Saturday, November 28, 2015

Dari KL ke Bromo : Tarikh lahir salah masa booking tiket AirAsia!

Kemain panjang tajuk. Dah, straight to the issue.

*****

Isu : Saya beli flight tiket AA. Detail Guest 2 (detail en.Ubi - tahun kelahiran salah letak - cth: saya letak 2015, yg betulnya 2014)

Penyelesaian :

1. Isi e-form Air Asia


*Pastikan dah scan passport Guest yg nak diperbetulkan maklumatnya. Nanti perlu attach scan passport dalam e-form
*Booking number, flight number, flight date and time tu sila isi juga ya. Kalau tak e-form ni tak boleh di 'send'

2. Tunggu lebih kurang sejam, baru follow up dgn AA - melalui Live Chat facility


*Is your feeback related to apa? Click je kat Booking
*Katakan bila korang klik link Live Chat ni tapi dia tak keluar camni, sebaliknya dia tulis dorg tgh menghadapi high volume of customer kan.. caranya, korang tutup page tu dan klik link semula. Try dalam 3-4 kali. Biasanya saya buat camtu baru dapat ke this page.

3. Mari bersembang!




4. Selepas bersembang tu, sekejapan je dapat la email dari dorg. Dan silalah check juga kat Manage My Booking kat website AA and see if memang the changes has been reflected.




*****

I was so happy that this thing settled sebab cuak gak kang en.Ubi ta kboleh fly, fly la Iolls sengsorang ke Bromo tu. Harap this entry membantu pd sesiapa yg had an issue like me ;)

Friday, November 27, 2015

Dari KL ke Bromo : Baju Sejuk Bundle Ampang Waterfont

Kewujudan tentang kedai bundle ni saya dapat tahu dari group FB Backpacker Malaysia. Seronok join group tu sebab ransangan utk berjalan ke negara orang akan membuak-buak bila tengok org lain berkongsi tips dan pengalaman.

Saya pergi kedai bundle ni 2 kali. First time, pergi malam, pukul 12 lebih. Budget kalau kedai-kedai mcm ni dia buka sampai pukul 1 atau 2. Apa kau fikirin pekerja kedai bundle takdak life??? Pulang dengan hampa sbb kedai tutup dah rupanya. Tapi hampa tak lama sbb esok hari nya entah kenapa en.Ubi cinta mati kat Cik Gayah tetiba jek bawa gi kedai tu lagi. Kali ni kita pergi pagi dekat-dekat pukul 10.30-11.00 camtu. Haaaaaaaaaaaaa, puas hati tengok kedai buka! Kedainya mmg dipenuhi dgn pakaian bundle la of course. Tak banyak buang masa terus saya tuju ke bahagian baju-baju sejuk, baju tebal-tebal. Dalam 3minit selak-selak pufff terjumpa yg berkenan. Hohemjii excited nya!!

Mula-mula budget harga dalam RM10 je hahah gila cheapskate kan? :P Sekali tengok pricetag, RM18. Ommo acaner ni acaner? Terkebil-kebil tengok en.Ubi, rasa serba salah pulak tadi terus buat aksi excited berlebih. Kesian pulak kat suami kena belanja isteri tercinta ni sampai RM18 (trust me, I am a cheapskate lady). Tp en.Ubi cool je and he said "Cantik, ambil jelah" (saya rasa org lain pun rasa RM18 tu dah gila murah juga. Pffthh). Hormon excited merembes kembali. Hahah.

Now that dah dapat saya punya baju sejuk, kita fokus kat baju sejuk en.Ubi pulak. Actually, en.Ubi dah ada satu baju sejuk beli kat carbootsale sblm ni. RM10 je. Murahkan? Tp yg tu ketebalannya so so je. Saya baca pengalaman other people yg dah pernah sampai Bromo, rata-rata cakap kat sana mmg sejuk yg tahap mencengkam tulang. Makanya, harus mencarikan beliau satu lagi baju sejuk yg tebal. Cari punya cari, ada 2 yg en.Ubi berkenan - satu warna putih, satu lg warna light brown. Dua-dua gebus je Cik Gayah tengok en.Ubi pakai. Udah rupe kucing parsy pulak. Hewhew. Tengok harga yg putih oh murah nyo RM11 jek. Belek punya belek, nampak yellowish stains all over the lengan. Sebab tu la murah. Tengok yg light brown tu pulak, cantik juga, tapi ada koyak secoet. Suruh en.Ubi try, tapi payah pulak nk buka zip nya. Bawa ke kaunter, minta cashier buka kan the zip. Dia berjaya buka kan zip tu tapi tak boleh nak tutup balik. Gahahhahahh. Zip tu rosak dah. Bila tanya en.Ubi, beliau mmg berkenan nau the baju. Harga? Ha mahal weyh. RM28. Sebab baju ni mmg tebal. Gebus suami I pakai baju ni. Bila en.Ubi insist nak juga the baju, haruslah Cik Gayah buka silat tawar-menawar. Saya minta baju en.Ubi tu RM20. Cashier tu cakap RM25. Saya minta RM22. Cashier terus gi kat supervisor dia minta persetujuan. Last-last supervisor dia bg RM20 utk baju en.Ubi dan RM15 utk baju saya!

Kesimpulannya, if korang mai kedai ni, sila lah tawar-menawar ye. Check and belek betul-betul pakain yg korang nak beli tu dan try to bargain sebijaknya. Bayangkan kalau tak teliti check the baju-baju, pastu main bayar je ikut harga tag, total would be RM46. Sedangkan lepas bargain td, saya dapat harga RM35 je ;)

Tu je for this entry. Tata!

Thursday, November 26, 2015

Dari KL ke Bromo : Memburu Tiket Murah

Ini kali pertama saya beli flight tiket asing-asing. I was planned to go to Mount Bromo, so for the flight, yg mudahnya beli return flight tickets KUL – SUB – KUL (Kuala Lumpur – Surabaya – Kuala Lumpur) la kan. AirAsia buat promo KUL – SUB starts from RM41.00 and Alhamdulillah rezeki saya, I got that promo fare.

Few may know me, I’m a cheapskate person! :p Makanya, sebelum kecepuss membeli tiket, harus check dulu kot-kot ada cara lebih jimat. I tried Skyscanner and Kayak tapi both webs show harga lebih mahal sedikit dari website AirAsia sendiri. Moreover, saya lebih selesa dan yakin utk beli tiket dari page AirAsia itu sendiri.

So now memang akan beli through AirAsia website lah kan. Tapi masih juga den nak torai kot-kot ado caro nok boie dapek hargo muroh laie. Jadinyo, den pun buek la gini :

Kekdah 1 - Try check harga tiket KUL-SUB-KUL
Kekdah 2 - Try check harga tiket KUL-SUB  (+)  check harga tiket SUB-KUL

Compare kan. Mana lagi murah. Muahaha.

**detail tiket-tiket utk kekdah 1 atau 2 kena sama.
- tarikh, masa
- include tax ke tak
- pilih seat ke tak
- pre order meal ke tak
- ada checked in baggage ke tak
- bayar guna apa
                   

So, 

Kekdah 1 
KUL - SUB - KUL : RM 287.84



Kekdah 2
KUL - SUB : RM 115.84 (+) SUB - KUL : RM 159.25
Total : RM275.09 (Penjimatan RM 12.75)





HAPPY.........!!! 
*gelek-gelek montot sekali!*


Mungkin ada yg berminat nak tahu tang mana yg membezakan harga tu. Mari den explain.

1. Kekdah 1 dan kekdah 2, harga KUL-SUB adalah sama

Kekdah 1
Kekdah 2


2. Kekdah 1 dan kekdah 2, harga SUB-KUL adalah berbeza

Kekdah 1

Kekdah 2

3. Kekdah 1 dan kekdah 2, harga insurans (AirAsia Travel Protection) adalah berbeza

Kekdah 1 : 
AirAsia Travel Protection
KUL-SUB-KUL
RM30/seorang

Kekdah 2 : 
AirAsia Travel Protection
KUL-SUB
RM28/2orang (RM14/seorang)

Kekdah 2 : 
AirAsia Travel Protection
SUB-KUL
RM24/2orang (RM12/seorang)
4. Kekdah 1 dan kekdah 2, charge processing fee (bayar guna online banking)adalah berbeza.

Kekdah 1 : RM4 (satu transaction shj. KUL-SUB-KUL)
Kekdah 2 : RM4 + RM3 (sebab dua kali transaction. KUL-SUB, SUB-KUL)
Boleh refer gambar mula-mula.

Walaupun duit processing fee kekdah 1 lebih jimat, tapi part insurance and harga tiket tu jadi lebuh murah if kita beli tiket tu asing-asing (kekdah 2).



*****

Hm. Panjang betui den membebel. Harapnya info ni sedikit sebanyak berguna especially pd korang-korang yg baru nak try-try beli flight ticket. Saya pun dah tetua ni la baru merasa naik kapal terbang. Dulu masa kecik-kecik ingatkan kalau dapat naik kapal terbang tu dah habis kaya la. Rupanya orang marhaen mcm saya ni pun skrg ni dah mampu nak merasa naik kapal terbang. Tp tula, naik hat tambang murah je. Oh, nanti saya share pengalaman saya naik MAS! Thank you for now ;)