Monday, September 30, 2019

Daftar Kelahiran Bayi di JPN

Assalamualaikum.

Masa daftar nama Affan kat JPN dulu, A yg uruskan a to z. So saya taktahu procedure. Yg saya tahu, kena daftar within 2weeks dari tarikh kelahiran baby. Kalau hari ke-15 & ke atas baru daftar nama kat JPN, then kena denda. Per day ye denda dia.

But this time around, masa nk discharge dari hospital lps bersalinkan second baby, nurse maklumkan yg pendaftaran nama anak can be made up to 60days dari tarikh kelahiran. Hari ke 61 baru berdenda. To which I find it very la bagus. Sbb kdg bapak baby rushing nk uruskan bining baru bersalin, baby baru lahir, keje & byk perkara lain. 14hari tu tak sempat si bapak nk berlari ke JPN utk daftar. Tak boleh nk nafikan situasi cmni. Mmg boleh wakilkan family member (yg disyarat-bolehkan oleh JPN). Tp, kadang family member "yg boleh daftarkan" tu pun ada hal masing2.

So yeah, 60 days is good & flexible enough. Mak hok bersalin tu pun dlm tempoh 60hari tu udah habih pantang. Dah boleh lebih byk bgerak so if bapak baby xnyempat ke JPN, dah less reason utk xsempat daftarkan nama baby sbb mak baby pun dah blh ke JPN & uruskan hal pendaftaran.

For our second baby, kalini saya yg uruskan. A bg green light saya gi sorg. Not that dia x sempat nak daftarkan, tp dia bagi saya me time heheheh. 😇

Dah lama tak drive sendiri. Sejak kandungan dh masuk 3rd trimester haritu mmg lgsg xde rasa & xde keperluan utk drive sndiri. So bila dpt pegang stereng masa nk gi JPN tu, Cik Gayah punya heksaited dik nonnn... makan jem pun masa tu rasa manisssss je rasa. Sikit Cik Gayah tak stress ngadap jem otw tu. Siap lentok2 layan sinar.fm bila keluar lagu jiwang2 😆

Btw, saya daftar kat JPN cawangan Melawati. Gi hari Jumaat. Tutup utk rehat pukul 12.15pm dan buka semula pukul 2.45pm. Standard waktu urusan kerajaan.

Mula2 mestilah ambil nombor giliran. Utk daftar kelahiran, dia ada kod giliran tersendiri so urusan mcm lbh cepat.


Eh tapi depends la.. kot hari yg korang gi nk daftar nama baby tu kebetulan ada 68 org lain nk mendaftar nama anak jugak, sabau yolah nunggu nombor giliran yo?

Saya haritu tak ramai (yg daftar kelahiran). Alhamdulillah.


Dokumen yg perlu disediakan :

1. Kad pengenalan ibu bapa bayi (yg asal & 1 salinan) - kalau suami yg gi daftarkan, kena bawa IC isteri sekali. Mcm saya, saya bawa sekali IC A. Saya ada tanya kat pegawai kaunter tu, ni kira salah ke di sisi undang2 bila saya pegang/bawa IC suami (sedangkan diantakde bersama saya waktu tu)? Pegawai tu kata, utk urusan pendaftaran kelahiran, mmg dibolehkan bawa/pegang IC suami/isteri (yg x hadir ke JPN).

2. Sijil nikah (yg asal & 1 salinan)

3. Buku pink mengandung (yg asal & 1 salinan muka surat-muka surat yg nurse hospital dah 'tandakan' - masa saya discharge lps bersalin, nurse mmg dah tanda X kt page mana yg kena buat photocopy. Dan, dkt JPN Melawati ni pegawai tu siap tambah lg page yg perlu diphotocopy. In total ada 10 muka surat (5 A4 la kiranya).

4. Borang Daftar Kelahiran JPN - hospital akan siap2 bg ni masa kita keluar hospital. Ada bhgian yg hospital dah isi, ada bhgian yg kita kena isi sendiri. Guna pen hitam dakwat biasa ye.


Lepas dah serahkan semua dokumen, tggu sat, nnt pegawai panggil semula nombor kita. Pastu kita akan diberi Sijil Kelahiran Contoh yg ada details baby kita utk kita check semua betoi ke dak. Kot la nk letak nama baby. RATU, tapi pegawai terrrtaip RATA. Kalau ada typo, kena bgtahu masa tu supaya dorg blh terus betulkan. If all details betul, kita kena sign Sijil Kelahiran Contoh tu. Then only dorg print Sijil Kelahiran yg sebenar, yg ada stiker ori JPN.


Taraaaaa!!

Adik Affan dah ada sijil lahir.. Ada org panggil sijil beranak...

Muhammad Nouf nama dia 😊
Bila nak cerita pasal Nouf? Jgn tanyaaaaa.. 😪

Ok settle dah & boleh balik.

Bayaran?
Percuma.
Tapi kalau nak beli cover transparency sijil lahir tu, harganya RM3 ada dijual dikaunter tu jugak. Cik Gayah beli hohoh.

Berapa lama siap?
Sekejapan.
Maybe 20minit kot.. tu pun sbb kena gi kedai fotostat utk fotostat helaian tambahan buku pink. If tak, 10minit je kot siap.

Overall, bestla JPN Melawati ni. Pegawai2 ok, perkhidmatan ok. Kedai fotostat pun ada betul2 sebelah JPN ni so sgtla senang kalau terrrlupa & perlu buat pape salinan dokumen. Cuma.. saya dgr (dari kaunter sebelah menyebelah), kalau nk buat MyKad baru, amik masa 5hari. Kalau kt UTC siap 24jam atau lbh cepat.

Till then peepsy!

Saturday, September 28, 2019

Naik ETS ke Sungai Petani

Assalamualaikum.

Nak cerita pasal gi kursus kt INTURA. Bestnye wehhhh!! Especially part makan kt sana ya Allah sedapnye rasa nak tapau makcik dewan makan tu why makcik why masak sedap sgt makcik???

*Tapi entry ni pasal journey pergi ke sana ye. About the place & kyrsus next entry hokay*

INTURA stands for INTAN Wilayah Utara. Located kat Kuala Ketil, Sungai Petani, Kedah.
INTAN ni kalau orang2 kajaan tahu sgt la pobondo intan tu ehh. INTAN tu mudah kata, tempat berkursus utk penjawat2 awam. Mcm2 modul kursus ada kat situ.

Last year saya daftar utk berkursus kat INTENGAH (INTAN Wilayah Tengah - KL). Tapi asbab Affan x sihat, hari kedua berkursus, saya tarik diri. This year, saya mohon kt INTURA. Alhamdulillah, diterima. Oh btw ni cerita bulan 3 punya tau. Terperam lama dlm draft box. Pakkal baru2 ni ada org whatsapp tanya pengalaman berkursus kt INTURA. Barula terkial2 nk up kn this entry hohoh.


Saya gi naik ETS dari KL Sentral. Mudah. Beli tiket over the counter 2 minggu sblm tarikh bergerak ke SP. Tp sblm tu wajibulghunnah dah study sikit2 pasal naik ETS kt internet. Tiket ETS ni ada 2 jenis/rate. Kalau coach gold, harga ke Sungai Petani ialah RM62.00. Kalau coach platinum, harga jadi RM82.00. Sempat tanya kt counter-lady tu apa beza platinum and gold coach?

Dia kata beza hanya pd bilangan stops dan kalau platinum tu dorg ada sediakan some pack-food. Betul lah tu.. sama mcm pembacaan saya kt internet.

Kalau platinum, dia tak byk berhenti. Maybe dlm 5-6 stops je. Meanwhile utk gold, dia ada berbelas stops if im not mistaken. Boleh check timetable ETS kt KTMB's websites.

Saya pilih gold sbb tempoh perjalanan tak byk beza pun. Less than 30 minutes different je rasanya. Dari KL Sentral pukul 10:04pagi mmg sharp2 train gerak pukul 10:04pagi tu. Sampai Sungai Petani 14:41petang pun sharp2. Bagus2.

About the pack-food pulak, actually KTMB just bg air kotak dgn biskut 1 pek. So tak worth it nk mengharapkan the pack-food unless korg aim utk taknak hadap byk stops, so yes korg can go for platinum.


Waiting area/boarding gate ETS ni berada sama level dgn KFC dlm KL Sentral. KFC kt wing kanan, ETS yg saya naik ni kt wing kiri. Tengok dlm gambar, kt gate tu dia akan papar nombor train & masa bergerak. Dh nmpk gini kallu, kasi angkat aci punya punggung pigi beratur. Ammakk


Dah lama tak tgk org check2 tiket cmni, kan! Yg selalu kena check is bila nk masuk cinema hahahah! Luggage korg blh simpan kt atas seating area (mcm dlm flight) atau kt small-standing area yg disediakan.

Seat dia ok la. Tidakla bapak selesa but yet tidaklah langsung tak selesa. Utk journey 4hours plus, dgn keadaan saya 4m+ preggie masa tu, the seat is ok for me. Seat boleh recline. Leg area ok ok. Tak terlalu spacious tp tak terlalu sempit. Kt dlm coach ada bhg khas jual2 megi, sandwich, kopok2, minuman pns sejuk. Tp brg jualan dia very limited la. Kalau hbs, hbs. Dorg x replenish especially mcm sandwich cthnya. Air pns tu 3 in 1 je ye jgn bayangkn ada anney mamak duk perform tarik2 teh tarik kopi kaw kt dlm tu pulok. Sbb bhg jual2 ni kecikkkkk je. Ada kaunter byrn & 2 seat utk lepak minum. Toilet, saya x sempat tinjau. Tp baca kt blog lain, toilet selesa dorg kata.

Gambar takdan ambik sbb nk save battery by that time.

Iklan sat. Masa pi ni saya bawa 1 luggage (cabin size) dgn shopping bag ikea. Masuk2 ETS, first time kan.. so xtau pulak ada standing area which blh letak luggage/brg2. Saya tgh ngandung 4bln masa ni. Perut tak berapa nmpk lg masa tu. Saya mmg jns dh masuk bln ke 7 ke 8 baru nmpk perut tgh mengandung. Nak angkat luggage letak atas headboard tu obviously x larat. Kalau saya 'usaha' jg nk angkat sendiri letak kt atas tu kang jd pape pulak kt kandungan. So saya pun mnta la tlg ada sorg pakcik ni yg duduk dkt2 seat saya. Dia xdela pakcik tua yg tahap dh gigil2 tgn. Dia maybe sebaya or muda sikit dr ayah saya. Next to him his wife la kot i guess. Tp tgedik2 selfie & wefie. Bayangkn umur dh 50an tp tgedik2 non-stop bergambar. 😐 Tak kisahlah tu. Yg saya rasa dorg ni cam poyonyeeeeee bila saya mnta tlg dgn bahasa paling budiman, pakcik tu blh jwb apa tau.. "Tu pegi minta tlg abg kt sana tu". Nampak mcm jwpn biasa kn? Cuba korg bac dgn tonasi & bayangkan mimik muka dia as if nk menyatakn - takde org lain ke kau nk minta tlg?? Apesal aku nk kna tolong kau pulak?? Pastu perkataan 'abg' tu dia mcm highlight kan. Dah kenapaa.. Sentap ke Cik Gayah manggil awok 'pakcik'?? Adoiii donia oh doniaaaa 😵😵

Saya mmg terkedu & berubah air muka. Yela, kita mnta tlg elok2, at least kalau kau pun x larat ke, jwb la elok2. Then ada sorg nenek chinese nmpk this situation, cecepat dia tegur saya, "adik, adik, u angkat letak beg pegi sana (tunjuk standing area). Jgn risau, saya tlg jaga" Nenek tu dia duduk dkt2 depan standing area tu. Org berbudi kita berbahasa. Cecepat saya ckp terima kasih kt nenek tu & moved my stuff there.

Ok hbs cerita pasal pakcik poyo taknak tlg titew.

Smpi kt stesen ETS SP, kena mengheret luggage jauh sikit. Takdela jauh beria, tp memandangkan waktu tu saya tgh pregnant 4m+, luggage pulak agak heavy so terasa la penapakan 10-15minit nk mencari exit stesen adalah sesuatu yg mencabar. Nk jumpa exit tu kena naik turun lif sbb exit berada at the other side of rail.

Masa sampai ni jugalah ngam2 hp saya kehabisan bateri. Menggagau mikior nk naik teksi kang takut kna tipu fare. Yela, Cik Gayahkn oghang keyelllll 😛 Usaha jg utk tebalkn muja ask around sapa yg blh book kn grab guna hp dia. Mujur ada sorg lelaki ni dia sudi book kn grab utk saya. Fare was RM12 x silap saya dari KTM SP ke INTURA. Oh and mind u guys sesapa yg nk book grab ke sana, korg kena search INTAN wilayah utara kuala ketil k. Kalau taip INTURA kt location dlm grab apps, x wujud/x detect (masa saya try march dulu la. now x sure korg try check sendiri).

Ok peeps. Till we meet at next entry!


Friday, September 13, 2019

Saja update

Harini saya merdeka hihi. Semalam complete dah 44hari pantang makan. Actually bab makan saya tak berapa nk kisah sgt. Saya kental gak bab2 tak blh mkn itu ini. Nak telan ikan tenggiri grill hari2 pun saya ok je inshaaAllah. Tp yg tak kentalnya is pantang ais. Adudududuuuu. Dahla cuaca bahang manjang. Seksa betul tak dpt minum ais. Duduk kt rmh 24jam masa dlm tempoh berpantang ni, sehari adela 8-10 kali saya mandi.

Td keluar sbb ada urusan kt KWSP, & i just realize how bad the haze is right now. Mmg berkabus je! Selama sebulan lebih ni kan duk berkurung dlm rmh.. so x prnh tahu keadaan jerebu yg terkini. (Semoga Allah lindungi A & Affan yg commute to and fro ke office & school every single day. Aamiin).

Perasaan? Dah ada sikit2 tak sabar nak back to work. Honestly, bila bekerja, saya rasa saya lebih functionate (wujud ke yeh perkataan ni?) & productive. Tp sblm tu, kena fokus cari nanny utk baby. Dari sejak baby dlm perut lg, kitorg dh start cari2.. tp masa tu sbb rasa long way to go so cari pun ala kadar je. But now maternity leave pun dah berbaki lg 45 hari je lg, haruslah kita tekan button nervous & masuk gear fokus mencari!

Tu je kot for today. Semoga esok lusa dpt momentum rajin balik mengupdate blog. Blog ni mcm sendu je kan.. tp bila Cik Gayah nengok viewers amount on certain2 entry, dia mcm tetiba mai balik semangt nk update blog haha.


Nah tepek gambau Cik Gayah setelah sekian lama tak poyoss selfie.