Wednesday, August 1, 2018

Naik Kuda dekat Gombak Horse Riding Club

Ada satu weekend tu memang Cik Gayah mcm jatuh cinta kali ke enamblas ribu kot pd en.Ubi sebab happy sesangat en.Ubi rajin melayan Affan and me. Hikhok. Sabtu kami ke Port Dickson just for the sake nak bg Affan main pasir and mandi pantai, and the next day - Ahad nye pulak, ke Gombak untuk naik kuda! Neighhhhhh (ini bunyi kuda 🐴)

Kami sampai ke GHRC ni around 3.30pm just nice after 2 hours plus noon nap anak beranak. Masa sampai, takde pengunjung lain pun. Ibu Affan dah excited gila dah nampak horse 2-3 ekor so cuaca terik tak terik bisa diabaikan waktu tu.

Disebabkan orang lain takde (kecuali beberapa org pekerja yg tengah bawa kuda keluar masuk), maka kami pun sedikit terpinga2 kat mana kaunter.

En.Ubi cari kaunter tak jumpa. Affan tengah kesat hinguih


Affan sekarang dah kenal pusat. Bila kita tanya 'pusat mana pusat?", nanti dia kelam-kelibut selak baju dia nak tunjuk pusat. Kalau pakai romper nanti dia buat muka confuse sbb tak boleh selak baju and rasa pusat dia takde kat perut 😆



En.Ubi tak jumpa kaunter, Cik Gayah pulak gi cari. Tengah terjenguk2 terhendap2 bahagian belakang tu, abang ni approach tanya nak naik kuda ke kak? Rupanya takde kaunter ke apa ye. Datang straight je ckp kt sesapa yg ada kt situ - saya nak naik kuda. 😁 Baik abang ni. Walaupun rupa paras tak mcm local Malaysian, tapi fasih gakla cakap melayu. Terus rasa bersalah sbb saya being judgemental masa mula2 selisih dgn dorg ni - tanya kat org kaunter la better, takyah tanya dorg. Moral of the story, belajarlah utk hormat dan hargai sesiapapun yg anda temukan di dalam hidup anda.

RM10 untuk 2 round. Riding helmet tu disediakan free utk kegunaan pengunjung. 2 round adela dalam 5 minit. En.Ubi dgn saya mmg siap2 pakai track bottom ngan loose shirt sbb tahu nnt mesti melekat bau kuda hahahah. Affan selalu kalau jalan petang saya pakaikan short tp sbb risau kena gigit nyamuk, so pakaikan dia seluar panjang gak.

Ngeri tengok en.Ubi terkengkang nak naik kuda sambil dukung Affan camtu

Ni lah mak-mak jaman skrg ni. (Cik Gayah lettew). Sibuk nau nk rekod la nk amik gambar la. Bila diulang tengok balik moment en.Ubi terkengkang sambil dukung Affan sebelah tangan mcmtu je, eee seriau. Patutnya time ni, saya pegang dukung Affan dulu. Dah en.Ubi duduk elok atas kuda tu, baru saya pass Affan pd en.Ubi. Mujur Allah lindungi tak jadi pape time ni. Dibuatnya kuda tu ternampak siput babi ke kt kaki dia pastu dia meloncat, daaaaaaaaaaah bahaya kat en.Ubi kendong Affan gitu. Moral of the story, be a wise mommy ok! Once you are a mommy, always remember your priority! Your child!

Kemahen 2 beranak tegeduk-tegeduk naik horse. Neighhhhhh (bunyi horse 🐴)

Dah habis 2 round, Affan taknak turun horse! Sudahhhhhhhh..... Kopaklah babah nk kena top up lagi seploh hengget nak oiii. Tu tengok tangan Affan tu. Dia pegang tangan babah tak bagi turun horse 😰

en.Ubi interview pasal pekerja tutentang penjagaan kuda. Nak beli kuda satu kerrr?

Pujuk-pujuk sikit akhirnya Affan redha. Kitorg pusing belakang pulak nak tengok haiwan lain. Ada rabbit, rooster, bird, goose, and more horses kat dalam kandang. Soon akan ada cow juga pekerja kat situ. Pekerja kat situ mostly ramah la and rajin nak suruh kita tengok segala pelusuk kawasan tu.

Tangan tu duk kais2 pasir sbb teringat pasir pantai PD semalam 
Dah start kena gigit nyamuk
Kelakar tengok budak ni nak naik tapi gayat
ehhhh dia nak naik horse lagiiiiiiiiiiiii




Last but not least, kita nak tengok ada anak ongkaya nak training horse riding. Umur baru 9-10 tahun agaknye budak tu. Datang dgn mini cooper. Mak ke kakak dia yg dtg hantar tp just tunggu dlm kereta je. Because outside is very hot chuolls. Heheheh.. Bestnyeeee jadi ongkaya.. Btw, kat sini memang ada kelas untuk belajar berkuda dan memanah. Tapi, belum sempat abang baju merah tu siapkan kuda putih tu, Affan dah start cranky. So, moh le kita balik cari makan.



dah start tak selesa bdn sbb berlengaih peluh. so mood nak ibu dukung pulak

More info on GOMBAK HORSE RIDING CLUB :

Overall kami rasa tempat ni best dan akan repeat lagi. InshaaAllah ada rezeki boleh subscribe utk belajar tunggang kuda. Aktiviti ni antara sunnah Nabi Muhammad saw so, boleh dapat pahal sunnah 💚💚💚

No comments:

Post a Comment