yg korang nak beli tu dan try to bargain sebijaknya. Bayangkan kalau tak teliti check the baju-baju, pastu main bayar je ikut harga tag, total would be RM46. Sedangkan lepas bargain td, saya dapat harga RM35 je ;)

Tu je for this entry. Tata!

No comments:

Post a Comment