Monday, September 30, 2019

Daftar Kelahiran Bayi di JPN

Assalamualaikum.

Masa daftar nama Affan kat JPN dulu, A yg uruskan a to z. So saya taktahu procedure. Yg saya tahu, kena daftar within 2weeks dari tarikh kelahiran baby. Kalau hari ke-15 & ke atas baru daftar nama kat JPN, then kena denda. Per day ye denda dia.

But this time around, masa nk discharge dari hospital lps bersalinkan second baby, nurse maklumkan yg pendaftaran nama anak can be made up to 60days dari tarikh kelahiran. Hari ke 61 baru berdenda. To which I find it very la bagus. Sbb kdg bapak baby rushing nk uruskan bining baru bersalin, baby baru lahir, keje & byk perkara lain. 14hari tu tak sempat si bapak nk berlari ke JPN utk daftar. Tak boleh nk nafikan situasi cmni. Mmg boleh wakilkan family member (yg disyarat-bolehkan oleh JPN). Tp, kadang family member "yg boleh daftarkan" tu pun ada hal masing2.

So yeah, 60 days is good & flexible enough. Mak hok bersalin tu pun dlm tempoh 60hari tu udah habih pantang. Dah boleh lebih byk bgerak so if bapak baby xnyempat ke JPN, dah less reason utk xsempat daftarkan nama baby sbb mak baby pun dah blh ke JPN & uruskan hal pendaftaran.

For our second baby, kalini saya yg uruskan. A bg green light saya gi sorg. Not that dia x sempat nak daftarkan, tp dia bagi saya me time heheheh. 😇

Dah lama tak drive sendiri. Sejak kandungan dh masuk 3rd trimester haritu mmg lgsg xde rasa & xde keperluan utk drive sndiri. So bila dpt pegang stereng masa nk gi JPN tu, Cik Gayah punya heksaited dik nonnn... makan jem pun masa tu rasa manisssss je rasa. Sikit Cik Gayah tak stress ngadap jem otw tu. Siap lentok2 layan sinar.fm bila keluar lagu jiwang2 😆

Btw, saya daftar kat JPN cawangan Melawati. Gi hari Jumaat. Tutup utk rehat pukul 12.15pm dan buka semula pukul 2.45pm. Standard waktu urusan kerajaan.

Mula2 mestilah ambil nombor giliran. Utk daftar kelahiran, dia ada kod giliran tersendiri so urusan mcm lbh cepat.


Eh tapi depends la.. kot hari yg korang gi nk daftar nama baby tu kebetulan ada 68 org lain nk mendaftar nama anak jugak, sabau yolah nunggu nombor giliran yo?

Saya haritu tak ramai (yg daftar kelahiran). Alhamdulillah.


Dokumen yg perlu disediakan :

1. Kad pengenalan ibu bapa bayi (yg asal & 1 salinan) - kalau suami yg gi daftarkan, kena bawa IC isteri sekali. Mcm saya, saya bawa sekali IC A. Saya ada tanya kat pegawai kaunter tu, ni kira salah ke di sisi undang2 bila saya pegang/bawa IC suami (sedangkan diantakde bersama saya waktu tu)? Pegawai tu kata, utk urusan pendaftaran kelahiran, mmg dibolehkan bawa/pegang IC suami/isteri (yg x hadir ke JPN).

2. Sijil nikah (yg asal & 1 salinan)

3. Buku pink mengandung (yg asal & 1 salinan muka surat-muka surat yg nurse hospital dah 'tandakan' - masa saya discharge lps bersalin, nurse mmg dah tanda X kt page mana yg kena buat photocopy. Dan, dkt JPN Melawati ni pegawai tu siap tambah lg page yg perlu diphotocopy. In total ada 10 muka surat (5 A4 la kiranya).

4. Borang Daftar Kelahiran JPN - hospital akan siap2 bg ni masa kita keluar hospital. Ada bhgian yg hospital dah isi, ada bhgian yg kita kena isi sendiri. Guna pen hitam dakwat biasa ye.


Lepas dah serahkan semua dokumen, tggu sat, nnt pegawai panggil semula nombor kita. Pastu kita akan diberi Sijil Kelahiran Contoh yg ada details baby kita utk kita check semua betoi ke dak. Kot la nk letak nama baby. RATU, tapi pegawai terrrtaip RATA. Kalau ada typo, kena bgtahu masa tu supaya dorg blh terus betulkan. If all details betul, kita kena sign Sijil Kelahiran Contoh tu. Then only dorg print Sijil Kelahiran yg sebenar, yg ada stiker ori JPN.


Taraaaaa!!

Adik Affan dah ada sijil lahir.. Ada org panggil sijil beranak...

Muhammad Nouf nama dia 😊
Bila nak cerita pasal Nouf? Jgn tanyaaaaa.. 😪

Ok settle dah & boleh balik.

Bayaran?
Percuma.
Tapi kalau nak beli cover transparency sijil lahir tu, harganya RM3 ada dijual dikaunter tu jugak. Cik Gayah beli hohoh.

Berapa lama siap?
Sekejapan.
Maybe 20minit kot.. tu pun sbb kena gi kedai fotostat utk fotostat helaian tambahan buku pink. If tak, 10minit je kot siap.

Overall, bestla JPN Melawati ni. Pegawai2 ok, perkhidmatan ok. Kedai fotostat pun ada betul2 sebelah JPN ni so sgtla senang kalau terrrlupa & perlu buat pape salinan dokumen. Cuma.. saya dgr (dari kaunter sebelah menyebelah), kalau nk buat MyKad baru, amik masa 5hari. Kalau kt UTC siap 24jam atau lbh cepat.

Till then peepsy!

1 comment: