Monday, November 13, 2017

Playtime - Kidzoona

En.Ubi and I have an aim to let Affan to enjoy playground (be it indoor and outdoor) EVERY WEEKEND. Weekend is very crucial for me sebab that is the only days yg saya rasa saya betul2 together dapat main-main, exercise, gelak-gelak, relax-relax dgn Affan, dan dalam masa yg sama ajar Affan on sooooo many things! Colors, shapes, interaction, depth, macam-macam lagilah!

Just recently cuaca mcm tak berapa sesuai utk outdoor activity so kita keluarlah duit sikit belanja anak masuk Kidzoona. Kidzoona ni ada kat semua Aeon Jusco rasanya. Fee masuk pun taklah semahal Kidzania atau playarea shopping complex lain. Fee utk weekdays ialah RM10 all day long. Stokin budak rm3, stokin ongtua rm4. So kalau nak jimat, bawa stokin siap2.

Suppose activity mcm ni kami buat over the weekend. Tp disebabkan last week busy pindah, so babah belanja Affan on weekday lps pindah rumah tu. Best rupanya pergi on weekdays sebab takramai org hahahah. Takdela risau sgt ada budak-budak yg tgh galak berlari berkejaran terlanggar Affan ke apa.





I was so happy to see Affan dah berani meredah lautan bola-bola ni. Sebelum2 ni, Affan memang takut nak cecah kaki kat these balls. Tak tahulah kenapa tapi maybe dia rasa tak selamat.. maybe dia rasa dia akan tenggelam dalam balls tu kot 😕

I read somewhere, bila anak-anak is afraid on something that he/she suppose not to be afraid of, JANGAN PAKSA or lepaskan dorg konon mcm nk ajar dorg utk overcome perasaan takut tu. Perasan tak, bila dorg takut, dorg akan berpaut or lari and peluk or menyorok belakang kita his/her parent? Its a good sign that anak kita rasa lebih selamat dan lebih yakin dengan kita. Having that in mind, kita kena bagi masa pd anak kita utk overcome their feelings. Bukannya paksa anak-anak utk tak takut which in result, anak-anak boleh jd kurang kepercayaan kpd kita their parents (kita bukan lg penyelamat/pelindung dorg).

Contohnya sebelum ni Affan takut bola-bola ni, at first attempt, second attempts, third attempts, fourth attempts dia taknak, saya ikutkan aje. Saya dukung peluk dia but at the same time tunjuk kat dia yg the balls are not giving any harm, the balls are fun instead! Tp dia still takut, so it's okay. Next trip (percubaan kali kelima) saya cuba lagi and this time around saya yg masuk dulu dalam the balls island and slowly ajak Affan join in. Alhamdulillah dia start to berani.

Sama kes kalau anak taknak dengan orang. Kita as a parent pleaselah JANGAN terus lepas tinggalkan anak tu kat org lain. Be it atoknye ke, pak menakannye ke, best friend korang ke, big please, just don't. Jangan kerana anak tu kecik lagi takpandai tak kuat kudrat utk me-reject, maka kita memaksa anak silently. Kejam namanya tu. Berbijaklah utk interact dgn psychology anak slowly. Tanamkan dalam diri dorg it is ok and safe to be with that new person, while you (ibu/mama/mak/mommy/ummi) akan still ada kat sini. Memang akan ambil masa but slowly, anak akan built that kepercayaan yg kita tanamkan tu. Plus point, anak akan rasa "eh betul lah ibu kata.. tak bahaya pun benda ni.. tak scary pun org ni.."

Oh panjang pulak mengomel. Sambung tengok gambar Affan having fun kat Kidzoona jom.








Kebetulan teringat my friend yg supervised Kidzoona ni (different outlet) pernah tunjuk staff2 dia duk mengelap SETIAP biji bola ni as a standard procedure to keep mainan ni semua hygienic. So apa kata kita tanya dia sekali lagi utk kepastian.




Gotten the answer, so lepas ni bolehlah plan bawa anak on Monday itself sebab haritu mainan masih lagi super bersih. Heheheh.






No comments:

Post a Comment